May 16, 2014

Arissa Budak Mix

Haha. Mix la sangat. =P

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Lama dah tak cerita pasal anakanda tercinta nan seorang. Hehe. Dah nak masuk 2 tahun 4 bulan dah dia. Dah banyak kali jawab soalan bila nak tambah, bila nak bagi adik. Hoho. 

Sekarang ni, Arissa dah banyak cakap juga walaupun masih banyak bahasa Jerman dia. Tapi, hampir dua bulan dekat kampung nun di Sarawak - memang buat dia pandai cakap. Environment. Family memang banyak cakap. Bukan cakap slow slow tapi cakap macam jarak antara 2 orang tu 1 km. Bahaha. Itu satu hal. Intonasi selalu bunyi macam nak gaduh. HewHewHew.

Tapi, Arissa sekarang cakap mix. Beberapa perkataan memang dia tak pakai bahasa melayu. Yatie suka! Haha. Gila tak suka anak cakap bahasa negeri. Antara perkataan yang dia guna;

♥ Tok = Ini
♥ Pusak = Kucing
♥ Ami' = Kamek = Saya
♥ Shaok = Sik Maok = Tak Nak

Tak banyak sangat tapi best! Best dengar Arissa cakap, "Ami' nak andi" "Ami' nak akan" Ami' nak ain". Haha. Kalau dia menangis tak nak tu, "shaok shaok shaok". Haha. Adeh lah anak oi. So sekarang, Yatie dah mula mix kan bahasa. Sebab Yatie rasa Yatie kena kekalkan apa yang dia dah pandai tu. Cewah! Cuma masa a bit kesian la sebab rasanya mesti dia confuse kot dengan perkataan-perkataan yang dia guna. Haha. Bahasa Melayu - English - Bahasa Sarawak. English tu sikit je la. Hoho. 

Arissa masa baru sampai dari Sarawak tempoh hari

Belanja satu gambar Arissa fresh sampai kat airport tempoh hari. Ada cerita masa dia balik ni. Haha. Kemudian InsyaAllah akan cerita. Comot kan muka dia? Huuu. Yatie pun terkejut tengok dia yang gelap. Haha. Tapi, sekarang dah mula kembali cerah. Ecewah! Hehe.

Ok. Till we meet again!

Happy weekend uols!

XOXO, 
Mak Arissa.

5 comments

  1. wahhhh menarik ni... suka dgr org ckp bahasa dialek...

    ReplyDelete
  2. hehehehe.makin besar makin cerdik.hai lah anak.pujaan mak ayah =)

    ReplyDelete
  3. arissa memang macam mix pun.. chinese look :p hehe.

    ReplyDelete
  4. Byk main dah tu yati ;) hihi

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day