May 8, 2014

1 Mei: Pesta Buku Antarabangsa

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Ni kisah 'baling belakang'. Misi 1 Mei lepas. Hehe. Since Arissa pun belum balik lagi dari Sarawak, jadi kami pergi berdua. Tujuan utama Yatie nak pergi sebab nak jumpa MKI dan isterinya, Roza. Excited you know. Hoho. Yatie pernah kongsi sedikit review buku MKI, Bersyukur Saat Di Uji dan Travelog Haji. Travelog dari isterinya Roza saya belum berkesempatan nak review. :')

Sampai PWTC dalam pukul 10, Subhanallah. Pesta ilmu yang sangat sesak. Tapi, I like! Sebab ada ramai rakyat Malaysia yang suka membaca. Alhamdulillah. Dan syukur juga Arissa tak ada sebab kesesakannya tak sesuai untuk bawa anak. Kesian tengok anak-anak panas. Huuu.

Ok. Sampai je PWTC terus nampak Poster Bicara Buku Bersamamu di Firdaus & Rumah Kecil di Jabal Uhud. Excited you know. Rasa macam tak rugi bersabar tunggu 1 Mei. Haha. Serius. Tak tahu pun yang hari tu ada Bicara Buku ni. Sebelum tu dok sesat jugak nak cari booth Galeri Ilmu. Sampai rasa stress. :p

Entah baca kat mana tak ingat ada jualan kecil dekat bawah sebab ada Bicara Buku ni. Depan pentas ni lah. So, terus turun bawah. Tak larat nak lalu sesak. NB Kara pun tak jumpa tau. Sedih! Sampai, adik tu cakap beli 2 RM45 sahaja. Diskaun 20%. Siapa yang tak nak diskaun? Hee. Dah beli adik tu cakap nanti ada sesi autograph. So, I is excited lagi. Kot boleh amik gambar sekali. Haha.

Jalan-jalan, lalu kat satu lorong yang sangat2 sesak! Ayah Arissa dah moody. Haha. Dia kan tak suka tempat sesak. Lepas tu lepak kat luar makan burger A&W yang baik kami beli burger Ramli RM1.20 dekat lori bergerak tuh. Huhhh. Lepas makan, Yatie cakap Yatie masuk kejap je nak sign lepas tu balik. Husband tunggu kat luar. Tapi Ayah Arissa nak ikut jugak. :)

MKI & Roza
Masuk je. Rupa-rupanya Bicara Buku ni baru nak start. Bertambah-tambah iols excited u know! Haha. Kalau tengok pukul 11 pagi kan? Tapi dekat-dekat nak pukul 12 baru mula. Ai is happy! Berpeluang dengar talk diorang depan mata sendiri. Alhamdulillah.

Puan Roza

En MKI
Bersamamu di Firdaus merupakan karya dari MKI manakalan Rumah Kecil di Jabal Uhud karya isterinya Roza. Talk diorang hari tu memang tentang buku diorang. Bagaimana boleh tercetusnya idea untuk menghasilkan buku-buku itu. Kalau korang pernah baca buku diorang, korang mesti setuju kalau Yatie cakap buku diorang sangat santai tetapi menusuk jiwa. 



Ada banyak yang dikongsikan oleh MKI. Saya ringkaskan, MKI mahu bersama dengan isterinya terus di Firdaus dalam kehidupan yang kekal. Dan pesannya, wahai suami yang betul-betul sayangkan isteri; pastikan aurat mereka tertutup. 



Roza juga mengisahkan tentang rumah kecil mereka di Madinah. Subhanallah. Beruntungnya diorang. Rumah sewa mereka hanya beberapa minit dari Masjid Nabawi. Sebulan, 2 kali mengerjakan umrah. Bertuahnya mereka. 


Dalam mendengar, buku Rumah Kecil di Jabal Uhud sold out. Yang ada dekat booth yang sesak tu. Huuu. Hampir sejam jugak talk diorang. Banyak yang dikongsikan. Nanti bila Yatie dah baca habis, InsyaAllah Yatie review kedua-dua buku ni. 



Part nak autograph. Ok. Sesak amat. Masing-masing berkerumun. Memang tak dapat la nak amik gambar kenangan kan. Tapi, autograph pun ok sangat. Hehehe. Gambar isteri MKI kabur, sebab Ayah Arissa dekat side sebelah sini. Turut sama berjuang membantu isterinya nak dapatkan autograph. Haha. Lepas dapat autograph je hati puas sangat dan kami terus beransur. Gigih tak? Hohoho.

Dear husband, thank you for being so supportive. I ♥ you. 

XOXO,
Mak Arissa.

4 comments

  1. Bagus yer suami ros...sgt supportive....siap usaha nk pi minta autograf juga...cayalah

    ReplyDelete
  2. bertuahnye dpt dgr talk mereka dan lagi bertuah dpt beli buku mereka... nnt review ya...

    ReplyDelete
  3. wahahaahaha...ni ke?? isteri dia pun ada bukunya juga?
    beli buku travelog haji pun sebab mak..hihihi...

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day