May 29, 2014

For The First Time In Forever

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Tajuk kemain koo. Haha. Frozen punya pasal katanya. Kena pulak dengan situasi Yatie minggu lepas. KahKahKah. 

Yatie tak pandai masak macam orang lain. Kalau dalam Instagram memang banyak upload gambar makanan Yatie masak, walau rupa macam menggoda tapi jangan terpedaya. Apa kata orang, 'don't judge the book by its cover'. Gitteww.

Minggu lepas, pertama kali Yatie masak untuk orang nak datang rumah. Phew! Gila berpeluh mak noks dari pagi masak. Wakaka. Giler gelabah plus tak confident. Rasa macam terlebih masin la, kurang masin la dan macam-macam la. Nasib baik adik ada yang tolong sikit. Huuuu.

Masak apa? Ok. Meh nak tepek gambar.

Sambal Udang Petai

Sup Ayam

Terubok Masin Goreng

Kobis Campur

Ulam Raja, Kacang Botol, Kacang Panjang

Sambal Belacan Kelapa

Sambal Belacan Sarawak

Aksesori Laksa

Kuah Laksa

Laksa Sarawak
Simple je tapi sebab tak pernah masak untuk orang. Lepas tu tak berapa nak pandai. Gelabah oooi! Huuu. Laksa Sarawak tu option tapi bila mak mengandung yang nak, dah jadi wajib. Phew!~ Berpeluh-peluh mak noks. Haha.

XOXO, 
Mak Arissa. 

May 28, 2014

Arissa's Gallery: 5 in 1 Mummy Bag

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Korang sihat? Dah makan? Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah. InsyaAllah.

Jelas kat tajuk tu ada Arissa's Gallery, makanya ini adalah entri iklan. Haha.

5 IN 1 MUMMY BAG

SALESSS!!!

Retail: 
RM65 - RM69

Arissa's Gallery: 
RM60/set

SALES!:
RM50/set

(harga tidak termasuk kos penghantaran)

Ehem. Dah murah. Lagi murah. Yer dak? Ngeee. 


Note: Khakis SOLD OUT!

Material: 

Faille 
(Waterproof)

One set include:

 1 x big bag 
41 x 18 x 33 cm (L x W x H)

1 x small bag
33 x 10 x 27 cm (L x W x H)

1 x baby bottle holder
20 x 8 x 8 cm (L x W x H)

1 x diaper pad
53 cm x 31 cm (L x W)

1 x Small food bag
13 x 12 x 7 cm (L x W x H)

PM FB Page: Arissa's Gallery
Whatsapp: 019 4603069
WeChat: DYatie7786
Emel: arissagallery@gmail.com

May 23, 2014

Shaklee: Herb-Lax

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Pernah dengar tak pasal detoks? Dulu, Yatie pernah guna yang Patch Foot tu. Tampal kat tapak kaki. Tapi, Yatie pakai tak konsisten pun. Sihat katanya dulu kan. Saja nak try test tengok kehitaman kat benda alah tu. Haha. By the way, apakah itu detoksifikasi?

Detoksifikasi adalah proses penyingkiran himpunan toksid yang terkumpul di dalam tubuh badan kita terutamanya di hati, kolon, ginjal, darah dan sistem limfotik.

Sebelum ni Yatie dah kongsi suplemen GARLIC COMPLEX dan DTX COMPLEX yang ada dalam SET DETOX SHAKLEE. So, sekarang jom kita tengok apa dia Herb-Lax. Ramuannya. Khasiatnya. Herb-Lax ni ramuannya terdiri dari kombinasi sains perubatan tradisi & teknologi barat tau. :)
Senna Leaves
  • meransang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut
  • mempercepatkan proses detoksifikasi
  • mengurangkan penyerapan lemak
Buckhorn Bark
  • melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberi kelembapan pada usus
Licorice Root
  • membantu proses detoksifikasi
Fennel Seeds
  • mengeluarkan toksik yang terkumpul akibat lebihan makanan & pengambilan alkohol
  • membantu pencernaan
  • berkesan untuk masalah sembelit & kembung perut/usus
Anise Seeds
  • meransang pengeluaran jus gastrik untuk bantu proses pencernaan
Rhubarb Root
  • herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina sebagai antibiotik
Blue Malva Flower
  • membantu proses detoksifikasi
  • mengimbangi tekstur kulit
Culver's Root
  • membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma
Alfalfa Leaves
  • membersihkan usus, darah dan hati

SIFATnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut telah membuktikan kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh untuk jangka masa yang panjang.


HERB-LAX membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat pada dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.


Manfaat HERB-LAX SHAKLEE;

♥ Pembersihan Najis Yang Tersekat
~ Meransang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat / tersimpan lama dalam tubuh.

♥ Membantu Masalah Sembelit
~ Tindakan pembersihan yang lembut mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus

♥ Mengempiskan Perut
~ Membantu mengurangkan / memberikan kepejalan pada perut


So, ada sesiapa yang rasa dia perlukan Herb-Lax? Angkat tangan! Heee. Yatie letteww salah seorang yang angkat tangan. Hihihihi. Seperti biasa, contact Yatie eh. Eksklusif tips buat semua yang membeli dari Yatie. InsyaAllah. ^_^


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Penghantaran satu Malaysia; Semenanjung, Sabah & Sarawak.

Jika mahu mendapatkan penjimatan sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli dengan yuran pendaftaran hanya RM65 seumur hidup. 
Ada banyak lagi keistimewaan sebagai ahli menanti anda!

XOXO,
Mak Arissa

Berbuat Baik


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.
Salam Jumaat.
:)

Sekarang, rasa macam cepat je masa berlalu. Tup tup dah jumpa semula dengan hari Jumaat.

Hari tu, Yatie dengar ceramah Prof Dr. Muhaya. Ada 3 proses pembelajaran manusia; membaca, mendengar dan melalui pemerhatian. Ada yang boleh belajar dengan ketiga-tiga cara. Ada yang hanya boleh belajar dengan satu cara. Masing-masing ada cara tersendiri. Korang yang mana? ;)

Nak cerita benda lain sebenarnya. Hehe. Selingan. =P


Hari ni Yatie pinjam kata-kata dari Indonesia. Hehe. Nak tanya, pernah tak korang rasa macam dah letih nak buat baik dekat si anu mahupun si polan? Yatie sendiri kadang-kadang letih nak terus berbuat baik dekat orang. Bukanlah minta untuk dijulang dan disanjung bila ada buat sesuatu kebaikan. Tidak sama sekali. Tapi bak kata pepatah melayu, 'orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa'. 

Sebenarnya, bila kita rasa sedikit terasa / terluka / kecewa - si Iblis mula memasang perangkapnya. Mula menambah segala perasa bagi menyemarakkan rasa tidak puas hati kita. Sebab tu kita selalu diingatkan, 'ikut hati mati, ikut rasa binasa'. Guna kewarasan akal fikiran untuk menilai semuanya. Muhasabah. Tanya pada diri sendiri, "untuk apa aku berbuat baik pada dia?" 

Mak selalu ingatkan Yatie, "biar orang buat kita, jangan kita buat orang". Mak Yatie memang punya tahap kesabaran super sai-ya. Setakat ini tak ada seorang pun di antara kamu mewarisi kesabaran mak. Huhu. Bila ingat kata mak tu, Yatie sedaya upaya nak jadi seorang yang positif. Tapi bukan senang nak berlawan dengan si syaitan. Jenuh berperang. Kadang-kadang berjaya. Kadang-kadang half way. Huhu.

Biasanya, Yatie akan berdiam dalam 1 2 3 hari atau paling lama seminggu. Lepas tu, Yatie akan cool balik. Manusia. Perempuan pula. Penuh dengan emosi. Haha. Selalu cakap kat diri sendiri, 'tak apa lah. buat baik ke. buat jahat ke. kalau dah orang tak suka, kita tak boleh nak buat apa. jangan berhenti buat baik. Allah ada. Allah yang berhak menilai keikhlasan kita.'

Jadi, mari kita sama-sama terus berbuat baik walau dibenci. Buat baik tak semestinya hantar sedulang nasi ambeng mahupun satu jug jus tembikai. Buat baik dengan mendoakan kesejahteraan semua. 

p/s: Sesiapa yang nak bertanya produk Shaklee boleh contact kite ye. Hehe. Iklan pulak masuk sikit. Hihihi.

XOXO,
Mak Arissa.

May 22, 2014

Arissa's Gallery: Dress Legging Untuk Anak

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Semalam Yatie iklan baju kurung raya untuk para bonda kan? Hari ni Yatie nak iklan pula baju raya untuk anak-anak yang comel cantik bergaya di hari raya. Ewahh! Heee. Yatie jual murah-murah aje. InsyaAllah. :)

DRESS LEGGING

RM25 SAHAJA

kos penghantaran: RM6 / RM9 (SM/SS)

♥ price exclude postage
♥ first come first basis
♥ ready stock

size

D046 Spring Flower Dress Legging

D047 Rainbow Cheetah Dress Legging

D048 Sweet Kisses Dress Legging

D049 Red Polka Dress Legging

D050 Blossom Dress Legging

D051 Zebra Dress Legging

D052 English Floral Dress Legging

D053 Grey Cheetah Dress Legging

D055 Pinky Heart Dress Legging

D056 Sunflower Dress Legging

Cantik kan? Geram tengok. Arissa kalau tengok ni memang surely dia akan cakap 'wah.. atik nyer'. Hihi. 

Kalau ada yang berkenan atau terkenan, boleh contact kite ye.

Whatsapp: 0194603069
WeChat: DYatie7786

XOXO,
Mak Arissa.

May 21, 2014

Shaklee: DTX Complex

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Semalam Yatie kongsikan tentang Garlic Complex sebagai detoks pencuci darah. Hari ni, Yatie kongsikan pula tentang DTX Complex; pencuci hati. Shaklee ada Set Detox yang terdiri dari Garlic Complex, DTX Complex, Herb-Lax dan Alfalfa. Nanti Yatie kongsikan pula pula tentang Herb-Lax dan Alfalfa ye. :)

Hati. Penting tak hati untuk kita? Penting sangat kan. 

Satu faktor penting dalam penjagaan kesihatan yang tidak disedari ramai orang kerana kurang ditekankan tetapi amat penting untuk badan yang sihat ialah kesihatan hati.
Menjaga kesihatan hati ialah langkah pertama dalam usaha mengubah amalan gaya hidup seseorang.
Hati ialah organ penting dalam badan manusia dengan menjalankan 500 fungsi yang diketahui termasuk menyimpan tenaga dan vitamin badan, mengeluarkan hormon dan hempedu serta membantu mengemulsikan lemak dalam badan.
Hati pada asasnya merupakan organ yang penting kepada kehidupan.
Bagaimanapun, fungsi fisiologi yang dilakukannya tidak dilihat atau dirasai sehinggalah hati dibelenggu masalah atau penyakit.


DTX Complex Shaklee diekstrak dari biji benih pokok susu tisel & cendawan Reshi yang mempunyai antioksida yang tinggi. Secara umumnya, ia menyokong keupayaan badan untuk menghasilkan protein bagi tujuan menjana semula sel-sel hati yang telah rosak.

Sama-sama kita lihat khasiat setiap ramuan dalam DTX Complex;

♥ Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel
  • menghasilkan 80% silymarin yang kaya dengan antioksida
  • melindungi hati daripada toksin
  • merawat masalah hati seperti hepatitis & sirosis
  • mengurangkan kadar kerosakan hati
  • membantu mencegah & merawat masalah batu karang
  • membantu masalah kulit seperti psoriasis & eczema
♥ Artichoke
  • membina semula sel-sel hati
  • meransang pengaliran hempedu
♥ Dandelion
  • membantu fungsi hati terutama ketika berlakunya bengkak hati (hepatitis) & jaundis
  • membantu penghadaman dengan meransang pengaliran hempedu
  • membantu mencegah batu karang
  • membantu merawat endometriosis yang bertindak sebagai julap lembut 
  • meningkatkan keupayaan menyerap zat besi; melawan anemia
  • melawan tumor & kanser
  • merendahkan paras gula dalam darah
  • baik untuk masalah kembung & lebihan air
♥ Kunyit
  • mengandungi curcumin; bahan antioksida
  • meningkatkan kesan anti keradangan & membantu mengurangkan kesakitan
  • mempunyai kesan antiviral terhadap HIV
♥ Reishi Mushrooms
  • membina imun; membantu mencegah / merawat kanser
  • mengurangkan masalah bronkitis & sinusitis
  • merawat sindrom keletihan yang kronik
  • membantu mencegah penyakit jantung
♥ Schizandra
  • ekstrak mengandungi bahan antioksida
  • berkait dalam meransang sintesis protein & meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoks
  • memperlahankan pembentukan toksin

Jika berminat untuk mendapatkan suplemen ni, boleh hubungi Yatie. Nak tahu tentang Set Detox juga boleh straight away tanya Yatie. Tadi, Yatie dengan Ikim.FM dari Prof Dr. Muhaya berkenaan tajuk Pesakit. Dan beliau juga menyebut tentang kesihatan hati. Bukan sekadar sihat fizikal tapi juga rohani. Kita bersihkan hati kita dari luar dan dalam. Cuci hati dengan DTX Complex Shaklee dan cuci hati dengan SIFAT TERPUJI. Wallahhualam. Kita Berusaha, Kita Berdoa, Kita Bertawakal.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Penghantaran satu Malaysia; Semenanjung, Sabah & Sarawak.

Jika mahu mendapatkan penjimatan sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli dengan yuran pendaftaran hanya RM65 seumur hidup. Ada banyak lagi keistimewaan menanti anda!

XOXO,
Mak Arissa

Wordless Wednesday: Telur Dah Tua?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Pagi tadi, sementara tunggu breakfast Ayah Arissa tunjuk satu gambar. Of course la dari Facebook. Heee. Gambar: Bagaimana nak tahu telur dah tua. (di bahasa melayu kan).


Balik rumah nanti boleh buat eksperimen. Siapa yang dah ada kat rumah tu cer try. Ngeeee.

XOXO,
Mak Arissa. 

Dah Cari Baju Raya?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Heeee. Puasa belum lagi. Dah cerita pasal baju raya. Hihi. Yatie pun belum lagi cari baju raya. Tapi, rasanya tahun ni macam nak beli siap je. Macam.. Heee. Korang? 

Nak share dengan korang juga. Dekat Arissa's Gallery sekarang ada beberapa design Baju Kurung Cotton Bermanik; Cotton Vietnam. Kalau berkenan, roger kita ye. ;)

BAJU KURUNG BERMANIK COTTON

♥ Baju Kurung Moden Tanpa Pesak kecuali size XL Baju Kurung Pahang.
♥ Baju Kurung Moden ada zip di sisi baju untuk memudahkan pemakaian.
♥ Pinggang kain bergetah dan berzip.
♥ Pola kain susun tepi.

Material : Kain Cotton Vietnam yang lembut dan sejuk

RM99 SAHAJA

Kos Penghantaran: RM6/RM9 (SM/SS)

XS, S, M, L

XS, M

XS, S

XS, S, M

XS, S, L

XS, M

XS, L

XS, M, L

XS, S, M, L

XS, S, L

XS, S, M, L

XS, S
Anggaran Ukuran Size:

XS: Bahu 14′, Dada 34′ Labuh Baju 36′ Lengan 22′ Punggung 38′ Labuh Kain 39′
S: Bahu 14.5′, Dada 36′ Labuh Baju 37′ Lengan 22′ Punggung 40′ Labuh Kain 39′
M: Bahu 15.5′, Dada 39′ Labuh Baju 38′ Lengan 22′ Punggung 42′ Labuh Kain 41′
L: Bahu 16.5′, Dada 42 ‘ Labuh Baju 39′ Lengan 23′ Punggung 45 Labuh Kain 41′
XL: Bahu 17′, Dada 44′  Labuh Baju 39.5 ‘ Lengan 23.5′ Punggung 47′ Labuh Kain 42′

Berminat? Hubungi kami;

FB Page: Arissa's Gallery
Whatsapp/SMS/Call: 019-4603069
Emel: drab-ag@gmail.com

May 20, 2014

Throwback: Arissa Balik Kampung

Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Lunch apa korang? Yatie hari ni Alhamdulillah makan free sebab hari ni birthday seorang staff. So, ada makan-makan. Lunch ubi kayu rebus + bihun goreng + tempe goreng. Nyums!! Heee.

So, hari ni kita #Throwback sikit ya. Haha. Masa Arissa balik Sarawak dengan Mak Ude tempoh hari. Lama dah nak cerita tapi tak nak sedih so bila dia balik baru kita cerita. Heee. Actually tak ada nak cerita apa pun. Tepek gambar je. Gambar yang menceritakan segalanya. Ecewah!

baby favorite. ameena tinggal takper. baby tesco jugak tak boleh tinggal. heee.

ramai tanya, arissa tak sedih ke. tapi, dia apa tau? tau nak g jalan je. hihi.

♥ family potrait ♥ 

gerak masuk balai berlepas
1

2

3

4

5

6

7

8

9

10
Kalau korang tengok betul-betul, sampai ke gambar 10 Arissa tak lepas dari tengok kami. Masa dia masuk ke dalam ni memang Yatie menahan rasa dari nak nangis. Yatie bukan mak kejam tak berdukacita untuk berjauhan dari anak. Sedangkan sebelum ni as weekend mother pun Yatie keluar dari rumah dengan perasaan sayu apatah lagi memang confirm tak jumpa Arissa sebulan (tapi drag hampir 2 bulan).

Memang masa ni nak ambil dia bawa balik je. Tak jadi balik kampung. Tapi, hati kena kuat. FOR HER OWN GOOD SAKE. Kalau orang nak berburuk sangka pun, LET IT GO.. LET IT GOO! Haha. 

Alhamdulillah. Dah lebih 2 bulan berlalu. Dah balik sini pun. Nanti cerita dia sampai KL pulak ye.

XOXO,
Mak Arissa.

Blog design by Rainy Day