Pages

Apr 15, 2014

Kreatif: Tudung Bawal Fareeda

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalamualaikum. Hai. 

Minggu lepas, news feed penuh dengan isu statement si Mawar Fareeda. Semalam, news feed penuh dengan gambar Tudung Bawal Ala-Ala Fareeda. Even pagi semalam tengah siap-siap suami tanya, 'tak nak buat ala-ala Fareeda ke?' Hahaha. Memang tak lah Yatie ni nak buat. Segan. =P

By the way, Yatie memang cakap adik tu kreatif. Comel sangat. Bagi Yatie yang buta fesyen nih, Bawal Ala-Ala Fareeda tu lebih kemas lebih sopan. Bezanya, tak boleh main sarung-sarung saja. Yela, bawal kan. Kena tiup-tiup bagi muncung. Hihi.



Adik ni pun comel aje. Kan? Tutorial, boleh pergi tengok link blog dia tu. Kelebihan Tudung Bawal Ala-Ala Fareeda ni; murah - tudung kangaroo 5 hinggit pun boleh, labuh - tahap labuh tu boleh adjust sendiri, kreatif - kesenian bergaya. (Kreatif pun kelebihan ke? Eh. Of course!)

Nanti nak pergi dinner ke nak kenduri ke, bolehlah buat fesyen. Mesti semua boleh buat punya. Tinggal nak tambah keronsang aje. Kan? Heee. Orang macam Yatie yang tak berseni ni, pin kat tengok pun kat bawah. Siap! Tak ada nak simpang-simpang, tak ada lilit-lilit dan tak ada nak lipat-lipat. 2 3 jam tak siap gamaknya ngadap cermin. Huhu.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Jika berminat untuk mendapatkan produk kesihatan Shaklee atau nak bertanya lebih lanjut tentang Shaklee - boleh hubungi Yatie ye. ;)


XOXO,
Mak Arissa. 

5 comments

ZazaMyMoon said...

a'ah skrg kecoh pasal tudung bawal ala2 mawar fareeda kann.. bg kita gaya ni nice sikit sbb tudung tu agak labuh dari yg sebelum ni pnya design tudung fareeda.

Umi Qi said...

Umi Qi pun dah pakai tudung gaya cm ni pagi ni...cer tgk entry terbaru ada gambor umi Qi pakai hehehhe...besttt!

humble.yat said...

wah raya nanti bolehla buat version fareeda labuh...:-)
tq for sharing :-)

Wawa said...

ku pakai tdung bawal, ikat kat je kat ujung tdung tu..haa takyah nak ber pin-pin..kikiki dasar pemalas...:p

Wawa said...

ku pakai tdung bawal, ikat kat je kat ujung tdung tu..haa takyah nak ber pin-pin..kikiki dasar pemalas...:p

Blog design by Rainy Day