Pages

Apr 11, 2014

Baju Raya

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalamualaikum.

Bila tengok Etty & Mimy cerita pasal baju raya, Mak Arissa pun baru terfikir pasal raya. Tak terfikir lagi tahun ni nak buat baju apa, dan nak sedondon warna apa. Haih entahlah. Apa yang difikir pun tak tahu. Weols tak ada nak sedondon sampai hari raya ketiga keempat. Cukup hari raya pertama dan buat ambil gambar. Kalau iols nak kena fikir sedondon berhari-hari, mahu pecah kepala hotak fikir nak warna apa. Lagi senang kira import export kot. Buta fesyen kekdahnya. Warna pun terlibat. Pffftttt. (pesen yang mana ada je. hihi.)

Tahun ni beraya Ipoh dulu. Tahun lepas dah raya kat Sarawak dulu kan. InsyaAllah ada rezeki balik jugak Sarawak dalam.raya ketiga ke keempat ke. Tahun ni lain sikit. Sebab nanti kalau balik dari Sarawak boleh terus balik rumah sendiri. Dah duduk KL ni katanya. Kiranya tak ada macam dulu. Balik Sarawak, balik Ipoh dulu kemudian baru balik KL semula. Bila ingat balik, macam tak sangka je Mak Arissa ni dulu boleh kerja ulang alik gitu. Fuhh. Letihnya Allah sahaja yang tahu. 

Tahun 2012, tema merah hitam. Tahun 2013, tema kelabu. Tahun 2014 - terfikir nak warna hijau. Tapi tengoklah nanti macam mana. Dept pula dah bagitahu corak uniform raya tahun ni. Konsep kain pelikat. Adoiyaii. Macam-macam. Mak Arissa ni dah lah pesen tangkap muat mana ada je. Nak bertema bagai ni memang lemau rasanya. Tapi selalu sangat dah daku ni derhaka. Sesekali nak kena support dept katanya. Huhuhu.

Apa pun, semoga diri ini berpeluang untuk bertemu dengan Ramadhan bersama suami, anak, mak bapak, mak ayah dan seisi keluarga. Allahhummaamin. 

XOXO,
Mak Arissa. 

6 comments

Budak Kampung said...

insya allah..iman tertunggu2 saaat bertemu ramdhan

p/s:lama xdtg sini

Petak Bunga said...

x de fikir langsung lg pasal raya

lia said...

X sabar ketemu Ramadhan

Nurul Aziz said...

tahun ni warna peach :D hehehe.. ntah hape la rupa ayra pakai peach -__-

adyna said...

Thn ni Akak warna biru turquoise , dah tak lama nk puasa kan , semoga kita diberi kesempatan bertemu Ramadan tahun ini , AkAk dah Pindah sekolah dekat Sg Siput , dpt skolah org asli

Elya Roza said...

kejap je nak raya dah kann

Blog design by Rainy Day