Pages

Apr 8, 2014

Aurat Perempuan

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalamualaikum. Hai. 


Saya yakin semua kita tahu / sedia maklum akan aurat perempuan. Sekadar peringatan buat kita semua termasuk diri saya sendiri.

Tak dinafikan, dalam proses untuk berubah / menyempurnakan penutupan aurat kita akan berdepan dengan pandangan manusia. Seringkali juga kita fikir 'apa kata si anu nanti' atau 'mesti si polan nanti tegur'. Tapi, kita nak pandangan Allah atau pandangan manusia?

Saya juga pernah ditegur di pejabat bila pakai sarung tangan, 'eh siap pakai sarung'. Saya tak tahu nak jawab apa. Huhu. Saya cuma jawab 'sejuk'. Errrr. Hihi. Bila pakai stoking kaki, 'amboi pakai stoking'. Saya jawab, 'kasut longgar pakai stoking selesa sikit'. Errrr. 

Saya tak tahu bagaimana cara saya perlu sampaikan yang sebenar sebab saya tahu mereka tahu. Tapi, proses untuk berubah memang itulah salah satu cabarannya. 

saya tak nak



"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (QS: An-Nur, 31)

XOXO,
Mak Arissa. 

6 comments

Chekgu Azrine said...

InshaAllah sis..
Mari sesama kita istiqamah..

CikNaa said...

tQ bagi info yatie.. love it!

mOoN IzzaN said...

insyaALLAH...sedang dalam fasa perubahan ke arah everyday Jubah... husband pun nak suh beli jubah je...

permatabiru said...

just do it..

Wawa Yusoff said...

In shaa allah.. :)

Nurul Aziz said...

tak pakai dah seksi2, ketat-ketat, tapi still masih belum sempurna lagi tutup aurat... :'( bukan susah pun, tapi tulah.. diri sendiri banyak lagi setan. sebab tula agaknya perempuan senang masuk syurga, tapi lagi banyak kat neraka. -__-

Blog design by Rainy Day