April 26, 2014

Another 10 Years?

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalammualaikum. Hai. 

Another 10 years, maybe? 

Bila dah kahwin dan dah ada anak terutamanya, jiwa meronta-ronta nak jadi surirumah atau mak yang bekerja dari rumah supaya boleh fokus jaga rumah, jaga suami dan jaga anak. Kalau kerja dari rumah pun tak lah anak di hantar ke babysitter mahupun taska. Buat kerja sambil jaga anak. Bestnya! Penat-penat pun tak keluar rumah. Semuanya berkisar dalam rumah. Boleh nak deko2. Boleh belajar masak sedap2. Boleh ajar anak2. Boleh spend lebih masa untuk baca Quran, baca buku. Well you know, kerja office hour 8 jam memang tak boleh nak buat semua tu. 

Eh. Senaraikanlah apa yang best bila kerja sebagai surirumah dengan kerja sebagai pekerja 8 jam wajin di tempat kerja. Pasti kerja surirumah / dari rumah itu lagi banyak best nya! Ada yang cakap, surirumah ni kerja banyak kadangkala tak cukup rehat. Well, same goes to yang bekerja 8 jam sehari lah. Balik kerja dah bergegas pula nak masak, layan anak suami, kemas-kemas apa yang patut then lepas tu rehatkan diri. Kadang-kadang, buat tak pandang je benda yang patutnya kena kemas. Hohoho.

Tahu tak siapa yang Yatie ingat bila rasa penat sangat balik kerja dengan nak kemas rumah semua? Sudah tentu Mak Yatie sendiri dan Mak Mentua. Mak Yatie dulu siap buat kuih untuk jual. Karipap, buah melaka, kek biasa, kek sarang semut dan kuih lapis. Kalau ada katering, mak buat sampai pukul 2 3 pagi ditemani Yatie n Bapak. Yatie sekarang ada jugak tidur lewat untuk untuk 'side job' Yatie tapi sekadar menatap laptop dan buku untuk mengorek sehala ilmu. Mak Yatie mesti lagi penat kan? Dah lah PPM tadika, sah sah melayan ragam anak-anak kecil seharian. Huuu.

Yatie selalu jugak berangan nak kerja dari rumah. Tapi bukan untuk 2 3 tahun awal ini. Yatie ada komitmen sendiri untuk diri Yatie, Mak Bapak Yatie dan Adik-Adik. Suami pun ada komitmen dia. Mungkin, 10 tahun selepas ini? InsyaAllah. Allahhummaamin. Janji Yatie kepada diri Yatie sendiri, Yatie akan 'balas' apa yang telah Mak Bapak dan Adik-Adik korbankan untuk Yatie sepanjang Yatie menuju ke puncak gading. Tak banyak, tapi sekurang-kurangnya ada. Dan memang tak terbalas walau Yatie mampu beli Range Rover sekalipun. Haha. Tetiba. =P

So, sekarang ni bertabahlah dalam meniti hari-hari. Panjang lagi masa. InsyaAllah semoga panjang umur jua. Apa yang boleh Yatie buat ialah being a SUPERMAK sentiasa. Muahaha. Susun atur perancangan masa hadapan. Berusaha untuk terus ke depan dan tidak mengundur ke belakang. Kita berusaha. Kita berdoa. Kita tawakal. Macam simple je hidup ni kan? Muahaha. Sekarang ni, penuhi dulu setiap perancangan. Tetapi ingat, sebaik-baik perancang itu adalah Dia. Dia yang Maha Berkuasa atas segala-galanya. 

Ok lah. Tetiba rajin hapdet hujung minggu. Haha. Ayah Arissa kerja. So, Mak Arissa berseorangan. Sebab tu rajin. HewHewHew. (tutup mata je tengok apa yang perlu di kemas. haha.)

XOXO,
Mak Arissa. 

5 comments

  1. Rsanya pnt lg wanita yg bekerja..sbb dah2 tebntu blk umh pun semua kerja dia yg kena bt..hmm

    ReplyDelete
  2. Itu la pengalaman jd surirumah sepenuh ms dulu. Ada suka duka... Bila dh keje tinggin pulak jd surirumah bt kerja dr rumah :)

    ReplyDelete
  3. setuju dengan Yatie.bila ada komymen sendiri, itu yg membuatkan terus bekerja...insha Allah, ada rezeki kita berenti keje hehe...buat je pelan bersara awal hehe

    ReplyDelete
  4. Anak solehah mommy arissa ni tau...bekerja utk balas jasa kedua ibu bapa...itu yg buat ju rasa bangga berkawan ngan u...mmuahhh

    ReplyDelete
  5. berkira2 jugak 10 thn lg utk pencen opsyen..huhu..
    Skg ni, berusaha gigih utk lunaskan hutang piutang dulu..Dah settle hutang, kne gandakan tabungan..by the time nak retire, at least ada enough saving sbg back-up..Apepun, kita hanya merancang..Dan Allah jua punya perancangan buat kita..Mudah2an, apa jua ketetapan Allah, kita mampu terima dengan kesyukuran menggunung & berlapang dada, insyaAllah..

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day