Pages

Apr 10, 2014

Allah Maha Kaya

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Tengahari semalam saya nangis. Ye. Nangis. Tiba-tiba ada staff senior ketuk bilik. Apa je boleh buat? Berlagak cool sambil ambil tisu atas meja lap mata sambil cakap hai. Haha. 

Kenapa nangis?

Selasa, kan kepala meter paip kami kena curi. Tengah bulan kan. Mestilah ralat sikit. Pulak baru je lepas beli tiket anakanda tercinta dan mak ude dia. Tapi, nak tak nak kena juga keluarkan duit. Tuan rumah cakap tolak sewa bulan ni. Ok la. Saja cakap kat Ayah Arissa kenapa tak cakap kat tuan rumah bagi je duit sebab tengah-tengah bulan ni. Hihihi.

Kan saya ada cakap yang kami sama-sama terima ni sebagai ujian dari Dia. Dan sebenarnya juga, saya tak berapa kisah sangat dengan kejadian ni. Maksudnya saya tak berapa nak membebel. Perempuan kan sinonim dengan membebel bla bla ni. Haha. Saya tak berfikir banyak pun. Entah. Petang tu saya bajet good good je bila fikir balik. Wakakaka. Kalau siapa ada baca entri tu faham la kenapa saya cakap macam tu. Hihi. Buanh tebiat gamaknya.

Tapi. Allah Maha Pengasih.

Semalam saya dapat emel. Emel bagitahu LHDN dah masukkan lebihan wang cukai tahun lepas. Saya tergamam. Tergamam sebab secepat ini wang lebihan tu dikembalikan dan masanya tepat. Tepat pada ketika saya perlu. 'Semalam Allah duga saya dengan kehilangan barangan dan hari ni Allah ganti semula'. Subhanallah. Masa tu terus whatsapp Ayah Arissa dengan air mata bergenang dan terus nangis.

Bendanya sikit je. Tapi impaknya besar buat saya. Saya sering leka dan alpa. Tapi Allah tak pernah lupakan dan biarkan saya. Allah didik saya dengan beberapa ujian/musibah/dugaan untuk ketuk pintu hati dan sedarkan saya. Manusia. Imannya diibaratkan senipis kulit bawang. Manusia. Tidak ada yang sempurna. 

Dan buat Ayah Arissa yang diam-diam jenguk blog Mak Arissa ni (hahaha. terkantoi yer dak.) Terima kasih kerana selalu ingatkan saya supaya walau apa jua musibah/ujian/masalah/dugaan - Allah itu ada, sentiasa ingat pada Dia, serahkan segala kebergantungan kita pada Dia dan segala-galanya adalah dari Dia. Terima kasih sayang. I ♡ U. (eh tetiba. hahaha. kome jangan muntah lak.)

Nah. Kepala meter paip baru. Siap kunci lagi. Hihihi.

 

5 comments

Umi Qi said...

Alhamdulilah...ada hikmah disebalik kejadian...kecurian kepala paip ni mmg sgt sinonim zmn sekarang...semua nak dicuri...tp bila kita redho...allah gantikannya dgn lebih baik...syukur...

p/s baru baca komen ros dlm blog...kalo terlajak pi bukit merah pe salah yer...bukan jauh dah dari ipoh ke situ hehehhe

lia said...

semoga saya pon tidak alpa utk sentiasa mengingati Allah...

btw blog sy, mmg incik suami tiap2 hari jenguk ;)

ily♥ said...

Allahu..baikkan Allah... T____T
Kite sbg hamba je yg selalu terlupa...Astaghfirullahal'azim...
Moga kita sama2 sabar dlm mencari hikmah disebalik setiap ujian Allah. Baik ujian kesusahan, mahupun ujian kesenangan..dan semoga kita sentiasa di dlm redha Allah..ameen..

Ammar said...

Sekarang ni semua benda nak curi. Adusss.. Inilah terjadi bila orang tak takutkan Allah.

Petak Bunga said...

salah kita ke kalau kena curi..
rasa mcm tuan rumah pn kena tanggung jgk..

tp tulah..apa yg hilg mesti ada digntinya

Blog design by Rainy Day