Pages

Mar 5, 2014

Status FB Berupa Karangan Pendek

Assalammualaikum. Hai.

Bismillahirrahmanirrahim.

*******************************************************************************
Nur Arissa Batriesya.

Kadang-kadang mak rasa awak macam dah besar sangat walaupun awak manja sangat-sangat.

Awak bila dengar mak ayah sembang kuat macam orang gaduh walaupun sebenarnya emosi sembang hal politik je pun - awak akan cakap 'stop stop' sambil buat isyarat tangan stop. Haha. Mak Ude cakap awak tengok cerita dalam tv gaduh pun awak cakap 'stop'. Aptb!

Awak dah pandai nak cari Mak Ude bila mak ayah dok syok emosi lagi menyembang sebelum tidur tiba-tiba awak duduk dan cakap 'nak ude nak ude' sambil nangis syahdu. Bahaha. Nasib awak lah nak oi dapat mak ayah sembang biasa pun bunyi orang gaduh. Nanti kat Sarawak awak mesti setiap masa cakap stop sebab orang Sarawak biar duduk sebelah menyebelah tapi cakap macam orang jauh sebatu. Gittew. Haha.

Bila dengar lagu Arjuna Beta Fynn Jamal pula awak emosi macam mak. Hape kah? Haha. Mula-mula tak perasan tapi pelik bila buka lagi tu mesti awak buat muka sayu dan buat bunyi nak nangis. Ingatkan awak tak suka sebab lagu tu boring. Tapi rupanya awak feeling. Bila buka lagu tu, awak terus baring dan layan perasaan sambil main-main jari kat muka mak. Bila habis awak cakap nak lagi. Ok. Mak tahu awak bukan tak suka tapi memang awak layan lagu ni sebab tu awak syahdu. Hoho.

Malam tadi. Tiba-tiba awak cakap 'nak ude nak ude'. Walaupun mak dah buka upin ipin dah bagi dengar lagu Arjuna Beta tapi awak tak nak tidur. Awak cakap 'nak ude nak ude'. Mak cakap jom je awak terus bergegas cari botol susu, puting dan baby. Buka je pintu bilik ude, dia terus baring cakap kat ude nak ipin. Mak ude cakap tak lama tengok Upin Ipin awak dah tidur.

Alahai anak. Awak tahu kot kan Sabtu ni awak balik kampung. Sebab tu awak mula pandai nak tidur asing dengan mak ayah. Kiranya dah 2 kali awak minta tidur dengan ude. Tapi takper. Mak Ayah ok je. Practice make perfect. InsyaAllah nanti kat Sarawak awak akan sangat ok. Semoga awak terus berdikari begini.

2 days to go. Semoga terus kuat wahai hati! Yeah!

#inibukanstatustapiinikaranganpendekhahaha

*********************************************************************************


Alhamdulillah. Demamnya dah kebah. Demam bagi mak ayah gabra je. Demam dak manja. Hehehe. Semoga Allah kurniakan kamu kesihatan yang berpanjangan ye sayang. Nanti puas-puas hirup udara segar kat kampung tu tau. Mak ayah pasti akan rindu kamu sangat-sangat. Rindu gaduh dengan kamu. Rindu mau gomol kamu. Rindu mau usik kamu. Tapi, this is for your good sake. Okay? ;)


XOXO,
Mak Arissa.

2 comments

adyna said...

Htr arissa blk kg ke? Mst rindu ngan keletAh nya ;)

Fifi Nadhrah said...

lame tak singgah sini.. arissa nak balik sarawak?

Blog design by Rainy Day