Pages

Mar 28, 2014

Sempat Atau Tak

Assalammualaikum. Hai.

Bismillahirrahmanirrahim.

Pernah tak kadang-kadang kita rasa dua puluh empat jam itu tak cukup? Saya jujur cakap saya pernah. Huhu. Tapi sebenarnya dua puluh empat jam yang Allah bagi itu sangat cukup. Sempat atau tidak adalah terpulang kepada kita nak uruskan masa. Betul tak? Bagi saya, kalau tiba-tiba rasa dua puluh empat jam tak cukup - saya akan tengok, semak dan kaji semula apa yang telah saya buat. 

Ok. Sebenarnya, saya nak menjawab soalan 'sempat ke baca buku-buku? sempat eh nak update page fb? sempat tak nak update blog? sempat tak nak buat blog bisnes picisan? sempat tak baca quran?' Ok. Ini perkara sampingan ye. Jangan tiba-tiba pula nak tanya 'sempat tak solat? sempat tak layan suami? sempat tak layan anak? sempat tak masak? sempat tak kemas rumah?' Benda-benda ni semua 'wajib' buat. Konsep sempat atau tak ni kiranya apa yang kita lakukan dengan secara santai-santai. Gittew.

Hobi saya beli buku. Baca tapi ikut kesempatan masa yang ada. Kadang-kadang baca satu atau dua mukasurat je. Tapi, still saya berpuas hati sebab at least saya baca. Update page FB. Ok. Yang ini kalau ikutkan masa memang tak sempat tapi saya guna masa rehat waktu pejabat dan malam selepas suami dan anak tidur. Saya guna dalam satu atau dua jam untuk update apa yang patut. Dan saya fully utilize Puan Note 2 saya. Update blog? Haha. Ini juga ikut kesempatan masa dan idea. Huhu. Kalau ada masa tapi blur - memang tak la. Blog bisnes picisan ku? Haha. Pun sama. Tak terupdate. Tak tahu lagi nak manage macam mana dari segi page bisnes dan blog bisnes nak bagi selari. Huhuhu. Baca Quran. Ok ini kritikal bagi saya. Sebab bagi saya baca Quran ini 'wajib' setiap hari. Walaupun sepotong ayat. Betul tak? So, saya akan guna masa antara solat Maghrib dan Isya'. Atau selepas Isya'. Syaitan suka menggoda bab baca Quran nih. Tapi kena kuat. Kuat lawan. 

Saya akui bukan senang nak urus masa. Ada je yang saya skip aktiviti-aktiviti kat atas ni setiap hari terutamanya update blog. Tapi, saya tengah cuba urus masa dengan jayanya. Tambahan pulak rutin harian sekarang dah berubah. Saya seorang yang mudah berjaga untuk buat sesuatu tapi susah nak jaga kalau dah tidur. Haha. Tapi rutin tu saya kena tukar kepada tidur awal dan bangun awal untuk solat malam. Encik Suami yang selalu kejutkan untuk solat malam sama-sama. Bukan saya yang kejutkan suami. Pfftt! Hihi. Saya tengah mencuba. Ya. Cuba sehabis baik supaya masa tak terbuang dengan sia-sia. Sempat atau tidak adalah datangnya dari kita sendiri. Bukan hal masa yang tak mencukupi. 

Kalau korang ada tips ada nasihat, kongsikan juga dengan Mak Arissa ye. ;)

XOXO,
Mak Arissa.

6 comments

CikNaa said...

kalau ikutkan 24jam memang tak cukup utk ciknaa..lagi2 masa bersama anak-anak.. banyak sangat benda nk buat dlm 1 hari tu..

cik mah said...

Btul tu..pernah juga terasa xcukup kadang tu...cik mah dah ada bby ni xtentu
Agi masa ni..maklumlah bru lagi..xpndai nk urus masa lagi...hehhe....jemput join GA cik mah ye..

humble.yat said...

tu lah sekarang zaman mencuri masa, bukan bahagi masa dah...byk benar kerja kena buat rasanya...huhu

sy pun ada tulis pasal masa yg tak pernah cukup haha..stress jugak kan..

http://humblehayati.blogspot.com/2012/03/mencuri-masa.html

Allene said...

setuju.. mmg kena btul2 manage time. tp selalu je lalai...

adyna said...

Sempat je Kalu kita btl2 smgt n rajin ;) , sbb Akak buat popia blk dr skol , Mlm jahit Kraf ;) , TP bile Malas dtg semua tak sempat dah hihi

Petak Bunga said...

sempat ke tak..masa tu je allah bagi..
ada yg rasa lama sgt masa..tu yg tak de buat apa2..;)
ada yg rasa sibuk sgt..sibuk cr harta.
ada jugak yg rasa singkt sgt masa..belum bnyk amalannya..

pengurusan masa itu penting

Blog design by Rainy Day