Pages

Mar 17, 2014

Organic Aid Vitamin E

Assalammualaikum. Hai.

Bismillahirrahmanirrahim.

Korang sihat? Semoga sihat semuanya hendaknya. Syok tengok udara cerah sekarang Alhamdulillah. Beberapa hari ni hujan. Pagi tadi pun jalan raya basah je. Syukur.

Apa dia tajuk tu? Hehe. Tu sebenarnya nama set penjagaan muka. Mak Arissa baru nak cuba. Sebelum ni pernah pakai krim tapi pakai on off pemalas ya ampun. Sobs! Mak Arissa ni kulit memang agak berjerawat. Zaman anak dara dulu memang seketul dua ketul wajib ada kat muka. Besar pulak tu. Lokasi yang dia suka dekat hidung. Blerrrgh. Masa tu selalu cakap 'kan best kalau kulit tak cerah'. (macam la cerah sangat. hahaha.) Tapi, memang dari jauh orang boleh nampak tau jerawat. Siap kena gelar ultraman lagi dek kawan. Hampeh!

Sebelum ni Mak Arissa pakai Sebamed. Bagus sangat. Muka memang dah tak berjerawat. Tapi biasalah. Jerawat lama-lama dia pandai nak serap segala vitamin dalam Sebamed. Dah tak berkesan. Padan muka jugak sebab dah elok muka pakai Sebamed gedik nak cuba Safi. Nak jimat katanya. Pfft!~ Then bila dah kahwin, pakai lagi Sebamed tapi sekadar pakai. Bila dah beranak, terus tak pakai. Sebamed yang ada pun on off je pakai. Entah. Pemalas. Tapi Alhamdulillah. Jerawat besar-besar dah tak muncul. Minum pulak SariAgeGard tempoh hari, kulit memang terasa la 'sedap'. Haha. Sekarang minum juga. Tapi berjimat cermat. Mahaiiii~! 

So, semalam entah kenapa hati tergerak nak cuba yang ni. Ada beli yang Collagen Vit E tu tapi jadi takut nak pakai lepas baca macam-macam. Pagi tadi dah buang. Huuuu. Kebelakangan ni ada yang tegur pasal muka semakin pucat. Pastu ada pulak sorang kawan laki tegur. 'ko tak pakai apa2 ke kat muka dayang? bedak pun tak de?' Saya jawab 'tak de. memang muka togel. malas. tak reti. aku pakai masa g interview je'. Haha. Dia advice pakai lipstik sikit. Huuu. Oh ye. Lipstik saya tak jumpa lagi yang memang suitable dengan bibir ni ha. Pakai tak sampai 10 minit, seksa menahan kering nya seminggu dua. Huuu.


Ni la rupa dia. Mak Arissa ambil starter kit je. Takut tak ngam. Tapi bau dia sedap. Wangi je. Suka! Tapi rajin malas pulak jadi ukuran nanti. Huuu. Ada Cleansing Foam, Scrub (Weekly) dan Moisturizing Cream. Bukanlah nak cantik sangat pun tapi at least kulit tak bercela (aamiin). Fokus saya sekarang tak bercela. Tak kusam. Tak pucat. Nak bersolek? Allaaaaa. Pasang celak pun iols tak reti. Haha. Bila fikir tahun ni nak masuk 28 dah. Umur meningkat uols. Kena jaga diri baik-baik luar dan dalam. Haa. Mendalam nih. Hihi. Tapi apa pun, kita memang dituntut untuk perbaiki diri luar dan dalam kan? Moga istiqamah. Hehe.

Korang pakai pencuci apa? Ok tak? Ada yang pakai macam ni tak? ;)

IKLAN

Frying Egg Pan
RM10 exclude postage

Legging

XOXO,
Mak Arissa.

5 comments

Nurul Aziz said...

pakai clean & clear je ha.. murah.. bajet muda remaja. kalau skrub pakai st. ives. tu pun pakai ikut suka. :D

muka takde jerawat, tapi tetap tak flawless pun. dengan mata panda apa semua -_- mekap lagilah jauh nak pakai.. belum terbuka lagi hati nak pakai2 benda tu.. setakat pakai lipbalm tu ajela.. lipstik macam geli2 lak nak pakai. hahaha..

Mimy Hamid said...

sy hr tu pun keliru mana satu nak pilih..ada la rasa nak pakai organic aid ni...pastu at last pilih safi mangga

luvDriGhtOne said...

my mom pkai yg moist cream tu sapu kt tgn sbb nk hilngkn parut kne mnyk pnas.alhamdulillah berkesan..

Nas said...

Sy pernah try yg moisturizer tu.. ok jugak.. terasa lembab2 pipi..hihi

Anonymous said...

Sis...saya nk tanya pasal organic aid tu..satu set berapa...

Blog design by Rainy Day