Pages

Mar 24, 2014

Life Is An Open Road

Assalammualaikum. Hai.

Bismillahirrahmanirrahim.

Lama dah tak blogwalking sepenuhnya. Malam ni saja jalan-jalan sepintas lalu dekat dashboard nampak entri Fifi nampak entri kak Adyna. Alhamdulillah. Kedua-duanya memberi khabar gembira. Syukur Alhamdulillah. Tahniah buat Fifi atas kelahiran anak kedua. Home-Water-Birth lagi. Subhanallah. Allahhuakbar. Tahniah Yunk. Dan tahniah juga buat kak Adyna sebab permohonan berpindah ke Sungai Siput diluluskan. Dah tak LDR lagi. Alhamdulillah. 

Sebenarnya Mak Arissa tertarik dengan quote "Life Is An Open Road". Kenapa? Entah. Quote ni sangat bersifat umum. Tapi bila dikaitkan dengan kehidupan sendiri, quote ni benar dan punya maksud mendalam. Perjalanan hidup ni panjang ala-ala highway. Nampak lurus je. Tapi sepanjang jalan ada simpang-simpang yang boleh kita pilih. Kadang-kadang, kita tak ada pilihan terpaksa guna jalan lencongan. Tentu korang pun tahu, hidup penuh onak duri. 

Hidup ini punya pilihan. Kita mahu pilih jalan mana. Jangan berserah kepada takdir semata. Jangan. Tak ada siapa boleh ubah nasib kita melainkan diri kita sendiri. Suami. Tak suka langsung dengan KL. Tapi hidup punya pilihan. Kalau nak hidup dengan anak isteri, kena pilih untuk duduk di KL - keluar dari zon selesa. Isteri. Tak mahu berjauh dari suami dan anak. Tapi hidup punya pilihan. Kerana pengorbanan orang tua, isteri berkorban pula - pilih untuk ke KL demi semua.

Kadang-kadang kita perlu keluar dari zon selesa ke zon yang agak kurang selesa demi mencapai sebuah kehidupan yang selesa. Faham tak? Ok. Begini. Saya ada kerja, suami ada rumah, ada keperluan asas. Cukup. Tapi, hidup saya bukan hanya saya suami dan anak. Saya masih punya mak bapak dan adik-adik. Saya keluar dari keselesaan itu saya berhijrah sendiri. Sebuah perjalanan dalam satu tempoh yang sangat sukar. Tapi alah bisa tegal biasa. Alhamdulillah. Kini kembali ke zon selesa. Syukur.

Pilih. Pilihlah. Allah kurniakan kita akal untuk berfikir. Fikir. Fikirlah jalan yang terbaik untuk diri. Set dalam diri apa yang kita mahu tahun ini. Sediakan perancangan jangka pendek. Jika tak berjaya, apa perlu kita buat. Bina seberapa banyak strategi. Set dalam diri apa kita mahu jadi sepuluh tahun akan datang. Buat sehabis baik untuk capai apa yang kita mahu itu.

Ini cuma pandangan dari saya yang baru masuk 28 tahun hasil kutipan pembelajaran dari pengalaman sendiri dan orang lain tentang perjalanan hidup di dunia. Dunia yang sementara. 

p/s: bumi ini sudah semakin tua. sudah bersediakah kita wahai teman. 
sama-sama kita membuat persediaan itu wahai teman.
semoga kita diredhai Allah SWT.

XOXO,
Mak Arissa.

No comments

Blog design by Rainy Day