Pages

Mar 9, 2014

Kuat Sangat Ke?

Assalamualaikum. Hai.

Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam, Nur Arissa Batriesya dah selamat sampai ke tanah air kelahiran dia. Syukur Alhamdulillah. Rasa macam paranoid gila sebab semalam kes pesawat MAS hilang tu. Doa pada Dia mohon perlindunganNya ke atas anak dan adik semoga selamat sampai. Semoga juga semua yang terlibat dalam kehilangan pesawat MAS baik-baik sahaja. InsyaAllah.

Bila kami lepaskan Arissa bersama dengan adik, ramai yang bagi komen. Terima kasih buat yang ambil berat. Appreciate them. Bila ditanya tak sedih ke tak kesian ke. Kadang-kadang, saya rasa malas nak jawab sebab kita ni mak. Bagi saya, nak sedih dan kesian sekarang atau kemudian hari atas sebab penting diri saya tak nak berpisah dengan anak dan bertapa terburu-burunya saya nak pilih pengasuh. Sedangkan saya susah gila nak cari tudung, apatah lagi nak cari tempat anak duduk lebih 8 jam sehari.

Semalam, bila Arissa dan Mak Ude dia masuk balai berlepas - Arissa tengok je kami. Sebab Mak Ude dukung dia. Hati seorang mak seorang ayah - tipu kalau kami tak sebak. Apatah lagi Ayah Arissa yang tak pernah berenggang dengan Arissa. Alhamdulillah. Saya panjatkan rasa syukur dan terima kasih pada Dia sebab bagi saya pengalaman dulu yang sedikit sebanyak buat saya kuat. Saya tak menangis macam lebih setahun dulu. Menangis sampai tak sanggup nak tengok muka anak.

Arissa. Hari ni mak dan ayah mati kutu duduk rumah. Awal pagi kami keluar breakfast then kami merayau ke sogo dan jalan tar. Berdua. Aktiviti yang sekian lama mak ayah tinggalkan. Dulu lepas kahwin pun sebulan je berdua. Bulan kedua kamu dah ada dalam perut comel mak. Maka bertiga jugak. Hehe. Ayah awak suka buat mak jadi sedih bila asyik cakap rindu kamu rindu dak ucuk. Gerrraammmm tau. But ya.. ur mom miss u too. Rindu itu pasti ada. Tapi,  mak happy sebab awak sangat happy dekat sana. Alhamdulillah. Semoga awak terus berdiri atas kaki sendiri berdikari walau di mana sahaja awak berada. InsyaAllah. 



Alhamdulillah.
Terima kasih Ya Allah.

Ini pilihan kami dengan izin Mu.

XOXO,
Mak Arissa.

3 comments

humble.yat said...

tetiba saya rasa nak arissa balik cepat pada ibu ayah dia ..huhu

Chekgu Azrine said...

Sedihnya ank jauhkan sis

adyna said...

Insyaallah semua nya berjalan lancar , Mst Yatie dah berbincang dgn hubby ape yg terbaik kan

Blog design by Rainy Day