Pages

Mar 21, 2014

Aturan Allah

Assalammualaikum. Hai.

Bismillahirrahmanirrahim.

Beberapa hari lepas, keputusan STPM keluar. Mak Arissa rasa biasa-biasa je. Terkenang dulu-dulu. Haha. Semalam, keputusan SPM pula. Terkenang dulu-dulu. Tiba-tiba semalam pensyarah subjek Non Parametric tag dekat mukabuku minta bantuan kami. Katanya buat selfie video atau gambar atau hadir ke UUM. Nak video memang tak lah. Nak hadir alahai jauh. Makanya saya pilih gambar. Nak gambar apa? Cik Sham cakap tulis sesuatu letak nama dan course kemudian ambil gambar. Bukan tepek muka sendiri. Wakaka. Nasib baik bagitau kalau tak iols nak selfie sendiri dah. HakHakHak. Tulis sesuatu tu sebenarnya tulis kata-kata semangat / pengalaman / welcoming notes untuk freshies / junior. Padat tapi ringkas. Part ni yang tak reti. Intro blog ni pun dah berpatah-patah perkataan. Acaner? Bagi link blog boleh? Hahaha.

Bila cuba buat ayat, rasa macam dah tua sangat sebab dah 8 tahun berlalu as a freshies. Phew~! 8 tahun lepas, masa dapat offer course Industrial Statistic - saya pergi dengan tanda tanya. Bidang apa ni? Belajar apa? Nanti nak keluar jadi apa? Gitttewww~! Bila jumpa kawan-kawan, hampir semua kami punya tanda tanya yang serupa. Hihi. Tiga tahun berada dalam kehidupan kuantitatif. Tiga tahun bermain dengan nombor. Tiga tahun buat kira-kira. Tiga tahun ting tong beramai-ramai dengan kawan. Haha. Saya enjoy! Yes. Enjoy sangat! Alhamdulillah. Exploring the numbers itu sangat fun ok! Gila excited nak dapatkan solution yang betul. Bila buat sesuatu kena secara berjemaah sebab kalau tak jemaah nanti sesat melarat. Wakakaka. Kami pun tak ramai so memang close between each other. Oh ye. Course kami ni course baru. Tapi, course ni bukan semata-mata statistic. Perkataan industry dekat depan tu represent our major. Saya ambil Manufacturing. Ada dua pilihan je, Manufacturing dan Transportation. Manufacturing subjects semua best. Saya suka! Heee.

Konvo tahun 2010. Jenuh juga nak cari kerja. Keputusan tak berapa cantik kot kan. 2nd Class Upper je. Huu. Eh. Alhamdulillah. Siapa suruh malas yer dak? Huhu. Merasa jugak la 2 kali dekan. Padan muka! Bercinta lagi zaman muda. Eh? Kenal ayah Arissa pun zaman U jugak. Heee. Alhamdulillah. Sejak dengan ayah Arissa. Result naik setiap sem. Heeee. Auw~! Malu. (Apa ke suka nak merapu. Pfft~!). Usaha sana sini. Macam-macam lah. Buat cara ala-ala dalam tv pun ada. Bawa newspaper pergi cari kerja. Wakaka. Alhamdulillah. 2012. Dah kahwin dah beranak; akhirnya saya dapat kerja sekarang. Orang gomen katanya. Hihi. Alhamdulillah. Dapat jaga Unit Statistik. So, kembali kepada landasan. Ecewah~! Tapi kerja dengan belajar sangat besar jurang perbezaannya. Walaupun kita kerja dalam bidang yang sama kita belajar. Berbeza. Tak sama. Tapi sekurang-kurangnya, ilmu kita dapat guna sepenuhnya walaupun dah banyak benda lupa. Pffft~!

Saya selalu cakap pada diri saya, inilah aturan Allah. Kita belajar Sains Tulen sehingga Tingkatan 6 (Biologi) tapi akhirnya kita belajar dekat U Sains Gunaan (Statistik). Jauh berbeza. Tapi Allah sebenarnya nak kita belajar tentang biologi secara formal dengan buku setebal tapak tangan. Itu belum kimia dengan tiga buku sebesar itu juga semuanya; fizikal, organic dan inorganic. Kalau tak belajar biologi dulu tak merasa bedah tikus bedah katak awet insects tangkap katak. Haha. Pengalaman. Heee. Bila habis belajar saya masuk sekejap jadi research assistant, kemudian jurulatih kenegeraan plkn, kemudian education counselor kat kolej (marketing sebenarnya), kemudian warden assistant kolej universiti dan akhir sekali nama hebat admin & account executive dekat company cina. Tapi yang last tu memang terima kasih banyak-banyak sebab 1 tahun setengah dekat situ. Gaji pun merasa naik 2 kali. Insentif banyak kali. Haha. Alhamdulillah. Allah bagi rasa macam mana kerja sebagai researcher, jadi cikgu garang, jumpa orang jual 'produk' pendidikan, jadi 'mak' yang garang dan belajar akaun serta audit yang saya memang suka jugak. Kalau saya tak kerja tempat sekarang mesti saya dah ambil sijil akaun dah. Sebab hari tu bos ada panggi untuk perancangan kerjaya masa hadapan. Huuu. 

Semuanya ada suka duka tangis dan tawa. Dan bila tiba masa, kita akan merasai nikmat yang Allah pinjamkan. Pada mas itu kita akan nampak kenapa Allah bagi kita begitu rupanya begini akhirnya. Alhamdulillah. Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya. Allah tidak akan membiarkan hambaNya menderita. Ujian Allah itu pasti ada kerana dia sayang kita. Dia uji kita untuk lihat sejauh mana ketakwaan, keimanan dan kebergantungan kita kepada Dia. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Kerana Allah akan memberikan yang baik-baik sahaja buat kita. Hidup juga jangan pasrah menerima. Kita kena berusaha sekuat mungkin. Dan selebihnya kita berserah kepadaNya. Kalau buat sesuatu bagai melepas batok di tangga, jangan harap kita akan dapat hasil yang akan memuaskan hati kita.

Errrr. Kan best kalau boleh bagi cerita ni kat Cik Sham. Haha. Walhal lari tajuk suka melalut. Bahahaha. Korang belajar apa dulu? Rindukan zaman belajar. Rindu UUM. Huuu.

XOXO,
Mak Arissa.

5 comments

Chekgu Azrine said...

Diploma dkt uitm ambik building
Then ambik cikgu 4 tahun..
Bila kluar jd cikgu dh tua dah rsa..haha

Mimy Hamid said...

jujurnya SPM saya tak bagus sbb saya main main heheh dulu nangis gile mak cakap tak guna dah...apa sy buat..sy nekad untuk butkikan gagal dalam SPM tak bermakna gagal selamanya..huhu

Nurul Aziz said...

uum sintok. tempat ayah belajar dulu. kos apa tah, ekonomi kalau tak silap.


amek kos macam2. tapi semua sekerat jalan. haha teruk. sekarang psychology, kat upsi. :D


umie shahidah said...

ku lepas SPM.. masuk kelas menjahit... tp tgn keras.. nk gunting kain je senget benget..haha..
pastu bru msuk poli.. tp gagal... jem pala otak..haha...

dh lps tu xde blja2 dh.. trus kje.. lps kawin jd suri rumah je..

gitu..sekian..

humble.yat said...

sy amik laws..haha tak sangka dah sampai tahap ini.masih sebagai lawyer...tapi skrg obses menjahit...:-)

Blog design by Rainy Day