Pages

Feb 21, 2014

Ragam NAB Solat Jemaah

Assalammualaikum. Hai.

Bismillahirrahmanirrahim.

Korang sihat? Mak Arissa tak berapa sihat sejak Isnin lepas. Dua hari suara hilang terus cakap macam berbisik. Sekarang, batuk-batuk. Huuu. Ayah Arissa selalu ingatkan, sakit itu penghapus dosa-dosa kecil. InsyaAllah. :)

Anak korang ok tak ragamnya masa solat? Hehe. Anak saya? Dan NAB tu? Ok sangat tapi.. ikut time. Haha. Ok gelak dulu. Oh ye. Entri tanpa gambar sebab masa jemaah siapa yang boleh amik kan gambar kan? Hihi. Ada satu hari, Arissa buat kami suami isteri tak boleh tahan sebab itu kali pertama dia buat. Setiap kali solat, sejadah dia kena bentangkan sekali. Tak boleh terlipat walau sedikit pun ok sejadah dia tu. Mengamuk sakan kalau dia tak dapat betulkan. Haha. 

Masa tu kami dah rakaat kedua kalau tak silap. Mula tu dia tarik kain ayah dia ke atas. Ok lagi sebab tak tinggi sangat. Buat lagi, ok lagi. Buat lagi sekali, ha.. amik habis dia angkat sampai paras paha. Haha. Ayahnya tak tahan gelak saya apatah lagi. Bila kita gelak dia pun syok la gelak sekali. Bila solat semula dia buat jugak tapi masing-masing boleh tahan. Even sampai sekarang. Dugaan saya lagi besar sebab bila dia tarik kain ayah dia kat atas, kemudian dia tengok muka saya sambil gelak nakal tangan tutup mulut. Haha. Jenuh nak tahan gelak. Tapi lama-lama dah lali. HewHewHew.

Time mood dia ok. Dia akan berdiri follow sampai 2 rakaat gitu. Time ayah dia baca Al Fatihah dengan surah lazim dia pun join sekaki. Al Fatihah yang jelas di telinga bila.. "min.. him.. din.. i'n.. kim.. him.. him.. lin.. min.." Selebihnya dia guna bahasa Jerman dia lah. Haha. Kalau part rukuk sujud tu dia ok je. Cuma bila part sujud last lama sikit, dia mula la nak toleh ke arah kita sambil menonggeng tu. Geerrraaammm~! Kadang-kadang dikuis-kuisnya telekung nak bagi nampak muka kita. Nak intai. Haha. Sabo jer la.

Part baca doa kalau panjang, dia dah memang tak boleh. Sekejap je dia dah amin sendiri. Mula buat hal dia. Tapi biasanya dia akan panjat atas katil. Baring le. Duduk le. Dia buatlah apa yang dia suka nak buat. Kadang-kadang dia pergi depan tv. Kadang-kadang dia pergi jenguk mak ude dia. Ikut suka dia. Bila dah habis solat pandai la jugak nak gulung sejadah konon nak simpan. Walhal sangkut je. Huuu. Part sejadah, dia memang dah tahu sejadah dia yang mana. Pinjam pun tak boleh. Huhuhu.

Alhamdulillah. Walau apa pun ragam dia, saya gembira saya bahagia. Syukur yang tak terhingga dengan nikmat yang Allah beri. Nikmat berjemaah dengan suami serta anak. Semoga anak menjadi anak solehah yang sentiasa menjaga solatnya. Allahhummaamin.

XOXO, 
Mak Arissa.

No comments

Blog design by Rainy Day