Pages

Feb 9, 2014

PTM

Assalammualaikum. Hai.

Bismillahirrahmanirrahim. 

Esok saya perlu pergi PTM. PTM ni stand for Program Transformasi Minda yang diwajibkan bagi kami para penjawat awam. Dulu namanya BTN kot lepas tu jadi Induksi Umum lepas tu batch kami PTM. Ini kiranya stage last untuk saya sah jawatan. Induksi Khusus, Peperiksaan MTIB dan JPA Alhamdulillah telah dilepasi dengan jayanya. Mudah-mudahan urusan kali ini turut dipermudahkan Nya. Aamiin.

Arissa ada dekat Ipoh sekali dengan Mak Ude dia. Alhamdulillah. Semua yang Allah bagi bersebab. Nasib baik ada adik. Kalau tidak, mungkin ayah Arissa atau mak tok kena ambil cuti jaga Arissa. Ibu sekarang pergi umrah. Allah dah susun cantik dah perjalanan hidup kita. Teringat masa saya dipanggil temuduga MTIB dulu. Kebetulan ibu kena pergi Johor dan saya nak ambil EL dan kemudian mak long Arissa cuti balik Ipoh so dia tolong jaga sementara saya nak pergi interview. Tak ada satu pun dalam kehidupan ini kebetulan tapi Allah sememangnya dah atur dah susun cantik kehidupan kita. Cuma ingat, hidup juga pilihan. Bukan sekadar pasrah menyerah. Kita perlu berusaha. Eh tetiba melalut. Haha.

PTM ni kat Kem Bina Negara Ulu Sepri, Rembau. Kalau benda ni kat hotel saya sanggup perabih kata orang nak bawa Arissa dan adik sekali. Tapi kat kem. Kem okay. Seumur hidup nih, sekali je pernah pergi Kem Bina Negara kat Perlis. Itupun saya lawan coach. Nak paksa-paksa orang pulak main flying fox and wall jumping. Haish. Itu bukan saya tahu. Huhu. 'Bapak saya cakap kalau kita tak nak tak ada siapa boleh paksa. Jangan buat.' Bahaha. Tak sangka sebenarnya dulu berani nak cakap macam tu. Nasib baik la kem tu tak ada effect dekat pointer bagai. Haha. Btw, it was 8 years ago kot. Sem 2 rasanya. HewHewHew. 

Ada yang tegur dekat gambar, dan komen dekat insta tentang hal berjauh dengan anak seminggu. Ada rupanya yang tak tahu saya sebelum ni berjauh dengan anak dengan suami lebih satu tahun. Bukan nak cakap takbur nak riak tapi Alhamdulillah,  kisah lebih setahun itu mendidik dan mengajar saya jadi lebih kuat. Alhamdulillah. Syukur. Sebak ada tapi tidak sampai saya mengalir air mata seperti beberapa bulan awal dahulu. Lagi pulak dia dah pandai cakap. Tadi, 'Nak ikut. Nak alik. Nak alik.' Huhu. Ayahnya memang tak kuat. Saya nak kata kuat sangat tu tidak. Tapi bak kata orang 'Alah bisa tegal biasa'. InsyaAllah. Dan semoga Arissa mimpi yang indah-indah bersama tok dan mak tok. Mak ayah rindu dia sangat. Terngiang-ngiang suara dan terbayang-bayang wajah dia dalam rumah ni ha. Sobs.

Malam ni kami makan simple je:


Balik PTM nanti baru fikir nak diet. Hahaha. Aptb. =P 

XOXO, 
Mak Arissa. 

4 comments

adyna said...

Akak Ptm dkt seri Malaysia , 5 hari tak mcm dulu, ada teamwork , skrg tgh tunggu untuk sah jawatan , lambat juga nak tahu , coz akak htr form skim pencen semua bagai tu bulan 12 ritu

Edat_Uzair said...

good luck mak icha...

nanti amsyar tlg tgkkan icha ye...
smlm ronda2 nampak icha... hehehe..

Kesuma Angsana said...

semoga dipermudahkan semua urusannyer alah bisa tegal dek biasakan.. nagus juag sesekali berjauhan kan ! hehehe

Umi Qi said...

All the best yer pi PTM....hehhe nak diet eh...kikiki jom diet nak hahahha

Blog design by Rainy Day