Pages

Feb 25, 2014

Demi Kebaikan Anak

Assalamualaikum. Hai.

Bismillahirrahmanirrahim.

Mak Ude Arissa dapat panggilan interview polis dekat Sarawak. Nak atau tidak, saya kena lepaskan dia balik juga. Tapi, dalam tempoh yang singkat ni nak cari babysitter / taska yang menyakinkan adalah sangat sukar. Dah duduk 2 bulan tapi jujur saya susah nak putuskan ke mana saya harus hantar Arissa. Saya agak jenis seorang yang tak suka terburu-buru dan dah tentu paranoid. Sejak Jumaat lepas, otak dok fikir nak hantar Arissa kat mana. Haish.

Nek Wan Arissa dekat Sarawak pun tegah bersusah hati dengan Arissa siapa nak jaga. Mak Ude pula dihujani dengan rasa serba salah. Mak Ayah Arissa pulak di belenggu paranoid terlampau. Dah cari beberapa taska tapi bila pergi dekat taska tu alamak, macam tak confident je. Gittew. Yang confident sampai 600 kos bulanannya. Better cari orang gaji. Tak gitu? Rasa nak cepat-cepat dia umur 3 tahun, boeh daftar PASTI. Huhuhu.

Akhirnya hari ini kami dah sepakat;


Arissa akan ikut mak ude dia balik Sarawak. Ada beberapa faktor selain dari taska. Antaranya, kes catu air yang sedang melanda dan juga kes denggi yang berleluasa. Na'uzubillahiminzalik. Bukan 2 3 bulan. Paling lama pun sebulan. InsyaAllah. Sekurang-kurangnya dapat juga nek wan dan nek aki dia lepaskan rindu dekat dia. Family dekat Sarawak semua happy bila dengar Arissa akan balik dan berada kat sana dalam tempoh agak lama. Masing-masing tak sabar. Nanti boleh nek wan dia bawa pergi tadika. Ngeee.

Kami tak rindu? Rindu itu pasti. Walaupun saya dah biasa tapi saya tetap rindu. Cuma apa yang kami buat adalah untuk kebaikan semua, dan dia terutamanya. Lagipun tempoh hari kan ada viral di FB berkenaan dengan 'Latih Anak Berpisah Sekejap'. Saya fikir ini perlu sebab Arissa sejak kami dah duduk sebumbung sekarang ni, dia sangat takut kami hilang. Nak tidur pun, kalau kita saja gurau suruh tidur dengan mak ude dia - dia terus naik atas katil, baring tengah-tengah, pasang selimut, pejam mata sambil cakap tak nak. Saya tak nak dia terus begitu. Sambil menyelam minum air - elak perkara yang tak diingini sambil didik dia. 

"ngeri tak terbayang mata. bonda takkan ada sentiasa. nanti moga kau tak lupa. bonda memujuk mu anakanda."

Tetiba teringat lagu ni. Muahaha. Eh tahu tak, one part of public speaking saya masa PTM tempoh hari saya nyanyi rangkap ini depan audiences. Sebak woi. Huhu. Apa pun, setiap mak ayah punya perancangan yang bagi mereka adalah terbaik untuk anaknya. Sebarang perbandingan adalah tidak diperlukan. Tohmahan, makian dan umpatan adalah buat tambahan saham akhirat kita. Sahabat saya cakap, 'pedulikan kata orang'. Kan?

Ok. Ni tengah tunggu flight nak balik KL. Boring gila dari pukul 1 dekat airport. Arghhh. 

Oh ye. Pre order Skiphop Stuffs akan berakhir Jumaat ni. Promo bagi beg Mummy 2 in 1 atas sebab ini batch pertama bagi skiphop products; RM50 instead of RM55 per set. Kindly visit Arissa's Gallery. 


XOXO,
Mak Arissa. 

7 comments

mommy.aisy.hana said...

chaiyok mak arissa
insyaAllah arissa akan baik2 saja.
berharap yg baik baik sntiasa occay..
mmg byk masa kita kena buat kputusan tolak demi kepentingan diri demi anak anak.

Chekgu Azrine said...

Semoga dipermudahkan sgla urusan sis ye..

Budak Kampung said...

cahiyok2 kak

MimahAjil said...

Sedihnya Yatie..tp demi Arissa kn.klu akk pn agk paranoid gak nk anta ank ke taska.semoga Arissa happy nnt dgn atok dan nenek kt sarawak

mOoN said...

sedih...semoga dipermudahkan segala urusan yaa.. mama arissa kuatkan..

Sunah Sakura said...

subhanallah..kak...kamek tengah dengar lagu arjuna beta...sampei ayat "ngeri tak terbayang mata.." kebetulan lagu nok kamek dengar pun sampei part ya...hihi

insya'Allah arissa akan bait2 kat sinun kelak...

kiut eh drabag ya...tunggu ada rezeki baruk dapat meli sigek.. :D

Hana Soffelia said...

Yati, kalo ambik orang gaji pun kalo dpt yg jenis mental, siap2 kelar2 tu ngeriii sgt. (errr baca kisah kat fb la ni). hana sampaikan paranoid dengan sume benda.

Hana rasa keputusan yati tu adalah yg terbaik. Pray the best for u.

Blog design by Rainy Day