Pages

Feb 28, 2014

Pre Order: SkipHop Stuffs

Assalamualaikum. Hai.

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni nak iklan lagi. Hehehe. Maaf yer. Nak bagitau yang kita sekarang buka pre order barang-barang skiphop yang akan berakhir Jumaat depan, 28 Feb 2014. Ada 5 item:

1. Skiphop Mummy 2 in 1 Bag 

2. Skiphop Bottle

3. Skiphop Stainless Steel Food/Drink Container

4. Skiphop Zoo Luggage

5. Skiphop Storage

Semua harga yang tertera adalah tidak termasuk postage ye kawan-kawan. Kalau berminat, boleh terus PM Arissa's Gallery (DRAB-AG) atau WeChat DYatie7786 atau Whatsapp 0194603069 atau emel dayangmtib@gmail.com. 

Pre Order batch yang pertama bagi barang-barang Skiphop ni berakhir 28 Feb 2014. 

Oh ye. Ada satu lagi pre order yang akan berakhir pada tarikh yang sama iaitu:

Angela Dolls

RM45/pc
ETA: Minggu ke 3 March 2014

Further details reg all products, tuan puan boleh terus ke Arissa's Gallery (DRAB-AG).

XOXO,
DRAB-AG

Feb 27, 2014

Calling~!

Assalammualaikum. Hai.

Bismillahirrahmanirrahim.

Maaf sekali lagi iklan peringatan mesra.
EH?

Of course berkenaan dengan pre order skiphop stuffs & angela dolls yang akan berakhir lusa. 


Seperti yang diceritakan dalam entri sebelum. Harga promosi sempena batch pertama saya ialah RM50 sahaja. Harga sebenar RM55. Harga pasaran RM69. Tak termasuk postage.

Seterusnya Angela Dolls,


RM45 tak termasuk pos. Deposit RM20. ETA March.

Dan ini pulak ad hoc order,


Perkasam DAGING: RM12
Perkasam KAMBING: RM14

Order sehingga jam 1230 tengahari esok sahaja.

Korang yang berminat nak tempah boleh terus ke Arissa's Gallery / WeChat DYatie7786 / Whatsapp 0194603069. Will responds asap.

XOXO,
Mak Arissa.

Feb 25, 2014

Demi Kebaikan Anak

Assalamualaikum. Hai.

Bismillahirrahmanirrahim.

Mak Ude Arissa dapat panggilan interview polis dekat Sarawak. Nak atau tidak, saya kena lepaskan dia balik juga. Tapi, dalam tempoh yang singkat ni nak cari babysitter / taska yang menyakinkan adalah sangat sukar. Dah duduk 2 bulan tapi jujur saya susah nak putuskan ke mana saya harus hantar Arissa. Saya agak jenis seorang yang tak suka terburu-buru dan dah tentu paranoid. Sejak Jumaat lepas, otak dok fikir nak hantar Arissa kat mana. Haish.

Nek Wan Arissa dekat Sarawak pun tegah bersusah hati dengan Arissa siapa nak jaga. Mak Ude pula dihujani dengan rasa serba salah. Mak Ayah Arissa pulak di belenggu paranoid terlampau. Dah cari beberapa taska tapi bila pergi dekat taska tu alamak, macam tak confident je. Gittew. Yang confident sampai 600 kos bulanannya. Better cari orang gaji. Tak gitu? Rasa nak cepat-cepat dia umur 3 tahun, boeh daftar PASTI. Huhuhu.

Akhirnya hari ini kami dah sepakat;


Arissa akan ikut mak ude dia balik Sarawak. Ada beberapa faktor selain dari taska. Antaranya, kes catu air yang sedang melanda dan juga kes denggi yang berleluasa. Na'uzubillahiminzalik. Bukan 2 3 bulan. Paling lama pun sebulan. InsyaAllah. Sekurang-kurangnya dapat juga nek wan dan nek aki dia lepaskan rindu dekat dia. Family dekat Sarawak semua happy bila dengar Arissa akan balik dan berada kat sana dalam tempoh agak lama. Masing-masing tak sabar. Nanti boleh nek wan dia bawa pergi tadika. Ngeee.

Kami tak rindu? Rindu itu pasti. Walaupun saya dah biasa tapi saya tetap rindu. Cuma apa yang kami buat adalah untuk kebaikan semua, dan dia terutamanya. Lagipun tempoh hari kan ada viral di FB berkenaan dengan 'Latih Anak Berpisah Sekejap'. Saya fikir ini perlu sebab Arissa sejak kami dah duduk sebumbung sekarang ni, dia sangat takut kami hilang. Nak tidur pun, kalau kita saja gurau suruh tidur dengan mak ude dia - dia terus naik atas katil, baring tengah-tengah, pasang selimut, pejam mata sambil cakap tak nak. Saya tak nak dia terus begitu. Sambil menyelam minum air - elak perkara yang tak diingini sambil didik dia. 

"ngeri tak terbayang mata. bonda takkan ada sentiasa. nanti moga kau tak lupa. bonda memujuk mu anakanda."

Tetiba teringat lagu ni. Muahaha. Eh tahu tak, one part of public speaking saya masa PTM tempoh hari saya nyanyi rangkap ini depan audiences. Sebak woi. Huhu. Apa pun, setiap mak ayah punya perancangan yang bagi mereka adalah terbaik untuk anaknya. Sebarang perbandingan adalah tidak diperlukan. Tohmahan, makian dan umpatan adalah buat tambahan saham akhirat kita. Sahabat saya cakap, 'pedulikan kata orang'. Kan?

Ok. Ni tengah tunggu flight nak balik KL. Boring gila dari pukul 1 dekat airport. Arghhh. 

Oh ye. Pre order Skiphop Stuffs akan berakhir Jumaat ni. Promo bagi beg Mummy 2 in 1 atas sebab ini batch pertama bagi skiphop products; RM50 instead of RM55 per set. Kindly visit Arissa's Gallery. 


XOXO,
Mak Arissa. 

Feb 21, 2014

Ragam NAB Solat Jemaah

Assalammualaikum. Hai.

Bismillahirrahmanirrahim.

Korang sihat? Mak Arissa tak berapa sihat sejak Isnin lepas. Dua hari suara hilang terus cakap macam berbisik. Sekarang, batuk-batuk. Huuu. Ayah Arissa selalu ingatkan, sakit itu penghapus dosa-dosa kecil. InsyaAllah. :)

Anak korang ok tak ragamnya masa solat? Hehe. Anak saya? Dan NAB tu? Ok sangat tapi.. ikut time. Haha. Ok gelak dulu. Oh ye. Entri tanpa gambar sebab masa jemaah siapa yang boleh amik kan gambar kan? Hihi. Ada satu hari, Arissa buat kami suami isteri tak boleh tahan sebab itu kali pertama dia buat. Setiap kali solat, sejadah dia kena bentangkan sekali. Tak boleh terlipat walau sedikit pun ok sejadah dia tu. Mengamuk sakan kalau dia tak dapat betulkan. Haha. 

Masa tu kami dah rakaat kedua kalau tak silap. Mula tu dia tarik kain ayah dia ke atas. Ok lagi sebab tak tinggi sangat. Buat lagi, ok lagi. Buat lagi sekali, ha.. amik habis dia angkat sampai paras paha. Haha. Ayahnya tak tahan gelak saya apatah lagi. Bila kita gelak dia pun syok la gelak sekali. Bila solat semula dia buat jugak tapi masing-masing boleh tahan. Even sampai sekarang. Dugaan saya lagi besar sebab bila dia tarik kain ayah dia kat atas, kemudian dia tengok muka saya sambil gelak nakal tangan tutup mulut. Haha. Jenuh nak tahan gelak. Tapi lama-lama dah lali. HewHewHew.

Time mood dia ok. Dia akan berdiri follow sampai 2 rakaat gitu. Time ayah dia baca Al Fatihah dengan surah lazim dia pun join sekaki. Al Fatihah yang jelas di telinga bila.. "min.. him.. din.. i'n.. kim.. him.. him.. lin.. min.." Selebihnya dia guna bahasa Jerman dia lah. Haha. Kalau part rukuk sujud tu dia ok je. Cuma bila part sujud last lama sikit, dia mula la nak toleh ke arah kita sambil menonggeng tu. Geerrraaammm~! Kadang-kadang dikuis-kuisnya telekung nak bagi nampak muka kita. Nak intai. Haha. Sabo jer la.

Part baca doa kalau panjang, dia dah memang tak boleh. Sekejap je dia dah amin sendiri. Mula buat hal dia. Tapi biasanya dia akan panjat atas katil. Baring le. Duduk le. Dia buatlah apa yang dia suka nak buat. Kadang-kadang dia pergi depan tv. Kadang-kadang dia pergi jenguk mak ude dia. Ikut suka dia. Bila dah habis solat pandai la jugak nak gulung sejadah konon nak simpan. Walhal sangkut je. Huuu. Part sejadah, dia memang dah tahu sejadah dia yang mana. Pinjam pun tak boleh. Huhuhu.

Alhamdulillah. Walau apa pun ragam dia, saya gembira saya bahagia. Syukur yang tak terhingga dengan nikmat yang Allah beri. Nikmat berjemaah dengan suami serta anak. Semoga anak menjadi anak solehah yang sentiasa menjaga solatnya. Allahhummaamin.

XOXO, 
Mak Arissa.

Feb 9, 2014

PTM

Assalammualaikum. Hai.

Bismillahirrahmanirrahim. 

Esok saya perlu pergi PTM. PTM ni stand for Program Transformasi Minda yang diwajibkan bagi kami para penjawat awam. Dulu namanya BTN kot lepas tu jadi Induksi Umum lepas tu batch kami PTM. Ini kiranya stage last untuk saya sah jawatan. Induksi Khusus, Peperiksaan MTIB dan JPA Alhamdulillah telah dilepasi dengan jayanya. Mudah-mudahan urusan kali ini turut dipermudahkan Nya. Aamiin.

Arissa ada dekat Ipoh sekali dengan Mak Ude dia. Alhamdulillah. Semua yang Allah bagi bersebab. Nasib baik ada adik. Kalau tidak, mungkin ayah Arissa atau mak tok kena ambil cuti jaga Arissa. Ibu sekarang pergi umrah. Allah dah susun cantik dah perjalanan hidup kita. Teringat masa saya dipanggil temuduga MTIB dulu. Kebetulan ibu kena pergi Johor dan saya nak ambil EL dan kemudian mak long Arissa cuti balik Ipoh so dia tolong jaga sementara saya nak pergi interview. Tak ada satu pun dalam kehidupan ini kebetulan tapi Allah sememangnya dah atur dah susun cantik kehidupan kita. Cuma ingat, hidup juga pilihan. Bukan sekadar pasrah menyerah. Kita perlu berusaha. Eh tetiba melalut. Haha.

PTM ni kat Kem Bina Negara Ulu Sepri, Rembau. Kalau benda ni kat hotel saya sanggup perabih kata orang nak bawa Arissa dan adik sekali. Tapi kat kem. Kem okay. Seumur hidup nih, sekali je pernah pergi Kem Bina Negara kat Perlis. Itupun saya lawan coach. Nak paksa-paksa orang pulak main flying fox and wall jumping. Haish. Itu bukan saya tahu. Huhu. 'Bapak saya cakap kalau kita tak nak tak ada siapa boleh paksa. Jangan buat.' Bahaha. Tak sangka sebenarnya dulu berani nak cakap macam tu. Nasib baik la kem tu tak ada effect dekat pointer bagai. Haha. Btw, it was 8 years ago kot. Sem 2 rasanya. HewHewHew. 

Ada yang tegur dekat gambar, dan komen dekat insta tentang hal berjauh dengan anak seminggu. Ada rupanya yang tak tahu saya sebelum ni berjauh dengan anak dengan suami lebih satu tahun. Bukan nak cakap takbur nak riak tapi Alhamdulillah,  kisah lebih setahun itu mendidik dan mengajar saya jadi lebih kuat. Alhamdulillah. Syukur. Sebak ada tapi tidak sampai saya mengalir air mata seperti beberapa bulan awal dahulu. Lagi pulak dia dah pandai cakap. Tadi, 'Nak ikut. Nak alik. Nak alik.' Huhu. Ayahnya memang tak kuat. Saya nak kata kuat sangat tu tidak. Tapi bak kata orang 'Alah bisa tegal biasa'. InsyaAllah. Dan semoga Arissa mimpi yang indah-indah bersama tok dan mak tok. Mak ayah rindu dia sangat. Terngiang-ngiang suara dan terbayang-bayang wajah dia dalam rumah ni ha. Sobs.

Malam ni kami makan simple je:


Balik PTM nanti baru fikir nak diet. Hahaha. Aptb. =P 

XOXO, 
Mak Arissa. 

Feb 3, 2014

Telekung Travel Cotton

Assalamualaikum. Hai. 

Bismillahirrahmanirrahim. 

Korang rajin tak bawa telekung kalau pergi jalan-jalan especially nak pergi shopping? Saya dulu memang malas. Yes. Serius malas. Sebab beg tak muat. Barang anak pun dah penuh. Lepas tu pergi solat dekat surau pinjam telekung wakaf, tiba-tiba rasa macam terpaksa gila pakai telekung tu. Pastu baru rasa menyesal tak bawa telekung sendiri. Pfft!~ Teruk pulak rasa. Huuuu. 

Lama juga baru dapat telekung travel yang sesuai untuk diri sendiri ni. Ate..nampak je ghupa ini. Kasar sebenarnya. Huuuu. Rasa syukur sangat dapat jumpa telekung travel cotton nih. Saya punya warna hijau cair gitu. Pakai pun rasa sweet, lembut, sopan dan sejuk mata memandang. Eh?!. Telekung tuh. Bukan tuannya. Hihihi. Syok bawak pergi mana-mana. Syok pakai tak panas. Berbaloi sangat beli. Alhamdulillah. 

Ok. Kat bawah ni pilihan warna yang ada. 16 kesemuanya. Comel je beg nyer kan? Kat bawah tu nak bagi perbandingan size beg dengan handphone je. Bukan beli telekung dapat handphone free tau. Hehehe.


Seperti biasa, stok adalah sangat terhad. So, kalau dah ada yang berkenan dekat mata cepat-cepat PM Arissa's Gallery atau Wechat Dyatie7786 atau Emel fayangrosmieyatie@gmail.com. Bagi nombor warna yang dipilih untuk check stok terlebih dahulu sebelum teruskan dengan proses order.

Harga termasuk pos:
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM75
SABAH SARAWAK: RM85

Jemput singgah di Arissa's Gallery untuk pelbagai pilihan barangan untuk mak dan anak-anak. Bapak belum lagi. Hihi. Jemput follow Instagram kami juga DRAB Moms & Kids Corner untuk segera mendapatkan update dari kami. InsyaAllah minggu hadapan, kami akan mensajikan anda dengan Handsocks Cotton Lace ready stock. Till we meet again! ;)

XOXO,
DRAB Moms & Kids Corner - AG

Blog design by Rainy Day