Pages

Jan 27, 2014

Ujian - Allah Sayang.

Assalamualaikum. Hai. 

Bismillahirrahmanirrahim. 

Bukan Allah tak sayang. Allah sayang. Atas sebab itu Allah uji. Allah nak tengok sejauh mana tahap kebergantungan kita terhadapNya. Allah mahu mendengar rintihan kita di sepertiga malam. Allah mahu kita jadikan sejadah itu tempat kebiasaan kita. Allah mahu yang terbaik untuk kita.   

Saya diuji lagi. Saya tahu, segala ujian yang Allah berikan akhirnya memberikan nikmat yang bernilai buat kita. Diuji dengan kejauhan mengajar erti sebenar sebuah pengorbanan, menjadi diri ini lebih kuat dan lebih berdiri di atas kaki sendiri. Diuji dengan sakit memberikan saya peringatan bahawa mungkin esok saya akan mati. Diuji dengan pengkhianatan mengingatkan saya supaya jangan terlalu percaya. Semua ujian yang Allah beri pasti membuahkan hasil kemudian hari. Itupun jika kita redha menerima ujian tersebut.   

Usaha. Doa. Tawakal.   

Tips mudah yang Allah berikan untuk hamba-hambaNya. Lakukan segala yang termampu. Jangan pernah berhenti berdoa. Berikan 100% tahap kebergantungan terhadapNya. Bersangka baik denganNya. Allah tidak akan membebankan hamba-hambaNya melebihi tahap kemampuan. Allah pasti telah merancang sesuatu yang baik untuk kita. Saya pernah terbaca sepotong ayat yang berbunyi lebih kurang begini, "ketika kamu ditimpa musibah, janganlah kamu mahu lari darinya. jangan pernah kamu meminta untuk mati kerana kamu langsung tidak tahu bagaimana kehidupan sesudah mati."   

Ujian ini menjadikan kami lebih dekat padaNya. Dan kami suami isteri semakin gigih berusaha memperbaiki diri, hubungan dan keluarga. Pada ketika diuji begini, hati terusik dengan perhatian suami. Bila mengaminkan doa suami selepas solat, air mata bergenang. Bila suami sering melakukan kejutan kecil tapi besar maknanya, saya cuma mampu berdoa 'jika itu takdirMu, aku redha kerana aku yakin insan di hadapan aku ini mampu membimbing aku ke jalanMu. telah ku kecapi bahagia dunia dan akan ku kejar kebahagiaan akhirat, kebahagiaan yang sebenar.'

Dan pada ketika ini, saya bersyukur sebab saya dah bersama dengan suami dan anak. Dengan adanya mereka bersama, biarpun letih menguruskan rumah setelah 8 jam bekerja tapi saya bahagia. Segala kerunsingan di pejabat saya tinggalkan 100% dan tumpuan saya berikan kepada mereka. Ada wajah-wajah yang dicintai dapat mengurangkan rasa gusar dengan ujian yang sedang dihadapi. Alhamdulillah. Perancangan Allah itu indah.   

Semoga setiap kita yang diuji tabah dengan segala ujian yang Allah beri dan jadikan ujian tersebut sebagai batu aras untuk lebih dekat kepadaNya. Terus bersangka baik denganNya dan percaya Dia tidak memberikan kita ujian dengan sia-sia.   


XOXO, 
Mak Arissa.

3 comments

achiek anis said...

manusia mmg tak pernah lepas dari diujiNya...tanda peringatan dariNya buat kita...Insyaallah ibu arissa kuat utk menghadapinya

Wawa Yusoff said...

*Hugssss*

Selalu ingat kan diri bahawa Dugaan itu sebenarnya adalah Hikmah. tanda allah sayang. Imagine klu kita hidup senang lenang tanpa sakit dan sekelumit dugaan, itu tanda nya allah semakin jauh dari kita.

Take care dear. Ku mengerti keadaanmu. huhuhu :')

Kyla Pearlisha said...

Salam.sabar ye.myb ada hikmah disebalik ujianNYA

Blog design by Rainy Day