Pages

Jan 2, 2014

NAB: Taska ke Pengasuh

Assalammualaikum. Hai.

Bismillahhirrahmanirrahim.

Arissa sekarang di bawah jagaan dan selian mak ude dia. Adik saya yang nombor tiga. Dan sebenarnya kami masih belum lagi buat keputusan nak hantar dia kat mana. Tak cari pun lagi. Ada juga sikit-sikit sembang dengan makcik jiran sebelah dan ayah arissa sembang ngan makcik tingkat 7 dalam lift. Haha. Ada ramai pengasuh kat flat ni. Makcik sebelah rumah cadangkan yang satu aras dengan kami. Ok kata nya.

Saya dalam dilema bila dah duduk kat sini. Nak hantar pengasuh atau taska. Sebelum ni dekat rumah ibu, dia ada kakak-kakak (anak-anak ibu) dan dia ada 3 orang lagi kawan. Khabarnya, dekat rumah pengasuh yang dicadangkan makcik jiran sebelah hanya ada seorang anak yang dia jaga. Bagus! Itu sangat bagus. Boleh Arissa dapat perhatian penuh. Tetapi, Arissa dah dua tahun. Bukan dua bulan. Gitteww. Dia perlu kawan bermain. Dia perlu bergaul. Kalau nak bagi adik pun bukan boleh terus main dengan Arissa. Haha.

Kadang-kadang, rasa macam nak dia dah besar yang boleh masuk tadika. Hahaha. Leh cepat-cepat masukkan dia ke PASTI. Gittew. Tapi, dua tahun lagi. Dua tahun lagi mak ayah pening nak masukkan anak kat mana. Haha. Oh ye. Saya belum mulakan homeschooling lagi dekat Arissa. Sekarang tengah perlahan-lahan nak urus masa. Salah satu azam tahun ini ialah 'menggunakan masa sepenuhnya bersama suami dan anak bagi menggantikan satu tahun yang lalu'. Hehe. Alhamdulillah.

satunotahati: masih planning. ;)

XOXO,
Mak Arissa. 

1 comment

Umi Qi said...

Moga Allah permudahkan mama dan arissa ye...insyaAllah jumpa yg terbaik.

Blog design by Rainy Day