Pages

Jan 19, 2014

Kertas Itu Mengalir Bagai Air

Assalamualaikum. Hai.

Bismillahirrahmanirrahim. 

Update on weekend sangat rajin. Bahaha. Actually bosan tak tahu nak buat apa. Ada je kerja nak buat tapi malas. Baju bajan memanggil untuk di iron. Dapur aka stor juga melambai-lambai untuk di kemas. Tapi, malas jugak. Eh bukan malas sebab tak nak buat tapi tak nak buat kerja 2 3 kali. Gittew. (Alasan!)

Sepatutnya hari nak 'update' rumah. Tapi tiba-tiba semalam ayah arissa mula selsema sakit tekak dan hari ni dah demam. Takkan demam rindu kot. Bahaha. So, semua kerja macam tergendala. Pasrah je. Bagi chance rehat sepenuhnya. Esok dah mula kerja. Heh! Seminggu tak kerja nak start kerja balik sangatlah malas. Phew! Apa yang rajinnya tah?! (Apa ke ku merapu ni? Huhu.)

Ok kisahnya hal kertas yang mengalir bagai air. Duit la tu! Menyimpan berbulan-bulan, habisnya tak sampai sehari semalam. Semalam sampai je KL kami menapak ke stesen LRT nak ke SOGO. Member Card Day Sales. Singgah level untuk anak. Sambar 2 3 helai baju dengan satu momma begpack. Cewah. Tu promoter yang cakap. Haha. Sakit sebelah bahu selama ni konon nak ladies sangat. Bahaha. Singgah level home sambar langsir, tuala dan bekas freezer. Terus rasa mabuk tengok duit melayang. Haha.

Before balik, makan malam dulu kononnya tapi jam 5. Haha. Balik dah lemau tiba- tiba ayah arissa cakap pasal rail langsir. So singgah dekat hardware. Terus tanya stok tikar getah yang baru. Tak sangka ada design tikar yang 2 minggu ni kami survey ada yang baru. Terus confirm booked dan pay deposit. Pagi tadi ambil tapi tak bentang pun lagi. Huhu. Oh. Rumah ni tak ada renovation dari tuan rumah. Rumah ori kami kata. Hehe. End of the day saya cakap kat Arissa, "ok meh dok diam tunggu gaji mak ayah minggu depan." Haha.

Bukan tu je. Sepanjang seminggu kami dekat Ipoh, ayah arissa pula fokus dengan si putih. Ini tukar itu tukar. Ermm. Nasib baik bukan tukar tiap-tiap bulan. Kalau tidak. Lagi mabuk. Hahaha. So, memang terasa sangat pengaliran kertas tersebut. Dapat cium bau sebentar cuma. Huhu. Tapi kami puas hati sebab apa yang perlu dah diutamakan. Tinggal satu je lagi nak buat dekat luar rumah. Lepas tu baru boleh fikir pasal kehendak. Nak menabung semula nak pergi IKEA. Haha. 

Sekarang, bawa duit 100 dah macam sepuluh ringgit. Kalau bawa 10 dah macam..? Rindu kampung. Sekurang-kurangnya sayur tak payah beli. Nak makan pucuk ubi? Pergi petik belakang rumah. Nak kacang botol, pergi tengok kat pagar belakang. Nak kedondong, ada belakang rumah lama. Gittew. Saya masih tak tahu lagi lokasi pasar tani atau pasar minggu yang best dekat area sini. Asyik ke Pasaraya Hero je tak pun Tesco. Huhu.

Rasa macam tipu je tabungan dah habis. Haha. Ko yang pergi beli barang ko yang tak percaya ye? Haha. Sebabnya, macam tak ada je barang nyeerr! Tu yang rasa tak percaya. Haish. Hihi. Tapi, apa pun Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang Allah bagi. Tak berlebih tapi InsyaAllah mencukupi. :)

XOXO,
Mak Arissa. 

7 comments

Chekgu Azrine said...

Akk dah ada ank besar2 ni lagila sis..duit kdg2 tu xpegi memana pun..dok umh je sat je hbs rm50..huhu..dasat btul klu pk blk kan..klu hbs bli lauk bsh tu lain kot..

Ilya Melissa said...

betul tuh mak arissa. Kat kampung senang jee cari makan. Nyaman2 gik ya..nak udang galah, soh bpk mertua ngail..nak berulam, mcm2 adoo, tggl petik je..so klu nak makan x semestinya kena kluar duit.hehe..sory kalau buat dirik terkenang..hahaha

Kyla Pearlisha said...

Betul tu kak.Skng duit kalau dipecahkan mmg habislah jawabnye.hehehe

Hana Soffelia said...

haha ingatkan kertasa apa la tadi tu.. Memang pun yat, mengalir laju mcm air. Baru je dpt cabutan bertuah rm100 jumaat minggu lepas, eh ari sabtu dh hlg. Owh, mahalnya brg skarang beli ikan 3 ekor dah belas ringgit.

adyna said...

Mmg duit mcm ayor je skrg ;) , akak ni pun dh sebulan 2x baru blk tu pun sekali suami blk sekali akak blk ;) , lg pulak rumah dah nak siap kertas tu cepat je terbang hihi

Umi Qi said...

SAngat setujuuu....sekarang bawak duit 100 mcm air je kan sayangg...mcm 10 hinggit...beli 100 tp barang dua tiga kerat jek....aduyaiiii sekarang barang naik semua naik...tp perut x gak kempis2 hahahhaha

Norhasniza Khalid said...

singgah pertama kali di sini.. salam kenal dari mamaniza.com

Blog design by Rainy Day