Pages

Jan 17, 2014

2nd Pregnancy

Assalamualaikum. Hai.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Syukur. Tahniah buat semua sahabat handai yang telah selamat melahirkan anak yang kedua dan juga telah disahkan mengandung anak yang kedua. Geng gojes ramai yang berjemaah pregnant anak kedua tahun ni. Auwww! Hehe. Alhamdulillah. Tahniah korang.

I've been asked about 2nd pregnancy since end of last year. Yerlah. Husband dah duduk sekali kan. Masing-masing cakap, ha speed lah untuk second baby atau boleh dah la arissa dapat adik atau boleh ler tambah lagi. Gitteww. I end up with 'senyum' sampai ke telinga. Haha.

I am not ready yet?

Ok. Bila tengok baby, pegang baby, cium baby dan dengar orang pregnant atau dah melahirkan - saya rasa macam saya seorang yang paling happy dan rasa macam 'aku nak baby jugak. best.' Tapi pada masa yang sama hati cakap 'eh sian arissa baru je nak duduk dengan mak ayah dah nak bagi adik'.

Perasaan nak bercampur dengan tak sedia. U know. Saya nak ada baby, tapi pada masa yang sama saya nak spend much more time dengan Arissa dan husband. At least a year to cover balik sepanjang 1 tahun 4 bulan kami berjauhan. Dan to be frank, saya masih planning. Not me alone, both of us. Natural planning.

Pernah juga terfikir, eh teruknya. But at the end setelah kami bermuhasabah diri - dengan segala macam perasaan dan keputusan yang timbul adalah dari Dia juga. Macam mana? Jika Dia berkehendak, maka pasti Dia juga akan menggerakkan dan menguatkan hati kami. Jika Dia kata inilah masanya, maka masa itu saya pasti kami tak akan planning. Get what I mean?

So, macam mana saya nak jawab? Saya cuma jawab belum tiba masanya lagi. One fine day, Allah akan buka hati kami dan Allah akan bagi rezeki kedua buat kami. InsyaAllah. Allahhummaamin. Semua tu kan rezeki. Ada yang planning tapi pregnant jugak, kun kataNya maka kun lah. Kan? Kita as hambaNya kena redha. Bersangka baik denganNya.

Percaya tak saya terfikir nak 2nd baby bila Arissa dah 4 atau 5 tahun? Haha. Tak tahu itu permainan minda atau gerak hati. Wallahhualam. Just wait and see. Bila kot bulan depan saya disahkan pregnant, maka Allah tahu 'this is the right time for them'. I'll never answer 'belum ada rezeki' sedangkan saya planning sebab bagi saya these two statements adalah berbeza.

Eh tetiba mumbling part 2nd pregnancy lak kan? Haha. Tengok muka Arissa tidur sekarang memang rasa sebak. Huhu. Thanks Allah by giving me this opportunity again. Syukur Alhamdulillah. Arissa adalah anak solehah yang super manja. Sepanjang dekat Ipoh, nak dengan mak aje. Takut mak hilang lagi kot. Huhu. Sesungguhnya kita hanya merancang, Allah jua sebaik-baik perancang.

Ok. Till we meet again. Few days to go Arissa akan turn 2. Dah 2 tahun dah. Alhamdulillah.

XOXO,
Mak Arissa.

6 comments

adyna said...

Rezeki dari Allah tapi kita pun diberi akal utk berfikir kan , seeloknya berbincang dgn suami , mcm akak dh tak blh ;(

DYatie said...

Aah kak. Dah bincang. InsyaAllah bila tiba masanya, Allah akan bagi rezeki kedua. Sebab kami planning sendiri. InsyaAllah by 30, dah ada anak kedua. 3 years to go. Hehe.

Takper kak. Rezeki kita Allah dah tetapkan begitu. Allah tahu tahap kemampuan hamba2Nya kan? :)

Chekgu Azrine said...

InshaAllah sis..
Kita hnya mmpu merancang..
Yg dtg semuanya dari Dia..
Semoga dipermudahkan urusan

Ilya Melissa said...

fuhh saspen den kejap..hehe..sama la kite..ikutkan nak sgt. Setahun sorg pon xpe..hamboihhh..hahaha..tapi..byk benda yg dipikir..lgpun muna pun very the manja dgn mak dia ni..

Kyla Pearlisha said...

Inshallah sis :) Semoga dpermudahkan

Hana Soffelia said...

Berbeza dengan Hana, planningnya this year nak preggy and by the next year had 2nd baby tp bila kerja hubs kena transfer jauh sikit (LDR again) jd mcm xde keyakinan plak. haha But will see. ngeee

Blog design by Rainy Day