Pages

Jan 8, 2014

1st Homeschooling

Assalammualaikum. Hai.

Better late than never. Gittew. Buat pertama kali malam tadi saya buat sesi homeschooling dengan anakanda solehah saya. Selama ni saya cuma boleh sediakan dia educational toys yang mana ayah arissa tak berapa berkenan sebab anak kecik lagi. Tapi, saya tetap beli termasuk wooden toys abc dan number. Nak wooden toys boleh tengok dekat Arissa's Gallery ye. (hehe. sempat pulak.)

Sebenarnya, toys arissa banyak lagi tertinggal kat Ipoh. InsyaAllah balik nanti angkut semua toys dia. Sebab tu Ahad lepas saya belikan block yang disangka harganya RM19.90. Pfft! Aptb. Tapi, itulah namanya rezeki anak yer dak? Walaupun hati cakap "aku jual lagi murah". Bahaha. Blocks dah ada juga dekat Ipoh tapi sebab tak bawa. Ok lah. Bertambah blocks dia. Tak gitu? Heee. Arissa agak kurang berminat nak cantumkan blocks tu. Cabut blocks dia suka. Sebab dia suka sepah kan. Huhuhu.


So malam tadi saya susun ikut color dan ajar dia untuk match kan blocks yang bersepah. At first susah jugak. Dia main letak je ikut suka dia. Tapi half way dia dah boleh. Mak dia yang over excited teruja. Bahaha. Mak mak sangat. Huu. Bila dia pegang block, saya akan cakap color apa. Then dia terus tengok part kuning. Ada jugak yang dia tak ingat, dia perlahan cuba nak match kan dengan satu2 color. Bila salah saya tegur. Dan dia angkat balik cari. Bila success mak nya of course la over excited cakap yeay! Sambil tepuk tangan. Haha. Semangat pom pom girl kena ada uols. Ngeee.

Buat sampai habis semua 120 pieces of blocks. Rasa cam happy sangat-sangat bila dia berjaya dalam satu aktiviti. Peluk cium tak perlu nak cakap lah. Cuma ala..tak sempat ambil video. Sempat lagi ke kalau kerja nak bersorak je tengok anak berjaya. Haha. Tapi, anak-anak kan cepat bosan. Bila buat lagi sekali dia halfway je. Masuk bilik, ambil buku ayah. Insaf mak. Mak bosan mak tatap handphone. Hahaha. (eh mak tatap handphone sebab usaha nak tambah income tau anak, jangan salah faham hehe).


Anak-anak usia setahun dua tahun senang nak hadam. Saya mungkin terlambat ssbab 1 tahun 4 bulan yang lalu kami cuma ada masa hujung minggu bersama. But better late than never. Tak perlu secara formal. Informal educational is much better for babies and toddlers. Find interactive and attractive ways to let them enjoy learning and at the same time they play around with parents. Bagi yang tak berapa creative macam saya, boleh cari banyak wooden toys yang insyaAllah safety for them and attractive. Sekarang ada banyak toys untuk anak-anak yang kita boleh consider 2 in 1. Hehe.

Ok. Till we mee again. Jemput singgah ke Arissa's Gallery ye. Hehe.

XOXO,
Mak Arissa. 

5 comments

ily♥ said...

Wahhh..best3...Good luck mama arissa. Kita pun buat slow-slow sbb masa dgn anak limited kan..sobs..
**ummi kena berazam jadi gigih & disiplin supaya boleh istiqamah buat homeschool program dgn anak-anak walaupun sikit.**

adyna said...

Btl tu , amni pun akak ajar ckit2 sbb dia msk Nursery yg tak De belajar2 jd kna ajar dirumah :)

puan.mila said...

gud arissa!! eh act arissa dh brp thun yatie?

alysapunye said...

selalu gak buat homeschooling ngan alysa...tapi tak de specific waktu...sebab alysa bukan jenis budak yang nak blaja ikut waktu...ikut perangai mama dia jugak, datang mud blaja tuh, seme dia boleh fokus...tapi kalau time dia tak nak, seme bende dia buat tak tau... :)

Fifi Nadhrah said...

syoknye.. rajin mama arissa..

Blog design by Rainy Day