January 28, 2014

NAB is TWO

Assalamualaikum. Hai.

Bismillahirrahmanirrahim.

25012014. Sabtu lepas Nur Arissa Batriesya genap 2 tahun. Alhamdulillah. Syukur ke hadratNya kerana masih meminjamkan kami puteri hati yang menjadi penyejuk di mata penawar di hati. 2 tahun berlalu. Biar 20 tahun berlalu, setiap detik kenangan melahirkannya akan tetap utuh terpahat dalam kotak ingatan. Doa kami, semoga Nur Arissa Batriesya dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dianugerahkan kecerdikan dan kebijaksanaan, dilembutkan dan difasihkan lidahnya dalam menyebut kalimah Allah, beriman dan bertakwa serta menjadi anak yang solehah. Allahhummaamin. 

Tahun ini tak macam tahun lepas. Tapi kami panjatkan rasa syukur yang tak terhingga kerana diperkenankan doa dan dipermudahkan urusan untuk duduk sebumbung kembali. Itulah 'hadiah' harijadi buat Arissa. InsyaAllah. Alhamdulillah. :) Sebenarnya kami dah buat advance birthday celebration masa balik Ipoh sekali dengan Acu Arissa. January birthday bash kata nya. Kemudian cerita lah. Gambar tak transfer lagi. Huhu. Kali ni kami bawa Arissa berjalan jugak tapi jalan dalam KL. Hihi. Let's the pictures explain everything! ;)

A day before, bawa pergi makan Upin Ipin.
Dia kenal oo semua. Hahaha.
Asiiikkkk!
=P

Lokasi umur 2 tahun Arissa - Planetarium KL.
Hoyeah! Academical sangat!
Hehehehe.

Walaupun tak betul peace nya tapi.
Boleh la Boleh la.
Haha.

Ayah ajar anak ke..
Anak ajar ayah?

Berangan nak masuk newspaper kata nyer.
Hahaha.

Anak ayah
Manja.

Arissa suka bilik gravity ni.
Mak nyer pening! Huhu.

Semoga kamu boleh menjadi seorang angkasawan.

Mak ude dan Arissa dalam ruang kapal katanya.

Arissa suka wat muka ayu.
Mak dah jadi tak ayu.
Huhu.

Ini kat ruang balai pemandangan.
Nampak la area2 sekitar.

Again! Grrrr.

Ayah buli.
Anak peace.
Mak rileks.
=p

Sedih kena buli ayah. Haha.

Mulanya cari Dapur Sarawak. Dah jumpa tapi tutup. Geram je. Jenuh fikir. Last kami meredah bukit yang menggerunkan. Hahaha. Akhirnya sampai juga ke destinasi.

Haji Sharin Low Restaurant.

Sup cendawan.

Siakap masam manis.

Udang nestum.

Sekian sudah kisah bawa birthday girl jalan-jalan. Hehe. Planetarium, one day kena pergi lagi. Best. Mak ayah nyer pun suka. Haha. Seronok baca tentang planet. Paling seronok timbang berat badan. Huwaa!! Planetarium kos nya RM0. Hehe. Makan kat Restoran nih memang berbaloi2. Kos dah order nya ghupa tu jangan nak expect RM50. Huhu. Tapi seddaaap! Recommended. Kenyang sampai esoknya. Konon! Haha. Petang minta nan cheese hajris. Yummeh jugak!. Hehe. (Patutlah gemuk kan? Huhu.)

Ok, till then. 

XOXO,
Mak Arissa. 

January 27, 2014

Ujian - Allah Sayang.

Assalamualaikum. Hai. 

Bismillahirrahmanirrahim. 

Bukan Allah tak sayang. Allah sayang. Atas sebab itu Allah uji. Allah nak tengok sejauh mana tahap kebergantungan kita terhadapNya. Allah mahu mendengar rintihan kita di sepertiga malam. Allah mahu kita jadikan sejadah itu tempat kebiasaan kita. Allah mahu yang terbaik untuk kita.   

Saya diuji lagi. Saya tahu, segala ujian yang Allah berikan akhirnya memberikan nikmat yang bernilai buat kita. Diuji dengan kejauhan mengajar erti sebenar sebuah pengorbanan, menjadi diri ini lebih kuat dan lebih berdiri di atas kaki sendiri. Diuji dengan sakit memberikan saya peringatan bahawa mungkin esok saya akan mati. Diuji dengan pengkhianatan mengingatkan saya supaya jangan terlalu percaya. Semua ujian yang Allah beri pasti membuahkan hasil kemudian hari. Itupun jika kita redha menerima ujian tersebut.   

Usaha. Doa. Tawakal.   

Tips mudah yang Allah berikan untuk hamba-hambaNya. Lakukan segala yang termampu. Jangan pernah berhenti berdoa. Berikan 100% tahap kebergantungan terhadapNya. Bersangka baik denganNya. Allah tidak akan membebankan hamba-hambaNya melebihi tahap kemampuan. Allah pasti telah merancang sesuatu yang baik untuk kita. Saya pernah terbaca sepotong ayat yang berbunyi lebih kurang begini, "ketika kamu ditimpa musibah, janganlah kamu mahu lari darinya. jangan pernah kamu meminta untuk mati kerana kamu langsung tidak tahu bagaimana kehidupan sesudah mati."   

Ujian ini menjadikan kami lebih dekat padaNya. Dan kami suami isteri semakin gigih berusaha memperbaiki diri, hubungan dan keluarga. Pada ketika diuji begini, hati terusik dengan perhatian suami. Bila mengaminkan doa suami selepas solat, air mata bergenang. Bila suami sering melakukan kejutan kecil tapi besar maknanya, saya cuma mampu berdoa 'jika itu takdirMu, aku redha kerana aku yakin insan di hadapan aku ini mampu membimbing aku ke jalanMu. telah ku kecapi bahagia dunia dan akan ku kejar kebahagiaan akhirat, kebahagiaan yang sebenar.'

Dan pada ketika ini, saya bersyukur sebab saya dah bersama dengan suami dan anak. Dengan adanya mereka bersama, biarpun letih menguruskan rumah setelah 8 jam bekerja tapi saya bahagia. Segala kerunsingan di pejabat saya tinggalkan 100% dan tumpuan saya berikan kepada mereka. Ada wajah-wajah yang dicintai dapat mengurangkan rasa gusar dengan ujian yang sedang dihadapi. Alhamdulillah. Perancangan Allah itu indah.   

Semoga setiap kita yang diuji tabah dengan segala ujian yang Allah beri dan jadikan ujian tersebut sebagai batu aras untuk lebih dekat kepadaNya. Terus bersangka baik denganNya dan percaya Dia tidak memberikan kita ujian dengan sia-sia.   


XOXO, 
Mak Arissa.

January 19, 2014

Kertas Itu Mengalir Bagai Air

Assalamualaikum. Hai.

Bismillahirrahmanirrahim. 

Update on weekend sangat rajin. Bahaha. Actually bosan tak tahu nak buat apa. Ada je kerja nak buat tapi malas. Baju bajan memanggil untuk di iron. Dapur aka stor juga melambai-lambai untuk di kemas. Tapi, malas jugak. Eh bukan malas sebab tak nak buat tapi tak nak buat kerja 2 3 kali. Gittew. (Alasan!)

Sepatutnya hari nak 'update' rumah. Tapi tiba-tiba semalam ayah arissa mula selsema sakit tekak dan hari ni dah demam. Takkan demam rindu kot. Bahaha. So, semua kerja macam tergendala. Pasrah je. Bagi chance rehat sepenuhnya. Esok dah mula kerja. Heh! Seminggu tak kerja nak start kerja balik sangatlah malas. Phew! Apa yang rajinnya tah?! (Apa ke ku merapu ni? Huhu.)

Ok kisahnya hal kertas yang mengalir bagai air. Duit la tu! Menyimpan berbulan-bulan, habisnya tak sampai sehari semalam. Semalam sampai je KL kami menapak ke stesen LRT nak ke SOGO. Member Card Day Sales. Singgah level untuk anak. Sambar 2 3 helai baju dengan satu momma begpack. Cewah. Tu promoter yang cakap. Haha. Sakit sebelah bahu selama ni konon nak ladies sangat. Bahaha. Singgah level home sambar langsir, tuala dan bekas freezer. Terus rasa mabuk tengok duit melayang. Haha.

Before balik, makan malam dulu kononnya tapi jam 5. Haha. Balik dah lemau tiba- tiba ayah arissa cakap pasal rail langsir. So singgah dekat hardware. Terus tanya stok tikar getah yang baru. Tak sangka ada design tikar yang 2 minggu ni kami survey ada yang baru. Terus confirm booked dan pay deposit. Pagi tadi ambil tapi tak bentang pun lagi. Huhu. Oh. Rumah ni tak ada renovation dari tuan rumah. Rumah ori kami kata. Hehe. End of the day saya cakap kat Arissa, "ok meh dok diam tunggu gaji mak ayah minggu depan." Haha.

Bukan tu je. Sepanjang seminggu kami dekat Ipoh, ayah arissa pula fokus dengan si putih. Ini tukar itu tukar. Ermm. Nasib baik bukan tukar tiap-tiap bulan. Kalau tidak. Lagi mabuk. Hahaha. So, memang terasa sangat pengaliran kertas tersebut. Dapat cium bau sebentar cuma. Huhu. Tapi kami puas hati sebab apa yang perlu dah diutamakan. Tinggal satu je lagi nak buat dekat luar rumah. Lepas tu baru boleh fikir pasal kehendak. Nak menabung semula nak pergi IKEA. Haha. 

Sekarang, bawa duit 100 dah macam sepuluh ringgit. Kalau bawa 10 dah macam..? Rindu kampung. Sekurang-kurangnya sayur tak payah beli. Nak makan pucuk ubi? Pergi petik belakang rumah. Nak kacang botol, pergi tengok kat pagar belakang. Nak kedondong, ada belakang rumah lama. Gittew. Saya masih tak tahu lagi lokasi pasar tani atau pasar minggu yang best dekat area sini. Asyik ke Pasaraya Hero je tak pun Tesco. Huhu.

Rasa macam tipu je tabungan dah habis. Haha. Ko yang pergi beli barang ko yang tak percaya ye? Haha. Sebabnya, macam tak ada je barang nyeerr! Tu yang rasa tak percaya. Haish. Hihi. Tapi, apa pun Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang Allah bagi. Tak berlebih tapi InsyaAllah mencukupi. :)

XOXO,
Mak Arissa. 

January 17, 2014

2nd Pregnancy

Assalamualaikum. Hai.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Syukur. Tahniah buat semua sahabat handai yang telah selamat melahirkan anak yang kedua dan juga telah disahkan mengandung anak yang kedua. Geng gojes ramai yang berjemaah pregnant anak kedua tahun ni. Auwww! Hehe. Alhamdulillah. Tahniah korang.

I've been asked about 2nd pregnancy since end of last year. Yerlah. Husband dah duduk sekali kan. Masing-masing cakap, ha speed lah untuk second baby atau boleh dah la arissa dapat adik atau boleh ler tambah lagi. Gitteww. I end up with 'senyum' sampai ke telinga. Haha.

I am not ready yet?

Ok. Bila tengok baby, pegang baby, cium baby dan dengar orang pregnant atau dah melahirkan - saya rasa macam saya seorang yang paling happy dan rasa macam 'aku nak baby jugak. best.' Tapi pada masa yang sama hati cakap 'eh sian arissa baru je nak duduk dengan mak ayah dah nak bagi adik'.

Perasaan nak bercampur dengan tak sedia. U know. Saya nak ada baby, tapi pada masa yang sama saya nak spend much more time dengan Arissa dan husband. At least a year to cover balik sepanjang 1 tahun 4 bulan kami berjauhan. Dan to be frank, saya masih planning. Not me alone, both of us. Natural planning.

Pernah juga terfikir, eh teruknya. But at the end setelah kami bermuhasabah diri - dengan segala macam perasaan dan keputusan yang timbul adalah dari Dia juga. Macam mana? Jika Dia berkehendak, maka pasti Dia juga akan menggerakkan dan menguatkan hati kami. Jika Dia kata inilah masanya, maka masa itu saya pasti kami tak akan planning. Get what I mean?

So, macam mana saya nak jawab? Saya cuma jawab belum tiba masanya lagi. One fine day, Allah akan buka hati kami dan Allah akan bagi rezeki kedua buat kami. InsyaAllah. Allahhummaamin. Semua tu kan rezeki. Ada yang planning tapi pregnant jugak, kun kataNya maka kun lah. Kan? Kita as hambaNya kena redha. Bersangka baik denganNya.

Percaya tak saya terfikir nak 2nd baby bila Arissa dah 4 atau 5 tahun? Haha. Tak tahu itu permainan minda atau gerak hati. Wallahhualam. Just wait and see. Bila kot bulan depan saya disahkan pregnant, maka Allah tahu 'this is the right time for them'. I'll never answer 'belum ada rezeki' sedangkan saya planning sebab bagi saya these two statements adalah berbeza.

Eh tetiba mumbling part 2nd pregnancy lak kan? Haha. Tengok muka Arissa tidur sekarang memang rasa sebak. Huhu. Thanks Allah by giving me this opportunity again. Syukur Alhamdulillah. Arissa adalah anak solehah yang super manja. Sepanjang dekat Ipoh, nak dengan mak aje. Takut mak hilang lagi kot. Huhu. Sesungguhnya kita hanya merancang, Allah jua sebaik-baik perancang.

Ok. Till we meet again. Few days to go Arissa akan turn 2. Dah 2 tahun dah. Alhamdulillah.

XOXO,
Mak Arissa.

January 16, 2014

Perkhidmatan Shoot & Burn

Assalammualaikum. Hai.

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni Mak Arissa nak iklan sikit. Iklan yang tak berbayar. Tak ada tajaan. Tapi ini iklan promosikan suami sendiri. Boleh? Hehe. Since encik suami dah ada sekali dekat KL kan. ;)

Sesiapa yang berminat nak buat photoshoot dengan kos yang minima, korang boleh contact Ayah Arissa. Perkhidmatan yang ditawarkan hanyalah Shoot & Burn. Maksudnya, tak ada editing. Lepas shoot, semua gambar original akan terus dimasukkan ke dalam CD dan diserahkan kepada korang.

Gitteeww.

(several pictures taken by ayah arissa)
^_^









 Ha. Ini several gambar yang ada. Latest. Masa dekat Sabah & majlis kakak ipar. Dan untuk makluman, gambar yang ini encik suami edit sebab aura rajin muncul. HewHewHew.

Siapa-siapa berminat untuk shoot & burn, boleh direct emel Ayah Arissa ye; fadhlil86@gmail.com. Availability seperti biasa, weekend sahaja. Masa emel tu bagitau lokasi dan event apa. Gitteww. 

Jemput singgah ke Arissa's Gallery jugak. 
;)

XOXO,
Mak Arissa.

January 15, 2014

Wordless Wednesday: Cuti

Assalammualaikum. Hai.

Bismillahirrahmanirrahim.


cuti seminggu balik ipoh.
balik kampung katanya.
lagipun bulan ni yang ada banyak cuti umum.
ambil kesempatan ambil cuti tiga hari.
dapat dok ipoh lapan hari.
gittewww.

ok then.

XOXO,
Mak Arissa.

January 9, 2014

Playroom aka Bilik Tamu

Assalammualaikum. Hai.

Bismillahhirrahmanirrahim.

Tengahari semalam, saya dapat parcel besar punya dan terang-terang tulis Groupon. Terus confuse eh aku beli apa yang tiba-tiba dapat besar gabak ni? Bahahaha. Sebab rasa macam beli benda kecik je. Huhu. 


Besar kan? Haha. Korang expect apa? Muehehehe. Kotak kukuh weh. Kukuh. Terus tak nyabo bukak konon kot2 ada orang bagi hadiah ke. Wakakaka. Perasan! Mimpi! Haha. Buka. Yeah! Kagum sebentar barang yang di order itu di pos dalam kotak macam ni. Phew!~

Groupon guna service skynet.
Siap dapat sms lagi.
Hehe.

Tengok. Kat kotak tulis congratulations.
Kagum tak?
Haha.

Buka insta tengok mak si adelia dah pasanh sticker dah. Wahh! Sepertimana piya excited, ku pun excited juga. Balik rumah lepas masak lepas makan gigih ku pasang sticker. Pasang jer pun. Idak ler gigih mana. Hahaha. Pfft! Drama weh drama. Haha. 


Dan yeah! Akhirnya berjaya juga sediakan satu sudut playroom untuk dia. Tapi sebenarnya space tak cukup kalau dah ambil semua toys dia dekat Ipoh nun. Buku lagi. Ermm. Tak tahu nanti nak buat camner. Ruang ni kecik je dalam bilik tengah. Katil pulak memang queen. Bilik tengah tu juga kami letak almari pakaian dia. Bilik kami tak ada baju dia kecuali bantal-bantal sebab dia masih tidur dengan kami. Manja tau dia tidur nak mak peluk atas lengan. Alololo.

Perlahan-lahan kami tengah cuba 'kemas' rumah kami syurga kami dengan sebaik mungkin. Belum lagi dapat review sebab tak buat apa lagi. I mean, kelengkapan tak cukup lagi. Kalau itu rumah saya, saya rasa saya akan buat renovation semaksima mungkin. Tapi, itu bukan rumah hak milik saya. Hihi. InsyaAllah. Bila dah siap nanti saya tepek dekat sini jugak. Pening sebenarnya nak kemas. Hahaha. Pfft! 

Apa pun. Saya bersyukur sangat dengan kehidupan kami sekarang. Saya bersyukur diberi peluang merasai semula nikmat sebenar berkeluarga. Balik memang nak tepat masa je. Kalau lambat 5 minit rasa macam rugi. Hehe. Saya bukan isteri dan mak yang terbaik tapi saya akan sentiasa buat yang terbaik. Penat lelah balik kerja masak semua terus hilang bila suami anak makan dengan berselera. Auw! Hihi.

Ok. Sharp 8.30. Jom kita buat kerja. HewHewHew. Eh lupa lak nak cakap. Benda yang di beli dari Groupon tu ialah Wall Sticker yang tepek kat dinding tu ha. Haha. Bye!

XOXO,
Mak Arissa. 

January 8, 2014

1st Homeschooling

Assalammualaikum. Hai.

Better late than never. Gittew. Buat pertama kali malam tadi saya buat sesi homeschooling dengan anakanda solehah saya. Selama ni saya cuma boleh sediakan dia educational toys yang mana ayah arissa tak berapa berkenan sebab anak kecik lagi. Tapi, saya tetap beli termasuk wooden toys abc dan number. Nak wooden toys boleh tengok dekat Arissa's Gallery ye. (hehe. sempat pulak.)

Sebenarnya, toys arissa banyak lagi tertinggal kat Ipoh. InsyaAllah balik nanti angkut semua toys dia. Sebab tu Ahad lepas saya belikan block yang disangka harganya RM19.90. Pfft! Aptb. Tapi, itulah namanya rezeki anak yer dak? Walaupun hati cakap "aku jual lagi murah". Bahaha. Blocks dah ada juga dekat Ipoh tapi sebab tak bawa. Ok lah. Bertambah blocks dia. Tak gitu? Heee. Arissa agak kurang berminat nak cantumkan blocks tu. Cabut blocks dia suka. Sebab dia suka sepah kan. Huhuhu.


So malam tadi saya susun ikut color dan ajar dia untuk match kan blocks yang bersepah. At first susah jugak. Dia main letak je ikut suka dia. Tapi half way dia dah boleh. Mak dia yang over excited teruja. Bahaha. Mak mak sangat. Huu. Bila dia pegang block, saya akan cakap color apa. Then dia terus tengok part kuning. Ada jugak yang dia tak ingat, dia perlahan cuba nak match kan dengan satu2 color. Bila salah saya tegur. Dan dia angkat balik cari. Bila success mak nya of course la over excited cakap yeay! Sambil tepuk tangan. Haha. Semangat pom pom girl kena ada uols. Ngeee.

Buat sampai habis semua 120 pieces of blocks. Rasa cam happy sangat-sangat bila dia berjaya dalam satu aktiviti. Peluk cium tak perlu nak cakap lah. Cuma ala..tak sempat ambil video. Sempat lagi ke kalau kerja nak bersorak je tengok anak berjaya. Haha. Tapi, anak-anak kan cepat bosan. Bila buat lagi sekali dia halfway je. Masuk bilik, ambil buku ayah. Insaf mak. Mak bosan mak tatap handphone. Hahaha. (eh mak tatap handphone sebab usaha nak tambah income tau anak, jangan salah faham hehe).


Anak-anak usia setahun dua tahun senang nak hadam. Saya mungkin terlambat ssbab 1 tahun 4 bulan yang lalu kami cuma ada masa hujung minggu bersama. But better late than never. Tak perlu secara formal. Informal educational is much better for babies and toddlers. Find interactive and attractive ways to let them enjoy learning and at the same time they play around with parents. Bagi yang tak berapa creative macam saya, boleh cari banyak wooden toys yang insyaAllah safety for them and attractive. Sekarang ada banyak toys untuk anak-anak yang kita boleh consider 2 in 1. Hehe.

Ok. Till we mee again. Jemput singgah ke Arissa's Gallery ye. Hehe.

XOXO,
Mak Arissa. 

January 7, 2014

Wajah Baru

Assalammualaikum. Hai.

Bismillahirrahmanirrahim.

Hehehe. Selamat datang! Selamat datang ke rumah ikan bilis kita yang baru lepas renovate nih. Hijau pink. Auw!~ Iols suka sangat-sangat. Sejuk mata memandang blog sendiri walaupun blog picisan tempelan semata. Bahahaha. Agak-agak lebih semangat tak nak update? Huhuhu. Ini sukar untuk dijawab. Rasa macam tak sempat je. Ni pun sebab tengah 'cuti'. Bolehlah nak update 2 3 patah ayat. 

Semalam, terlambat balik. Last minute, bos nak itu nak ini. Jam tinggal lagi 5 minit nak pukul 5.30 petang. Sobs. Ayah Arissa memang cukup tak berkenan balik lambat nih. Huhu. Tapi nak buat camner. Yer dak? Pagi tadi, Ayah Arissa dah pesan 'hari ni jangan balik lambat lagi'. Mak Arissa just boleh sengih jer la uols. Kalau dah tiba-tiba, nak kata apa. Huhu. Redha jer la. Syoknya, balik-balik lauk semua dah siap. Dah boleh makan terus. Nyum. Nyum. Ayah Arissa masak. Ngeee. Inilah yang saya suka sangat! Dulu balik kena tapau dulu. Sekarang ada yang boleh take turn masak. Alhamdulillah.

Ok lah uols. Kalau nak template comel macam kite, boleh jenguk adik Eca. Kalau nak cuci-cuci mata, boleh jenguk Arissa's Gallery. Hehehe. Bak kata Astro, MACAM-MACAM ADA.

Handmade Baby Hat

XOXO,
Mak Arissa.

January 6, 2014

Pre Order - Double Cereal Dispenser

Assalammualaikum. Hai. 


Pre Order

ETA Mid Of February

ORDER 30.12.2013 - 10.01.2014

PAYMENT 06.01.2014 - 10.01.2014

RM90 termasuk postage

Korang berminat? 
Leh emel kite kat dayangmtib@gmail.com.
Atau pm kite kat Arissa's Gallery.

XOXO, 
Mak Arissa.  

January 5, 2014

Sabtu Pertama 2014

Assalammualaikum. Hai. 

Bismillahhirrahmanirrahim. 

Update hari Ahad? Ye ye. Short update. Tengah tunggu ayah arissa korek sinki tuh ha. Busuk der. Tak lalu iols nak duduk sekali kat situ. Huhu. Terima kasih ayah arissa sebab buat benda extreme gitu. Siap pesan lagi, jangan muntah. Lol! 

Sabtu. At first nak buat girls day out. Tapi, lepas Zohor - hujan. Huhu. Iols nak drive? Memang tak la. Iols nak ber day out naik lrt je. Tapi dah hujan, makanya semua malas. Duduk rumah tak tahu nak buat apa. Ayah arissa syok la kami tak jadi keluar. Sebab dia tak boleh ikut. Kena tunggu orang hantar barang. Tapi, dekat nak Isya baru orang hantar. Huhu. Kedai nyer dekat je. Malam baru sampai. Aptb!


Buat cucur bawang ikan bilis. Makan empat beranak cicah sos dengan air milo. Tak sedar habis satu pinggan. Bahaha. Hujan uols. Lapar. KuiKuiKui. Tak ada lagi masak yang heavy. Hari ni baru nak buat stok. Iols rasa macam nak buat bekal hari-hari. Tapi, tengok rajin ker tak. Sobs. Tapi sekarang kena berjimat. 2014 kan tahun kenaikan. (Elaun rumah je tak naik. Sobs.) Meh la kita berjimat cermat. Alhamdulillah dapat tuan rumah yang baik hati sebab boleh jimat RM380 dari jiran depan rumah. Alhamdulillah. 

Ok. Kata short update kan. Nak beli barang dapur. Bye!

January 2, 2014

NAB: Taska ke Pengasuh

Assalammualaikum. Hai.

Bismillahhirrahmanirrahim.

Arissa sekarang di bawah jagaan dan selian mak ude dia. Adik saya yang nombor tiga. Dan sebenarnya kami masih belum lagi buat keputusan nak hantar dia kat mana. Tak cari pun lagi. Ada juga sikit-sikit sembang dengan makcik jiran sebelah dan ayah arissa sembang ngan makcik tingkat 7 dalam lift. Haha. Ada ramai pengasuh kat flat ni. Makcik sebelah rumah cadangkan yang satu aras dengan kami. Ok kata nya.

Saya dalam dilema bila dah duduk kat sini. Nak hantar pengasuh atau taska. Sebelum ni dekat rumah ibu, dia ada kakak-kakak (anak-anak ibu) dan dia ada 3 orang lagi kawan. Khabarnya, dekat rumah pengasuh yang dicadangkan makcik jiran sebelah hanya ada seorang anak yang dia jaga. Bagus! Itu sangat bagus. Boleh Arissa dapat perhatian penuh. Tetapi, Arissa dah dua tahun. Bukan dua bulan. Gitteww. Dia perlu kawan bermain. Dia perlu bergaul. Kalau nak bagi adik pun bukan boleh terus main dengan Arissa. Haha.

Kadang-kadang, rasa macam nak dia dah besar yang boleh masuk tadika. Hahaha. Leh cepat-cepat masukkan dia ke PASTI. Gittew. Tapi, dua tahun lagi. Dua tahun lagi mak ayah pening nak masukkan anak kat mana. Haha. Oh ye. Saya belum mulakan homeschooling lagi dekat Arissa. Sekarang tengah perlahan-lahan nak urus masa. Salah satu azam tahun ini ialah 'menggunakan masa sepenuhnya bersama suami dan anak bagi menggantikan satu tahun yang lalu'. Hehe. Alhamdulillah.

satunotahati: masih planning. ;)

XOXO,
Mak Arissa. 

Blog design by Rainy Day