Tuesday, December 31, 2013

31 Disember 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Esok dah masuk tahun baru kan? Sedar tak sedar, dah setahun berlalu. 2013 yang penuh warna warni dengan suka duka tangis tawa. 2013 yang memberikan banyak pengajaran dalam sebuah kehidupan. 2013 yang penuh nikmat dari Allah SWT. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Keluarga. Syukur Alhamdulillah, kami dah kembali duduk bersama sejak 28 Disember tempoh hari. Setelah hampir setahun empat bulan (kurang 4 hari) kami berjauhan, akhirnya Allah kembalikan kenikmatan ini. Makanya, secara automatik rutin kehidupan kembali berubah 360 darjah. Semalam merupakan hari pertama saya keluar bekerja dengan menatap wajah kedua-dua insan kesayangan ada disisi. Perasaan yang tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Ada suami yang hantarkan dekat LRT. Ye, dekat LRT je. Nak buat apa redah jem. Pfft! Ada anak untuk digomol sebelum keluar rumah. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.

Kerjaya. Ok. Tak ada lagi keluar dari pejabat jam 6 petang kecuali tiba-tiba ada mesyuarat atau kerja kecemasan. Tak ada lagi situasi 'eh sikit je lagi ni alang-alang la nak siap kan'. (errr. yeke? haha.) Dan sudah tentu semua orang nak membangunkan diri masing-masing maka saya tak terkecuali. Nak menjadi seorang pekerja yang terus produktif dan seorang ketua yang memahami. (ok. bab memahami ni cam ada errr sikit. abaikan.) Harapan juga semoga tak ada lagi status muka buka yang menunjukkan diri ini tengah geram. Bahahaha. Semoga semua orang disekeliling turut sama berusaha memajukan dan memperbaiki diri. Yeah! Berkhidmat untuk negara! Berkhidmat untuk rakyat! 

Hidup. Saya suka berfikir. Tentang manusia. Tentang kawan. Saya mudah tertekan kerana manusia hingga boleh buat saya menangis. Setelah berdepan dengan banyak perkara, saya cuba untuk menarik aura positif dalam diri. Ya, azam ini semakin kuat semenjak kebelakangan ini. Saya mudah kecewa dengan persahabatan. Rapuh kan hati ni? Tapi itulah saya. Makanya, saya cuba untuk meminimakan hati ini menjadi mudah rapuh dan goyah dek kerana manusia. Kita tak boleh nak paksa orang suka kita sayang kita. Kan? Jadi, baik kita bahagiakan diri kita dengan orang yang sayangkan kita. Manusia, rambut sama hitam hati lain-lain makanya perlu berhati-hati.

Selamat tahun baru korang~! Semoga tahun hadapan memberikan jutaan lagi kenikmatan dalam diri kita. Semoga semuanya baik-baik sahaja buat kita semua. Jumpa tahun hadapan!

Lots of Love,
Mak Arissa.
Read more>>>

Monday, December 30, 2013

Mudahnya Menjemput Rezeki: Solat Tahajud

Assalammualaikum. Hai.

Bismillahhirrahmanirrahim. Saya sambung lagi dengan strategi yang ketiga selepas Mencari vs Menjemput dan Mengutamakan Solat. Rezeki. Bukan setakat apa yang dapat dipandang, dipegang dan dimakan sahaja. Kesihatan juga rezeki. Kesihatan yang paling utama sebab kalau kita dah sakit kita tak boleh buat apa-apa. Segalanya terjejas dan terganggu. 

Penulis ceritakan tentang seorang kaya yang mempunyai berpuluh rumah tinggal di sebuah banglo besar menghadap padang yang berturap tar. Ahad, padang tersebut menjadi pasar malam dan penulis sering memerhatikan orang kaya tersebut. Beliau duduk di beranda banglo sambil memerhatikan kemeriahan pasar malam. Beliau menikmati keindahan tersebut dari kerusi roda. Bau makanan yang enak-enak dibawa oleh angin petang kepadanya tetapi beliau hanya sekadar mampu mencium sahaja. Bukan tak mampu membeli tetapi kerana penyakitnya menghalang dia dari membeli.

nah, sekarang saudara setuju bahawa kesihatan adalah rezeki yang besar?

Ok. Nak tahu kunci pembuka pintu rezeki? Penulis suka menamakannya MASTER KEY key rezeki. Dalam sahih Muslim, riwayat daripada Abu Hurairah r.a., bahwa Rasululullah SAW bersabda;


Kemudian, kita perhatikan pula jaminan Allah;


Jelas kan? Kita semua sama-sama maklum kunci rezeki adalah solat. Dan solat tahajud adalah the master key. 24434 adalah nombor khas menghubungi Allah. Manakala jika mahu nombor yang lebih khusus lagi boleh gunakan sambungan 83 (solat Tahajjud 8 rakaat dan solat Witir 3 rakaat). Apa sahaja hajat boleh diberitahu kepada Allah. Ya, segala hajat dan segala bentuk rezeki yang diinginkan. 

Sumber: Mudahnya Menjemput Rezeki, Fathuri Salehuddin.

So, jom korang kita sama-sama tanamkan azam dalam diri supaya menjadikannya 'wajib' untuk kita. Orang lain boleh, kenapa kita tidak? Jika kita terus menerus kata tak boleh makanya itu sekadar alasan buat kita. Jom sama-sama tanamkan azam baru. Semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua. InsyaAllah.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Saturday, December 28, 2013

Misi 2014: Pindah

Assalammualaikum. Hai. 

Kami dah pindah. Penat. Sepanjang kahwin ini perpindahan kali ke 3. Hari ini, Sabtu. Ini je masa yang ada dengan tarikh ayah Arissa perlu lapor diri 2hb dan availability lori yang super murah hanya hari ni. Penat. Sebab masuk rumah tawakal je macam mana bekas penyewa tinggalkan rumah. Penyewa tu baru keluar dalam pukul 11 tadi. Kami sampai dalam pukul 1. Huuu. Haa.


Masa semua orang sibuk nak punggah barang-barang, mak kena layan anak tengok upin ipin dan makan Pepero. Huhu. Arissa takut bunyi vakum, so sekali dia dengar saya pasang maka telinga dia akan alert sangat. Nak bagi mak bergerak pun tak boleh. Aptb sangat. Sobs! Pasrah je la barang melonggok masuk dengan rumah bersepah. Huhu. 

Pong pang pong pang. Around pukul 4 petang rumah clear sikit. Fuhh lega. Then baru kami makan tengahari berkelah kat ruang tamu. Rumah takder lah horror sangat. Kira ok la bekas penyewa cuma tinggalkan kotak-kotak besar yang mungkin useful for us. Lantai agak-agak ar nak expect bersih kan. Cuumaaa. Sedikit keadaan buat kami tertanya-tanya, lebih setahun kot duduk sini tapi ko biar je benda ni? Ha. Apa dia toksah cerita lah. Huhu.

Kami pernah menyewa. Kami jaga rumah sewa mengalahkan rumah kami sendiri. Apa-apa rosak sepanjang kami duduk, kami baiki. Apa-apa yang rasa menyusahkan kami akan cari benda yang memudahkan. Konsep; apa yang kita buat hari ini pastikan tak menyusahkan orang lain akan datang serta hari ni kita mudahkan orang nanti orang mudahkan kita. Gitu. Memang rumah sewa. Tapi kita kot yang duduk dalam tu. Rumah sewa itu yang nak kena jaga betul-betul sebab rumah orang. (Ok. I'm going to be a very fussy landlord. Bahaha.)


Tadi, masa orang lori masuk je rumah kat sini terus cakap, 'jauh beza ha dengan rumah sana'. Huhu. Aah. Memang pun. Masa gerak tadi pun alahai sayu pulak tengok rumah sendiri yang dah hampir kosong. Pastu terus dalam hati tanam azam kononnya nanti pelan2 renovate rumah ni sampai bila dah pencen leh duduk dengan penuh selesa dan harmoni. Bahahha. 33 tahun lagi oi. Sempat ker idak merasa pencen. Wallahualam. Hehehhe. 


Dan. Malam ini malam pertama kami. Kami mulakan hari ini dengan kalimah Bismillahhirrahmanirrahim. Semoga Allah memberkati dan merahmati kehidupan kami. Dan syukur yang tidak terhingga Allah telah permudahkan, Allah telah memperkenankan dan Allah telah memakbulkan. Alhamdulillah. 

satunotahati: penat sampai tak boleh tidur. huhuhuhu.

XOXO,
Mak Arissa. 
Read more>>>

Friday, December 27, 2013

Mudahnya Menjemput Rezeki: Mengutamakan Solat

Assalammualaikum. Hai.

Strategi yang pertama ialah kita menjemput rezeki. Strategi yang kedua ialah dengan mengutamakan solat. Dalam strategi pertama kita disuruh untuk solat. Sekarang kita kena mengutamakan solat. Ha..Faham tak? Penulis ada berkongsi kehidupan masa lalu dia semasa bekerja di sebuah kilang membuat tilam dan bantal.

Apabila kiri dinding dan kanan pun dinding, seolah-olah semua jalan keluar tertutup, apakah pilihan lain kecuali mengadu dan terus mengadu kepada Allah? Memohon dengan bersungguh-sungguh agar roda kehidupan berputar kembali ke atas. Apa lagi jika bukan solat? 

Sejak itu saya bertekad untuk mengutamakan solat khususnya solat berjemaah di masjid. Begitulah yang saya lakukan setiap hari. Kawan-kawan serumah semuanya tidak solat. Ditambah pula dengan kegiatan yang bukan-bukan. Justeru, kebanyakan masa saya terpaksa habiskan di masjid. Saya tidak mahu terpengaruh.

Allah tidak akan memungkiri janji. Beberapa bulan kemudian penulis dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke hostel untuk pegawai. Tetapi ujian yang penulis terima ialah penulis perlu berjalan kaki hampir satu kilometer ke masjid. Penulis terus bersemangat untuk terus bersolat di masjid dan kurang dari setahun penulis dipindahkan ke sebuah hostel ala-ala hotel termasuk sebuah kereta serta petrolnya percuma.

Subhanallah, Allahhuakbar! Roda kehidupan sekali lagi bergerak ke atas.

Janji Allah itu pasti. Kan? Cuma kita sering terleka. Astaghfirullahhala'zim. :'(

Dalam masa yang sama saya juga kenal dengan seorang penjual madu. Dia juga tinggal berhampiran dengan hostel. Asalnya dia seorang pemandu. Kemudian dia berhenti kerja dan menjual madu. Bermula dengan menjual hanya di rumah, kemudian ke pasar malam.

Setelah beberapa bulan, dia sudah mempunyai van bergerak dan pembantu. Saya perhatikan bisnesnya sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Produk yang diniagakannya semakin banyak. Meja jualannya di pasar malam juga semakin panjang. Menariknya, saya perhatikan sejak mula lagi dia memang sering kelihatan di masjid.

Ha.. Penulis berdepan dengan pengalaman sebegini dan beliau yakin bahawa datangnya rezeki menjadi lebih mudah apabila mengutamakan solat. Sesetengah ulama berkata bahawa sesiapa yang menjaga solatnya maka Allah akan mengurniakan lima keistimewaan:

  • Akan diangkat kesempitan hidup di dunia daripadanya
  • Akan dihindarkan daripada azab kubur
  • Akan mendapat buku catatan amalnya melalui tangan kanan
  • Akan melintas Titiran Sirat sepantas kilat
  • Akan memasuki syurga tanpa hisab
Allah juga berjanji untuk memberi balasan yang baik kepada orang yang bersolat.



Penulis turut kongsikan dengan kita tulisan Peter Russell dalam buku The Brain Book, "Otak manusia beroperasi lebih pantas dan lebih tepat dalam keadaan kepala mereka di bawah (terbalik). Dikatakan otak manusia boleh beroperasi tujuh peratus lebih cepat dan 14 peratus lebih tepat!" Maka, soalan dari penulis untuk kita semua, "Apakah cara paling murah, mudah dan praktikal agar kita beroperasi dengan lebih cekap dan cepat?" Hehehe. Jawab. Jawab. ;)

Jom kita sama-sama bermuhasabah dan audit diri. Kita tunaikan perintah Allah dengan sebaiknya. Kita semak solat kita. Kita solat awal waktu atau akhir waktu? Waktu mengerjakan solat ini saya sendiri sering leka. Tak menentu. :'( Kesimpulannya; Pahala dapat. Rezeki dapat. Fikiran pun cerdas. InsyaAllah. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. InsyaAllah.

Sumber: Mudahnya Menjemput Rezeki, Fathuri Salehuddin

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Thursday, December 26, 2013

Spontaneous Thursday: Nak Ar!

Assalammualaikum. Hai.

Petang ni nak cerita sikit pasal Nur Arissa Batriesya. Sebulan lagi dah nak masuk 2 tahun dah dak solehah saya ni. Hehe. Setiap minggu ada je perkembangan terkini dari dia sebaik sahaja jumpa kat stesen. Antara yang buat saya bergenang air mata, satu hari bila saya buka je pintu kereta dia terus tegur dengan kepala melentok sambil sengih, 'emak!' Huhu. Dan minggu lepas, dia nampak saya dari jauh lambai-lambai dia ambil semua barang-barang dia dari kerusi depan semua letak belakang. Dia buat dengan pantas sebab saya nak duduk. Alololo. Awak sangat sweet lah sweetheart! Detik-detik begini nanti mesti mak akan rindu jugak. Sebab dalam pahit ada manisnya. 

Banyak jugak perkataan yang dia tahu sebut. Tapi bahasa Germane itu tetap ada. Bahaha. Layankan aje walaupun satu apa mak ayah nyer tak faham. Haha. Kadang-kadang tu kami fikir mesti Arissa cakap, "tah pa pe mak ayah aku ni. orang cakap lain dia jawab lain". HewHewHew. 


Ini entah apa yang dia mengadu saya pun tak tahu. Siap peluk tubuh mengeluh bagai. Ada lah benda yang dia tak puas hati tu kot. Bahahaha. Anak oh anak.

Dia tengah belek majalah. Mak nyer saja ngusik. Tu yang bebel sikit tu. Haha.

Dan latest. Sebenarnya saya terkejut juga dia jawab "nak ar!" yang first tu. Bahahaha. Terasa cam eh Arissa faham dah mak nyer cakap gitu. Bahahaha. Rasa cam hati munge munge uols! Kekdahnya seorang mak. Tambah pulak weekend mum macam iols kan. Teruja melampau. HewHewHew. Dan lucky, kebetulan ambil video sebab nak suruh dia cakap "hai umie!" untuk Umie dia kat Sarawak nun. Huhu.

Persiapan hari lahir Arissa. Buat masa ini kami tak fikir pun lagi. Sebab fikirkan hal nak berhijrah yang kosnya bukan seratus dua. Apa pun, Arissa mesti lagi happy sebab on her 2nd birthday dia dah duduk semula dengan mak dan ayah. That'll be her greatest birthday present and for our 3rd anniversary as well. InsyaAllah. Alhamdulillah. Jalan-jalan dalam KL je pun boleh kan Arissa? Hahaha.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Misi 2014: Rumah Ipoh

Assalammualaikum. Hai.

Antara soalan cepumas yang kami terima, "rumah macam mana?" Ada juga yang terus tanya, "rumah nak bagi sewa ke? berapa?" Dan ada yang tanya, "rumah nak jual ke? nak jual berapa?" Hehe. Terima kasih wahai kawan-kawan yang prihatin. Cuma agak terlalu pantas soalan tersebut diajukan. Haha. 


Nak jual rumah ni kami tak terfikir langsung. Oohhoooi! Bukan senang oo nak dapat rumah semi d. Ceruk tak ceruk. Kita tak tahun 2 3 tahun akan datang pembangunan macam mana. Kan? Hehe. Nak sewa atau tidak pun kami tak pasti lagi. Jauh di sudut hati nun paling dalam kami tak nak bagi sewa sebab nak jadikan rumah ni 'rumah kampung halaman'. Balik Ipoh, balik rumah sendiri. Haa gittew. Satu lagi, kalau nak sewakan barang-barang yang tak dapat nak bawa tu nak letak kat mana? Huhu. Maka, sehingga entri ini ditulis kami isytiharkan rumah kami sebagai 'rumah kampung halaman'. Hihihi. Tapi, sebulan dua bulan setahun dua tahun akan datang saya tak pasti. Ada ke nak  sewa rumah sekangkang kera iols ni? Meh hantar resume. Bahahaha. 

satunotahati: kalau selama ni seminggu sekali, tahun depan insyaAllah sebulan sekali.
semoga dipermudahkan oleh Nya.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Strategi Menjemput Rezeki: Menjemput vs Mencari

Assalammualaikum. Hai.

Bismillahhirrahmanirrahim.

Mak Arissa nak berkongsi dengan semua tentang buku yang Alhamdulillah dah habis baca; Mudahnya Menjemput Rezeki dari Encik Fathuri Salehuddin. Ringkasnya saya ambil point utama serta contoh yang jelas. Semoga bermanfaat untuk kita semua. InsyaAllah. Tapi sebelum itu, mari kita sama-sama tengok Apa Itu Rezeki? 

"Rezeki adalah apa-apa yang kita rasakan manfaatnya, sama ada halal ataupun haram, sama ada baik ataupun buruk. Bererti apa sahaja yang kita rasakan manfaatnya bermakna ia adalah rezeki kita, dan segala sesuatu yang tidak dapat kita mengambil manfaat daripadanya, (walaupun milik kita) bukanlah rezeki kita, tetapi rezeki orang lain." (Tafsir al-Quran asy-Sya'rawy)

Rezeki. Kita tidak pernah tahu mana letaknya rezeki kita. Ibarat seperti kita mencari kunci yang hilang. Pening. Tak jumpa. Mungkin dalam rumah atau mungkin juga di luar rumah letaknya. Ada ketika kita berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan sesuatu tapi akhirnya semuanya tak berhasil. Sebaliknya, ada yang dianugerahkan rezeki yang berlipat ganda dengan usaha yang sedikit. Nah, begitulah hakikat rezeki. Kita tidak pernah tahu bila datangnya. Ia seperti panas dan hujan. Rezeki adalah hal ghaib. 



Nak tahu apa dia strategi mudah yang dicadangkan oleh Si Pemberi Rezeki?


Mudah kan? Menjemput rezeki memang lebih mudah berbanding mencari rezeki. Mencari bermakna kita tidak tahu tempatnya. Mengapa dikatakan menjemput itu lebih mudah? Sebab kita sudah tahu rezeki itu hanya daripada Allah. Satu-satunya Pemberi rezeki hanyalah Allah. So, jom kita sama-sama buat sahaja apa yang Allah suruh. Tak perlu pening-pening. Allah suruh kita jadi orang baik sahaja. Allah mahu hidup kita senang. :)


Yakin dengan jaminan Allah. Tidak ada satu pun makhluk bergerak (bernyawa) melainkan semuanya dijamin oleh Allah rezekinya. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya. Semua (tertulis) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz).


Ada banyak lagi strategi menjemput rezeki yang InsyaAllah saya akan terus akan kongsikan bersama dengan semua. Tapi, formulanya sama iaitu jadi orang baik, mengikut piawaian Allah, bukan selainNya. Korang boleh segera pergi beli buku Mudahnya Menjemput Rezeki ini jugak. Serius sangat bermanfaat dengan penulisan yang santai pasti buat kita ralit membacanya. ;)

Sekadar renungan buat kita semua, apabila sudah rezeki memang akan tiba juga. Tidak terkurang sedikit pun. Tidak terlewat atau lebih cepat walau sesaat. Jelasnya, tiada yang namanya kebetulan. Semuanya berlaku atas izin Allah. Walaupun begitu, bukan semua rezeki yang ditakdirkan untuk kita adalah rezeki halal. Disana ada rezeki yang baik dan sebaliknya. Di sinilah ujian untuk kita.


Sumber: Mudahnya Menjemput Rezeki, Fathuri Salehuddin

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Tuesday, December 24, 2013

Misi 2014: Rumah Sewa

Assalammualaikum. Hai.

Ibu Amsyar orang yang paling excited nak tahu pasal ni. Haha. Ok. Kami dah survey rumah sejak lebih kurang dua bulan lepas. Pada mulanya kami buat bajet sewa rumah sekitar 800 - 900. Kemudian, fikir timbang tara balik maka kami buat keputusan cari rumah yang kos sewa paling rendah. Kos ekstra boleh simpan tabung untuk buat deposit rumah bila ada rezeki nak beli nanti-nanti. Jadi, 12hb lepas kami dah booked satu rumah. Rumah flat. Rumah 3 bilik. Satu bilik master, satu medium dan satu single. Gittew.

Awalnya booked rumah? Macam 100% yakin je? Hehe. Macam saya cakap Ayah Arissa 99% yakin. Saya pulak lepas pergi tengok rumah, sekitar pangsapuri tu sangat bagus. Maksudnya, semua ada. Paras bawah semua kedai. Kedai runcit, kedai makan dan juga dobi. Klinik pun ada. Bila Ayah Arissa tanya, "awak rasa?" Saya jawab, "kalau saya duduk berdua dengan Arissa pun saya confident". Ha gittew. So faham tak apa maksud yang tersirat? Hehe. Dan sebab itu juga saya dah belikan tiket untuk adik saya 18hb tempoh hari.

Rumah kami nanti tingkat 14. Bahaha. Ralat. Ya, kami ralat. Tak perlu perbandingan dengan rumah orang tapi cukup sekadar memikirkan rumah sendiri di Ipoh. Dan kami mengajar hati untuk terima dan redha. Apa yang penting kami dah boleh hidup bersama di bawah satu bumbung menjalani kehidupan rumah tangga, menjalankan tanggungjawab sebagai isteri suami mak dan ayah. Bina kebahagiaan keluarg itu yang paling penting. Kebahagiaan itu bukan diukur dengan besarnya rumah. Kan? Itulah namanya rumah ku syurga ku. 

Kami memulakan kehidupan baru semula di tempat baru. Ibarat macam seperti mula-mula kahwin dulu kami bermula dengan kosong. Bezanya kali ini kami dah beranak seorang. Dulu, tahun kedua perkahwinan kami beli rumah sendiri. InsyaAllah lepas ni tahun ketiga lepas kami memulakan hidup baru dekat sini kami boleh beli rumah sendiri. Ha gittew. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan. 

Lokasi dekat sangat dengan sekolah Ayah Arissa bakal meneruskan perkhidmatannya. Dekat sangat-sangat jimat duit minyak. Dia boleh jalan kaki je. Tak aci kan? Hehehe. Tapi takper. Apa yang penting saya juga boleh ke tempat kerja dengan LRT. LRT Salak Selatan. Den tak kuasa nak bawa kereta oi. Selagi ada kemudahan, selagi itu saya gunakan. Jalan kaki sikit lah. Tapi apa ada hal. Selagi ada kudrat, InsyaAllah boleh. Bukan nak redah 2 3 kilometer. Kan? 

satunotahati: semoga Allah permudahkan segala urusan kami.
Allahhummaamin. 

XOXO, 
Mak Arissa. 
Read more>>>

Hujung Minggu; Padang Polo.

Assalammualaikum. Hai.

Ahad. Kami balik awal ke rumah mentua. Bila mentua keluar bawak pokde Arissa beli barang, kami solat Asar dan keluar jugak. Lokasinya ke Padang Polo. Banyak kali hajat tertunda dek kerana cuaca. Arissa elok je nak belok simpang, tiba-tiba dia tersengguk. Apa lagi mak dia, "eh mana boleh tido! dah nak sampai dah. nak main tak?" HewHewHew. Segar bugar balik si anak. Haha. Nampak papan gelongsor terus cakap, "nak tu nak tu". Ewah~!




Mak kat atas, ayah kat bawah.







Arissa dan bubbles. Dah lama dah ayah janji nak belikan benda alah ni. Tapi Ahad lepas baru dapat. Bila dia pegang je ah sudah. Tak boleh ambil balik. Kerjanya nak menembak je. Dia dah tak hairan dengan si bubbles yang berterbangan. Last, rampas jugak. Then baru dia excited semula dengan bubbles. Itupun bila dia tengok budak-budak sibuk berlari-lari nak 'amik' bubbles. Hehe.


Arissa excited dengan layang-layang yang berterbangan. Kelakarnya dia siap tadah tangan beraksi macam dia nak tadah layang-layang tu. Bahaha. Beberapa kali juga dia kata 'nak tu nak tu' selain dari waaahhhh..waaahhh...wahhhh....huhu. Tapi, kalau beli pun dia buat koyak je. Tunggu awak dah besar sikit baru mak boleh beli ye sayang! InsyaAllah. Hehe.


Satu lagi yang jelas tentang Arissa, dia macam mak dia. Suka perhati orang sampai kerut-kerut dahi. Panggil pun tak dengar. Aptb! Then dia suka approach anak-anak lain. Cuma mak ayahnya takut. Takut kot kot tiba-tiba dia claimed mainan orang tu mainan dia. Udah ler ada seorang budak tu elok je kami lalu bertentangan, baik je dia kat tepi Arissa dia guna bola ketuk kepala Arissa. Errr. Ketuk ke? Tak tahu nak cakap. Memang mak nyer ni geram menyirap gak lah. Tapi nak kata apa. Budak. Nasib baik Arissa cuma cakap 'akit.. akit.. akit..' sambil gosok kepala. Huhu.

Tapi benda macam ni buat saya risau bila Arissa ada dengan anak-anak lain. Selain dari takut anak kena 'buat', saya takut dia pulak yang 'buat' orang. Arissa nih ikut orang jugak. Saya perhati kadang-kadang bila ada budak sampai tarik baju dia, pukul dia, cubit dia - Arissa kurang jugak melawan. Saya? Geram memang geram. Tapi dah kata. Budak. Cuma jadi geram bila parents buat diam tak tegur. Saya kalau tengok Arissa buat kat orang, saya terus jadi halilintar! Huhu. Masalahnya kadang-kadang saya rasa cam Arissa lembut tak bertempat. Boleh? Huhu.

satunotahati:
cerita pasal anak dulu sebelum sambung hal misi 2014 ye.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Monday, December 23, 2013

Misi 2014: 20 Disember

Assalammualaikum. Hai.

20 Disember, keputusan permohonan pertukaran Ayah Arissa keluar. Ini permohonan kali pertama.


Alhamdulillah. Keputusannya memihak kepada kami. Ayah Arissa dan dua lagi kawannya memang yakin 99% mereka berjaya. Alhamdulillah. Berkat sabar. Semuanya dipermudahkan oleh Nya. Syukur sangat. 


1 tahun 4 bulan. Syukur ke hadrat Nya kerana Allah perkenankan segala perancangan kami dan Allah makbulkan doa kami. 

1 tahun kami bagi peluang untuk saya masih cuba mendapatkan kerja di sekitar Ipoh. Bila tempoh itu berakhir, giliran Ayah Arissa pula untuk bertindak. Dalam tempoh 4 bulan Dengan izin Allah, dia bertemu dengan dua orang FT yang nak bertukar ke Perak. Dan permohonan dibuka Oktober tempoh hari. KL - Tanjung Malim - Karai. Atas sebab itu mereka yakin 99%. Syukur Alhamdulillah. 

Kita merancang. Tetapi sebaik-baik perancang itu adalah Dia. Dia telah menetapkan semuanya untuk kita. Dan begitu juga dengan dimana letaknya rezeki kita. Jangan pernah berhenti berusaha, berdoa dan bertawakal. Walau susah, ajar hati untuk redha walaupun kadang-kadang saya akui saya pernah tersasar. Manusia.

satunotahati: 
semoga perpindahan kami turut membahagiakan semua orang.

XOXO,
Mak Arissa. 
Read more>>>

Friday, December 20, 2013

Misi 2014 : Import Adik Ku

Assalammualaikum. Hai.


Alhamdulillah. Tadi dah berjaya belikan tiket untuk Mak Ude Arissa. Berdebar katanya nak fly seorang dari Kuching. Bahaha. Merantau. Kenalah bersendirian. Tak gitu? Umur pun bukan dua belas tahun. Dah dua puluh tahun. Kahwin esok, bulan sembilan tahun hadapan dah boleh timang anak. KuiKuiKui. 

satunotahati: 
semoga dipermudahkan segala urusan dan diperluaskan semua pintu rezeki adik ku dan kami sekeluarga.
AllahhummaAamiin.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Thursday, December 19, 2013

Spontaneous Thursday: My First Kufi Rumi

Assalammualaikum. Hai.

Fenomena Geng Gojes kembali lagi. Haha. Mommies Gojes nih kan auranya mak ai. Supermom sangat uols tau! Menahan perasaan tau mak Arissa tengok masing-masing haplod gambo kufi. Masing-masing busy dengan excel. Mak Arissa busy jugak dengan excel tapi buat forecast. Ting Tong sorang buat forecast 20 produk secara manual. Manual lah kot sebab guna Excel. Zaman belajar dulu kami guna SPSS. Zero knowledge bab forecast using excel. Jenuh ku menelaah buku foreccasting menatap formula yang berbelit-belit macam cacing kerawit. Nasib baik minat. Kalau tidak memang pecah pc tu ku kerjakan kot. Bahaha. Kot. Idak ler mak Arissa sehebat itu. Hehehe. Eh, back to the track. 

Balik rumah bawa kerja juga. Tapi tak boleh buka sebab laptop antik daku guna 2007, office guna 2010. Terkebil-kebil depan laptop nak buat apa. Haha. Teringat fenomena kufi Geng Gojes. Terus buka Microsoft Excel. Kejang oi jari jemari mak Arissa nak buat. Bahaha. Gila punya kayu jari jemari nih kan. Dah la kerja dalam sektor kayu. Adeh! Idea pun memang taraakk! So, main taram je la klik sana klik sana. Warna sana warna sini. Lepas tu part tang save dah mati kutu camner. Haha. Jenuh scroll kitab Geng Gojes. Print screen sajo. Mula rasa cam nak buat fancy tapi bila dah letak kerawang tu rasa macam lagi best gini. Simple je. Cantik. Bahahaha. Matik la puji diri sendiri nyer kufi cantik. Haha.



So,





Inilah dia kufi rumi pertama ku..





nama anakanda la sapa lagi
hahahaha

Ha..amacam? Cantik ker idak? Jangan jujur sangat nanti ai sentap. Baahaha. Tipulah. Dah terus rasa nak print nak tepek kat umah nanti. Errr. Umah yang nanti. InsyaAllah.

Till then.

satunotahati: mari mengorak langkah. :)

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Arissa's Gallery

Assalammualaikum. Hai.

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Akhirnya tepat jam tiga pagi, Arissa's Gallery telah dibuka semula setelah lebih setahun saya tutup. Ya, sejak saya bekerja di KL. InsyaAllah, Arissa's Gallery akan terus kembali dan beroperasi dengan bantuan adik saya yang ketiga. InsyaAllah. Masih secara kecil-kecilan, stok dari pembekal. InsyaAllah bila stabil, baru kita boleh melangkah ke depan sama macam jual topi handmade dulu. Hehe. Oh ye, alang-alang tak tidur lagi dan tajuk dah bagi Arissa's Gallery so nak kongsi cerita awal-awal dulu. 

Tak pernah terfikir sebenarnya nak buka page jual-jual nih. Tapi, satu hari bila saya order topi handmade dekat seseorang - semua macam berminat. Masing-masing tanya dekat mana beli. So, saya terfikir 'why not aku tempah dan aku jual'. Dan kerana itulah saya buka page Arissa's Gallery. Modelnya memang si bijak pandai solehah saya itu. Hehe. Alhamdulillah. Masa tu macam pisang goreng topi. Haha. Masuk je stok habis. Syukur. Boleh buat tampung beli susu Anmum Arissa masa tu. Then, bila dapat kerja KL stok ada lagi tapi rasa semput-semput nak settlekan sebab Arissa umur tujuh bulan suami kena handle. So tak ada siapa yang boleh managed. Makanya saya stop. Cuma sampai sekarang, still ambil order borong bagi siapa-siapa yang berminat (regular customer).

legend. hihihi.


Dan! These two products ada harga SPECIAL PRICE bersempena Arissa's Gallery kembali dan 10 hari menuju tahun baru. InsyaAllah.

Please kindly refer to this page:


XOXO,
Mak Arissa.

Read more>>>

Wednesday, December 18, 2013

Al Waqi'ah: Hari Kiamat

Assalammualaikum. Hai.

Mak Arissa kongsikan terjemahan Surah Al Waqi'ah yang bermaksud Hari Kiamat untuk renungan kita bersama. Semoga semua yang singgah ke teratak milik Mak Arissa membaca setiap baris terjemahan ini sepertimana Mak Arissa menaip satu-persatu ayat. Semoga bermanfaat untuk kita semua. InsyaAllah.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

1. Apabila terjadi hari kiamat,
2. terjadinya tidak dapat didustakan (disangkal).
3. (Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain).
4. Apabila bumi diguncangkan sedahsyat-dahsyatnya,
5. dan gunung-ganang dihancurluluhkan sehancur-hancurnya,
6. maka jadilah ia debu yang berterbangan,
7. dan kamu menjadi tiga golongan,
8. iaitu golongan kanan (orang-orang yang menerima catatan amal mereka dengan tangan kanan), alangkah mulianya golongan kanan itu,
9. dan golongan kiri (orang-orang yang menerima catatan amal mereka dengan tangan kiri), alangkah sengsaranya golongan kiri itu,
10. dan orang-orang yang paling dahulu (beriman), merekalah yang paling dahulu (masyuk syurga),
11. mereka itulah orang yang dekat (kepada Allah),
12. berada dalam syurga kenikmatan,
13. segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu (seluruh umat nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad saw dan yang dimaksud orang yang kemudian ialah umat Nabi Muhammad saw),
14. dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian.
15. Mereka berada di atas pelamin-pelamin yang bertakhtakan emas dan permata,
16. mereka bersandar di atasnya berhadap-hadapan.
17. Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda,
18. dengan membawa gelas, cerek dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir,
19. mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk,
20. dan buah-buahan apa pun yang mereka pilih,
21. dan daging burung apa pun yang mereka inginkan,
22. dan ada bidadari-bidadari yang bermata indah,
23. laksana mutiara yang tersimpan baik.
24. Sebagai balasan atas apa yang mereka kerjakan.
25. Di sana mereka tidak mendengar percakapan yang sia-sia mahupun yang menimbulkan dosa,
26. tetapi mereka mendengar ucapan salam.
27. Dan golongan kanan, alangkah mulianya golongan kanan itu.
28. (Mereka) berada di antara pohon bidara yang tidak berduri,
29. dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya),
30. dan naungan yang terbentang luas,
31. dan air yang mengalir terus-menerus,
32. dan buah-buahan yang banyak,
33. yang tidak berhenti berbuah dan tidak terlarang mengambilnya,
34. dan kasur-kasur yang tebal lagi empuk.
35. Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari itu) secara langsung (Mereka diciptakan tanpa melalui kelahiran dan langsung menjadi gadis),
36. lalu Kami jadikan mereka perawan-perawan,
37. yang penuh cinta (dan) sebaya umurnya,
38. untuk golongan kanan,
39. segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu,
40. dan segolongan besar pula dari orang yang kemudian.
41.dan golongan kiri, alangkah sengsaranya golongan kiri itu.
42. (Mereka) dalam seksaan angin yang sangat panas dan air yang mendidih,
43. dan naungan asap yang hitam,
44. tidak sejuk dan tidak menyenangkan.
45. Sesungguhnya mereka sebelum itu (dahulu) hidup bermewah-mewah,
46. dan mereka terus-menerus mengerjakan dosa yang besar,
47. dan mereka berkata, "Apabila kami sudah mati, menjadi tanah dan tulang belulang, apakah kami benar-benar akan dibangkitkan kembali?
48. Apakah nenek moyang kamu yang terdahulu (dibangkitkan pula)?"
49. Katakanlah, "(Ya), sesungguhnya orang-orang yang terdahulu dan yang kemudian,
50. pasti semua akan dikumpulkan pada waktu yang tertentu, pada hari yang sudah dimaklumi.
51. Kemudian sesungguhnya kamu, wahai orang-orang yang sesat lagi mendustakan!
52. pasti akan memakan pohon zaqqum (Jenis pohon di neraka yang mengakibatkan derita yang luar biasa bagi yang memakannya),
53. makan akan penuh perutmu dengannya.
54. Setelah itu kamu akan meminum air yang sangat panas.
55. Maka kamu minum seperti unta (yang sangat haus) minum.
56. Itulah hidangan untuk mereka pada hari pembalasan."
57. Kami telah menciptakan kamu, mengapa kamu tidak membenarkan (hari berbangkit)?
58. Maka adakah kamu perhatikan tentang (benih manusia) yang kamu pancarkan.
59. Kamukah yang menciptakannya ataukah Kami penciptanya?
60. Kami telah menentukan kematian masing-masing kamu dan Kami tidak lemah,
61. untuk menggantikan kamu dengan orang-orang yang seperti kamu (di dunia) dan membangkitkan kamu kelak (di akhirat) dalam keadaan yang tidak kamu ketahui.
62. Dan sesungguhnya, kamu telah tahu penciptaan yang pertama, mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?
63. Pernahkan kamu perhatikan benih yang kamu tanam?
64. Kamukah yang menumbuhkannya ataukah Kami yang menumbuhkan?
65. Sekiranya Kami kehendaki, nescaya Kami hancurkan sampai lumat, maka kamu akan hairan tercengang,
66. (sambil berkata), "Sesungguhnya, kami benar-benar menderita kerugian,
67. bahkan kami tidak mendapat hasil apa pun."
68. Pernahkah kamu memerhatikan air yang kamu minum?
69. Kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah Kami yang menurunkan?
70. Sekiranya Kami menghendaki, nescaya Kami menjadikannya masin, mengapa kamu tidak bersyukur?
71. Maka pernahkah kamu memerhatikan tentang api yang kamu nyalakan (dengan kayu)?
72. Kamukah yang menumbuhkan kayu itu ataukah Kami yang menumbuhkan?
73. Kami menjadikannya (api itu) untuk peringatan dan bahan berguna bagi musafir.
74. Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
75. Lalu Aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang.
76. Dan sesungguhnya itu benar-benar sumpah yang besar sekiranya kamu mengetahui,
77. dan (ini) sesungguhnya Al Quran yang sangat mulia,
78. dalam kitab yang terpelihara (Lauh Mahfuz),
79. tidak ada yang menyentuhnya selain hamba-hamba yang disucikan.
80. Diturunkan dari Tuhan seluruh alam.
81. Apakah kamu menganggap remeh berita ini (Al Quran)?
82. dan kamu menjadikan rezeki yang kamu terima (dari Allah) justeru untuk mendustakan (Nya).
83. Maka kalau begitu mengapa (tidak mencegah) ketika (nyawa) telah sampai di kerongkongan,
84. dan kamu ketika itu melihat,
85. dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
86. maka mengapa jika kamu memang tidak dikuasi (oleh Allah),
87. kamu tidak mengembalikannya (nyawa itu) jika kamu orang yang benar?
88. Jika dia (orang yang mati) itu termasuk yang didekatkan (kepada Allah),
89. maka dia memperoleh keteteraman dan rezeki serta syurga (yang penuh) kenikmatan.
90. Dan adapun jika dia termasuk golongan kanan,
91. maka "Salam bagimu (wahai) dari golongan kanan!" (sambut malaikat).
92. Dan adapun jika dia termasuk golongan orang yang mendustakan dan sesat,
93. maka dia disambut siraman air yang mendidih,
94. Dan dibakar di dalam neraka.
95. Sesungguhnya, inilah keyakinan yang benar.
96. Maka, bertasbihlah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Maha Besar.

Dah habis baca? Bertapa INDAHNYA SYURGA dan DAHSYATNYA NERAKA. Tanyakan pada sesiapa sahaja pasti semua mahukan syurga. Tapi, layakkah kita? Mari kita sama-sama muhasabah serta memperbaiki diri dalam usaha mencari redha Illahi. InsyaAllah.


Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain:

1.Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.

2.Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

3.Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.

4.Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

5.Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

6.Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:
  • Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
  • Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
  • Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
  • Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.
  • Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.
  • Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.

7.  Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”

8.  Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

sumber: shafiqolbu
Read more>>>

Friday, December 13, 2013

Ber Seafood di Sandakan, Sabah

Assalammualaikum. Hai.

Kisah bulan lepas kami ke Sabah. Sandakan dan Lahad Datu. Hoho. Kami sampai Sandakan dalam pukul 1 kalau tak silap. Sakit montot! Arissa pun bosan dok dalam flight. Gila tak bosan? Bukan boleh buat apa pun. Huhu. Sampai-sampai je kami terus dibawa makan ke Sim Sim. Frust sebab tak ada gambar makan kat sini. Huhu. Dekat Sim Sim ni ada kedai ikan bakar. Kita sampai kita pilih nak ikan apa. Then terus duduk. Terkejut pergi duduk dekat meja dah sedia macam seperah. Nasi semangkuk, kerabu tauge, sayur masak lemak, sambal belacan dan cucur udang semua dah tersedia serta air masa satu jug. Tugas kita cuma pilih ikan apa je nanti diorang hantar. Dan... harganya cuma RM8 sahaja. Samada korang mampu tak habiskan nasi tu tak kisah. Senang cerita diorang kata, makan kat sini bayar harga ikan bakar je. Ha gittew. Syiokkk ooo. Ikan fresh banyak sedap! Kalau kata nak ke Sabah, nak ke Sandakan nih. Nak pergi makan kat sim sim je. Wakakaka.

Malam, kitorang makan seafood jugak. Agak sukar nak betul-betul cari restoran Melayu. Tak banyak pilihan kot. Tempat yang kitorang pergi tu pun saya tak tahu siapa yang suggest. Tapi overall makan tip top. Sedap! Eh. Kalau ikan fresh nih kan sebenarnya kalau bakar kosong gitu pun sedap. Manis. Almaklum, orang laut kekdahnya. Tahulah sikit-sikit. Kuikuikui. Takder nak cerita banyak. Just nak tepek gambar buat kenang-kenangan. Hehehe. Sebelum tengok gambar meh berkenalan dengan family husband. Hehe.

ayahanda

ibunda

kakanda ku. bahaha.

adik no 4 - mak teh

adik no 5 - pokde

adik bongsu - acu

cousins - along

cousin - mokde

cousin - acu
and here's the seafood

pilihan

nom nom nom
ate like there's no tomorrow
sobs!
ting ting ting
kaaching! 
kata si tuan kedai
hahahaha


cost us RM875.80 - satu kepala RM37
not bad but..
air sirap dan teh tarik dia gila mahal kot!
huhuhu

Last but not least, BFF.

love of my life
Overall, tempat ni recommended jugak. Makanan semua sedap. Memuaskan hati. Kalau korang nak pergi, sila cari Restoran Ocean Seafood Stemaboat Kak Jue. Makan sampai menjilat jari. Daku memang pencinta ikan. So, memang heaven la dapat makan gitu kan. Lagi-lagi yang fresh. Bukan senang mau dapat. Huuu.

satunotahati: mati kutu nak cerita pasal pergi Sabah hari tu.
gambar banyak tapi takder cerita.
boleh?
=P

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Thursday, December 12, 2013

Spontaneous Thursday: NAB Solat

Assalammualaikum. Hai.



Video Nur Arissa Batriesya solat ni sempat dicaptured oleh mak nya masa di Lahad Datu tempoh hari. Kebetulan mak nya tengah layan Instagram. Nampak Arissa buat aksi solat cepat-cepat rakam. Masa ni ayahnya tengah mandi dan saya tengah santai-santai. Saya pun tak pasti macam mana permulaan dia buat aksi solat nih dan kejadian lepas dia solat. Haha. Dah nama pun spontaneous. Yer dak?

Kalau sembahyang sorang-sorang, kami sediakan juga Arissa sejadah dekat sebelah. Tapi selalu juga dia sibuk nak duduk depan kita sekali. Terpaksa mak atau ayahnya bergerak ke tepi sedikit untuk mengelak dari sujud atas dia. Bahaha. Tapi, bila solat berjemaah pulak elok je dia solat atas sejadah dia sendiri. Tak sibuk nak pergi ke depan. Tak pun, dia layan tab dia. Ikutlah mana yang dia suka. Haha. Yang penting kena sediakan sejadah juga untuk dia.

Sepertimana ibu bapa lain, kami turut mendoakan semoga anak kami menjadi anak yang solehah dan menjadi seorang insan yang menyenangkan hati semua orang.

Ya Allah, jadikankah Nur Arissa Batriesya sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

satunotahati:
segala perancangan bulan dua belas ditangguh untuk fokus kepada misi 2014.
insyaAllah.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Wednesday, December 11, 2013

Wordless Wednesday: Workloads.

Assalammualaikum. Hai. 


tak sempat nak kemas

satunotahati:
ini betul2 wordless.

XOXO, 
Mak Arissa. 
Read more>>>

Wordless Wednesday: Kitchen Playset NAB

Assalammualaikum. Hai.

Akhirnya dapat juga belikan si 'mei mei' saya Kitchen Playset idaman mak nya. Hahaha. Iyer. Mak nya yang selalu over dari anak nya. KuiKuiKui. Sebenarnya,  cuba nasib je pergi Tesco Ipoh Ahad lepas sebab Umi Sue belikan Mumtaz Aqilah kitchen playset ni dekat Tesco dengan harga yang super murah. Yes! Super murah hokey! Selama ni usha jugak tapi harganya memerlukan pertimbangan. Kalau anak tak nak main, mau patah hati seribu. HewHewHew. Ada dua pilihan dengan harga yang sama. Satu yang warnanya ada kelabu dan satu lagi memang pink purple habis. Gittew. Mula nak ambil yang pink tu. Kalau tak silap macam Mumtaz Aqilah punya tapi kotak-kotak playset tu semua koyak. Tawar hati terus. Walaupun orang kata don't judge the book by its cover tapi cover tu sebenarnya memainkan peranan penting. Huhu.

Haaaa
Inilah dia kitchen playset anakanda
RM49.90 saje
MihMihMih



Bingit gak telinga bila part dia madak tu. HaHahaha. Dapur sebelah kanan akan bunyi boiler. Dapur sebelah kiri bunyi menggoreng. Walaupun dia tak masak dia biar bukak je. Kita tutup dia buka balik. Aptb! Bahaha.

Dan lagi aptb nya, bila dah ada playset ni dia tetiba jadi rajin nak menulis. Selalunya benda alah tu pun dia buat tarik ke hulu ke hilir macam orang tarik boat. Nasib baik tali pen tu kuat. Kalau tak dah lama putus. Haih!



Hah! Ok lah. Sekian entri wordless wednesday yang memang tak wordless. Haha. 

XOXO,
Mak Arissa. 
Read more>>>

Tuesday, December 10, 2013

2013 Bakal Berakhir

Assalammualaikum. Hai.

Hari ni dah 10/12/2013. Sekejap je lagi nak masuk bulan baru, tahun baru. Tiba-tiba rasa macam tak sabar nak tunggu 2 tahun lagi. Tiba-tiba rasa macam nak 33 tahun berlalu dengan cepat. Bahahaha. Baru setahun jagung, penatnya dah rasa macam berpuluh tahun. Dan inilah punca saya tabik hormat dekat mak dan bapak yang telah bekerja lebih 20 tahun demi anak-anak terutamanya. Phew! 
*kalau aku kaya*
*hari hari hari raya*
*lalalalala*

Bila hujung tahun, kesibukan kian nyata. Ha. Masa ni nak update SKT tahun lepas. Nak fikir pasal SKT tahun depan. Walaupun retreat dah berlalu, tapi final documentation sedang berlangsung. SKT hanya akan selesai menghantui diri bila retreat SKT management selesai. Itu belum lagi part nak bagi markah bagai. Okay! Part ini iols tak suka tak gemar tak reti. Haish. Macam susah je. Macam tak best je. Macam serba salah je. Huhuhu. Hapekah? =P

Tak sempat nak ber BBW. Selalu BBW dengan handphone je. Tapi kapisiti dah full. 3gb tak cukup sebulan kekdahnya. Selama ni semerdang je add volume 10gb tak peduli benda tu perlu ke tidak. Cukup atau berlebih. So bulan ni nak ukur penggunaan. Hihi. Tak ada kerja lain selain online katanyer. Itu yang asyik add on je sampai rasa macam kalau kapasiti ayah arissa leh transfer memang nak je transfer sebab dia selalu berlebih walaupun 3gb. Heh!

Ada banyak nak cerita. Ada banyak nak share. Tapi tunggulah nanti sampai seru kot saya nak tambah kapasiti. Kot dah meluat menyampah dengan keadaannya yang sangat slow itu. Nak buka untuk 1 post pun tak boleh. Nak post apa? Haha. Sebenarnya tengah agak sibuk, sebab itu tak kisah sangat dengan kapasiti. Bila sibuk dengan kerja dapatlah juga buat kepala hotak ni melupakan sedikit masalah manusia rambut sama hitam hati lain-lain. Wahaha. Letih kot! =_='

Nur Arissa sekarang kalau kita tanya, "boleh tak?"
Dia akan jawab sebijik macam MeiMei Upin Ipin, "tak buley~~~~!"
Bila tah nak update banyak-banyak tentang Arissa eh?
Muahahahaha.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Thursday, December 5, 2013

Spontaneous Thursday : Slogan

Assalammualaikum. Hai.

Isnin lepas, dapat Whatsapp dari staff. Haha.



Bahahaha. Hambiik. Pandai sangat lah si Puan Dayang ni kan? Keluar segala peribahasa. Bagaikan 'pungguk rindukan bulan'. Bagaikan 'katak bawah tempurung'. Haha. Itu jer la boleh keluar dari otak sang kira-kira. Huhuhu. Nak canggih memang tidak la. Paling hebat pun terfikir siang tu, bagaikan 'rumah tanpa tiang'. KuiKuiKui. Tapi cam hover je. Bahaha. Eh tapi bukan la nak cerita sangat pasal slogan ni. Hehe.

Kalau korang.. nak sambung apa? HewHewHew.

satunotahati: 
weekend is coming, so minggu ni super busy dan tired.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>
"Ya Allah, peliharalah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina, dan sihatkanlah mereka. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, jadikankah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Amin.

Iklaneka

Popular Posts

Copyright © Kalam D'Yatie Designed by azhafizah.com