Friday, November 29, 2013

Mommycha 1st Giveaway

Assalammualaikum. Hai.

Tergerak hati nak join GA Gojes Mommycha nih bila dah ada gambar baru dua beranak. Haha. Gambar minggu lepas di Sandakan. Pukul 6 pagi yang dah terang benderang itu kami tiga beranak dah menapak di tepi waterfront. Hehe. Saje cuba try. Hihi. Kalau korang nak join, klik bawah tu tau. Sempat lagi. 1hb tamat tarikh tutup. ;)


wahai anak
biarpun usia mu meningkat tahun demi tahun
seiring dengan usia mak yang semakin tua
tapi kamu tetap anak kecil emak sampai bila-bila

XOXO,
Mak Arissa.

p/s: contest mak arissa pulak, minggu ni arissa akan cabut nombor dari dalam magic bowl. mak arissa dah siap2 letak dalam beg dah nombor-nombor itu. hahaha.
Read more>>>

Pencetus Ummah: Ucapan Mak Ayah Ahmad Ammar

Assalammualaikum. Hai.

Tak berkesempatan tengok Pencetus Ummah malam tadi dan baru sahaja tengok ucapan mak ayah Ahmad Ammar. Kalau bukan dalam bilik pejabat, saya mungkin tak mengawal diri dari menangis. Ahmad Ammar. Biar tak dikenali semasa diri mu masih bersama kami di dunia, tapi kini kamu dikenali dan diteladani. 

"anak yang kita harapkan untuk menyembahyangkan saya telah meninggalkan kami"


Allah. Allah. Allah.

satunotahati:
aku tak dapat membayangkan bagaimana jika aku yang diuji begini.
Al Fatihah buat semua muslimin muslimat yang telah tiada.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Sepertiga Malam

Assalammualaikum. Hai. 


satunotahati:
semoga Allah permudahkan segalanya buat kita.

XOXO,
Mak Arissa. 
Read more>>>

Thursday, November 28, 2013

Cheese Cake MELELEH

Assalammualaikum. Hai.

Hari ni Mak Arissa nak cerita pasal makan je. Boleh?
Hahahaha.
Ok, inilah lunch Mak Arissa.
KEK KEJU MELELEH VANILA
sluuurrrrppp!


Office nih kan memang macam-macam ada.
Dulu first time makan durian crepe pun dekat sini.
Lepas makan, baru nampak fofular nya crepe tu kat FB.
Hahahaha.


Kek ni sampai before lunch tadi.
Geram jer nak makan.
Nasib baik tak meleleh air liur.
Hahaha.


Tepat pukul 1, terus tutup lampu bilik dan makan.
Nikmat wehh nikmat!
Diet????

Hahahahahaha.
Diet mende kalau makan cheese setebal itu.
Kena la jimat weh.
Kek nih harganya sepuluh ringgit.
Kalau nak beli nasi jugak dah berapa.
Pagi tadi pun dah makan bubur nasi jugak.
So, malam karang baru kita makan nasi ye.
HewHewHew.

Tapi, hari ni release satu lagi Hello Kitty.
Tapi, lapor nasi.
Tapi.

Banyak benar tapinya.
Sobs!!!
Esok balik.
Yeay!

satunotahati:
berhempas pulas fikir SKT. 
huhuhuhu.
dalam fikir SKT.
terfikir nak masak dendeng hujung minggu ni.
ini semua sebab rara!
hahaha.
Read more>>>

Menu Baru Air Asia

Assalammualaikum. Hai. 

Ini bukan iklan sponsor. Hahaha. Kisahnya naik flight baru-baru ni, ada menu baru. Bulan lepas ke Kuching & Miri; tak ada lagi. Atau saya yang tak perasan sebab office dah order siap-siap Nasi Lemak Pak Nassir yang menjadi kegilaan ramai itu. Hihi.

Mee Goreng Mamak



Sekali pandang, nampak tak menyelerakan. Kan? Tapi, sedaaaapppp ooooo. Pedas pun ngam ngam. Phew! So far, makanan Air Asia sedap belaka. Tak pasti samda makanannya memanh sedap atau bila berada di udara makan apa pun sedap. Haha. Tambah pulak dengan kami yang masing-masing lapar flight delay sampai 130pm baru gerak. Nikmat berganda. Hihi. Alhamdulillah. Harganya RM12.

Triple Choc Mufffin


Kesayangan hamba menjadi model tak diiktiraf muffin product Air Asia Cafe. Haha. Kisahnya Ayah Arissa dan adik ipar masing-masing dah tergoda dengan muffin nih masa flight ke Sandakan. Tapi malangnya stewardess cakap hanya ada satu sahaja muffin. So masing-masing dah aim flight balik kl untuk dapatkan muffin nih. Still, ada satu sahaja juga for a flight. Exclusive sangat uols! Kelakarnya husband request for 7 muffin. Hahaha. So, 1 muffin 7 kepala. Nak order online tak sempat sebab mesti 24 hour before depart. Tapi kan, sangggaaatttt seddaaappp jugak. Masing-masing tak puas. Coklat nya umpphhh! Eh tak tau nak cakap. Korang naik nanti korang order lah ye. Hehehe. RM6 / pc.

Vege Beriyani

Takder gambar. Tapi ayah mentua yang order. Adik ipar cakap sedap jugak. Pendek kata semua sedap. Air masak pun jadi sedap. Eh??? Ahahahaha. RM12.

Arissa makan apa? Sepanjang dalam flight dia tidur aje. Dah dekat nak sampai baru dia bangun. Dah dalam bas, suapkan dia muffin portion dia then suap nasi lemak Pak Nassir yang beli khas untuk dia. Berselera betul dia makan. Lapar kot. Minum pagi dalam pukul 8 gitu. Makan nasi dalam pukul 5. Nasib baik tak kembung anakku. Huuuu. Sampai je Ipoh masing-masing dah rasa lembik. Daku dah lapar semula minta tolong suami masakkan maggie. Haha. Senang..

satunotahati: air asia promo sekarang.
iols tutup mata dulu tengok promo ni.
sebab nak tunggu result suami dulu.
lepas tu baru boleh merancang.
ihiks. semoga dipermudahkan. 

XOXO,
Mak Arissa. 
Read more>>>

Wednesday, November 27, 2013

Bismillahhitawakkaltu...

Assalammualaikum. Hai. 

Aku telah khilaf.

Ya Allah.
Aku memohon keampunan Mu.
Aku memohon kekuatan Mu.
Aku memohon keberkatan Mu.
Aku memohon keredhaan Mu.

Ya Allah.
Terima kasih atas pengalaman ini.
Terima kasih atas pengajaran ini.
Terima kasih atas segala nikmat ini.
Alhamdulillah. 

Ya Allah.
Sesungguhnya kepada Mu aku memohon kebaikan dunia dan akhirat.

AamiN Ya Rabb. 


بسم الله توكلت علي الله ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم



Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Nya, dan tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolonganNya.
Read more>>>

Kalendar e Tukar Bukan Guru

Assalammualaikum. Hai.


Keputusannya dalam lebih kurang sebulan lagi. Debaran dah bermula sekarang. Debaran menanti keputusan. Debaran untuk berdepan dengan kehidupan baru atau perjuangan yang berterusan di tahun baru. Debaran menunggu pengakhiran tahun 2013. Semuanya bercampur menjadi satu dan tak tahu apa perkataan yang sesuai untuk menyatakan rasa hati. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami. Dan tabahkan hati kami dalam meniti perjalanan hidup yang telah Engkau tetapkan buat kami. Aamiin Ya Rabb.

satunotahati: penat tak hilang lagi.
fikiran masih melayang rindukan anak suami.
wednesday tapi kini aku merasai monday blues. =P

XOXO,
Mak Arissa.

Read more>>>

Wordless Wednesday: Pearl

Assalammualaikum. Hai.


Sabah. Bila sebut Sabah, mesti terbayang seafood dan mutiara. Hehe. So, saya sambar satu gelang mutiara air masin untuk Nur Arissa Batriesya. Tanda kenang-kenangan ke Sandakan kata nyer. Hehe. Syukur anak ini takder nak tarik nak usik gelang dia. Suruh buka gelang mas dia lagi ada. =_=' 

Saya bukan peminat mutiara sangat. Suka tengok orang pakai tapi kalau saya beli, nanti bila nak pakai. Haha. Mak saya ada beberapa koleksi jugak rantai mutiara serta kristal. Sebab KEMAS selalu sangat ada dinner. Ha.. Semalam grab jugak untuk mak rantai set dengan gelang mutiara air tawar untuk mak. Mutiara air masin, hehe nanti2 yer mak kalau orang pergi lagi dan ada rezeki. InsyaAllah. 

satunotahati: letih.. travel jauh memang untuk pergi kenduri kali ni.

XOXO, 
Mak Arissa. 
Read more>>>

Monday, November 25, 2013

Penuh Adat Istiadat

Assalammualaikum. Hai. 

Kami masih di Lahad Datu. Pekan. Jauh dari lokasi kejadian Sulu tempoh hari. Hehe. Kalau bukan sebab kenduri, tak jejak kaki kot kat Lahad Datu. Ramai yang tegur, 'jauhnya kenduri sampai ke Lahad Datu'. Haha. Nak buat camner. Jodoh cousin husband di Lahad Datu. Hehe.

Sebenarnya,  first time menghadiri kenduri kahwin orang Sabah. Isteri cousin suami orang Bugis. Malam Ahad, majlis khatam Quran saya dah terkejut dengan pakaian adat. Mulanya saya ingatkan malam berinai. Huhu. Selain dari majlis khatam, malam diserikan dengan pertandingan domino. Ok. Itu jangan tanya saya bagaimana. Arissa pun cranky nak diajak belajar. Haha. Bila dia dah meragam tandanya letih sangat dan mengantuk. Perjalanan gini sebenarnya buat tak cukup rehat. Redha je anak nak mengada-ngada. =_='

Majlis Khatam Quran
Hari ni gerak ke Sandakan. Tak tahu lagi apa program dekat sana. Kami ikut dari belakang semata-mata. Haha. Perjalanannya dalam lebih 2 jam. Jalan yang agak sempit dan penuh dengan lori. Ngeri bila driver memotong lori. Saya tak berani nak tidur. Huuuu. Arissa nasib baik tidur. Kalau tidak jenuh jugak nak melayan ragam dia. Hahaha. Tapi, kalau bagi layan upin ipin. Steady je la. Eh tak jugak. Dalam flight yang 3 jam itu daku rasa 13 jam bila dia mula bosan tak tahu buat apa. Adoi. Camner nak pergi oversea ni nak? Haahhahaha.

XOXO, 
Mak Arissa. 
Read more>>>

Thursday, November 21, 2013

Kisah Kasih: Kompilasi Sejuta Kisah Kelahiran

Assalammualaikum. Hai. 

Bismillahhirrahmanirrahim. 
Hello Mommies.
^________^


Blogwalking; nampak entry Mommy HDAE dan terus tertarik. Jujur, saya tak akan pernah bosan jika disuruh bercerita tentang kelahiran anak. Malah saya juga tak pernah jemu baca kronologi kelahiran Nur Arissa Batriesya. So, bila jumpa ini makanya saya dengan berbesar hati untuk berkongsi kisah kelahiran cahayamata sulung saya. 

Jom kita ramai-ramai kongsikan kisah kita dengan hantar dekat kisahkasih@myrahim.org.

Maklumat lebih jelas mommies boleh tengok dekat blog Mommy HDAE ye.

Inilah kisah kelahiran Arissa:


Puteri hati kami; Nur Arissa Batriesya. 
1 jam melihat dunia.

XOXO, 
Mak Arissa. 
Read more>>>

Misi 2014: Rumah Sewa

Assalammualaikum. Hai.

Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam, saya pergi tengok sebuah rumah sewa yang lokasinya tak jauh dari tempat kerja. Dah tentu sumbernya Mudah.My yang tercinta. Haha. Ayah Arissa yang tengok iklan dan minta tolong tengokkan. Tuan rumah upload gambar depan rumah je. So, memang sangat perlu untuk datang sendiri tengok keadaan sebenar rumah. Zaman sekarang manusia kebanyakannya penuh dengan helah. Adakalanya, gambar rumah yang dipamerkan bukan rumah dia. Atau letak gambar rumah masa mula-mula beli dulu. Ha gittew.

Jumpa je dengan tuan rumah, saya terus reject rumah tu. Bukan kerana rumah (sebab tak tengok rumah lagi) tapi dengan sikap tuan rumah yang agak angkuh. Soalan bertanyakan 'ini encik yang saya bercakap siang tadi ke?' sebanyak dua kali dipandang sepi. Tuan rumah buka pintu rumah dan lampu kemudian terus keluar sambil cakap, 'ha tengoklah'. Kami tergamam. Oh ye. Saya pergi dengan kawan. Then, saya pun cukup syarat je tengok rumah. Tak berperasaan. Huhu. Tambahan pula, rumah tuan rumah hanya sebelah rumah yang hanya dipisahkan dengan dinding dan ruang hadapan berkongsi dan tak ada pemisah langsung.


Ini pandangan dari pintu. Tak ada tile saya tak kisah. Boleh beli tikar. Saya bukan asal keluarga senang pun.



Ruang dapur. Ok. Ini yang saya tak boleh terima. Ruang tersebut tertutup dan kalau masak, udara pasti akan masuk ke dalam bilik (kiri). Tak ada pengudaraan keluar. Dan tengok ruang atas menggunakan susunan bata dan asbestos. Saya bukanlah terlalu cerewet tapi..


Ini tandas yang berhadapan dengan dapur. Dinding yang tidak tertutup di bahagian atas. Sedikit pun saya tak rasa keselesaan apatah lagi dengan kos bulanan yang saya perlu bayar untuk rumah ini (nanti).


Nampak kipas dan dinding tu? Ok. Kipas tu perlu dikongsi bagi dua bilik. Dinding pemisah antara dua bilik.

Mungkin orang kata, saya berlagak tak nak duduk rumah begini. Tak. Tak. Tak. Tapi, saya rasa dengan kos sewa RM900 saya boleh dapat rumah flat yang kosnya antara RM600 - RM800 dan lebih selesa seperti rumah sewa yang saya duduk sekarang. (malangnya, flat ni tak ada yang kosong. huuu.) 

Sebelum balik, kawan cuba bawa tuan rumah bersembang dan tanya 'dah ramai ke yang datang tengok?' Katanya lebih kurang begini, 'ramai. tapi saya pilih orang. ada yang empat orang anak, sorang darjah 5, sorang 7 tahun bla bla bla; saya tak nak. tengok basikal-basikal tu. saya nak teratur sentiasa. itu yang penting. tengok depan sana, tepi sana dekat luar. ada nampak sampah? saya pukul 2 pagi pun saya akan sapu. penyapu memang ada dekat sana. korang tengok cat dalam rumah, ada meleleh-leleh? takder kan? tengok cat kat luar tu. ada terkupas? tak der kan. saya memang jaga. kalau kamu sebagai penyewa, kamu nak pilih orang yang ada empat orang anak atau empat orang yang bujang?'

Bila kawan kata, 'nanti apa-apa kami call balik'. Tuan rumah jawab, 'itu memang jawapan biasa. saya dah biasa dengar. semua yang datang cakap macam tu.' Kami bertambah 'errrrr' dan nak segera balik. Masuk je dalam kereta, masing-masing menyatakan tak puas hati dengan cara tuan rumah. Haha. Bayangkan kalau saya duduk rumah itu. Mungkin saya perlu mengikut cara atau gaya hidupnya. Dan tak mustahil segalanya akan dikawal. Oh ngeri! Tak mahu ku bayangkan. 

Ada yang bertanya, 'dah confirm ke dapat pindah?' Ok. Sebenarnya belum lagi confirm, masih dalam proses dan menanti kelulusan. Cuma kami nak bersedia supaya tak tergopoh-gopoh di kemudian hari. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami dan menjadikan kami hamba-hambaNya yang sabar dan redha dengan segala sesuatu yang telah ditetapkan olehNya. Kami merancang, tetapi sebaik-baik perancang itu adalah DIA, Allah SWT.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Frozen American Fried Rice

Assalammualaikum. Hai.

Ingat frozen popia or karipap je ke ada? Zaman sekarang ni nasi goreng pun ada. Eh bukan setakat nasi goreng. Nasi lemak, spaghetti bolognese dan carbonara pun ada tau. Kagum Mak Arissa ni ha tengok dalam frozen 7 Eleven dekat PGRM ni ha. Hahaha. Kebetulan hari tu puasa sunat 9, 10 Muharram makanya saya beli la frozen fried rice nih dengan tujuan nak sahur. Tapi dah dekat nak Subuh gajah baru bangun. Nak sahur amende. Hahaha. So, berjaya juga makan nasi ni hari Selasa lepas.


Caranya senang je. Tebuk je lubang halus dengan garpu (4 lubang) lepas tu biarkan dalam microwave dalam 5 minit gitu. Dah siap! Makan panas-panas baru sedap. Kalau sejuk, tak sedap. Huuuu.


Haaa. Inilah rupa American Fried Rice, ada ayam seketul. Rasanya not bad. Ala-ala makan nasi tomato. Hihi. Tak boleh makan selalu sebab saya rasa pengawet dia pasti super duper hebat. Yerlah. Nasi kot yang frozen. Bukannya tepung. Nasi yang dah siap masak pulak tu. Huuuu. Impress pun ye jugak. Haha. Lain kali nak cuba Spaghetti. Oh ye, harganya RM6 sahaja. Hehehe. Kalau ada telur dadar pun sodap tau. Haha.

Ok then. Hari ni bertugas dekat parlimen. Mungkin akan banyak ber blogwalking. HewHewHew.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Wednesday, November 20, 2013

Homemade Banana Cheese~!

Assalammualaikum. Hai.


Hari tu saya ada kongsikan pasal makan sedap di Kuching dekat sini. Tekak nih memang masih terbayang-bayang lagi dengan banana cheese tuh. So, hari tu saya try buat. Bukan susah pun. Dan paling penting banana cheese nih ialah korang nyer pisang goreng tuh sodap! Itu lah rahsia kesedepan banana cheese. Saya fail bab pisang goreng (hahaha. semua ko nak fail kan yatie. apa tah yang ko lulus? hahaha.) Buat pisang goreng dengan nisbah resepi 1:3; tepung gandum dan tepung beras. Tapi kan, rasanya tak sama dengan yang makan kat Kuching tuh. Sobs!!! Dan suami cakap, pisang tu yang tak boleh blah sebab pakai pisang berangan. Yeke? Daku main beli jek. KuiKuiKui.

Ok caranya kalau korang teringin nak buat dekat rumah.
1. Buat pisang goreng atau beli pisang goreng panas.
2. Letak dalam pinggan susun elok-elok.
3. Ambik cheese dan korang parut kan tabur atas pisang.
4. Korang ambik susu pekat curah sikit-sikit buat zig zag.
5. Makan!!

Masa dalam mulut korang akan rasa masam, manis, masin, berlemak dan yang hitam-hitam macam dalam gambar tuh tambah lagi satu rasa pahit. Hahahaha. (ada macam nak kena lempang tak? kuikuikui.)

Selamat mencuba korang!

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Putus Cinta

Assalammualaikum. Hai. 

Adik P: Nak dengar cerita sedih tak? Tengah sedih sebenarnya ni.
Kakak D: Ha.. Kenapa?
Adik P: Kita dah kawan dalam setaun jugak la. Tapi tadi perempuan call. Dah 5 taun.
Kakak D: (terdiam tak tau nak kata apa).

Saya tak pandai memberi nasihat bila berdepan. Saya lebih suka menulis bila saya rasa saya perlu menasihati. Saya tak ada kepakaran untuk menasihati secara terus. Biarpun saya boleh dianggap sebagai seorang yang sepatutnya adik-adik dalam rumah ini boleh menumpang bahu untuk menangis. Maafkan kakak wahai adik. Kakak serumah awak biarpun dah kahwin tapi tak semestinya mampu meredakan hati awak yang tengah berduka. Huuuu.

Nasihat spontan saya pada adik P, "ini pengalaman dan pengajaran. bila jadi benda begini dan kita berfikir dengan waras, kita akan lebih dekat pada Nya. sebanyak mana kita mengadu kepada sesama manusia, ketenangan itu hanya datang bila kita mengadu pada Dia. tak perlu menangis kerana lelaki seperti itu. adik masih muda. adik akan dapat lelaki yang lebih baik dari itu, InsyaAllah. tak perlu terlalu bersedih. hari ini dia buat dekat orang lain begini, nanti orang lain pula akan buat dia begini".

Macam berpengalaman je kan? Haha. Tapi, saya yakin adik P suatu hari nanti akan cakap "TERIMA KASIH WAHAI KISAH LALU, KINI AKU BAHAGIA. ALHAMDULILLAH". InsyaAllah. Saya akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia. Semoga dia dipertemukan dengan insan yang lebih baik. InsyaAllah. 

XOXO, 
Mak Arissa. 
Read more>>>

Wordless Wednesday: Tips Mudah Bersyukur

Assalammualaikum. Hai. 


semoga kita semua menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dengan nikmat kurnia Nya. 

XOXO, 
Mak Arissa. 
Read more>>>

Video: Ahmad Ammar Dalam Kenangan

Assalammualaikum. Hai.

Mari sama-sama kita hayati video ini:


Sejujurnya saya tak kenal siapa Ahmad Ammar sehinggalah tersebar video ini di Facebook. Sebelum saya tengok, saya google dulu siapa dia. Dan bila saya tengok video ni, Subhanallah Allahhuakbar. Korang tengok sendiri dan korang pasti setuju, ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata bertapa Allah memuliakannya. Doa-doa yang dititipkan buatnya. Dan semua orang berpusu-pusu mahu mengusung jenazahnya. Melihatkan ini saya merenung ke dalam diri (Ya Allah bertapa jauhnya beza aku dengan dia).

Semoga Allah menjadikan detik terakhir kehidupan kita adalah umur yang paling baik kita.

satunotahati:
Ya Allah, kami memohon keampunan dan keredhaan Mu.
Ya Allah, kami memohon petunjuk hidayah Mu.
Ya Allah, kami memohon ketetapan iman.
Ya Allah, kami memohon kemudahan.
Aamiin Ya Rabb.

XOXO, 
Mak Arissa.
Read more>>>

Tuesday, November 19, 2013

Boleh Percaya Ke?

Assalammualaikum. Hai.

Hehehe. Ini namanya tak der keroje. Haha. Tadi, saya tengok status kawan saya. Katanya, dia dah kumpul dalam lebih kurang $600. Wahh. Macam menarik! Zaman sekarang nih kan ada banyak program ala-ala affiliate nih. Errr. Betul ke? Haha. So, daku terjebak. Terjebak sebab tak perlu nak bayar apa-apa. Nak tengok minimum cash out berapa. Nak cuba. Sebab kawan tuh nak tunggu sampai $1000 baru nak cuba cash out. Macam lambat je nak tengok kesahihan nyer. Hahaha. Gila tak pernyabar. Yer dak? KuiKuiKui. Makanya, register lah daku ke web itu. Register je terus dapat $20 katanya. 

Saya tak percaya benda macam ni sebenarnya. Sebab apa motif tah click je dapat. Nuffnang pun jenuh tau nak tunggu sampai minimum cash out. Iklan CPUV tuh bukan senang nak dapat. Sponsor lagi la bukan senang nak dapat. Bila dah dapat rasa nak melompat. Haha. By the way, saya sebenarnya dah boleh cash out dah Nuffnang. Hehehe. Tak sabar nak first cash out. Tapi nak tunggu sponsor earning dulu. Cash out sekaligus. Hehehe. Teruja uols sebab first time. Orang dah puluh puluh ratus ratus time tak gebang macam iols kan. Biar ah! Hahaha.

Kembali kepada cerita perenggan pertama, ini lah web nyer http://TheWebJob.com/?id=dyatie Hahaha.

satunotahati: korang percaya tak???

p/s: oh ye. ada yang tanya pasal contest hari tu. by the end of this month. rabu lepas dah print all the numbers, tapi terlupa nak bawak balik hari jumaat. sabar ye uols. untuk jimat masa nanti mungkin iols akan buat cabutan je. eh bukan iols, tetap jugak arissa. sebab nak jimat kan masa. jumpa hujung minggu jek kekdahnya. oh ye, bukan hujung minggu ni ye. sebab weols ke Lahad Datu (ok, ini macam ngeri sikit. errr.)

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Monday, November 18, 2013

Kenapa Berubah?

Assalammualaikum. Hai.

Semalam, saya ambil kesempatan bertanyakan kepada suami tentang perubahannya untuk meredakan resah. Syaitan begitu asyik berbisik yang bukan-bukan sehinggakan saya sendiri letih melayan gelodak perasaan. Dalam keadaan serba salah saya bertanya dan bertanya walaupun pada mulanya suami enggan bercerita; katanya, "biasa-biasa je". Kemudian, suami bercerita dari A - Z dan sepanjang penceritaannya saya tak henti mengucapkan syukur. Biarpun bukan saya, tapi saya terkena tempiasnya. Tempias yang selama ini saya damba dan sering mohon padaNya. Ceritanya biar saya simpan dalam hati dan saya bersyukur atas asbab perubahan ini. Allah tidak akan menjadikan sesuatu itu sia-sia. Terpulang pada hamba-hambaNya untuk mentafsirkan setiap ujian Allah dan seterusnya menzahirkannya melalui perbuatan.

satunotahati:
tetapkanlah iman di hati suami ku
kurniakan kepadanya kekuatan
anugerahkannya kesabaran
kami bersyukur atas nikmat Mu
aamiin

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Thursday, November 14, 2013

Dibenci & Disayangi

Assalammualaikum. Hai. 


mari kita sama-sama bersangka baik dengan Allah
dibenci atau disayangi
kedua-duanya cara Allah menguji kita
dan
Allah sebenarnya sedang mendidik kita

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Wednesday, November 13, 2013

Tahniah Yasmin Hani

Assalammualaikum. Hai. 

Buka Sinar Harian petang tadi, nampak artikel Yasmin Hani Bersalin Anak Lelaki. Terus menjengah instagram kot ada gambar wajah anak lelakinya. Tapi, belum lagi. Yasmin hanya kongsikan satu gambar;


Semoga menjadi anak yang soleh.
InsyaAllah. 
Aamiin.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Wordless Wednesday: Mi Goreng Lee

Assalammualaikum. Hai. 


Mak Arissa masih berpuasa walaupun asyik terbayang-bayang makanan aje. HewHewHew. Tapi, nak jugak tengok gambar Mi Goreng nih. Kakaka. Mi Goreng Lee uollsss. Exclusive gittew. Haha.

Lee tu nama gelaran Ayah Arissa. Dia yang masak so kita letak nama dia. Tak rujuk resepi main campak-campak aje kekdahnya. Inilah breakfast kami Ahad lepas. Lepas solat Subuh, saya pergi dapur tengok-tengok Ayah Arissa dah prepare semua bahan dan get ready untuk menggoreng. Oh melting!~~ Haha.

Kali pertama Ayah Arissa masak Mi Goreng nih. Dan hasilnya, SEDAP! Bukan sebab dia suami ku bukan suami mu tapi memang sedap. Arissa pun kemain makan tau. Cuma pedas sikit untuk Arissa. Tapi, nampak ok je tengok dia makan hari tu. Tak ada rupa pedas pun. HewHewHew. Ada ekstra kami bawa pergi rumah mentua. 

Mak, Ayah dan Adik Ipar suka. Sedap katanya. Haruslah Ayah Arissa happy. Kan? Malam tu masa Ayah Arissa masakkan sup sayur mak mentua cakap, "aish, masak mi goreng boleh menjadi je takkan sup sayur tak boleh." Hihi. Dan even just masak sup sayur, malam tu ayah yang kata dah kenyang pun makan pulak. Haha. Arissa jangan cakap lah. Memang seronok suapkan dia makan nasi lauk sup sayur n telur dadar. Hehe.

Ayah Arissa jarang masak. Tapi minggu sudah memang semua yang Mak Arissa request, Ayah Arissa nak masak.

(ini untuk laki ku, mu xnak baca takper. haha.)
Encik Suami, terima kasih tau. Terima kasih sangat-sangat. Air tangan awak semua sedap. Saya suka. Lain kali masak lagi ye. Saya dan Arissa sayang awak semaksimanya. Heee.

XOXO,
Mak Arissa. 
Read more>>>

Bebola Donut & Sosej

Assalammualaikum. Hai.

Sabtu; gigih nak cuba buat donut ball. Seperti biasa, fenomena geng gojes nih tak boleh ditafsirkan dengan kata-kata. Lepas sorang buat, sorang lagi. Tak pernah-pernah buat akhirnya berjaya buat. Menurut si Yong, asalnya si Mommycha dan Erin pun ada buat jugak sendiri lepas dia tunjuk donut orang jauh. Haha.

Mulanya Ayah Arissa cakap, "boleh tak jangan nak susahkan diri awak nak buat donut bagai nih. beli je la." Huuu. Ko tengok Ayah Arissa tuh. Camner isteri dia nak terror masak? Nak masak laksa sarawak pun dia cakap, "tak payah buatlah. renyah. nanti seharian awak duduk dapur." Haaa. Ko tengok! Huuu. Tapi, masa dekat Mydin tengah beli barang, tiba-tiba dia ambil sosej dan cakap pulak, "nanti sosej awak salut dengan doh awak tuh mesti sedap." Dah hover pulak?! =P

Lepas Arissa tidur, saya pun mulakan misi mendonut. Kelakarnya, belum apa-apa dah salah. KahKahKah. Malu nak cerita kat sini. Tak baca arahan betul-betul kekdahnya. KuiKuiKui.

campuran gula pasir, susu pekat dan yis

Korang agak-agak kenapa saya buat ala-ala rendam gitu? Hihi. Bila air tak berapa nak suam, masa larutkan gula dan susu air dah sejuk. Jadi, bila masuk yis dah tak boleh nak larut. So, letak air panas dalam bekas. Letak kole tu dalam air panas. Larutkanlah yis tersebut. Wahaha. Nasib baik kebetulan guna kole. HewHewHew.

buih buih cinta yis mauripan

Tak pernah buat kan, so terkejut tengok naik buih gitu. Wahaha. Ingatkan buihnya ala-ala buih halus nescafe 3 in 1. Rupanya tinggi gitu. Nasib baik guna kole besar. Dan teringat kata si erin, jangan lurus sangat nak bancuh semua tu dalam cawan. Hihihi. Masa ni saya cairkan marjerin dan campurkan dengan telur.

adunan yang diharap membesar dengan jayanya

doh mengembang dengan jayanya! yeay!

Lebih kurang 1 jam jugak saya biarkan doh ni. Sempat tidur sebab cerita Hindustan tak berapa best hari tu. Banyak kali dah tengok Dilse rasa macam dah hafal jalan cerita. Huhuhu. Dah siap, daku bulat-bulatkan. Tapi tak licin pun bulatan tersebut. Segan daku nak amik gambar. Hahaha. Dan lilitan dekat sosej tuh Ayah Arissa sebab daku buat tak lawa. Punyalah tak kreatif jari jemari Mak Arissa nih, lilitan sosej pun tak boleh buat. Huhu. Ayah Arissa melilit, daku menggoreng bebola. Part sosej, semua dia goreng. Hehehe.

HASILNYAAA!!!

bebola donut dan sosej (tak tahu nak letak nama apa sebenarnya sosej nih)

empuk!

Terima kasih lah korang semua wahai gojes oi. Sedap weh! Lembut. Empuk. Daku suka sangat. Makan pulak panas-panas layan dengan air nescafe memang tip top. Pulaknya hari tu kebetulan hujan. Tak sedar 3 4 biji masuk dalam mulut nih ha. Sosej tuh pun dua biji jugak daku makan. Bahan-bahannya senang dan ringkas je uols kalau nak cuba; 3 cawan tepung gandum, 6 sudu besar gula, 3 sudu susu pekat manis, 2 sudu besar marjerin , 1 biji telur, 1 paket yis, 1 cawan air suam. Resepi korang tengok dekat blog Yong dan Erin.

satunotahati:
puasa tak hari ni?
insyaAllah Mak Arissa puasa.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Niat & Fafhilat Puasa Muharram

Assalammualaikum. Hai.

Sumber: shofiqalbu



Fadhilat Puasa Muharram


Kelebihan berpuasa pada bulan Muharam dapat dilihat melalui beberapa hadis Rasulullah SAW.:
 .
1.  Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)
.
2. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam,nescaya Allah ampunkan segala dosanyawalau selama 50 tahun melakukannya.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas)
.
3. Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.”  (Hadis Sahih)
.
4.  Sabda Rasulullah SAW lagi: “Siapa yang berpuasa tiga hari berturut-turut pada hariKhamis, Jumaat dan Sabtu pada bulanMuharam, nescaya Allah memberi pahalaseperti beribadat 900 tahun.”  (Hadis Sahih)
.
5.  Rasulullah SAW bersabda: “Tiga hari daripada setiap bulan dari satu Ramadan kepada satu Ramadan yang berikutnya adalah menyamai ganjaran berpuasa sepanjang tahun. Berpuasapada hari Asyura juga dihitung di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang berlalu.” (Hadis riwayat Muslim).
 .
6.     Kata Ibnu Abbas r.a.: “Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari Asyura’ (10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)
.
7. Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat menampunkan dosa setahun yang lalu.”  (Riwayat Imam Muslim)

satunotahati:
semoga dipermudahkan perjalanan kita.

XOXO,
Mak Arissa. 
Read more>>>

Tuesday, November 12, 2013

Stress; Bunuh Diri.

Assalammualaikum. Hai.

Semalam, saya baca tentang Pelajar Perubatan Ditemui Mati.

“Kami menentang sekeras-kerasnya permohonan Aivern untuk menukar jurusan itu tetapi beberapa hari lalu kami mengalah dan bersetuju mengikut kehendaknya. Mungkin dirinya tertekan sehingga bertindak di luar batasan."

Bagi saya, perkara macam ni kita kena amik iktibar dari dua sudut. 
Pertama; sebagai mak bapak. Kedua; sebagai anak.

Mak Bapak

Tolonglah jangan paksa anak kalau anak memang dah tak berminat langsung dalam bidang yang kita suka. Jangan paksa jugak walaupun anak sendiri dah cakap yang dia tak mampu. Jangan nak ikut kepala kita semata-mata kononnya kita berkuasa untuk menentukan masa depan anak. Ye, semua mak bapak nak yang terbaik untuk anak-anak tapi biarlah berpada-pada. Benda nih melibatkan diri dia. Perlu ada perbincangan dan persepakatan. Jangan terlalu bersikap diktator.

Anak

Janganlah berfikiran singkat sehingga kita membuat keputusan membunuh diri. Kita tahu tahap kemampuan kita maka kita buat setakat yang termampu jika mak ayah mahu jugak kita ambil bidang yang mereka mahu. Buat sehabis baik dan yakinlah akan diri sendiri serta kepercayaan mak bapak kita. Mak bapak sebenarnya tahu anak dia mampu maka dengan sebab itu dia yakin kita boleh teruskan dengan bidang tersebut. Sebagai seorang anak, selain dari memikirkan masa depan kita juga perlu fikirkan harapan keluarga. Selebihnya kita serahkan pada Tuhan yang Maha Berkuasa.

Saya

Saya anak yang belajar dalam bidang yang dipilih oleh bapak. Sejak Tingkatan 4, saya terpaksa belajar Sains Tulen sebab harapan bapak nak anak jadi doktor/nurse. Saya teruskan dengan perjanjian jika keputusan saya tidak memuaskan saya boleh masuk kelas Perakaunan seperti yang saya inginkan. Seringkali bapak mak dan mak bapak saudara menasihati dan memberikan kata-kata semangat bahawasanya saya mampu dan mereka yakin. Keputusan sepanjang peperiksaan tidak membolehkan saya untuk masuk kelas Perakaunan. Maksudnya, saya boleh bawa sains tulen.

Tingkatan 6, saya tak pernah jangka saya terpilih dimasukkan ke kelas sains tulen juga. Keputusan SPM sekadar melepas batuk di tangga. Saya memohon untuk ikhtisas tapi tak berjaya. Saya meneruskan kelas Biologi walaupun saya lebih berminat ke arah Fizik. Bapak cakap, Biologi boleh jadi doktor/nurse. Saya ikut. Saya jarang membantah berbanding dengan adik-adik saya. Saya pupuk minat walaupun ada masa saya kecewa setelah berhempas pulas tapi keputusan sangat teruk. Hinggalah tiba satu masa saya dianugerahkan sebagai pelajar terbaik Tingkatan 6 dan dapat mengalahkan kawan-kawan lain yang SPM mereka 5A ke atas. Sejak itu, saya cakap pada diri saya yang saya boleh dan biarpun saya tak minat tapi minat itu boleh dipupuk. Ingat Allah. Ingat mak bapak.

By the time mohon IPTA, saya tak dapat kesemua lapan pilihan saya. Lapan pilihan tersebut semuanya bahagian perubatan termasuk veterinar dan forensik. Tapi, nama saya terpilih untuk bidang Statistik Industri. Hebatnya perancangan Allah. Allah bagi saya peluang untuk belajar ilmu biologi dan ilmu kimia, akhirnya saya dapat sambung belajar dalam bidang yang bermain dengan nombor. Mak dan bapak terutamnya akur dengan keputusan yang saya peroleh. Sebaik-baik perancang adalah Dia. Jika kita ingat Allah, ingat mak bapak, positif, ikhlas, dan pupuk minat; insyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja. Dan akhirnya, saya disini - PP di Unit Statistik. Syukur.

Nanti

Ini pengajaran dan iktibar buat kita nanti. Saya selalu ingatkan pada diri saya; 'kalau aku boleh membaca masa umur 3 tahun, tak semestinya anak aku boleh jugak. dia anak aku tapi Allah bagi nikmat ke atas seseorang itu berbeza-beza. tak sama.' Maka insyaAllah bila sampai giliran kita untuk berdepan dengan situasi begini, jadilah penyokong kuat baginya. Jangan paksa. Musyawarah. Sama-sama tengok buruk baik betul salah dari semua aspek dan sudut. Sebab kedua-duanya samada anak atau mak bapak, masing-masing mahukan yang terbaik untuk masa depan.


satunotahati:
kalau anak-anak saya nak jadi artis ke model ke, saya akan menentang kuat-kuat.
sila ambil maklum wahai anak-anak mak.
(^____^)

XOXO, 
Mak Arissa.

Read more>>>

Alhamdulillah; 29 Tahun Sudah

Assalammualaikum. Hai.

11/11/2013
29 tahun sudah usia perkahwinan mak dengan bapak.
Alhamdulillah.

Anak sulung dia umur 27 tahun.
Cucu sulung dia umur 1 tahun 9 bulan.
Usia bapak; 53 tahun.
Usia mak; 50 tahun.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Syukur masih diberi kesempatan bersama mereka sehingga hari ini.
Syukur dengan kurniaan Allah atas kesihatan yang baik buat mereka.
Syukur kerana berpeluang untuk terus membahagiakan mereka.
InsyaAllah.

ucapan dari seorang anak sambil bergenang air mata

jawapan dari mak yang lupa tarikh ulangtahunnya sendiri
Mesej je dekat mak.
Ucapan untuk kedua-duanya.
Senang bila mak boleh SMS.
Hehehehe.

Anak yang ucapkan anniversary pun jadi terharu.
Sebab mak ucap.
"terima kasih jugak dengan korang semua anak-anak sebab dengar cakap mak bapak"
Sedih weh!
Rindunya dekat mak dan bapak.
Kalau dekat, memang nak je celebrate dengan diorang.
Tapi, apakan daya berjauhan.
Namun tetap dekat di hati.

Semoga mak dan bapak dikurniakan kesihatan yang baik.
Dianugerahkan umur yang panjang.
Dipermudahkan urusan dunia akhirat.
Dan semoga juga kami anak-anak.
Akan sentiasa terus dapat membahagiakan mereka.
InsyaAllah.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Apps: Dayre!!

Assalammualaikum. Hai. 

Iols dah ada tempat melepak yang baru. Hahaha. Bukanlah lepak sebenarnya, tempat membebel. Baru tahu jugak sebenarnya tentang apps ni dan rasanya tak ramai lagi kot yang pakai. Saya dah decide malam tadi nak jadikan tempat baru tu sebagai tempat membebel on the spot. Ala-ala diari gitu. Siap google malam tadi cmner nak buat ala-ala 1 entri blog. Hahaha.

Dayre ni kiranya macam ala-ala insta dan mini blog. Seronok jugak! I like banyak-banyak sebab yang penting apps nih user friendly dan sangat sempoi. Bukak je apps tu. Taip bebel-bebel. Letak gambar or video or emoticon yang korang nak, dah jadi comel. Kiranya Dayre nih boleh jadi tempat yang kita cerita yang ringan-ringan dan santai-santai. Tapi jangan pulak lupa daratan sampai lupa dekat blog nih. Kata nak jadi macam Ben Ashaari. Wakakaka. Mimpi sampai ke bintang la Mak Arissa oi. Hahaha.

Kalau korang install, korang gebang-gebang lah kat daku. Daku nak follow. Hahaha. Pesen Mak Jemah katanya. KuiKuiKui. 


username: dyatie

satunotahati :
Geng gojes dah jumpa sis Zaza!
siapa lagi? meh bagi id. 
I follow.
lalala.

XOXO,
Mak Arissa. 
Read more>>>

Spiral Macarony Alfredo Mushroom

Assalammualaikum. Hai. 


Sabtu; saya share dinner yang Ayah Arissa sediakan untuk kami dekat Instagram. Macam ada je kawan-kawan yang berkenan bila tengok gambar nih. Nak minta share resepi lagi. Hehehe. Hai Zue! Hai Mimy! Taip entri ini untuk untuk korang walaupun sebenarnya dah bagitahu bahan asas nya. Hahaha.

Bahan paling utama ialah Sos Prego. (Psst! Mak Arissa memang tak pernah berjaya masak sos macam Ayah Arissa walaupun pakai Sos Prego tuh. Kampung uols. Huhu.) Ok2. Actually yang korang nampak banyak accessories itu sebenarnya hasil dari campak-campak dalam sos aje. 

Caranya, korang tumis bawang merah dan bawang putih. Kentang potong dadu dan goreng siap-siap. Sama juga dengan daging; daging cincang atau bebola daging. Bebola daging kami suka Marina. Seedaaapp. Tapi kali ni husband guna daging burger, juga goreng siap-siap. 

Dah tumis bawang sampai layu, masukkan daging, lobak merah, brokoli, cendawan butang dan kentang sekali gus sampai agak layu. Then, masukkan sos pulak. Adjust kepekatan dengan tambah air, then tambah garam serta perasa. Biar sekejap, then angkat! Siap! Simple je uols. Sos Prego masak gitu aje macam dalam iklan tuh bukannya sedap pun. Sobs!

Haa. Senang je. Guna apa yang ada kemudian modified. Tapi Mak Arissa tak pernah jugak berjaya. KuiKuiKui. Kalau saya rasa nak makan spaghetti atau macarony, saya memang akan request dekat Ayah Arissa. Alhamdulillah,  terima kasih wahai Encik Suami sebab layan kehendak isteri mu ini. Arissa pun layan. Tapi yang mushroom nih dia kurang sikit. Kalau buat Carbonara, dia tak menolak. HewHewHew. Encik Suami pernah masak Carbonara dekat rumah mentua (request wife dia jugak). Masa tu campur dengan sosej. Mak Mentua sampai tak perasan ada sosej (mak tak makan) dek kerana asyik makan dari air tangan anak lelaki nya. Haha. Matik la puji masakan laki. Hahaha. Tapi memang itu statement serumah masa tuh. Ngeee.

satunotahati:
Syukur Alhamdulillah. 

XOXO,
Mak Arissa. 
Read more>>>

Monday, November 11, 2013

Pembunuh Pegawai Bank Itu!

Assalammualaikum. Hai.

Kejam tak kalau nak kata Alhamdulillah sebab polis dah berjaya tangkap pembunuh kejam ni? Huuu. Tapi dia lagi kejam. Kan? By the way, Alhamdulillah dah ditangkap dan adalah diharap pembunuh ini mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatannya. HUKUMAN QISAS. "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Surah Al Baqarah; 2:178)


Siyes! Mak Arissa gerrraaaammm sangat tengok muka dia ni. Haish. Geram! Geram! Geram! Selain dari pembunuh nih dapat hukuman setimpal, diharap juga pihak yang berkenaan dapat tangkap dalang dalam pemberian IC palsu dekat diorang ni. Sekeluarga IC palsu tuh. Huuuu.

XOXO,
Mak Arissa. 
Read more>>>

Friday, November 8, 2013

Bitstrips Friday!

Assalammualaikum. Hai. 

Ok. Saya turut terjebak. Sekian, terima kasih. Hahaha. Bitstrips nih kena rajinlah jugak nak edit ekspresi, nak pilih situasi dan nak karang caption yang sesuai. Hahaha. Lima minit jugaklah masa nak buat. Kiranya kalau ngantuk boleh la godek-godek. Ha gittew. 


Orang dok atau pernah jauh ngan laki dan anak jer yang tahu dan faham perasaan bila Jumaat tiba. Tak sabar nak tunggu time balik. Kalau boleh schedule ETS ikut schedule saya, bukan saya ikut schedule dia. Hahaha.


Lepas lunch tiba-tiba pulak nak kena dengar pasal Herbalife. Eh. Saya bukan anti benda nih tapi saya dah cakap saya dengan husband tengah consume produk kesihatan yang lain tapi bukanlah untuk kurus. Then dia guna point itu untuk kata Herbalife bonus dia kurus. Ok fine betul. Tapi dah orang tak nak janganlah paksa. Nanti2 kalau saya stop minum SariAgeGard boleh dipertimbangkan. Nak minum dua-dua memang kurus betul lah nanti sebab tak makan nasi. Huuuu.


Dan masa ni ngarang entri guna Bitstrips jer lah mampu weh. Idea takder. Dari tadi dok buat ayat kat emel tapi semua macam tak kena. Graf dah settle tinggal nak tepek masuk dalam archive portal je. Argh! Jiwa ku dah sampai Ipoh dah ni. Esok nak gotong royong dengan Arissa dan ayah Arissa cabut rumput yang lebih subur dari rumput karpet kami. Hahaha. Nak masak apa eh esok? Tapi nak gotong royong, so makan kat luar je kot. Haha. Alasan derrr!

Ok lah! Happy weekend everybody!

XOXO,
Mak Arissa. 
Read more>>>

Misi 2014: Permohonan Kuarters

Assalammualaikum. Hai.


Dalam persediaan perancangan masa hadapan yang termasuk dalam harapan di tahun baru, kami suami isteri masih lagi dalam perbincangan samada mohon kuarters atau menyewa. Beli belum lagi termasuk dalam senarai buat masa sekarang. Kalau saya duduk kuarters samada dengan nama diri sendiri, automatik EPW saya akan terhapus dan Elaun Wilayah terpotong separuh. Kalau saya duduk nama suami, saya akan dapat ITP sahaja (elaun wilayah dapat ke tak eh? lupa nak tanya. lol.) Kalau duduk menyewa, kos pun lebih kurang juga tetapi atas pandangan mommies gojes yang duduk kuarters; lagi berbaloi duduk kuarters rather than menyewa rumah yang kecil dengan nilai enam ratus. Betul jugak kan?

Semalam saya call BPH semula. Hari Isnin saya dah call tetapi bukan dijawab oleh orang yang betul-betul jaga bab kuarters. Katanya, 'kuarters ada lagi'. Even hal kuarters di Jalan U Thant pun dia cakap hanya terbuka untuk pegawai gred 48 ke atas sedangkan saya tengok di web gred 41 ke atas. Tadi, saya bercakap sendiri dan tanya tentang kekosongan. Jawapannya, 'sekarang baru agihan yang mendaftar Januari 2008. Sebab pergerakan kuarters 3 tahun.' Tergamamlah saya. Huuu. Ni 2013 kot. Sobs! Dan kuarters Jalan U Thant pulak terbuka untuk pegawai gred 27 dan ke atas. Secara automatik, maklumat yang diterima hari Isnin adalah salah sama sekali. Huuuuu.

Then, atas sebab nak kena tunggu 2 3 tahun lagi makanya Mak Arissa pun isi; mohon dengan nama sendiri.

status sekarang
Ok. Dah mohon siap-siap. Dengan izin Allah bila kami dah boleh duduk sama, saya akan menggunapakai pengalaman dari mommies gojes yang dah berkongsi pengalaman. Hihi. Apa pun, mohon turut sama mendoakan kami sekeluarga supaya dapat duduk sebumbung bersama menjalani kehidupan baru di tempat baru pada tahun baru. InsyaAllah. Semoga Allah merahmati kita semua.

satunotahati: antara harapan paling terbesar tahun 1435H ini adalah untuk duduk bersama.
semoga diizinkan dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Thursday, November 7, 2013

Sarimah SariStemCell

Assalammualaikum. Hai.

Lebih kurang 5 bulan lalu, saya telah di diagnosed ada Tibi Lymphadenitis oleh doktor. Kisahnya bermula bila ada satu benjolan pada bahagian bawah ketiak; tak tekan tak sakit. Ha gittew. Bila benda macam ni memang rushing bawa pergi check. Mula-mula doc bagi makan antibiotik untuk seminggu dan disuruh jumpa balik. Sebenarnya ada 2 3 biji tak habis. Huuu. Bila benjolan masih ada, saya diarah untuk jumpa surgeon. Doc bagi siap-siap surat rujukan. Tapi tak pergi pun dan beberapa hari kemudian, saya pergi check lagi dekat klinik panel. Doc suruh jugak pergi surgeon. Doc pun tak pasti kenapa. Sebab antibiotik dah makan dan saya hanya sakit pada benjolan tersebut bila ditekan. Dapat satu lagi reference letter.

Then, kami pergi jumpa surgeon. Hospital Fatimah; hospital panel office. Pertama sekali saya perlu buat ultrasound. Sebiji macam scan baby dekat dalam perut. Tapi yang ni tang ketiak dan juga breast in order to check if ada benda-benda lain. So, memang hanya ada satu benjolan pada ketiak; tak ada yang lain. Nurse tanya juga ada jatuh ke hape ke. Huuu. Ingat daku kena dera lettew! Haha. Then bawa result scan jumpa surgeon. Doc check dan cakap benjolan tu dah besar sebiji telur ayam. Terkejut jugak sebab tak rasa pun sebesar itu. Besar ooo telur ayam. Haha. Dan benjolan tersebut ialah nanah yang terkumpul dekat nodes. Lebih kurang la. Tak berapa pandai nak cakap. So, doc cakap ni tibi. Tanjat lagi! Bukan tibi ada batuk ke. HewHewHew. Doc kata tibi ada banyak jenis. Barulah ku tahu kisahnya. Tanya jugak, bukan cancer ke. Doc kata bukan sebab cancer tak simply terus membenjol gitu dan akan sakit. Bukan bila tekan baru rasa sakit. Ha gittew. Lega juga sikit hati ni.

Then doc cakap kena operate untuk buang. Tanjat lagi dan lagi. Katanya operate petang ni atas sebab saya pun belum minum pagi. Kiranya dah puasa lah. Doc cakap operate, dan letak hos untuk drain kan nanah. Takkan tutup sampai dah dapat hasil dari pengujian apa sebenarnya. Saya rasa macam nak pitam. Lagi ngeri dari nak bersalin. Takut wooo. Memang menangis time tu jugak nengok muka ayah Arissa. Ayah Arissa lagi susah hati. Huuuu. Kos paling murah pun 3000. Masa tu dah la baru je amik insurans. Masih dalam tempoh menunggu. Saya cakap nak esok sebab takut. Huhu. Tapi tak pergi pun sebab bincang punya bincang, saya nak cuba alternatif lain. Kebetulan kawan Ayah Arissa cadangkan minum produk Sarimah nih. Sebab dah ada testimoni termasuk Sarimah sendiri sembuh dari kanser dengan izin Allah lepas minum. 

Doc call semula dan tanya kenapa tak datang. Saya cakap saya nak postponed dan tanya mungkin ada cadangan alternatif. Tahu dia jawab apa? Jumpa doc lain. Korang rasa itu selayaknya dipanggil doktor ke? Huuu. Masa saya research pun ada je satu test namanya Mantoux Test untuk kenalpasti kita ada tak penyakit tuh. Cousin Ayah Arissa cakap perit jugak pakai test tuh tapi at least as a doc you shuould suggest. Kan? Tapi better lagi kot rather than operate. Argh ngeri! Huuu. So, saya pun minum SariAgeGard. Alhamdulillah. Habis 3 kotak, benjolan tuh dah tak ada. Syukur sangat. Kalau tidak, mesti dah ada kesan dekat ketiak saya. Huuuu. Kos pun tak lah sampai 1000 at one time. Satu kotak SariAgeGard RM250. Kalau beli dua, dapat RM388. Satu kotak ada 15 sachet, satu hari satu sachet, minum selepas 1 jam makan.

usaha doa tawakal
Air nya sedap. Heee. Perasa epal. Warna hijau muda. Hihihi. Katanya, produk ini dirumuskan dengan bahan aktif yang terdiri daripada pati sel induk Epal Swiss, Greenage Plum dan beberapa ramuan terpilih. Simply saying; produk nih baik pulih sel tubuh badan kita. Oh ye. Just untuk info, produk ni guna Double Stem Cell Technology. Sekarang nih aktif dekat facebook tuh pasal Phytoscience. Kalau saya tak salah lebih kurang sama. SariAgeGard ni dirumus khas bagi mengembalikan penjagaan kesihatan sel serta meningkatkan keupayaan pembaikpulihan keseluruhan sel tubuh. Bagi saya, kesan besar benjolan tersebut dah tak ada. Selain itu, of course body segar, bertenaga dan rasa ringan je. Cucu Sarimah; Dena Bahrin juga minum ini sebagai supplement. Dan mak saya jugak, Alhamdulillah dah tak ada dah mengadu sakit lutut, sakit badan. 

Produk Sarimah Signature Series nih bukan SariAgeGard je. Ada Sari Stem Serum dan Sari Stem Shape. Korang jangan tanya lak kesannya pada iols. Haha. Idak ler teman mampu nak pakai semua ni at one time. Tak makan nasi la daku jawapannya. Haha. Tapi, kalau rasa berminat tu boleh je emel daku untuk order; dayangmtib@gmail.com. Tak aktif pun jual benda nih tapi untuk diri sendiri dan family. Nak share jugak la benda baik dekat kawan-kawan kan. Heeee. Oh ye. Satu lagi kesan kepada saya ialah jerawat hanya datang bila period. Haha. Daku nih jenis berjerawat ketul-ketul tak kira masa. Alhamdulillah sekarang jerawat cam segan-segan sikit nak datang singgah. Kalau nak bagi muka tak perlu pakai mekap tu tak pasti. Sebab muka daku memang sejak azali jenis pucat lesi macam orang sakit. Itu pun tak reti reti nak touch up sikit muka. Haha.

Macam panjang je bebel daku? Huuu. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang pergilah dekat website dia. www.saristemcell.com. Sila la jenguk kalau nak tahu. Hihihi. Ini antara pamplet yang saya dapat masa first beli. 

memang primadona kan? huu.

keratan

Sarimah Signature Series

satunotahati: sangat susah hati bila baca info tentang penyakit nih dulu. huuuuu.
hari hari stress hari hari susah hati.

XOXO,
Mak Arissa. 
Read more>>>
"Ya Allah, peliharalah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina, dan sihatkanlah mereka. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, jadikankah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Amin.

Iklaneka

Popular Posts

Copyright © Kalam D'Yatie Designed by azhafizah.com