Saturday, August 31, 2013

Projek Weekend.. Shhhh~~~~

Assalammualaikum. Hai. 

Hehehe. Projek ayah Arissa. Semangat uols balik kerja tadi, encik suami call bagitahu dah order pasir. Tengah tunggu orang hantar pasir dekat rumah Chemor. Siap whatsapp lagi gambar pasir dan kereta baru. Hahaha. Kereta sorong. KuiKuiKui.

Projek apa tu? Korang agak-agak apa? HewHewHew. Shhhh~~ Bila dah selesai dan berjaya,  nanti iols kongsi-kongsikan. Hahaha. Iols pulak akan temankan Arissa layan Upin Ipin atau layan Nasyid Anak Soleh yang baru beli semalam atau mungkin Barney & Friends. Tapi, stor bila nak buat 5S?? Heh! Malas. Rak dah beli. Kemas nyer idak lagi. Huuu.


Jeng! Jeng! Jeng!
Agak2 nak buat apa dengan laman sekangkang kera ni?
Hehehehe.

satunotahati: tak mewah tapi Alhamdulillah. 

XOXO,
Mak Arissa. 
Read more>>>

Friday, August 30, 2013

Aidilfitri 2013: Hari Raya Ketiga

Assalammualaikum. Hai. 

Jom sambung kisah raya. Hahaha. Hari raya ketiga, kami ke rumah cousin yang duduk 25km jauhnya dari kampung saya. Hoho. Paling lambat pemandu berhemah, 1/2 jam dah sampai. Haha. Lepas tu, kami temankan mak ke rumah kawan-kawan dia. Dan temankan mak usu saya pula ke rumah saudara-mara dia. Gambar memang tak banyak ambil sebab rasa tak menyempat dengan Arissa nak 'buat kerja' kat setiap rumah. Huuuu. Banyak kerja katanya tengok balang bersepah atas meja. Heh! Haha.

Dah cakap tak banyak gambar kan. Meh tengok ekspresi wajah cousins dua orang nih. Yang si kakak ni namanya Puteri. Cicit sulong sebelah mak saya. Hohohoho. 


Mak, ini cousin Ica jugak ke?


Kak, kenapa amik gambar tak senyum?


Senyum la. Baru cantik...


Aloh kakak ni. Muka sama je.


Camner nak buat bagi kakak senyum ni?


Meh wat kelakar sikit.. Ngeeee!!!!


Jadi monster! Rooaarrr!!!! 


Adeh. Semua tak berjaya.


Bosan ah kakak ni. Muka sama je. Tak senyum langsung.

Hahahahahaha.

satunotahati: nampak tak bertapa kering kontang nya idea?
hahahahahahahahaha.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Thursday, August 29, 2013

NAB : COXSACKIE????!!

Assalammualaikum. Hai.

Jumaat lepas Ibu Arissa call tapi tak sempat jawab. Then Ibu mesej bagitau yang Arissa nangis dari pagi sampai tengahari. Ibu dah susah hati sebab Arissa tak pernah macam tu sejak dari dia jaga. Arissa Ibu jaga sejak umur 2 bulan. Jadi, masing-masing gelabah. Kata ibunya dekat kaki macam ada benda gigit. Macam kesan gigit nyamuk tuh la. Al kisahnya awal pagi tu jugak encik suami ada bagitau yang Arissa meragam. Kebetulan encik suami cerry berry dan muntah-muntah. Heh. Kalau ibu gelabah, mak yang melahirkan super duper gelanah. Masa tu dalam pukul 12 tengahari. Terus jumpa bos nak minta excuse balik awal. Bayangkan, saya nak cakap dengan bos reason balik awal pun saya dah menggigil nak nangis. Baru ku tahu lembik nya daku. Isk. Isk. Isk.

Naik bas jam 1 petang. Sampai hampir pukul 4 petang. Encik suami jemput dengan Arissa sekali. Sedih tengok muka sembab tak bermaya. Mata pun layu dan agak bengkak. Ngantuk dan kerap menangis agak nya. Arissa duduk atas pangku dan terus elok melentokkan kepala kat badan ni ha. Suruh peluk dia peluk. Tapi, agak tak bermaya. Kami terus direct bawa Arissa ke KPJ Ipoh Specialist. Entah kenapa hati kami kuat nak terus bawa jumpa paed. Mungkin gelabah sebab Arissa tak pernah meragam macam tu kot.

Sampai, kami terus register. Request Dr Jasmine yang suntik Pneumococcal Vaccine kat Arissa tapi kebetulan dia on leave. So kami pilih Dr. Adeline Tan. Nasib baik tak pilih Dr. David. Kot apa-apa hal, kesian kat auntie GE Arissa. Tehehehe. First, check suhu dan timbang berat. Arissa demam. Suhu 38+. Nurse terus bagi Paracetamol 3ml. Semua kagum Arissa selamba sedut ubat macam makan gula-gula kata nya. Hahaha. Tapi dah beberapa hari ni kerja makan ubat je, dia pun agak menolak. Jemu gamak nya. Huuuuuuuu.

Masuk jumpa doc, tunjuk bintik dekat kaki, lutut, tangan dan doc check mulut sekali. Doc terus cakap virus Coxsackie. Deng!!! Rasa macam senyap sunyi sekeliling daku. Huuuuu. Sakit yang memang mak selalu ingatkan saya. Akhirnya menyerang cucu nya juga. Tak perlu rasanya nak explain banyak tentang sakit nih sebab daku tahu semua mak sedia maklum tentang nih. Lepas doc bagi advice itu ini - kami ambil ubat dan balik. Otak ligat berputar memikirkan hari-hari sebelum. Tanya ibu, tak ada siapa yang di bawah jagaan ibu yang kena. Kami pulak rasa tak terjumpa mana-mana baby yang ada kena. Eh Wallahualam.

Fikir banyak-banyak nak cari punca pun tak berguna. Yer dak? Bukan boleh pulihkan keadaan. So, kesimpulannya Allah menguji Arissa dan secara tidak langsung menguji kesabaran kami suami isteri. Ada lah tu angin yang membawa virus yang digeruni para mak kepada Arissa. Mak mentua memang sentiass bagi pandangan yang positif; ada akai ni, pandai apa la pasni, Allah bagi sebab je nak putuskan Arissa dengan puting - ini caranya. Sedap hati ni. Apa pun kami redha. Walaupun orang kata 'ala benda gini pun nak kecoh' dan saya kata 'yes I am sebab benda ni pernah bawa maut'. Ujian Allah. Rezeki Arissa. Kita bersangka baik dengan Allah. InsyaAllah semuanya mudah.

Arissa memang sangat cranky. Dia jarang tak sihat so memang bila tak sihat dia meragam. Tambahan pula benda alah tu timbul dekat tapak kaki. So uols pun boleh imagine kalau gatal dekat tapak kaki. Memang tapak kaki dia nak kena belai sentiasa. Nak garu setempat memang takkan berhasil. Kena garu lembut rata-rata. Kalau Arissa tak cukup tidur, mak nyer lagi tak cukup tidur. Nak garu tapak kaki anak oi. Tersengguk-sengguk pun garu jugak. Saya bawa Arissa balik rumah sendiri. Sebab senang nak buat apa. Bebas. Bukan kata rumah mentua tak bebas. Tapi kalau rumah sendiri lain. Malam Sabtu dapat tidur berapa jam je. Malam Ahad n Isnin ok sikit. Nasib baik tak jatub katil anaknya. Mak bangun-bangun tengok Arissa kat hujung kaki. Heh!

Malam Selasa, dugaan. Dugaan dengan nak pisahkan puting dari dia. Pagi Isnin tuh menangis emak nyer ni ha tengok anak nyer nak menyusu - haus tapi bila dah 2 3 kali teguk dah menangis. Maknanya sakit sangat lah dekat tekak dia. Tapak kaki tapak tangan dah tak mengganggu dia. Bawa pergi rawatan susulan, doc kata ada beberapa ulcer lagi dalam tekak. Puting yang Arissa pakai menyukarkan penyembuhan. Boleh bayang tak? Hisap puting, air liur rotate je dalam mulut. Dan ulcer dekat lelangit tak boleh baik sebab kena sental dengan puting bersifat plastik. Faham? Tak faham tanya. Hahaha.

Lebih kurang pukul 3 pagi, saya mandikan Arissa bila dia nangis aje sambil tunjuk dekat mana-mana yang dia rasa puting dia berada sambil kata 'nak ni nak ni'. Syahdu oi emak nyer ni. Mengalir air mata sekali. Isk. Isk. Isk. Dah la malam tu daku cuba kentalkan hati biar dia nangis sampai pukul 1030 malam tak bagi puting. Last daku menyerah kalah bagi puting dengan air mata - tak sampai seminit dia tidur. Uols bayangkan bertapa dia memerlukan candu nya. Huuuuu. Dah selesai mandi, sambil sapukan ubat Arissa layan raja lawak. Tak nak baring. Duduk tersengguk2. Last saya baringkan slow-slow, sapu ubat dan kami 2 beranak tido dekat ruang tamu sampai pagi.

Malam Rabu, kentalkan hati tak bagi langsung puting. Dia menangis buat tak layan tapi nak saya riba. Dia tak akan baring selagi saya tak bangun, ambil dan riba dia. Dah penat dia menangis sampai teresak-esak, dia maintain duduk tapi kepala tersengguk. Hati mak mana nak kental? Bangunlah mak ni angkat riba dan bagi lena. Baru baring balik sambung tidur. Huuu. Demi mu wahai anak. Mak tahu bukan Arissa nak sangat pun macam ni. dah Arissa tak sihat. Mak nak marah pun tak ada faedah. Mak tergelak lagi ada dengan gelagat kamu. Macam-macam.

Sepanjang beberapa hari ni, kami sekeluarga layan Upin Ipin sampai dah boleh hafal. Nasib baik internet mak capacity 10gb sayang oi. Kalau tak, menangis la mak dengan kamu lagi. Hahaha. Atas sebab dia tak boleh keluar pergi mana-mana waima nak berjalan sekitar taman naik moto sekalipun, kami beli car yang gerak pakai kaki tu. Tah apa nama tah. Hari tu dekat rumah abang Amsyar Arissa ada main. Then atas sebab Arissa sangat minat dengan Upin Ipin yang boleh buat dia lupa seketika tentang kesihatannya, kami beli dvd player dengan semua cd Upin Ipin tak tinggal satu episod pun. Haaaa. Demi mu juga anak. Kelakar nya, Arissa kalau tengok Upin Ipin atau apa2 yang menarik minat dia, kalau saya baring dia nangis suruh saya duduk sekali. Kalau time kami meniarap tapi saya tertidur, dia nangis jugak kejutkan saya nak suruh tengok sama-sama. Heh! Dia tak minum pakai botol susu. Tahu air apa yang dia nak minum? Air milo mamak dan air milo kotak. Air milo buatan mak ayah bo layan. Kemain terkejut mak ayah tengok sedut air milo sekali sampai habis. Ha... Demand kau nak. Tak apa demi mu wahai anak. Penuh air milo kotak dalam peti sejuk. Hahaha.

Semalam check up susulan lagi. Alhamdulillah. Dah beransur pulih. Cuma nak tunggu kering. Sebab Arissa nya benda alah tu jenis besau besau. Geram nak pecahkan air tu. Hahaha. Tapi belum lagi masanya nak hantar rumah ibu. So masa ni memang bersyukur sangat kami suami isteri sama-sama masih ada lagi lebih kurang 2 minggi cuti. Syukur. Kalau tak, memang runsing. Beberapa hari ni juga, housekeeping memang totally encik suami. Sebab Arissa memang tak boleh berjauh dengan daku. Ibarat macam iklan Digi. I follow you. Hahaha. Masa macam ni memang suami isteri kena tolerate. Sabar dan sama kuat. Kalau tak kuat, tak tolerate, tak sabar - boleh gaduh besar. Alhamdulillah. Masing-masing tahu. Tak ada isu nak terasa hati ke tak adil ke tak aci ke. Kaan? Terima Ayah Arissa!  :))

Ye ye entri ini memang sangat panjang. Kalau ada siapa yang baca satu-satu sampai habis. Saya ucapkan terima kasih tak terhingga. Heeeeeeee. Meh nak cerita tentang gambar lak. Hahaha.


The spots! Saya tak tahu nama benda alah ni hape. Ini gambar hari Sabtu kot. Benda ni jadi mengembang berair. Ala. Tak reti nak kata apa. Melepuh kot. Besar besar gak la. Tang tapak kaki banyak. Tu yang gatal.


Ubat-ubat Arissa dari kiri atas, ubat sapu untuk ulcer di sekitar bibir dalam atau luar. Kemudian yang bawah antibiotik. Tengah, ubat sapu antibiotik pada sekitar affected area. Kanan atas, spray dalam mulut untuk ulcer yang  kerongkong dan akhir sekali ubat titik untuk ulcer dalam mulut keseluruhannya. 


Consultant Paediatricians
KPJ Ipoh Specialist


Malam semalam. She's back to her normal activities!  Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Yang tak terhingga.


Siang semalam, kemain makan ice cream. Tak pernah oi nak makan ice cream macam ni. Doc dah pesan bagi ice cream vanilla 24 jam pun tak apa. Tapi nan hado la daku bagi 24 jam. Kang nak sembuhkan anak dapat benda lain lak. Tapi kasi chance la anak nak makan kali ni. Hehe. Dah kata demi mu wahai anak.

Nasihat doc, bagi anak mandi 5 kali sehari. Makan ubat dengan betul. Pastikan anak tak ter hydrate. Pantau anak sentiasa. Bagi makan ice cream. Makan yogurt. Minum yakult. Jangan bawa pergi mana-mana especially kawasan terbuka. Simple je. Sebab benda nih memang melibatkan hygiene jugak. Malas nak ulas panjang pasal punca semua ni. Tak tahu. Benda tak nampak. Kalau tahu boleh je kata. Kan?

Benda ni memang mengejutkan sebab it was suddenly happened on Thursday night. Tetiba ada benda alah pada tapak kaki. Huuu. Next Tuesday, buat susulan lagi sekali. Harap masa tu memang dah sepenuhnya sihat tak perlu nak buat susulan lagi. Doakan Arissa ye mommies. Dah pukul 2.21 pagi. Sat g nak bangun nak balik KL untuk buat ibadah yang satu. Turn ayah 2 hari ni. Minggu depan mak lak yer Arissa. Mak sentiasa mendoakan kamu sayang. 

Minggu ni banyak jemputan. Kenduri tahlil. Kenduri kahwin. Open house. Tapi semua kena cakap minta maaf dekat tuan rumah. Nak Arissa pulih sepenuhnya baru boleh bawa pergi ke majlis-majlis yang dah tentu ada ramai anak-anak kecil. Kesian ok! Seriously kesian dekat anak-anak yang kena benda nih. Sebelum daku tengok anak orang kena, kesian. Bila Arissa kena lagi kesian. Memang tak rasa apa anak-anak rasa. Tapi kalau dah sampai tahap makan minum tak berapa nak selera memang susah hati la. Allhamdulillah Arissa dah makan macam biasa. Makan banyak perut muncit tapi badan keding! Hewhewhew. 

satunotahati: seorang mak sanggup menjaga 10 anak-anak tapi nanti adakah 10 anak itu dapat menjaga sorang mak nya.
semoga anak kita semua tidak akan pernah tinggalkan kita hingga akhir hayat.
InsyaAllah. 

XOXO,
Mak Arissa. 


Read more>>>

Wednesday, August 28, 2013

NAB: Check Up 1 tahun 6 bulan

Assalammualaikum. Hai.

Ini kisah 2 minggu lepas. Khamis. Cuti raya lagi. Konon nak habiskan kisah raya dulu tapi laptop tak bawak balik minggu ni. Entri hari Isnin; auto scheduled. Ok. Dah lama tak cerita tentang check up Arissa nih. Perkembangan pun tak ada. Tak reti nak kutip satu-satu. HewHewHew. 

Check up terakhir katanya. Check up akan datang umur 2 tahun. So maknanya, cucuk yang terakhir jugak. Oh ye! Cucuk Pneumococcal Vaccine yang terakhir tak buat lagi. Tempoh hari bertembung dengan cucuk kat KKIA. Then lepas gaji, Allah uji Arissa pulak dengan benda lain (akan cerita kemudian ye - daku malas nak upload gambo bagai nih). Huuuu. Tengok bila Arissa dah sembuh sepenuhnya baru bawa Dr. Jasmine.

Arissa berat badan tak sesuai dengan ketinggian. Nurse kata dia tinggi. So dalam carta tu, Arissa dah menghampiri garis kuning tapi tak lagi touch. Exact tinggi dan berat saya tak ingat. Buku pink Arissa ada dekat rumah Mak Tok. Nurse suruh Arissa diberi makan 2 jam sekali. Dulu masa ngandung mak nyer yg disuruh makan 6 kali sehari. Hihi. 

Tanya nurse nak bagi supplements macam gain weight ke, appeton ke, mealshake ke n etc yang buat tambah selera tu boleh ke. Nurse cakap better dah lepas umur 2 tahun nanti nak bagi supplements tingkatkan selera. Kalai bagi Scotts ke or Champ ke ok sebab benda tu untuk daya tahan badan. Dan oleh kerana itu Arissa kena makan 2 jam sekali. HukHukHuk! Tapi Arissa jeni selera makan. Bukan tak selera. Memang jenis slim melim kot. Iols dulu pun cekeding. Itu DULUUUUUU. Huuuuu.

Then, nurse interview hal budak-budak autisme. Alhamdulillah. Arissa dilindungi Allah. Antara ciri-ciri anak autisme; bila dengar bunyi dia tak ambil tahu langsung, suka melakukan aksi pelik seperti meletakkan jari telunjuk depan mata, bila bermain tak pedulikan kita, bila jumpa kawan jugak tak kisah dengan kita ada lagi ke tidak dan etc. Semoga anak-anak kita sihat sejahtera normal semuanya. Dan baru saya tahu rupanya ada sekolah khas untuk anak-anak autisme. 

Bila time cucuk. Isk. Isk. Isk. Sorry to say nurse tu tak ada skill mencucuk. Huuu. Kasar dan lambat. Arissa pulak belum apa-apa lagi dah cakap 'tit'. Haha. Bila dah kena cucuk lagi la dia beria nangis sambil cakap 'tatit tatit'. Tak boleh sentuh hokey tangan kanan tuh baik di jari sekalipun. Tatit kata nya. Hahaha. Manja bebeno!

Arissa kalau orang tanya dah pandai apa; tak reti jugak nak kata pandai apa. Tapi Alhamdulillah kiranya sekarang boleh kata Arissa boleh diharap. Hahahaha. Boleh la kalau suruh dia ambil baju n diaper sendiri. Kiranya cakap ambil baju ambil pampers ambil towel ambil tisu ambil kain ambil sudu ambil telefon ambil remote - tak perlu tunjuk dia tahu mana satu. Kalau telefon ayah nya bunyi bara bara bere bere dia ambil dan berlari-lari bagi kat ayah. HewHewHew. 

satunotahati: sepertimana anak-anak lain, Arissa juga membesar mengikut usia Alhamdulillah.
semoga Allah melindungi anak-anak kita semua. Aamiin. InsyaAllah.
Read more>>>

Monday, August 26, 2013

Aidilfitri 2013: Hari Raya Kedua

Assalammualaikum. Hai.

Pagi-pagi tapi tak pagi sangat lah. Dah panas gak. Kami pergi ziarah adik, Awang Firdaus. Nur Arissa Batriesya of course pergi jugak. Saya kena kuat masa nak jumpa adik. Saya dah janji tak nak ngalirkan air mata kalau pergi jumpa dia.



Kak NAB kata ateh Arissa. 
Mak Arissa kata.
Macam mak jemah kau nak.
Hahaha.


Al Fatihah buat Awang Firdaus Awang Bakar.
Selamat berbahagia adik ku sayang.
Tunggu kami di sana.
InsyaAllah.
:')

************************************************************


Dah petang, kami pergi rumah sahabat baik saya - Amiruniza. Ganti baju dah. Orang tua kata tak baik pakaikan budak baju dah balik dari kubur. Balik rumah terus mandi. Oh ye, Alhamdulillah masa jumpa adik - Arissa behave. Cuma dia duduk berteleku kat simen tuh. :)


Haaa.. Arissa nih kan suka budak. Memang tak jadi masalah bawa jumpa budak. Cuma keje nya nak peluk nak cium. Heh! Rimas lah budak tuh kan. Hohoho. Kawan Arissa nih namanya Muwaddah Ameena. Sedapkan? Hehe.


Ini kami. Kawan dari kecik. InsyaAllah sehingga akhir hayat. Dan semoga juga anak-anak kami akan mewarisi persahabatan mak mereka sehingga akhir hayat jugak. InsyaAllah.

Malam raya kedua tak ada gambar. Huuuu. Jalan dengan mak bapak dan adik-adik. Tak sempat nak ambil gambar. Tak sempat nak pergi banyak rumah sebab dua orang kawan saya dah call bagitau ada depan rumah. Hahaha. Balik la jawab nya. HewHewHew. Lepak-lepak sampai 11.30 malam dan Arissa tak langsung berenggang dengan saya. Punya tahan biji mata anak dara tuh. Haih. 

Peliknya tahun ni rasa macam lupa nak ambil gambar dengan 3 orang sahabat saya tuh. Kali ni kitorang lepak-lepak pun dalam 2 jam gitu. Masing-masing dah ada komitmen uols. Yang seorang, tengah menghitung hari masa tu. Ni dah bersalin dah. Baby girl. Marissa kata nyer. Heeee.

satunotahati: raya jumpa macam-macam ragam.
ragam itu yang buat hidup tidak bosan.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Friday, August 23, 2013

Aidilfitri 2013: Bunga Api

Assalammualaikum. Hai.

Malam raya pertama, kami pergi rumah Umi Arissa - Sulia dan mak sedara Sulia. Selang sebuah rumah je pun. Beria naik kereta sebab bajet konon nak pergi 2 3 buah rumah. Arissa pun dah macam tak senang duduk aka nak tidur, kami terus balik. Pergi sekali dengan mak dan adik-adik. Bapak jumpa kawan baik dia. Hohoho. Cuaca tak berapa baik hari raya pertama. Nak berkunjung pun tak boleh. Orang nak berkunjung pun kurang. Sebelum kami jalan raya, ajak Arissa main bunga api. Pes time oi! Itu pun bising ayah nyer dek asap bunga api beracun kata nya. >_<


Kemain menyengih budak diberi kebebasan main dekat luar malam-malam. Haha. Serius! Happy tengok dia happy bergerak bebas ramai-ramai dengan Nek Aki dan Mak Mak Sedara dia.


Tunjuk hape tah tapi mesti something yang buat dia eksaited. Hohoho.


Berani hokey pegang. Siap goyang-goyang tangan sesuka hati buat mak kalut. Dia bukan tahu benda tuh bahaya. Tengok la tangan mak nyer dok pegang tangan dia. Eksaited kemain dia. Hehe.


Tak lama pun main sebab Nek Usu Arissa datang rumah dengan Nek Atok sebelah bapak. Bila di ajak masuk rumah kemain dia tak nak. Ha. Gitu la daku di rumah. Dengan track suit dan t-shirt nya. Hoho. Tapi itu plus dengan cardigan sebab kalau pakai t shirt je, gambar tak boleh upload. Huuuu.

Sepanjang beberapa hari kat sana, sekali itu je Arissa pegang sendiri. Iols tak confident nak bagi dia main sendiri plus sekarang kan macam-macam. Takut. >_<. Orang yang melayan dia main bunga api (dok pusing-pusing bunga api) ialah Mak Udak - si Bongsu ganti. HewHewHew.

satunotahati: tak sabar rasanya untuk bertemu dengan Ramadhan tahun akan datang.
semoga dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik buat kita semua.
buat mama naila dan saila, takziah dan yakinlah akan perancanganNya.

XOXO,
Mak Arissa.

Read more>>>

Thursday, August 22, 2013

Aidilfitri 2013: Raya Pertama

Assalammualaikum. Hai.

Orang lain dah habis cerita raya, Mak Arissa baru nak mula hari pertama. HewHewHew. Masa kitorang sampai hari tu bukan terus balik rumah. Tapi pergi menyopping lagi. Mula nak cari kasut untuk mak pergi majlis APC dia - tak jumpa. Yang mak berkenan tak ada saiz pulak. Isk. Isk. Isk. Then kitorang ke Giant. Beli entah hape entah. Saya memang semangat bawak mak shopping sebab rasa seronok shopping untuk mak. Syukur dipermudah dan diizin Allah. Dah pukul 3 petang kot baru nak gerak balik dari Kuching. Bapak call cakap tak sempat nak masak untuk berbuka sebab tak habis lagi cat rumah. So beli sajo ayam kepci 15 ketol dan sampai rumah goreng sayur. Burrrrpppp! 

Tahun-tahun yang akan datang tak nak balik sehari sebelum. Stress nak prepare segala benda nak masak rendang kari kuah kacang semua. Sampai tak larat hokey. Bayangkan daku tidur pun tak cukup malam sebelumnya. Huuu. Selalu mak dah siap semua rendang kari segala juadah raya before berbuka hari terakhir tau. Memang rumah kitorang akan beraya dulu. Tapi, sebab dah lewat. Redha jer la. At least leh berbuka ramai-ramai ngan diorang. Hehe. Alhamdulillah. Semoga diberi kesempatan pada tahun-tahun akan datang. By the way, 2 perenggan nih tak mula lagi tau cerita raya pertama. Hahaha. Kalau update guna handphone, confirm daku buat short entry dengan tepek gambo jek. Hehe.

Pagi-pagi bertungkus-lumus buat kuah kacang. Dek kerana kalut, daku terlupa letak apa entah. Rasa something is not right with this kuah. Haha. Arissa lambat bangun. Semua pergi sembahyang sunat Aidilfitri kecuali Arissa, mak Arissa, nek wan Arissa dan mak ngah Arissa. Bila diorang dah sampai, makan-makan sikit dan bersiap sedia nak mohon ampun maaf peluk cium sedu sedan bagai. Isk. Isk. Isk. Part mintak hampun nanti daku cerita lain entri tau. Hahaha. Banyak plot nih. Saya dulu memang pernah berhajat nak jadi penulis novel. Tapi bila masuk kelas sains, otak terus jadi kaku straight to the point. Cakap pun main lepas jek. Eh?? Ada kaitan ke? Haha.

*layan gambar daku malas nak cantum*




 Saya syukur sebab Arissa bukan jenis kisah sangat ada benda dekat kepala. Macam masa dia kecik dulu, dia tak peduli dengan topi bunga kembang sekuntum. Dan tudung ini sebenarnya adalah atas permintaan dia. Masa tuh saya teman colleague asal dari Sabah untuk cari tudung. Boleh pulak dia menangis nak jugak. Ambil la sepasang tudung tuh. Nasib baik match jugak dengan peplum. HewHewHew.

Lepas bersalaman dengan keluarga kecik, kami pergi rumah nenek sebelah mak. Sebelah rumah je pun. Wahahaha. Tak semua yang berkumpul. Tapi Arissa jumpa dengan cousin dia yang lebih kurang 2 minggu tua dari Arissa. Azizi namanya. Sombong kemain tak nak dengan orang. Gedebab! Eeee. Memang buat gomol-gomol. Lagi dia sombong lagi la suka gomol sampai nangis. HakHakHak.




Kronologi gambar ni? Akhir sekali Arissa kecewa sebab dia seorang yang eksaited nak ambil gambar. Hahaha. Kemain ko nak. Arissa nih peramah. So bila jumpa dak sombong - kazen lak tuh memang dia jadi tak tau nak buat apa. Tak ada pun dia nak main-main ngan si Azizi tu. Hahaha.


Azizi. Nenek sebelah mak ada 5 orang cicit je. Buat masa ini Arissa yang bongsu. Azizi nih pulak cicit lelaki tunggal. Ada darah cina nih tau. Kalau tak silap nenek sebelah bapak dia cina.




Ini sebahagian je dari family sebelah mak Korang tengok lah cousin-cousin saya tu, kecik-kecik semuanya. Haha. Jadi geng anak sedara la main kejar-kejar kat luar rumah. Haha.



Masa nih hujan. Dah tak tau buat apa. Kalau gambar tak semengah tuh maknanya hasil dari tangan kayu saya. Hahahaha. Ha... Nak cerita pasal peplum nih. HewHewHew. Ini peplum tempah. Kos baju nih saya tak tahu berapa sebab total bayar upah baju 5 pasang hari tu dalam RM220. Peplum nih tukang jahit favourite saya yang buat sejak dari tahun 2009 lagi kat Ipoh nun ha. Hehe. Orang nya adalah India. India hokey. Kebiasaannya Cina kan? Tapi yes, dia India. Pekerja-pekerja pun semua India. Dan saya sangat puas hati dengan hasil kerja tangan dia. Cakap je nak fashion baju apa. Kalau dia tak boleh nak bayang, dia suruh kita print gambar. Baju peplum nih dia memang tahu. Baju Saloma kata nya. Cuma kita add on nak letak apa. Haaa gitu! Cuma baju ayah Arissa je hantar dekat tukang jahit Cina. Tip Top jugak.




Dah hujan plan nak pergi rumah nenek sebelah bapak terpaksa cancel. Tiba-tiba kawan Whatsapp bagitau nak datang. Teruja iols dalam terkejut raya pertama diorang dah nak datang. Thank you so much Cynthia & Daphanie. Hari tu upload gambar ni, Mama Fayel ngan Mami Asyraf tanya adik beradik ke? HewHewHew. Kawan-kawan kita ni lawa hot dan cun uols. Ada ke rupa macam iols ni ha. Hahaha. Tengok la Arissa yang tak reti diam tuh. Bila dah lepas, elok pulak dia sengih kemain tengok kamera. Heh! Kaki tu nak oi. Sopan sikit! Awak tu pompuan. Huuuuu.

Kat bawah nih gambar dari IG untuk ucap selamat hari raya secara berperingkat.
Haha.
Sengal! 


Pagi; gambar anak dengan ayah wish kat family nun di Ipoh.
HewHewHew.


Petang; ucapan selamat hari raya suami isteri.
HewHewHew.
Entah kenapa encik suami nak jugak amik gambar tengok muka orang.
Malu kot dia tenung beria.
Itu yang jadi sengih kemain manja.
HakHakHak.
Manja lah sangat!
=P


Last; ucapan raya dari ayah, arissa dan mak.

Alhamdulillah. Syukur kerana Allah permudahkan segala urusan kami. Allah memperkenankan doa kami. Semoga panjang umur, sihat sejahtera, berjumpa lagi Aidilfitri tahun depan memeriahkan kampung halaman. Terima kasih Ya Allah. Ketika mengecapi kebahagiaan begini aku sedar, ujian yang Engkau berikan pada kami itu hanya sedikit sahaja berbanding dengan nikmat kurniaMu. Alhamdulillah.

satunotahati: selamat hari raya semua.
maaf zahir dan batin.

XOXO, 
Mak Arissa.
Read more>>>

Wednesday, August 21, 2013

Wordless Wednesday : Sehari Sebelum Raya.

Assalammualaikum. Hai.

Dah nama pun Wordless Wednesday.
Daku tepek la wajah pramugari Air Asia nih.
HewHewHew.

Sebab nak cuti lama lepas tuh. 
Seminggu direct.

*********************************************

Ha..Ini kami dah Check In.
Flight 8.30 am.
Tak tahu lah sekarang memang dah tukar.
Atau saya yang tak perasan selama nih.
Kena 40 minit sebelum.
Rasa dulu 30 minit saja.
Eh entah. Urat banyak putus.
Lupa! 
=_='


Nur Arissa Batriesya
*belum mandi*













*dah mandi burung*
hahahaha





Boleh tahan nak larang dia panjat sana sini.
Dia berlari kurang.
Panjat no 1.
Huuuu.

Nak cerita pasal LCCT.
Since dah ada anak ni kan.
Frust dengan bilik menyusu dan nappy room.
Bilik menyusu tak selesa langsung - panas.
Daku masuk kejap je sebab nak cuci botol.
Nappy room nan hado.
Depa wat benda pasang siap kat tepi dinding.
Daku takut hoi imagine benda tu tiba-tiba terpatah terjatuh ke.
Na'uzubillahhiminzalik.
Tempat mandi memang lagi la tak ada.
Sebab tu Arissa mandi burung.
=_='

Nak mandikan dekat surau pulak time tu awal sangat.
Air sejuk gile kot.
Dah la dia dok dalam bas 3 4 jam aircond.
Sampai sebelum Subuh dalam food court pun aircond.
Orang susah macam kami tak tahan pakai aircond.
Beku rasanya!
Daku pakai kipas pun tak tahan sejuk.
T___T

Eh. Suka melalut kan?
Ermm. Sambung balik pasal LCCT tuh.
Tak perlu kot buat banyak nappy room.
Buat satu tapi boleh muat 10 baby pun okay.
Sebab tu saya puji gila AEON yang baru-baru nih.
Service nappy room memang tip top ngetop.
Arissa pun suka duduk dalam tuh.
Heh! Even Mydin nyer bilik menyusu n nappy room pun selesa tau.
Luas!!!
LCCT tak kan la tak boleh kot.
Gila masyuk tuh!
Eh? Kat mana tah nak wat cadangan?
Malas nak buka web AA tenet slow.
Huuuu.

Kata nak wordless kan.
Berayat-ayat jugak daku.
Kekdah nyer kalau dah update guna laptop.
Hahahaha.
Sebut pasal laptop.
Laptop iols dah nazak uols.
Eh boleh pakai lagi.
Tapi dah berlobang sana sini.
USB yang 100% sihat pun cuma satu jek.
Dari hari tu nak beli. 
Tapi fikir nak raya.
HewHewHew.
(agak-agak kalau beli peti ais sekali dengan laptop dapat rege kurang tak kat kedai?)
HAHAHAHA.
Bajet masa pasar beli sayur 3 ikat dari 9 hinggit leh jadi 5 hinggit.
KuiKuiKui.

Dah. Dah. Dah.
Nak tido.
Dah pukul 3 nih.
'schedule entry'

satunotahati: insyaAllah 7hb balik Sarawak lagi - ada survey.
ketepikan laptop dulu sebab dah janji kat mak Galaxy Grand Duos.
mak iols pengguna 2 sim card uols mengalahkan anak nya nih ha, haha.
Arissa pun akan follow tapi masa kerja dia dok kampung la ngan nek wan nek ki.
ayah Arissa dah mula susah hati dan tak ada motif sangat kalau ambil cuti seminggu.
sabar ye sayang ~ ala.. seminggu je pun.. isteri awak ni tiap-tiap minggu berjauh tau.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>
"Ya Allah, peliharalah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina, dan sihatkanlah mereka. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, jadikankah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Amin.

Iklaneka

Popular Posts

Copyright © Kalam D'Yatie Designed by azhafizah.com