Saturday, July 27, 2013

Persiapan Aidilfitri

Assalammualaikum. Hai. 

Ehem! Bahang raya dah semakin terasa. Sekejap rasanya masa berlalu kan? Lepas seminggu kerja minggu depan and then dua hari kerja, 7hb dah terbang balik Sarawak. Weewuuu! Seriously rasa macam tak sabarnya nak balik jumpa family!!! Dan of course, family kat sana tak sabar nak jumpa cucu yang seorang. Selama nih dok tengok dekat facebook aje. Sebab tu Mak Arissa tak peduli orang nak muntah ke hape nengok muka Arissa sentiasa dekat news feed. Motif upload untuk tatapan family and friends yang jauh di mata dekat di hati. Ha gittew.

So, apa preparation iols nak raya nih? Hehe. Iols tau uols ramai yang dah prepare kaw kaw.Ramai yang homemade dan DIY. Iols sampai ke sudah main tunjuk aje. Hahaha. Bukan hape, tak sempat hoi nak menyibukkan diri buat popia nestum ke cornflakes madu ke. Nan hado. Plus beraya kat Sarawak dulu kan. So, takder feel nak buat apa-apa kat sini. Boleh gitu? Haha. Kek lapis pun mak iols yang tempah kat sana. Tak ada dah masing-masing gigih membaking atau mengukus. Dalam adik beradik pulak, iols je yang rajin sikit bab kek. Huuuuu.

Dalam tak beraya dekat sini, iols spend biskut untuk mentua n makan-makan rumah aje dalam 3++ uols. Tunjuk. Tunjuk. Bila kira total, ha amik kau. Hohoho. Nyembang dengan mak, kek lapis yang ditempah 6 ke 5 tah pun 3++. Ha.. $_$ mata mak Arissa. Haha. Takper. Takper. Setahun sekali nak belanja family sini dan sana gini kan. Kat Sarawak belum lagi nak spend untuk jeruk buah-buah nanti dan air bikarbonat. Encik Suami dah cakap nak F&N sajo. Hover! Mak pak iols - I Follow. Sayang menantu. Kah3.

Pakaian? Ha.. Tang ini yang paling semangat memang anakanda seorang. Hihihi. Mak ayah nyer kemain dari baju raya sampai ke baju tidur, semua nak baru. Hover mak ayah kau nak. Yerlah. Anak baru seorang kata orang. Hahaha. Baju kurung Arissa ada 3 pasang. Dress + tshirt + blouse = > 10 pasang. Huuuu. Beraya sakan lah awak nak ye. Seminggu kat Sarawak. Ok lah tu kan. Jalan puas-puas ye nak. Taun depan baru boleh balik lagi. Ha.. ginilah kita duduk over the sea. Redha je la uer nak ye.

Pakaian mak ayah? Biasalah. Sehelai sudah masing-masing. Hihihi. Encik suami memang sah sah la sehelai je kan baju melayu untuk hari raya pertama. Hari lain, pakai tshirt sajo la kan. Mak Arissa pun satu je baju raya nya. Tapi hari tu ada juga hantar 3 lagi kain ekstra yang ada dari tahun 2009 tak buat-buat. Kah3. So, aci lah kot na kita kata baju raya jugak. Haha. Baju pergi dinner malam tuh pun  ada lagi. Baru pakai sekali. Boleh la nak buat raya jugak. Kaaannn? Tak elok bazir2 nih. HewHewHew. 

Syukur Alhamdulillah.  Tahun nih dipermudahkan oleh Allah. Dimurahkan rezeki dapat hulur lebih sikit dari tahun-tahun sebelumnya. Syukur Allah perkenan segala impian dan harapan serta cita-cita dari kecik - biar raya nanti anak2 yang sediakan untuk mak ayah. Setelah depa sediakan untuk kita sejak berpuluh tahun dahulu. Tak sabar nak adik-adik semua dah bekerja supaya sama-sama kami berkhidmat untuk mak pak. Adik iols udah ler rajin main order sajo. Haha. Latest order dari yang no 3, "long, belikan aku hp yang half touchscreen. Pakai duit ko dulu. Hehehe." Heh! Macam kak long dia cop duit kan. Huuu.

Rumah weols gini ajo. Tak ada nak upgrade apa pun sempena raya. Dengan alasan, tak raya kat sini pun. Hoho. Segala benda yang di plan nak di buat semua akan bermula lepas raya. Tahun nih pun tak tahu ada nak buat makan-makan tak atau at least jemput orang datang rumah. Haha. Kejam tak bunyi? Hihi. Family encik suami kan kecik je. Dalam sehari dah boleh settle pergi semua rumah depa. So, what to expect they ols akan pergi semula Ipoh untuk datang rumah iols kan. Unless iols wat open house. Haha. Kawan-kawan iols pun tak ramai kat sini. Boleh kira pakai jari. Ngeeee.

So ini je lah persiapan raya Mak Ayah Arissa. Kot tahun depan beraya sinindulu ke. Yeke? Haha. Rasanya tahun depan dan tahun-tahun akan datang, raya pertama je lah kot akan di Ipoh. Raya kedua dah fly. Rasanya. Hihihi. Ehem! Selalu usik enci suami, "ca.. sedih la ayah tahun ni ca raya pertama first ayah tak dengan maknayah dia.. padan muka ayah kan ca... hahaha." Saja suka nak ngusik dia walaupun sebenarnya tetap kesian kat dia. Kita dah merasa kan tak sambut raya pertama dengan mak pak sendiri. Kali ni Allah baginchance kat dia untuk rasa jugak. Kalau orang lain setakat 2 hari. Dia kali ni terus 7 hari. Hihi.

Sebenarnya nak buat short entry je. Tapi non stop pulak jari jemari nih. Hihi. Nak terus prepare sahur. Encik suami request sardine je malam ni. Tadi belum pukul 10 iols dah tidur. Ngantuk! Huuu. Bangun-bangun encik suami dah pack baju-baju cousins dan ennek2 untuk di pos esok. Semoga baju-baju tuh sampai sebelum raya. Aamiin.

satunotahati: syukur sebab encik suami tak pernah menghalang tindakan cik isteri.
bersyukur ke hadratNya kerana dipinjamkan dia yang memahami.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Thursday, July 25, 2013

Bantuan Khas RM500

Assalammualaikum. Hai.

Semalam hati bunga-bunga tengok slip gaji. HewHewHew. Eksaited nak check subuh-subuh sebab Yong kata dia dapat 1 KGT je. Iols kan berkanun, so mungkin tak sama. Kembang hati nengok 2 KGT dapat sekali. Alhamdulillah. Rezeki Nur Arissa Batriesya tak pernah putus. Syukur. Tapi, dekat slip gaji dah tambah satu maklumat tambahan - Potongan Cukai Berjadual. Huuuu. Mak SMS suh bayar zakat (bukan zakat fitrah). Iols dah lama nak buat tapi hehehe. Eh, siapa-siapa yang tahu macam mana caranya - kongsi2 lah ye. Sebab dari potong tax baik duit tu pergi kat zakat. Yer dak? Heeee.

Semalam, PM announce bantuan khas penjawat awam RM500. Ok la. Ada juga daripada tak ada, kata orang. Yer dak? Eh? Bunyi macam tak bersyukur je? Syukur. Alhamdulillah. Rezeki anak rezeki sedara mara yang kecik-kecik tu. Cuma terkilan tengok dekat facebook ada macam2 status. Kemain lagi yang lantangnya bersuara cakap orang gomen gitu gini dapat bonus jugak. Ha..please la. Tak semua orang gitu. Iols memamg tak kenan. Pastu nak compare ngan diri sendiri keje bank keje glc yang banyak kerja. Heh! Standard lah oi gaji ko berapa, bonus ko berapa, benefit ko cmno. Aku tak kisah pun apa yang ko dapat. Get me? Phew!

500. Semua sama rata. Dari gred 1 - 54. Ada yang bersorak. Errr  I was like, amende lah kome ni. Pening pulak aku tengok perangai sorang-sorang. Huuu. Tapi takper. PM tried to be fair tapi itu lah. Heh! Tak paham aku. Cuma.. Ala, kenapa la Menara PGRM kat area KL. Kalau Selangor, dapat 1 bulan gaji uols. Kerajaaan negeri Selangor dapat sebulan gaji, federal RM500. Ermm. Bak kata tadi la, ok la dari tak ada. Kaaan? Tengok status beberapa orang, ada yang macam sedih sebab bantuan tak seperti yang mereka jangka. Over budget. Rasa kesian pun ada tapi nak buat macam mana. Kali ni PM tak announce macam tahun-tahun lepas, setengah bulan gaji. Redha je la ye. Syukur jugak saya tak dalam kategori over the budget. Huuuuuu.

By the way, selamat shopping raya. Guna 500 tu baik-baik ye. Share sikit untuk mak ayah. InsyaAllah berkat. Saving jugak untuk anak-anak. Jangan lupa. Panjang lagi bulannya hoi. Hari ni dah gaji. So, pagi2 buta nih bayar sewa bilik, insurans, cik puan ava dan duit ibu. Petang nanti, JCard Day lah kite ye. WeeeWuuu. Dah bagitau encik suami balik awal sikit, dan petang ni berbuka kat luar. Hihihi. Encik Suami tanya, "nak cari apa." Jawab je cari barang Arissa kompom Encik Suami tak menolak. Hihi. Barang mak nyer tak ada apa nak cari kat JJ. Cari la apa yang rasa nak cari. Huuuuu.

satunotahati: Allah memberikan rezeki kepada hamba-hambaNya dengan pelbagai cara.
semoga bulan ni lancar.semuanya.
boleh berjimba pula dengan keluarga kat sana.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Thursday, July 18, 2013

Suami Curang?

Assalammualaikum. Hai.

Semalam kecoh lah kami dekat group mommies gojez tentang hal si pelakon idaman malaya, Ashraf Muslim dah kahwin. Hehe. Nak gosip artis jap. KuiKuiKui. Moh kita tengok kronologi kisah si Ahsraf Muslim nih yang sumbernya dari BeautifulNara.



Sejujurnya, saya yang peminat si Ashraf Muslim nih pun kecewa dengan cara si Ashraf kahwin. Bayangkan kalau saya ada dalam 'kasut' si Dayana. Allahhuakbar! Tak tahu nak bayangkan apa kemungkinan yang bakal berlaku. Hewhewhew. Mak Arissa nih garang oh. Adik Mak Arissa selalu cakap Kak Long nya nih singa. Haaaa. Berani lah nak buat Mak Arissa gitu. Hohoho. (konon!)

Ya. Poligami tak salah. Poligami tak berdosa. Kalau suami mampu berlaku adil, suami mampu menyediakan nafkah zahir dan batin - dipersilakan.

Allah Ta'la telah berfirman dalam Surah An Nisa': ayat 3 yang bermaksud:
"Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."

Tapi, kalau kahwin senyap-senyap dan masa nak kahwin tipu isteri cakap ke Bangkok atas urusan perniagaan, itu sangat tidak baik. 

Kebenaran untuk berpoligami daripada isteri yang sedia ada bukan merupakan satu syarat yang utama dalam meluluskan permohonan seseorang lelaki untuk berpoligami. Walaubagaimanapun, berdasarkan peruntukan dalam Seksyen 23 (3) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor No. 4/1984 (pin.) 1988, pihak suami perlu menyatakan sama ada beliau telah mendapat keizinan daripada isteri yang sedia ada atau sebaliknya untuk berpoligami.

Apa pun alasan nak berkahwin, seorang suami kena hormat isteri yang sedia ada. Kalau saya ada pada posisi Dayana, saya akan kecewa. Kecewa yang teramat sangat. Apatah lagi dengan tindakan suami yang hanya menyembunyikan perkahwinannya. Bayangkan, awak jumpa itenary dalam beg suami dan ada nama orang lain. Heh! Tak ke sentap uols!!!! Lagi elok kot kalau suami berterus-terang daripada tahu dengan cari begitu. Mahu rebah kat situ jugak aku! (=_=')

Tak mahu cakap lebih sebab iols pun ada laki uols. Seminggu dua hari je jumpa. Haha. Eh, mohon dijauhkan dari perkara macam nih sehingga saya betul-betul menjadi seorang wanita yang redha. Darah muda kuat lagi nih. Huuu. Tapi andaikata alasannya disebabkan anak.. HEH!!! Baru 2 tahun kot usia perkahwinan uols. Orang lain 10 11 tahun boleh je menanti dengan sabar. Tapi, andai benar si isteri disahkan tidak boleh mengandung - ya, itu harus.

Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab:-
  • Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.
  • Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.
  • Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.
  • Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.

Tapi, perlu ke nak kahwin sampai ke Thailand. Perlu ke nak sembunyikan dari isteri pertama. Why oh Why??!! Adeh!! Persoalan yang begini suka menghantui pemikiran para isteri. Haha. Eh entahlah. Dah tak mahu cakap panjang-panjang. Bulan puasa hoi. Eh. Bukan bulan puasa pun tak perlu ulas panjang-panjang apa yang kita fikir tentang mereka nih. Sebab kita tak tahu apa pun tentang hal rumahtangga orang. Depa yang tidur sebantal, setilam, seselimut dan hidup sebumbung. Kaaan?

Suka saya memetik petikan dari Abang Abil. Al Fatihah buat Kak Fauziah.

Dengar sini baik2, tak kira lelaki atau yg perempuan..Berkaitan curang ni, kalau nak cita pasal hukum semua tahu..Hanya kat sini saya cuba menyedarkan sahaja, terutama pada diri saya sendiri.. 

Apabila seseorang tu nak cari pasangan, dia ada ciri2 pilihan, dari segi tubuh badan, perangai, cantik, kemahiran luaran atau dalaman tak kira cmana cita rasa kita ni..Then bila dah dapat, kita tahu apa yg kita dapat tu bukannya 100% tetapi hanya dapat 80%. Tak perfect la kata org..Kita hanya tahu tapi kita tak sedar..So ada 20% lagi yg kurangnya pada pasangan kita tuuu..Setelah lama berpasangan, tiba2 Allah uji pasangan kita ni..bagaimana? Kita pun jumpa la seseorang tu yg mana dia mempunyai 20% ciri2 pilihan kita dahulu,,aaaaa ( Bukan aa,aa,aa, itu isteri saya, sekarang ok dah ) kita mula la tertarik hati kat dia dan bermula la proses curang tersebuttt... 

Dari saat tu bermulanya pergolakkan rumahtangga atau boyfren girlfren ni...Bergolak tu u all pandai2 la settle sendiri jangan panggil I, nak curang ngan I ok!! hahahahaha Kat sini I nak beritau n nak sedarkan pada pencurang2 ni..U all sedar tak, u all dah dapat 80% tapi u all nak kan 20% tadi dengan membuangkan 80%. Faham tak apa yg i taipkan ni.. ( ulang ayat tadi )..80% tu kurangnya 20% jea tapi 20% tu kurangnya 80%!! Jadi kenapa buat cm tu..kalau u pilih kedua2nya sekali ( kawin 2 la ) nescaya yg 20% tu akan terabai lama kelamaan dan u akan berbalik2 semula ke 80% u...Malu tak rasanya nanti bila u all dah terlambat sedar...?  

Ni cita pasal curang yea bukan kawin 2 ke 3, kawin lebih tiada larangan tapi ada syarat2nyaaa....So curang tadi, bodoh tak kita ni. Nampak sangat si pencurang ni mementingkan diri sendiri, jangan kata la diri tu baik..Walau bagaimana pun sekiranya pernah terjadi perkara di atas, maafkan pasangan kita, kita manusia yg bernafsu cepat buat silap dan sebagai hamba Allah, kita maafkan, jalin semula, perkukuh semula ikatan berpasangan kita. Mana yg masih curang curangan ni sekadar ulangkaji n nasihat sahaja jgn la marahkan saya...I sayang u all,,sungguhh..

Faham tak apa yang Abang Abil cuba sampaikan? Memang dia cerita pasal curang, bukan kahwin 2 3. Tapi tengok ayat selepas itu. Ada syarat2nyaaa. Haaa.. Dan saya sangat mengagumi Abang Abil yang begitu setia menemani, menjaga, mengasihi dan mencintai Kak Fauziah sehingga akhir hayat Kak Fauziah. Semoga suami kita akan terus setia menyayangi, mengasihi dan mencintai kita sehingga ke akhir hayat kita juga. Aaamiin.

Saya selalu juga sembang kosong dengan encik suami. Hoho. Pasal benda-benda gini lah. Haha. "Tak kisah kalau nak kahwin lagi satu. Tapi kena cakap. Kita sama-sama tandatangan borang. Tapi kalau sembunyi-sembunyi tetiba ada skandal, dan kahwin lain. Mintak maaf. Paham-paham aje la. Tapi... Mampu ker? Hahaha." Biasa lah. Hewhewhew. Sengal sikit! =P Biasalah nyembang kosong.

Apa pun, semoga Dayana tabah. Apa jua keputusan Dayana, saya sokong. Ehhh? Hahaha.

Sumber: 
JAIS
Warkah Buat Isteri.

satunotahati: kalau terniat hati nak curang, cuba luangkan masa untuk bertafakur.
kenangkan saat-saat indah bersama mengharungi musim bunga dan kemarau.
insyaAllah kita akan bersyukur dengan kehadiran insan yang dipinjamkan.

XOXO,
Mak Arissa
Read more>>>

Wednesday, July 17, 2013

NAB dan Pool Jadian

Assalammualaikum. Hai.

Hihi. Pool Jadian tuh nama dari Mummy Asyraf. Haha. So, kita pakai je la ye. Hee. Dah lama nak belikan pool untuk Arissa tapi Mak Arissa nih suka hover. Berkenan yang splash pool. En Suami tak berapa berkenan sebab harga nya boleh tahan. Pulak nya Arissa nak main sorang-sorang. Huuuu. Tengok kawan-kawan yang beli splash pool tu semua anak paling kurang pun dua orang. Seronoklah depa nak main. Yer dak. Tapi  Arissa mandi Pool Jadian sorang-sorang pun tak nak keluar hokey. Haha.

Tak plan pun nak beli. Tapi hari tu saja jalan-jalan Giant survey diapers. Iolss jenis simpan stok 5 6 pek, so memang kena survey semua tempat. Baru boleh jimat. Kaaan? Hewhewhew. Dah jalan-jalan, nampak pool ini. RM9.90 aje uols. Haruslah Mak Arissa amik. Tambah dengan manual pump, RM5.95. Tak sampai RM20. Jimat. Jimat. Dah twntu tak nak lepas peluang. Haha. Pulak nyer pool ni jenis yang 'gelembung' kat tepi tu. Hahaha. Tak tau amende. Kan ada yang jenis tak perlu pam tuh kan. So, walapun harga RM9 je, nampak teguh disitu. KahKahKah.

7hb hari tu, Arissa merasmikan pool jadian nya. Bak kata Mummy Asyraf, Mak Arissa sambut birthday tengok anak mandi Pool Jadian. Haha. Ayah Arissa yang pam dan isi air. Arissa siap sedia dengan romper nye. Aah. Arissa tak ada baju renang. Hahaha. Nak bagi tanpa seurat benang, pun tak sesuai sebab mandi dekat luar rumah kan. Kalau mandi dekat bilik air tak per. Hehe. Arissa dah tentu seronok kemain. Mak Ayah tumpang seronok. Kaan? Siapa yang tak seronok tengok anak bersuka-ria walaupun main air sendirian. Hehe. Tapi tak bagi mandi lama pun. Sebab takut sejuk. Perut Arissa nih sensitif. Kang sejuk sangat sakit perut, Mak Ayah yang risau. Huuu.


Lepas mandi, makan-makan jap main-main kejap bawa masuk bilik tak lama dah tidur. Mak Ayah pun tidur sekali tau. Mak tidur dengan Arissa, Ayah tidur kat ruang tamu. Mak Ayah pun macam letih main air sekali dengan Arissa. Hahaha. Kalau Arissa tak bangun kami pun tak sedar. Tengok-tengok jam dah pukul 1.30pm. Wakaka. Hajat hati nak Ayah Arissa belanja Nasi Arab melepas. Bukan syok makan dah petang. Arissa pun jadi lambat makan. Huuu. Dalam pukul 2 kot baru nak keluar dari rumah. Sekali beli barang dapur untuk sambut puasa. Haha. Poyo je barang dapur walhal banyak nya lauk tunjuk. Hewhewhew.

Minggu lepas Mak Ayah Arissa dah beli aksesori untuk Pool Jadian. Hahaha. Aksesori lah sangat kaannn. Hahaha. At least ada lah benda dia nak main. Boals dan Ducks. Beli yang murah-murah aje kat Daiso tu ha. Hihi. Sabtu Ahad nih boleh bagi dia mandi lagi. Bulan puasa tak ada plan nak ke mana pun. Dok rumah layan Arissa. Hehehe. (Konon!). 

satunotahati: kalau bukan kat luar rumah, mak pun nak rendam sekali. hahaha.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Tuesday, July 16, 2013

Amina : Kawan Baru NAB

Assalammualaikum. Hai.
 


Nur Arissa Batriesya dah ada kawan baru sebagai peneman. Hewhewhew. Bergaduh hati dan akal nih untuk membeli si Amina nih. Hati kata nak. Akal kata ala tak payah la. Hati kuat kata nak. Akal kata Arissa kecik lagi, dah besar sikit nanti baru beli. Makanya Mak Arissa pun survey, survey dan survey. Sumbat akal dengan ilmu peribadi si Amina. Hahaha.  And finally, pagi-pagi buta mesej dekat orang tuh nak beli. Nak pos hari yang sama. Hari Rabu uols. Haha. Saya jenis susah hati sikit. So, sebaiknya memang nak kena beli hari Isnin. Hahaha. At least, Jumaat balik Ipoh dah dapat tengok benda tu kan. HewHewHew. 

Sampai Ipoh, tengok Amina ada dekat seat belakang. Heh. Arissa tak berapa nak layan hokey. Eksaited sekejap-sekejap itu normal. Mak kena menahan perasaan lah kawal kesabaran. Hahaha. Borak-borak dengan Encik Suami tentang Amina. Saya pun bagitau lah nanti dah sekian -sekian masa kita boleh upgrade catridge dia. Nanti ada lah bahasa Arab dia ajar. (Kompiden je cakap kat laki walhal otak dok ligat fikir betul ke yang ini aku baca ada bahasa Arab tuh. Wahaha.) 

En Suami: Wahh. Siap ada catridge ye?
Cik Isteri: Ha la. Tengok rege la. (Memang tak bagitau husb yang sebab duit sendiri katanya. Hehe.)
En Suami: Ha berapa rege? Saya saja tak nak tanya. Nak tunggu awak bagitau.
Cik Isteri: 185 (dengan suara perlahan hokey! hihi.)
En Suami: Ha?
Cik Isteri: 185 sekali pos.
En Suami: Dengar tu Ca. Mak kamu. Kemain.
Cik Isteri: Hehe.
En Suami: Nasib baik mak tok tak tanya ca berapa. 185 tu ca. Kita main campak-campak aje ca patung ni.
Cik Isteri: (Dalam hati dok kata hampeh!) Sesuka je nak campak-campak.
En Suami: Mana nak tau. Dah pos nyer pun bukan dalam kotak.
Cik Isteri: Kalau dalam kotak nanti mahal sebab sekarangbdah pakai volume metrik kata org yang jual tuh. (Dah tanya dua tempat jawapan sama.)

Patung nih ringan je. Standard patung biasa. Cuma ada isi perut yang agak keras dan berat sikit. Haha. Ringan tapi berat. Apa-apa je lah. :p Saya beli Amina sebab Arissa kan gugurl. Takkan nak beli yusuf pulak. Boboboi beli Yusof ye. Rambut Amina nih macam rambut Negro. Haha. Tapi Amina bertudung la. Tapi tak labuh kat dada. Hahaha. (Teguran adik ipar yang tingkatan 3. Hampeh je.) Baju pink purple dengan kasut pun purple. Hihi. Arissa suka nak buka tudung kawannya tu ha berbanding nak picit butang-butang yang patut. Kalau picit pun dia akan picit laju-laju. Tak sempat si Amina nak habis nyembang. Haha.

Meh nak share sikit pasal Amina. Amina ada hidung bulat comey. Bila picit, Amina akan bersin Achumm dan cakap Alhamdulillah. Setiap tapak tangan dan tapak kaki ada button. So ada 4 section. Yang pertama, Amina introduce kan diri dia. My name is Amina! I am a Muslim. HewHewHew. Yang kedua, Amina ajar bila nak cakap Bismilahhirrahmanirahim and etc. Maaf tak hengat. Mak dah tua. Huhu. Yang ketiga, lagu2 macam Lailahaillallah Muhammaddur Rasulullah dan etc. Yang keeempat, surah Al Fatihah dan Al ikhkas. Semua sekali dengan maksud. Bahasa omputih ye. Huuu. 4 section tuh maaf jugak tak hengat yang mana tapak tangan yang mana tapak kaki.

Arissa memang jarang jugak fokus pada Amina. Kebiasaan Amina jadi pengubat hati lara. Hahaha. Kot tengah menangis ke, bagi la si Amina. Dengan air mata meleleh dia akan perluk cium si Amina. Dah habis nangis dia biar je Amina duduk setempat. Mak peluk coum Amina dia marah pulak. Hahaha. On the day saya beli Amina, ada baca satu quote 'your child doesn't need ur present but they need ur presence'. Sentap iolsss! Tapi, cepat-cepat kembali ke alam nyata. Tak akan ada seorang mak yang sengaja mahu jauh dengan anak nya. So, muhasabah diri aje la. Allah Maha Mengetahui. Well, macam saya masa cuma weekend. Husb pun yerlah. Mak tak sama dengan ayah walaupun ayah dah jadi mr. Mana. So, apa yang termampu kamk sediakan. Nak ajar straight buka kitab rasanya memang payah. Kita doakan yang terbaik untuk anak. Bukan nak memudaratkan anak. Yer dak? 

Nah. Belanja satu instavideo. Hahaha.

video


satunotahati: zaman sekarang macam-macam ada.
seiring dengan bertambahnya kesibukan parents. kan?
btw, thanks kepada yang cipta Islamic Dolls.

XOXO,
Mak Arissa.

Read more>>>

Monday, July 15, 2013

IKEA : Menyelam Minum Air

Assalammualaikum. Hai.

On the way balik Ipoh. HewHewHew. Akhirnya, pergi jugak ke IKEA walaupun sentap Mak Jemah tak dapat bawa balik apa yang di berkenan. You get me? Huhhh! Saloon car nak bawak coffee table pun tak muat. Apatah lagi nak angkut almari bagai. Beli iron board pun terpaksa sumbat dalam kereta. Haha. Nasib baik iron board untuk rumah manis rumah kat Ampang tu ha.

Teringin nak jumpa pemilik IKEA suh kembangkan perniagaan dengan buat satu kat Ipoh. Hahaha. Heh! Putih mata hokey. Cermin dinding. Coffee table. Kerusi meja budak. Itu memang wat telan air liur je. Puasa-puasa tengok perabot pun dah cukup buat terliur. Huuuuh.

Sampai-sampai bagi dak ni refill energy maka bubur nasi. Hihi. Ceria aje.

Oh.. Kami pergi bawa Mak Ayah Mentua dan Adik Ipar sekali. Saja lah ngajak sebab depa pun dah tinggal bertiga kat rumah tu ha. Seperti biasa, menyelam sambil minum air jugak. Encik suami nak ambil barang keretanya. Sepatutnya di Rawang tapi Mak Arissa nih suka memberikan idea bernas untuk diri sendiri. Wakakaaka.

'Kenapa tak jumpa kat Damansara je? Leh jenguk IKEA sekali.' Wah gittew ayat nya. Hahaha. Harus baca dengan lenggang lenggok sambil senyum manis buat muka innocent. Hahahaha. Encik suami pulak jawab seadanya, 'awak nak g IKEA ke? Saya bagitau orang ni tukar tempat. ' HewHewHew. Ada ke patut nak jawab tak nak? Kaaaaaannnn? Hehehe.

Tapi satu benda buat lagi sedih. Nampak dah roof macam Mumtaz Aqila tapiiii.. nampak yang display aje. Cari yang untuk dibeli tak jumpa sentap iolsss tau. Dah la nak kejar masa pulak kan. Memang pasrah. Terus membawa diri beli wooden toys. Tapi, baru je sat tadi baca entry aty dah ada stok bead toys tuh. Haih. Takper. Takper. Pilih yang lain. Hew Hew.

Husband tanya, nak buat apa kalau beli roof tu. Haha. Ai sudah tentu jawab nak deco bilik tidur kome tidur. Hahaha. Ye lah. Kalau nak deco rumah kami sendiri tapi Arissa dok weekend je memang itu namanya pembaziran. So, otak terfikir nak deco bilik depa menumpang kat rumah mentua. Huuu. Dulu masa dok menyewa memang tak berani nak tebuk lubang kat dinding ke hapa. Sebab rumah orang kan. Tapi bila dah ada rumah sendiri tak berupaya jugak nak deco ikut hati. Takpe. Takpe. Allah nak bagi yang lagi baik nanti. Sabar.

Dah alang-alang ke KL, kami lajak ke Bandar Enstek jumpa Adik Ipar yang belajar di Poli tuh. Kemain Arissa melambai ha. Rindu gamaknya. Tapi sedihnya, Arissa balik dari IKEA tetiba lak muntah. Badan pun dedar kata orang Perak. Demam ke IKEA atau demam tak dapat bawa balik apa yang di berkenan nak oi? Huuuu. Memang mood dia lari ke laut. Muntah banyak kali. Sekarang tengah tidur lepas bagi chance layan Pengembaraan Upin Ipin kat You Tube. Stok baju pun tinggal sehelai dek kerana muntah aje. Huuu.

Dah muka tunjuk ragam masa nak balik.

**************

Sambung pagi ni lak. Hahaha. Yang kat atas tuh taip semalam. Arissa dah bangun nan hado lah dapat nak menaip dengan senang hati. Huuuu. Tambah pulak tak sihat. Memang tak boleh silap sikit. Mengamuk kemain. Huuu. Oh. Terpaksa ambik emergency leave hari ni. Sebab malam tadi badan nya panas bebeno. Dalam pukul 12 lebih dia bangun senyum-senyum pegang tangan saya kemudian peluk leher sume. Aalahai. Sedih nengok nyer. Badan pun panas. Letak Cool Fever terus mengamuk. Last-last pukul 530 baru tidur semula. Main kat luar dengan ayah nya. Hewhewhew.

Mak ayah mentua cakap Arissa tak boleh jalan jauh. Mabuk kereta katanya. Mungkin jugak tapi fikir balik, dah sampai ke Johor nun ha budak nih. Elok aje. Dah nak tak sihat. Tetiba aje. Lagipun tempoh hari hantar Cik Puan Ava elok je ha dia. Don't tell me you want MPV nak oi. Hahahaha. Mabuk pulak mak kau yang tak mengandung ni ha. Kalau tak boleh jalan jauh naik kereta, camner kita nak ke JB then ke USS lak. Hahaha. Berangan! Hewhewhew.

Heh. Total damage semalam 3++. Dalam tak muat tuh. Haha. Mentua lagi. Hewhewhew. Bagus jugak tak muat. Kalau tak pengsan. Huuu. Nengok set kabinet memang mengancam semua. Heh. Sabar. Sabar. Pasang sekarang tapi pakai weekend je pun tak guna. Pembaziran itu amalan syaitan. Hahaha. Kena tunggu confirm perjalanan hidup nih. Maksudnya, kena tengok titik stabilization. Kalau nanti nak tak nak duduk KL jugak, dah nak kena pasang dua kabinet. Ai is bukan orang kaya raya hewhewhew.

pagi ini.

satunotahati: ramai yang tanya cuti ke minggu lepas?
tak, atas izinNya Allah pinjamkan seminggu untuk berada di Perak.
on duty sebenarnya, survey kilang2 di Perak.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Friday, July 12, 2013

Dah Masuk 3 Ramadhan

Assalammualaikum. Hai. 

Dah masuk hari ketiga. Phew! Dugaan puasa kena jalan-jalan survey kilang dalam Perak. Huuuu. Dugaan paling besar nak tahan sabar melayan karenah orang-orang kilang yang kita nak minta tolong isi borang survey. Kena istighfar banyak-banyak. Kalau tidak, ada yangg nak kena laser dek Mak Arissa ni ha. Huhu.

Hari pertama; seperti biasa kami berbuka di rumah mentua. I follow aje, kalau kata rumah mak saya dekat dah tentu saya ajak berbuka sama-sama mak pak saya jugak kan. HewHewHew. Alhamdulillah. Seperti tahun-tahun yang lepas, saya berjaya juga dapat makanan kegemaran di kedai kegemaran. Ngeee. Ikan Talapia Merah Bakar. Air kegemaran pun dapat jugak, dekat kedai Al Hafiz. Kedua-duanya di Bazaar Stadium Ipoh. Nasib baik ayah Arissa nak layan anak tekak mak Arissa ni ha. Ngeeee. Tetiba cerita berbuka kan? Hahaha. Sahur saya goreng ikan kembung n sayur campur aje. 

Hari kedua: Terlajak tidur. Haha. Pukul 5 baru bangun, masak nasi atas stove. Panaskan lauk. Seperti biasa jugak, memang kami akan tapau lauk tunjuk khas untuk sahur. So, lauknya Ayam Kicap & Ikan Perkasam. HewHewHew. Mak Arissa lah orang nyer yang nak sangat perkasam ittew. Lama weh tak makan. Huuu. Berbuka semalam, lauk tunjuk jugak. Encik suami tiba-tiba request sambal udang petai. Huu. Tapi rezeki encik suami tak ada. Udang nan hado di Tesco. Singgah aje cari lauk tunjuk di Bazaar Medan Selera Tasek. Ikan Talapia Bakar lagi, Kari Daging, Sambal Ikan Bilis (balik rumah modified tambah petai), dan Nasi Tomato untuk Arissa.

Hari ketiga: Sahur tadi, ayam masak kicap dengan sambal petai. Hoho. Beberapa minit nak Subuh, Arissa tiba-tiba bangun. Mula dengar dia merengek sikit. Tengok-tengok, dia buka pintu bilik tengok kami terus menyengih kemain.

Ayah: Ca meh sini Ca. (Prepare hp)
Arissa: (peluk mak.)
Ayah: Amboi. Bangun2 terus menyengih cergas. Meh ayah amik gambar. Mak suka upload gambar. (Gelak2)
Mak: Hampeh. Haha. 





Taaaraaaa!!!!
Mak upload lah kat Insta.
Harus lah kaaaannnnnn!!


satunotahati: hewhewhew. cost damage di Lumut sebentar tadi; hundreds! huhu.

XOXO,
Mak Arissa. 
Read more>>>

Wednesday, July 10, 2013

July : Ramadhan

Assalammualaikum. Hai.

Tahun Ke-2 Meraikan Ramadhan

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa.

Alhamdulillah. Dengan izin Nya. Saya berpeluang bersama suami & anak meraikan 1 Ramadhan walaupun anakanda tidur dengan nyenyak sekali time mak ayah nya sahur. Heh! Nak pergi hantar rumah ibu pun kena kejut hokey! Kena paksa bangun. Huuuu.

Sepatutnya Julai ini; tatkala ini saya di Kelantan/Terengganu. Tapi kuasa Allah, izin Allah saya boleh tukar dengan staff lain untuk buat survey di Perak. Inilah saya namakan rezeki hari lahir dan rezeki Ramadhan. Alhamdulillah. 

Dikesempatan ini, saya ucapkan Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat umat Muhammad sekalian. Kemaafan dipohon atas segala khilaf. Sama kita menggunakan kesempatan yang diberi ini untuk menjalankan ibadahNya. 

satunotahati: harap2 encik suami jumpa talapia hari nih.
hewhewhewhew

Read more>>>

Tuesday, July 9, 2013

Cheesekut! ;)

Assalammualaikum. Hai. 

Sejak-sejak gathering Mommies Gojez tempoh hari, fenomena Cheesekut Nadt melanda. Hahaha. Sebaik je Nadt share resepi 'berhantu' nya, seorang demi seorang upload gambar cheesekut. Heh! Kalau dekat, memang daku terjah aje rumah yang sedang ber cheesekut. Haha. Tapi sebab jauh makanya gigih juga nak buat sendiri. Wahaha. Pukul 12 malam baru siap uols. HewHewHew. 

Bahan-Bahan:

Hokey! Tak jumpa Cracker Deluxe. Huuuu.
Luxury Hwa Tai Original.
 

Fresh Milk 2 3 sudu.
Ikut tahap kecairan yang dikehendaki.

250g Cream Cheese Tatura.
Kurang masam dari Philadelphia.

Susu pekat manis 1/2 tin.

Bekas lapik kertas minyak.
(Hahaha. Perlu ke?)


Cara-Cara:

Pukul cream cheese sampai kembang.

Dah kembang, masuk susu. Pukul lagi.

Masuk susu segar.

Celup biskut sekejap dalam susu segar.

Then susun dalam bekas elok-elok. Hihi.

Setiap lapisan, sapukan adunan cheese lebih kurang macam ni sampai habis.

Masukkan dalam peti sejuk. Biar sampai kita dah boleh potong. Dan.. Lapisan cheese atas sekali, bagi tebal sikit kot. Nak yummeh yummeh katanya. Hahahaha.

Cheeskut Nadt versi Mak Arissa with Milo Topping.

Sedap!! Sebelum ni saya pernah buat jugak Cheese Crackers nih tapi guna biskut marie & Philadelphia. Cheese Tatura lagi kena kat tekak kot. Tak masam. HewHewHewHew. Dasar tekak Melayu dok tepi laut. Hahaha. Arissa pun kemain syok makan. Tapi, mana boleh makan banyak-banyak kan? Hihi.

satunotahati: salam Ramadhan buat semua. :)

XOXO, 
Mak Arissa.
Read more>>>

Monday, July 8, 2013

Officially 27th

Assalammualaikum. Hai. 

En. Suami: Bangun lah. Nak breakfast lagi.
Cik Isteri: (celik mata layan facebook. kah3.)
En. Suami: Bangun... Tau lah hari ni birthday awak.
Cik Isteri: Dah tu? Awak nak belanja apa?
En. Suami: Bangunlah. NaK breakfast apa?
Cik Isteri: Apa2 je.

Heh. Biasalah encik suami. Nan hado nak wish betul-betul dekat kita 'happy birthday sayang'. No. No. No. No. Kalau kata dia buat tuh namanya buang tebiat. Hahaha. Mak Arissa pun tak reti hoi. Baik birthday dia or anniversary. Paling hebat pun sms dan satu entri. HewHewHew. 

Mak: Selamat hari lahir yang ke 28. ..........
Anak: (tak berapa nampak ayat lain bila tengok no 28. hahaha.) 27 lah mak..
Mak: Ye ke?
Anak: Ye lah. Tahun 86. Huuuu.
Mak: Ohh. Lupa.
Anak: (sentap mak lupa. haha.)

Mak; insan yang begitu setia saban tahun mengucapkan hari lahir dan anniversary. Beruntung sebab mak rajin sms. Hehehe. Walaupun tiba-tiba tahun nih lupa pulak anak nya baru 27. Huu. Takper mak takper. I love you and always love you. Hihi.

JULAI
7
ALHAMDULILLAH
THANK YOU ALLAH











sentap Secret Recipe habis cake semalam
=____='
 Thanks encik suami for everything.
Kalau macam ni, rasa nak every month will be my birth day.
Hihihi.


last but not least, thanks my pretty angel. hehe.
kawan saya cakap, Arissa nih bukan anak saya tapi adik bongsu saya kata nya.
hahaha. 

Alhamdulillah. Syukur dengan nikmat kurnia Allah ke diri saya dan keluarga. Semoga Allah memperkenankan setiap doa dari semua saudara mara sahabat handai. Semoga Allah merahmati kita semua.

satunotahati: satu lagi. satu jer lagi. hihi.

XOXO,
Mak Arissa. 
Read more>>>

Friday, July 5, 2013

Status Alhamdulillah - Sensitif?

Assalammualaikum. Hai.

Each time saya up status muka buku dengan perkataan ALHAMDULILLAH, ramai yang anggap status itu memberikan perkhabaran gembira yang bermaksud - HEY WORLD! I AM PREGNANT AGAIN! Haha. Alololo. Comel aje semuanya kan. Saya tahu they ols sangat eksaited nak tunggu adik Boboi kepada Nur Arissa Batriesya. #ehkompidenaje lol.

Bila orang tanya saya, when will be the next - saya memang tak segan silu cakap saya merancang. Saya tahu pasti ada yang mengata bila kita merancang nih. Tapi saya tahu apa yang terbaik untuk diri saya, suami dan Nur Arissa Batriesya. Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Lagipun, sekiranya Allah berkehendakkan saya untuk pregnant lagi; walau dengan apa cara sekalipun saya merancang, saya akan pregnant jugak. Kan? Semuanya dari Allah.

Kadang-kadang, penat nak dengar orang berkata-kata nih. Tapi saya buat bodoh je. Manusia jer pun. So, tak ada nak sembunyi-sembunyi planning nih kan. Kang kalau kata tak ada rezeki lagi atau belum rezeki lagi walhal kita sebenar nya merancang - Allah makbulkan kata-kata kita tuh baru tau. Ha. Tak nak. Biarlah buruk di mata manusia. Kelakar bila Alhamdulillah aje, orang expect kita pregnant. Haha. Tapi masin mulut uols, kecik tapak tangan nyiru saya tadahkan. Ngeeee.

By the way, family saya jarak adik beradik secara purata nya 3 - 4 tahun. Adik yang ke-3 dan yang ke-4 jaraknya 7 tahun. Hehe. So, rasanya tidak begitu menstresskan kalau orang sibuk nak tanya kan. Hihihi. Tapi entahlah. So far tak menstresskan pun. So-so je kata orang. Hehe. But jujur, kalau tengok baju-baju mengandung yang dah macam-macam fesyen nyer - fuhh! Rasa nak pregnant lagi. Haha. Next baby nanti tak kira, walaupun baju muat semua macam tahun lepas - saya tetap nak pakai baju pregnant yang betul-betul. KahKahKah.

Terima Kasih Ya Allah Dengan Rezeki Yang Engkau Berikan
Rezeki Nur Arissa Batriesya
^___^

satunotahati: jadual survei dah reschedule dan saya super happy!
again. ALHAMDULILLAH! :D

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Thursday, July 4, 2013

Spontaneous Thursday : July

Assalammualaikum. Hai.

Si Isteri jalan-jalan cuci mata kat Sogo lepas beli tiket ETS untuk Jumaat nih dan raya nanti. HewHewHew. Entah macam mana rajin masuk kat kedai tuh. Entah macam mana rasa terberkenan. Cuba nasib MMS gambar curi dekat Encik Suami. Hahaha.

Mr. Mama sangan Encik Suami kan? Hihihi.
Time nih dia prepare Arissa nak masuk tidur.
^_______^

Terkejut sebenarnya bila Encik Suami terus jawab beli lah. Rasa nak melompat hey! Haha. Encik Suami saya nih sebenarnya seorang yang berfikir panjang kalau nak berbelanja. Apatah lagi yang kami consider sebagai sangat mahal. Huuu. So bila tetiba simply cakap beli la.. Mak Arissa siap tanya 'betul?' Haha. Tapi hati dah bunga-bunga weh. Kembang setaman dah. Tak sabar nak masuk kedai tuh semula nak beli. Hahaha. Bila dah yakin Encik Suami benar-benar maksudkan nya, barulah mak Arissa pergi semula kedai tuh dengan bunga kembang setaman. HewHewHew.

And finally, its mine!
Alhamdulillah.
Bila dah on the way balik rumah, baru realized. Ohh. Kan dah masuk bulan Julai. HewHewHew. Yelah. Encik Suami yang jarang nak tunjuk romantika de amor nih memang agak susah nak expect. HewHewHew. Kiranya kalau dah dengan cara begini tuh dah boleh anggap romantik style dia. Wah gittew. Haha. 

By the way, thanks sayang. Hati manyak suka. Sampai rasa nak sebak-sebak gitu. Haha. Agaknya kalau awak bawak kite pergi candle night dinner, tak pasal nangis teresak-esak kat situ. Terlampau touching kata nya. KahKahKah. Toksah lah nak candle2 night sangat kan sayang. Itu tak menjamin bahagia. Wakakaka. Ini statement sedapkan hati sendiri. Kui3. 

satunotahati: Allah berikan rezeki kepada hamba-hambaNya dengan pelbagai cara.
semoga Allah memberkati. InsyaAllah.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Wednesday, July 3, 2013

Wordless Wednesday : Dia Sudah Mengerti

Assalammualaikum. Hai.

Ahad lepas. Mak Arissa terpaksa balik awal ke KL sebab esoknya ada program dengan orang luar. Tuan Rumah program kena standby awal. Kot apa-apa benda nak di saat akhir kan? Kerja kan satu ibadah. 
#muhasabah diri.

on the way ke KTM.
nampak pendant tuh? hehehe.
thanks mama Sofiyya tolong belikan.
^___^

eksaited tengok train sampai

dalam eksaited ada rupa cuak sikit
hewhewhew

kagum? hahaha.

mak arissa dah mula feeling bad

arissa sporting sengih aje. hihi.

masa nih ok lagi.

beberapa minit sebelum mak masuk dalam perut ETS

mak memberikan segala nasihat apa yang patut. haha.

mak cuba mengumpul kekuatan yang ada

ya, mak Arissa sedih hokey!
:')

Mak : 
Ica tinggal dengan ayah ye. Mamak nak gi keje.

Arissa : 
na-naak ~~~ na-naak ~~~
(peluk mak nya kuat sambil nangis)

tak sanggup menatap wajah-wajah kesayangan bila terpaksa berpisah

satunotahati: kami redha dengan aturan serta rencana dari Allah.
Allah Maha Mengetahui segala sesuatu dalam diri ini.

XOXO, 
Mak Arissa.
Read more>>>

Tuesday, July 2, 2013

MPH: Mutiara Minda

Assalammualaikum. Hai.

Nak kongsi pasal diskaun yang ada kat MPH masa beli buku tempoh hari. Lepas dah pilih buku-buku yang saya berkenan dan nak pergi bayar, adik cashier cakap ada promo membaca sambil beramal gitu. Dapat diskaun 10% bagi buku-buku yang terpilih. Tapi kena buat kad dulu dengan kos RM10 yang mana bayaran RM10 untuk kad itu akan disalurkan ke rumah-rumah anak yatim yang terlibat. 

Kad Bernilai RM10.
Membaca sambil beramal.

officially 10% discount for the owner
hehehehe Alhamdulillah

kad ini sah digunakan bermula 15 Jun - 31 Ogos 2013

senarai rumah-rumah anak yatim yang menerima sumbangan kita
InsyaAllah

katalog 2013 senarai buku yang terpilih untuk 10% diskaun

senarai terbitan yang terpilih
thumbs up
Ha.. Ada lebih kurang dua bulan lagi sebelum promosi ini berakhir. Sambil kita membaca, sambil kita beramal. Kadang-kadang kita tak tahu kepada siapa kita nak hulurkan sedikit bantuan kan. Oh. Itu saya. Hihi. Sorry to say, saya sangat susah nak hulur sedikit bantuan kat mereka-mereka yang menunggu kita di tepi jalan (contoh nya). Huhuhu. Masing-masing ada cara tersendiri kan? Eh melalut sesat cerita pasal hulur bantuan lak. Huuuuu.

Ok uols. Kot nak beli buku untuk anak-anak pun okay. Kan? 10% siapa nak bagi weh. RM23, dapat kuran RM2.30. Ha gittew. Kan? Dapat pahala jugak. InsyaAllah. ^___^

satunotahati: chief clerk saya juga selalu cakap,
"saham akhirat saham akhirat"
(^_______________^)

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>
"Ya Allah, peliharalah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina, dan sihatkanlah mereka. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, jadikankah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Amin.

Iklaneka

Popular Posts

Copyright © Kalam D'Yatie Designed by azhafizah.com