Wednesday, May 15, 2013

Selamat Hari Ibu

Assalammualaikum. Hai.

Selamat Hari Mak buat semua wanita satu dunia. Selamat hari mak buat saya sendiri. Hahaha. Arissa tak reti lagi nak cakap selamat hari mak maka kita cakap kat diri sendiri dulu. Hehehe.

Well, walaupun hari mak tapi of course setiap mak akan melakukan rutin yang sama. Anak kecik lagi hoi. Memang mimpi lah anak nak bagi mak rehat golek2 depan tv kan? Hihi.

Pagi2 dah basuh punggung dak ucuk lepas makan nasi lemak. Gaduh2 dengan dak ucuk terjerit2 macam dalam rumah ada 5 orang anak. Itu belum lagi mak marah2 dak ucuk kan? Hihihi.

Petang, kami lunch + dinner di Black Canyon. Serius teringin nak makan asam pedas yang dekat Chicken Rice. Tapi kat Ipoh tiada. Jenuh fikir last decide kat BC dengan alasan Tomyam pun okay. Masam jugak. Huhu.

Rupa macam makan besar tapi biasalah makan bertiga. Hihi. Arissa kemain lagi suka buat sepah. Huhu. Memang tak boleh buat teman candle light dinner. Haha.

Eh. Korang mesti dapat hadiah dari encik suami kan? Hehehe. Saya macam biasa bila ada special date of course wat tambah kalori & lemak dalam badan bersama encik suami. Dan itu memadai. Weee! Ada jugak kan? Hehehe.


satunotahati: bila tak sihat layanan encik suami lagi berganda-ganda.
alololo. anda shomeelll macam Arissa.
hihihihihihihi.

XOXO,
Mak Arissa.
Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more>>>

Thursday, May 2, 2013

Keywords / Kata Kunci Nuffnang

Assalammualaikum. Hai.





Haha. Biar saya gelak dekat blog diri sendiri total hit sebulan tak sampai 500. Tapi, tak apa lah. Bukan nak cerita pasal hits blog tapi keywords yang buat ada hits dekat blog picisan saya nih. Bila saya tengok last month, last week dan this week - saya realize yang ramai juga mengalami kencing kotor. Saya harap apa yang saya telah kongsikan sebelum ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi sedikit ilmu berkenaan kencing kotor nih. Info : Kencing Kotor.

satunotahati: Alhamdulillah dah lama tak kena kencing kotor.
sekarang sedang susah hati sebab tak sihat tang lain pulak.
semoga Allah memberikan kesihatan yang baik sehingga
perancangan akan datang InsyaAllah.
Aamiin.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Wednesday, May 1, 2013

Insurans Buat Puteri Hati

Assalammualaikum. Hai.

Alhamdulillah. Walaupun dah agak lambat; Nur Arissa Batriesya dah 1 tahun 3 bulan (insurans untuk anak boleh buat sejak umur 14 hari - maaf kalau tersilap.), akhirnya saya berjaya juga ambil insurans untuk beliau. Zaman sekarang penyakit macam-macam dan saya sangat susah hati okay. Huhu. Bukan nak anak tak sihat tapi sebagai persediaan. Semoga Arissa sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah. InsyaAllah.

Dua kali nak jumpa Qyla, tapi kedua-duanya tak menjadi. Sepatutnya nak jumpa Ahad lepas Maghrib di Mydin Ipoh, tapi petang tuh ayah saudara tenat so kami nak gerak balik kampung. Tak sampai sekerat perjalanan, kami dapat panggilan ayah saudara meninggal. Al Fatihah buat arwah abah.

Takdir Allah, jodoh kami berjumpa rupanya di KL. Haha. (ayat tak boleh blah). Sebetulnya hati dah kuat nak ambil dari dia. Dia agent full time yang super cool dan sempoi okay. I just hate those yang explained the policies with their formal way yang obviously memang rupa orang nak jual produk. Faham x? Huhu.

Saya akan share serba sedikit tentang insurans bila saya dapat dah polisi kat tangan. Well, hari ni kan cuti. Bayar semalam memang tak lah nak proses hari ni kan. Qyla pun baru sampai Penang ha. Hihihi. Hope nanti masa Qyla nak hantar polisi, semuanya dipermudahkan nak jumpa dengan Arissa. Hehe.

Kalau nak tahu serba sedikit apa yang saya ambil untuk Arissa, feel free je nak email kat dayangmtib@gmail.com atau wechat DYatie7786. Tak kisah nak share general info kalau anak sama-sama baya ngan Arissa ha. Sebab InsyaAllah kalau tak ada penyakit, sama semuanya. Bukan nak bagitau details. In general dan secara informal. Means - secara ringkas nya. Haha. Tak luak pun. Hihi.

satunotahati: eh? saya bukan agen insurans tau.
kalau nak jadi agen jangan as part timer.
kena full time.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>
"Ya Allah, peliharalah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina, dan sihatkanlah mereka. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, jadikankah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Amin.

Iklaneka

Popular Posts

Copyright © Kalam D'Yatie Designed by azhafizah.com