Pages

Apr 30, 2013

April with Bags

Assalammualaikum. Hai.


Tajuk sangat poyo, kan? Hahahaha. Sekarang dalam taklimat Dasar Keselamatan ICT. Bila kebosanan melanda, maka saya bukak blogspot. Baru sedar nak update tapi update merapu. Hahaha.


Kenapa April with bags? Muahahaha. Sebab... Kami 3 beranak bulan ini masing-masing ada beg baru. Mak nyer sampai dua handbag. Hahahaha. Alkisahnya Sogo wat trick sales dia. Beli satu 150. Beli 2, 180. Ha... Mak Arissa terpaksa sebenarnya. Kah3.


So, 2 weeks after Mak Arissa jumpa beg untuk dak musyuk masyam. Saja suka sebab Arissa pun tulang dah keras. Hahaha. Boleh lah nak angkat beg diisi dengan pampers dan botol susu dia. Kan? Memang tak lepas dari badan dia beg tu. Kui3.


Masa tu jugak. Mak Arissa kebetulan terjumpa beg kerja untuk Ayah Arissa. Teringat tak ada bagi apa-apa untuk anniversary tempoh hari. So, Mak Arissa pun beli lah satu. Tak mampu beli yang mahal-mahal. Beli BUM jer. Itu pun kena marah dek Ayah Arissa. Hoho.


Itu lah sebab nya jadi April with bags tu. Masing-masing ada beg baru. Hahaha. Tunggu lah 2 3 tahun akan datang baru ada baru lagi kot. Hahahahaha.



satunotahati: kawan saya cakap, baru nampak pro bila dah pakai handbag.

hahaahahaha. pergi meeting bawa beg tesco jer kot.


XOXO,

Mak Arissa.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Apr 23, 2013

NAB: Teluk Batik Part 1

Assalammualaikum. Hai.

Bersempena dengan Ulangtahun Perkahwinan Encik Suami dan Cik Isteri pada 25 Mac 2013, kami akhirnya berjaya juga untuk bercuti meluangkan masa bersama Nur Arissa Batriesya. Ikut perancangan awal, kamu mahu ke Penang selepas saya balik dari Langkawi yang sepatutnya saya pergi tu. Tapi dah kena kayap, Langkawi pun tidak - Penang sementelah lah. Kan? Hihi.

So awal bulan April hari tu, kami pun ke Teluk Batik. Mulanya nak ke Pangkor. Tapi bila fikirkan pergi hari ini balik esok, maka kami ke Teluk Batik sajo. Next time, maybe! Tunggu Arissa besar sikit hajat besar di hati nak ke Pulau Redang. Leh Arissa snorkeling sama-sama. Hahaha. Besar hajat tuh kononnya! Pergi Teluk Batik pun Nek Wan Arissa marah hoi. kui3.

Banyak jugak dugaan nak pergi nih. Hihi. Balik Ipoh hari Jumaat husband kata ayah mentua bagitau yang lori nak angkut barang-barang tak pakai kat rumah mentua akan datang pagi Sabtu. So kami tawakal. Kalau sebelum tengahari settle, kami pergi. Kalau tak, kami pasrah. Haha. Eh, anniversary kali nih Mak Arissa melting sikit sebab Encik Suami yang wish sebelum saya. Hak3. Terus saya hilang romantik dengan berkata "eh! awak ingat rupanya?" Hahaha. 

Ok lah. Meh layan. Of course gambar anak je lah kan. Anniversary tahun pertama, Arissa usianya 2 bulan. Anniversary tahun kedua, Arissa sudah 1 tahun 2 bulan. There's no candle night dinner for us, maybe bila dah masing-masing pencen nanti. Haha. Tetapi, dengan ada nya Nur Arissa Batriesya disisi - kami panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran atas nikmat kurnia yang Allah SWT berikan kepada kami. Alhamdulillah. :)

Moh ler layan gambar anak kecintaan!!

Sabtu

Lokasi 1 : Pantai Teluk Batik
ini adalah muka nak minum air soya. si comot!

menuju ke pantai

first time hoi kaki pijak pasir laut

dak ngelat kena peluk cium

happy Arissa - 1

happy Arissa - 2

happy Arissa - 3

anak dan mak

sipi sipi muka nakey

seronok dapat yang dia nak

cak!
 Lokasi 2 : Marina Waterpark

ayah eksaited. anak takut.

tengok muka cuak!

muka tarak senyuuummm. hahaha.

takut bebeno..
 Ahad

Lokasi : Pantai Teluk Batik

takut saangat anakanda! hihi.




perhatikan kaki dia dari sini. tak  bergerak!





sampailah akhirnya dia berpaut sungguh-sungguh. hahaha.

marah! hihi

seee!!! terus happy.

muka baanyaakk senyum

mak: Arissa tak boleh takut dengan air laut sebab Arissa lahir kat kampung kita kat Sarawak tau. maknanya kita ni 'anak laut'. tapi takper, mak faham Arissa kecik lagi. nanti balik Sarawak kita ajak Nek Aki Nek Wan picnic eh!

satunotahati: anniversary yang bertemankan seorang puteri anugerah Illahi.
menikmati ciptaan Allah yang indah, lautan luas terbentang.
semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga akhir hayat.
InsyaAllah. Terima kasih Ya Allah.

Apr 22, 2013

Nur Arissa Batriesya Cycling

Assalammualaikum. Hai.



Fuhh. Dah lama sangat tak membebel kat sini. Ada yang rindu Arissa tak? Hihi. Mak Arissa yang rindu nak BW tapi Ya Ampun - kebelakangan ini Mak Arissa lemau betul. Isk. Isk. Isk.

Jumaat lepas, Mak Arissa pejam mata belikan Arissa basikal yang girlish sungguh itu. Pada mulanya nak belikan Tolo Car tapi fikir- fikir balik, better ambil basikal terus.

Bukanlah Arissa dah boleh cycling sendiri. Haha. Sebab itu basikal ada 'tiang' untuk tolak dan control basikal sepenuhnya. Masa nak beli tanya Arissa, "nak?". Bayangkan dia buat muka geram sambil angguk dan tangan kedua-dua belah goyang ala-ala bersorak yeay yeay. *tak sempat nak capture video time gitu. hihi.

Fayel memang dah lama pakai basikal ni. Fayel boboi sangat, biru. Hahaha. Kot next baby nanti Fayel dapat adik girl dan Arissa dapat adik boy, Mak Arissa & Mama Fayel boleh la kot buat sistem barter. Hahahaha. *bila la Mak Arissa nak bagi Arissa adik ye? ngee.

So sekarang petang-petang, encik suami boleh bawa dia jalan depan rumah selain dari bawak pusing taman naik motor. Mak Teh dan Pak Cu pun ada, boleh bawa ronda-ronda. Weekend boleh tolak dekat Padang Polo. Tempoh hari bawa Mak Tok nya lepak Padang Polo makan laksa, pisang goreng & keropok lekor. Hihi.


satunotahati: ini entri tak berapa tahu hala tuju.
update guna handphone jek kan.
memang short entry la.



XOXO,
Mak Arissa.


Published with Blogger-droid v2.0.10

Apr 2, 2013

NAB Tukar Susu

Assalammualaikum. Hai.
 
Bersiaran dengan email sebab tiada gambar untuk dikongsi. Lupa nak tangkap gambar stok susu tempoh hari. Haha. By the way, Arissa dah tukar susu. Sebelum ini Arissa minum Anmum dari kecik sampai lah dia umur setahun. Cuma bila dah setahun dia agak kerap kembung malam. Tak pernah terfikir pun tentang kemungkinan susu tak kena dengan Arissa sebab kebiasaan orang cakap cirit, muntah dan rashes tanda-tandanya.
 
Sejak Mama Fayel masukkan kita dalam group FB Mommies Gojez tu, saya minta pendapat. Saya suka tanya kat situ sebab semua diorang sempoi. Sempoi yang amat. Tanya je soalan InsyaAllah pasti terjawab. Hihi. Then, Cik Na pun bagitau yang anak Cik Na susu yang ke-8 baru sesuai tak ada masalah kembung dah. Susunya ialah, Dumex Dugro - katanya anak nak susu yang murah. Hehe.
 
Pada mulanya saya nak cuba satu persatu susu yang terpilih. Tapi kebetulan tempoh hari saya kena kayap dan susu Arissa pulak dah habis, maka setelah hampir satu jam saya berdiri di depan himpunan susu formula - maka saya decide nak ikut Cik Na. Takut tak terdaya kalau tiba-tiba anak tak 'ngam' dengan susu yang dipilih, siapa nak tolong jaga. Dah lah saya dah serupa orang yang baru lepas bersalin (lebih teruk sebenarnya).
 
So, kami ambil Dumex Dugro yang ada ekstrak kurma (kenapa saya google tak jumpa gambar eh? hahaha.) Baunya macam IceCream vanilla. Rasanya saya memang tak boleh blah. Saya la. Hihi. Alhamdulillah Arissa ok je minum. Alhamdulillah Arissa dah tak kembung lagi. Alhamdulillah. Syukur sangat. Tak ada dah dia nak bangun tengah malam cari tangan ayah dia bawa ke perut. Haha. Comel! Tapi Arissa ubatnya cukup sapu minyak kat perut terus tidur nyenyak. Hihi.
 
Ayah Arissa of course senyum lebar bila dah tukar Dumex Dugro. Sebab harga Anmum dengan Dumex Dugro memang jauh beza kan. Sekarang saya tengah tunggu sample Karihome untuk sampai ke rumah. Tempoh hari mereka hantar sampel yang untuk umur 12 tahun ke atas. Adoi. APTB la. Siapa entah yang nak minum air tuh. Saya pun dah lupa letak kat mana. Hihi.
 
Walaupun saya rasa ralat tukar susu Arissa tapi as long as dia sihat, dia selesa saya bersyukur sangat. Mungkin nutrien memang tak sama kandungannya, cuma saya serahkan pada Allah SWT. Kita dah buat yang terbaik untuk anak. Selebihnya kita serahkan kepada Nya. Semua datang dari Dia kan. Duit lebih tu boleh hala ke lain.
 
satunotahati: semalam menangis encik suami hantar gambar anak.
dua minggu duapuluhempatjam bersama memang nikmat.
nikmat kurnia Allah SWT kepada hambaNya.
 
XOXO,
Mak Arissa.

Blog design by Rainy Day