Thursday, March 28, 2013

Alhamdulillah

Assalammualaikum. Hai.



Pada zaman dahulu,


Saya: Bila orang dah besar nanti orang nak belikan mak pak keta.

Mak Pak: Yelah. Aamiin.


Alhamdulillah. Selesai sudah semua urusan. Akhirnya BIG WISH tersebut telah terlaksana. Cik Puan Ava sudah ada depan mata. Cuma tinggal lagi nak hantar ke Sarawak. Alhamdulillah. :)

Bukanlah sebuah kereta mewah tapi sekadar yang biasa-biasa sahaja untuk kemudahan mak pak. Saya pilih Cik Puan Ava sebab senang satu family boleh naik pergi mana-mana. Tiada yang yertinggal Tiada yang terpinggir, bak kata tagline Parti Barisan Nasional. Ha gittew. Hee.

Kenapa saya beli di Perak? Biasalah kan. Urusan nya bukan pergi pagi, petang boleh siap. Kan? Cuti nak balik Swak memang simpan khas untuk raya. So, kena beli di Perak dan mak pak kena tunggu lah sebulan dua untuk Cik Puan Ava sampai. Hehe.

Btw, pada masa yang sama Cik Puan Ava merupakan aset pertama Mak Arissa. Hoho. Walaupun Mak Arissa cuma bersama nya sebulan dua. Hati sangat gembira sebab akhirnya terlaksana. Semalam, saya rasa macam percaya tak percaya. Haha. Ye, saya poyo. Lalala.


satunotahati: terima kasih Ya Rabb atas kemudahan setiap urusan serta rezeki yang diberikan.
terima kasih encik suami kerana mengizinkan.



XOXO, 
Mak Arissa.


Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more>>>

Wednesday, March 27, 2013

Sakit Kayap

Assalammualaikum. Hai.

Macam saya cakap kat 'satu nota hati' sebelum ini, saya nak cerita pasal sakit kayap. Encik Suami cakap apa, "tak rock ah kalau bagitau bos kena sakit kayap". Haha. Memang lah kan. Saya pun gelak. Kui3. Tapi, walaupun namanya tak rock sakit nya. Siapa yang pernah kena je tahu. Stress ooo. 

It was happened around 2 weeks ago. Memang ada satu 'biji' at my back dan badan masa tu memang lenguh-lenguh plus sakit-sakit sendi. I thought stress sebab banyak sangat kerja so badan tak berapa nak boleh terima sangat jadilah macam tu.

Jumaat, saya notice macam ada rashes - normal rashes pada paha kiri. Assumed normal rashes sebab tak gatal, tak sakit. Ahad saya pergi Purple Walk yang wajib itu. Tanya senior tentang 'biji' at my back dan dia terus cakap macam kayap. Dup Dap jantung mak Arissa tau.

Encik suami suruh saya balik. Sebab saya seorang dekat KL. Tak tahu nak ke mana. Plus masa lepas saya pergi panel clinic tak ada doc perempuan saya memang rasa 'very the down'. Tak tahu hala tuju. Duduk dengan fikiran kosong dekat bus stop. Hoho. Ko hado?

So, Isnin saya pergi jumpa pakar kulit. Kebetulan doc tak ada di Ipoh on Monday, so kami kejar doc sampai ke Taiping. Haha. Doc cakap, kayap ini datangnya dari virus herpes dan boleh berpunca dari stress. Ha.. Stress pun boleh buat kayap tau. Kome jangan stress tau. Huhu.

Doc tu terror. Tengok je biji at my back terus cakap, "ini kayap". Ngeh3. Dan masa dia bagitau cara nak sapu ubat, dia cakap nanti u akan nampak macam rupa ular. Sebab itu orang cakap macam ular. Tapi, saya tak nampak pun rupa ular. Haha. Bintik2 halus tu macam memenuhi ruang. :p

Soalan bodoh yang saya tanya. Eh. Tak lah bodoh tapi nak dapatkan kebenaran. "doc. betul ke orang cakap kalau kayap ini bercantum boleh mati?" Korang, doc tu gelak tengok muka saya sambil geleng. "tidak. tidak. kayap tidak akan bercantum. dia pasti hanya akan separuh je." Saya? Malu la.. Hihi.

Doc suruh saya berehat sepenuhnya. "bagi isteri u berehat betul2. jangan suruh dia buat kerja. jangan suruh dia shopping. layan dia macam puteri." Encik suami sengih jer la tapi saya degil tak nak hantar Arissa pergi rumah ibu. Alah. Setakat nak buat susu, masak lunch, dengan bagi mandi. Kan?

But seriously, memang sakit lepas bersalin tu lebih ringan rasanya sebab saya kena di bahagian paha termasuk celah lipatan. Wow double Wow!! Encik suami, "kenapa saya tengok awak dah rupa orang baru lepas bersalin berjalan." Sakit satu. Satu lagi takut gelembung air pecah. Dah la gemuk. T___T

Tapi kan, tak ada lah rehat sangat. Hoho. Asyik drove sana sini. Nasib baik boleh drove yer dak? Adik ipar lah yang teman. Oh! Stress lagi bila makan pun susah hokey! Masa berpantang at least boleh juga makan ikan bilis ke ayam ke ikan ke. Ini tidak. Vegetarian terus. Hamek kau! >_<

Saya kena makan 4 jenis ubat - antiviral, antibiotik, sakit urat & pain killer. Mentua buatkan air penawar tempoh hari. Alhamdulillah. Sabtu lepas dah kering juga. Cuma masih ada beberapa gelembung air yang buat doc bagi lagi MC 5 hari. Sekarang memang nak tunggu kering. Satu lagi azab - gatal! 

Memang, nak kena sentiasa selawat sepanjang kena kayap nih. Sakitnya memang mengundang stress. Alhamdulillah suami banyak sangat membantu. Suami lah yang pagi-pagi sebelum pergi kerja sapukan ubat, balik kerja sapukan ubat lagi. Dan suami juga tempat saya melampiaskan marah. =_='

Alhamdulillah. Till pagi ini, ketika entri ini ditaip - saya cuma menanti keringnya gelembung air yang telah pecah. Eh. I'm supposed to be at Langkawi hari ni. Alhamdulillah. Allah listened to my kata hati tak nak pergi tapi dengan cara Allah menduga saya dengan kayap nih. InsyaAllah terhapus dosa2 kecil.

Kalau tak sakit, saya tak mungkin dapat uruskan wish saya tu secepat ini. Semuanya ada hikmah disebalik satu kejadian. Kan? Oh. Saya memang duduk rumah mentua 2 minggu ini. At least, ada orang yang boleh tengok-tengok Arissa masa mandi ke, atau membroot ke. Hoho.

Ok lah. Tak ada gambar lagi untuk tatapan. Malas nak transfer ke laptop. Gambar kayap? Korang google jer lah na. Tapi saya yang mild je. Hihi. (takut gambar kayap kat google).

satunotahati: nak pergi urus wish hari ni.
insyaAllah hari ini selesai.
dalam hati ada senyum.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Tuesday, March 26, 2013

2 3 hari lagi?

Assalammualaikum. Hai.

SIMPLE & QUICK UPDATE

Saya pernah cerita saya ada satu BIG WISH yang nak dijadikan kenyataan tahun ini. Dan, insyaAllah akan menjadi kenyataan dalam dua atau tiga hari lagi. Weeeehhuuu! I'm seriously sangat over-excited. Same goes to my husband yang dah bertungkus-lumus juga. Ngeeeee.

Oh. Ini pinjam laptop ayah mentua. Since cuti sekolah, saya tak boleh nak online lama-lama sebab biasalah budak-budak gila game. Bapak budak pun boleh gila game. Yer dak? So, ambil kesempatan reply semua email yang masuk berpuluh-puluh itu dan berkongsi kegembiraan nih kat sini. Agagagaga.

Dah lama tak update. Baaanyak benda nak cerita tapi dalam tak sihat gigih jugak nak bersama dengan anak duapuluhempat jam buat saya tak sempat nak update waima dengan tab mahupun phone. Hoho. Plus anak saya sangat gemar tengok video kids song hokey! Esok lusa pandai cakap omputih mak pak nganga. Kah3. Poyo! :D

Ok lah na. Nanti bila benda dah betul ada depan mata saya akan kongsi semula. Hihihi. Dalam sakit-sakit saya gigih juga ke hulu ke hilir urus itu ini. Serius. Sakit lepas bersalin lebih ringan dari sakit yang saya tanggung sekarang. Later akan kongsi hal sakit nih dengan korang ye. Tuuunnggguuu! Pasti akan dikongsikan juga. Pasti. Janji! :p

satunotahati: ada banyak nak cerita.
pasal anak dah 1tahun 2bulan.
pasal anak dah tukar susu.
pasal anniversary 2 years.
pasal sakit kayap.
pasal carik pasal.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Friday, March 15, 2013

Workloads

Assalammualaikum. Hai.

March yang sibuk. Super sibuk. Sampai rasa nak muntah hokey. Setiap hari paling lewat balik pukul 7. Well, hidup single di kota metropolitan ni kan. Balik awal ke balik lambat ke, still balik rumah cuma boleh tengok muka housemates. Huhu. Redha je la. 

Sedar tak sedar tinggal lagi 15 hari nak masuk bulan April. Pada mulanya kami merancang sesuatu tapi well, biasalah kan. Kita sekadar merancang. Bulan Mac kan bulan kebahagiaan saya. Love it hokey! Hehe. 25 Mac, genap 2 tahun usia perkahwinan kami. 26 Mac, genap 3 tahun usia pertunangan. 28 Mac juga, 3 tahun sudah saya memegang ijazah. 25 Mac juga, 50 tahun usia mak. ^______^

Next week, saya akan ada Kursus Pengecaman Kayu for three days. Hoi. Dah kata kau kerja kayu waima kau dalam Unit Statistik, kau kena juga tahu. Isk. Isk. Isk. Then 26 Mac nanti saya ke Kelantan. Mungkin 27 Mac pula saya akan ke LIMA, Langkawi. Dan saya tengah berkira-kira nak cuti on Friday. Tapi 19 April saya dah mohon cuti jugak. Camner tuh? Waduhhhh. Huhuhu.

Teringat husband dah few times ajak ke Langkawi, tapi takkan nak pergi time ni kot. Gila kentang mahal hotel time nih. Tau je la LIMA. Saya pergi sebab free. Ate, urusan kerja kata nya. Huhu. But still, mungkin kami plan to go somewhere yang kami masih sama-sama tak tau nak ke mana. Cameron tak masuk dalam list sebab dah block a date on May to be there with lovely buddies. Hak3.

Tapi kan, saya memang nak sangat dok dalam suasana kampung. Tengok Felda Residence Trolak. Weekend jer full. Apa nih?!! Sabotaj ai eh? Huhuhu. Nak kampung. Nak kampung. T___T. Oh. Dah hampir 8 bulan kami dalam LDR. Mungkin, it's time to plan for a good start menjelang anniversary kerja. Hahahaha. Poyo!

EH! NAH SELINGAN!

Dak Ucuk Kami

breakfast pandan bread

muka dah bosan dengar kids song kat hp ayah. hihihi.

see! mainan dia jarang bersepah. tapi dia suka bekas makeup dia. huhuhu.
satunotahati: tak balik minggu ini gara-gara purple walk.
ai is menyampah okay.
ai is rindu.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Thursday, March 14, 2013

Spontaneous : Lemak Manis





Assalammualaikum. Hai.

Pagi ini senyum meleret sepanjang jalan bila tiba-tiba encik suami post video nih kat FB walaupun pada mulanya sentap Mak Arissa tengok Dua Orang Permaisuri & Puteri. Haha. Baru sedar yang En. Suami suka sangat mengenepikan tanda noktah mahupun koma.

Terima kasih sayang walaupun lagu itu lagu rakyat yang buat saya rasa macam erk? But still, InsyaAllah kite faham apa yang awak nak sampaikan pada kite. And the truth is I miss you & Arissa even more. Thanks sebab hari ini awak buat kite lagi senyum lebar. (almaklum, plastic jadi romantic. melting derrr! hihi.)


satunotahati: mungkin dia tak baca hari-hari.
sekurang2nya dia ada baca.
lambat pun tak apa.



XOXO,
Mak Arissa.


Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more>>>

Wednesday, March 13, 2013

Detective Conan

Assalammualaikum. Hai.


Cik Isteri : Kite odw ke Banting & Klang

Encik Suami : Wahh. Buat apa?

Cik Isteri : Kite kan nak siasat aset hilang tuh.

Encik Suami : Waahhhh. Detective Conan.


Huhu. Itulah dia nya. Kadang2 cakap serius pun jadi main2. Tapi saya ok je. At least time tengah stress Encik Suami lah pengubat lara. Cik Anak bukan boleh SMS dengan mak pun kan. Huhu.


Sekarang kat Klang. KP bagi kepercayaan untuk jadi salah seorang peg. penyiasat kehilangan aset. Kriteria apa yang dipandang maka saya terpilih saya sendiri tak tau. Hahaha. Tapi saya merupakan seorang peg. penyiasat yang tak bersuara. Kah3.


But at least, berjalan juga. I mean keluar juga dari office kan walaupun sebenarnya tak suka. Hahaha. So hari ini hari pertama jenguk FIDEC n cawangan Klang setelah 8 bulan bekerja. Sadis jek. Hihi. Btw, dengan lantikan ini juga saya akan ke Kelantan hujung bulan ini. Negeri yang saya naaakkk sangat pergi selama ini.


satunotahati: penjawat awam naik gaji? ngee....


XOXO,

Mak Arissa.


Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more>>>

Wordless Wednesday : Anak Shopping ~!

Assalammualaikum. Hai.

Ini kisah 2 minggu lepas. Seperti biasa di hujung bulan. Shopping barang rumah walaupun tak serumah setiap hari. Hehe. Well, weekend kan ada. Haruslah masa tu digunakan sebaiknya nak bagi anak suami rasa air tangan sendiri walaupun tak sesedap mana. :p

sebelum shopping~ ilek2 kat Black Canyon

dak ucuk memang sentiasa busy

sambil menanti order, main cak2 ngan dak ucuk

bila mama' ambil dompet terus wat muka innocent

nampak tu. dah tukar baju. biasalah lepas makan. =_='

so, terus heading ke TESCO. sebelah jek ngan JUSCO. =P

ini ilek2 cool2 lagi.

then terpaksa dibiarkan bebas. nak shopping sekali.

bukan main happy. bebas!

nampak tak bertapa dia gembira? haha.

apabila dimasukkan semula dalam troli. moncong. menjerit. merengek.

mahu tak mahu. biarkan dia shopping sekali. T_T


dan ttaaaarrrraa!!! guess how much this costs?

She's no more a baby yang akan akur duduk dalam troli tak minta keluar. Malah dia tak nak langsung masuk dalam troli. Haha. Dia akan angkat kaki dia bagi tergantung. Mahu tak mahu, kita kena sama-sama shopping. And luckily, anakanda tak ada nak grab something dan paksa nak. Haha. Dia banyak geleng kepala okay! Tunjuk patung/teddy or apa2 je mainan dia geleng. Tunjuk labah2 dia ambik. Camner tu? Huhu.

satunotahati: encik suami asyik je cakap tak nak beli baju Arissa ke.
mak asyik replied tak tengok ke baju kite beli tu.
encik suami diam.
hihihihi.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Tuesday, March 12, 2013

Ilmu

Assalammualaikum. Hai.


Pssst! Tau tak. Dulu saya pernah bercita-cita nak jadi penulis. Sebab saya suka membaca. Tapi bila saya dah masuk science stream, saya jadi banyak merapu. Jangan kata nak berpuitis, ilmiah pun saya jadi kematu. :'(


Bila dapat whatsapp tu saya terdiam. Kelu. Sampaikan saya tak tahu nak jawab apa. Saya hilang proper words untuk replied. Well, kalau Retis tak apa. Haha.


But then, Alhamdulillah. Sekurang2nya ad juga yg bermanfaat untuk semua. InsyaAllah.


satunotahati: asyik terfkir nak pergi satu tempat. huhuhu.


XOXO,

Mak Arissa.


Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more>>>

Sunday, March 10, 2013

Warna Vs Aura

Assalammualaikum. Hai.

Hehehe. Tiba-tiba nak kongsi pasal Warna & Aura. Kebetulan terbaca dalam Majalah Wanita housemate. So, meh la kongsi. Semoga bermanfaat. InsyaAllah. ;D

Well, tak perlu nak bagitau semua orang dah tau yang warna ni memainkan peranan dalam menyerlahkan penampilan seseorang. Kan? Kalau warna yang dull pilihan nya maka kita tengok pun ada rupa dull sikit. Kalau cerah warna nya maka kita tengok macam ceria je orang nya. Ha, gittew.

PUTIH

Of course semua orang maklum - putih lambang kesucian. So, sebaiknya kita guna pakaian/aksesori yang warna putih on Monday sebab Isnin permulaan hari which is very important to get back our mood. Tak mau la Monday Blues kan. Hehe. Masuk office on Monday, kerja ada banyak yang tunggu untuk kita settle kan. So kita kena ready dari semua aspek fizikal, mental & rohani. Katanya, kalau guna pakaian warna putih akan buat kita rasa polos & ready nak berdepan dengan apa je benda dengan tenang. InsyaAllah.

MERAH JAMBU

Orang Sarawak kata warna KALAS. Hihihi. Sesuai sangat pakai pakaian warna merah jambu atau boleh ganti dengan warna purple on Tuesday. Konon nya, warna ni akan buat kita lebih ceria & kelihatan lebih muda dari usia sebenar. Auwww! Hihihi. Warna merah jambu/purple ni mewakili kasih sayang dan tumpuan serta memberikan aura positif pada kita. So, secara tidak langsung kita akan rasa gembira dan selesa. Best kan? 

BIRU

Warna biru ni khabarnya boleh melancarkan/memudahkan komunikasi. So, disarankan mesyuarat dijalankan pada hari Rabu sebab pakar motivasi percaya akan kelebihan aura warna biru ni akan menghasilkan idea yang lebih bagus dan keputusan yang tepat. Kata nya, warna biru boleh mendorong kita berfikiran rasional dan membuat keputusan yang tepat. Nak rasional, pakai la biru setiap hari. Hihi.

KUNING

Kita digalakkan pilih warna kuning atau oren sebagai tema on Thursday sebab warna ni akan memantulkan tenaga dan menjana pemikiran yang lebih kreatif & kritis. Warna ni akan buat kita ceria dan bergerak aktif yang mana ia mendorong tubuh kita kekal bertenaga dengan pemikiran yang cergas sepanjang hari.

HIJAU

Warna kegemaran Rasulullah SAW. Tengok pun tenang kan? Jumaat nih hari last kita bekerja so otak pun dah letih plus tepu. So sesuai sangat nak pakai baju hijau sebab warna ni insyaAllah boleh memberikan ketenangan diri dan mengembalikan keseimbangan rohani, emosi dan jasmani. 

MERAH
Of course lambang berani. Hehehe. Pakai warna merah hari Sabtu sebab kita dah bersama keluarga - masa rehat/santai. So, penggunaan warna ni boleh bangkitkan aura keberanian, kemewahan & tuah kepada si pemakai. Boleh lah weekend cuba buat sesuatu yang baru bersama keluarga kan.

HITAM 

Okay. Hitam. Sesuai sangat untuk rehatkan otak, emosi dan fizikal. Warna ni akan buat kita berada dalam zon selesa dan privasi. Kira nya kita berehat secukupnya supaya kita dapat kembali tenaga sambil merencana hari akan datang.

Best kan tips ni? Kalau banyak baju dalam almari tuh, try la tips ni. Saya tak ada baju warna hitam, kuning dan hijau. Hahahahaha. So, tak berapa nak berjaya kalau nak follow. Kui. Kui. Kui.

satunotahati: saya main hentam je labu baju warna apa pun pergi kerja.
hahahahahahaha.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Saturday, March 9, 2013

Dapur : Begedil Baby ;D

Assalammualaikum. Hai.

Sabtu lepas, saya buat begedil untuk Arissa. Tengok dari Mama Fayel dan resepi dari Mommy Mikhael - Begedil Harimau kata nya. Hehe. Bahan-bahan very the simple. Kentang, carrot cincang, daging/ayam (saya guna daging), bawang holland (saya guna bawang besar) & daun bawang (saya guna sawi). Haha. Punca guna bawang besar dan sayur sawi sebab encik suami tak dapat cari. Tapi, itu bukan penghalang. Kan? 

bahan-bahan nya


oh hai! ini chef leader kami. hahaha.

rebus kentang & daging

dah empuk. kita tos kering-kering. ngeee.

lenyek dan campurkan semua ramuan. ^_^

sambil tunggu minyak panas, sediakan telur.

bulat kan adunan. celup dalam telur dan goreng!

taaarrraaa...mak Arissa pun suka.. hahaha...

lunch konon-konon deco lah nasi anak. hahahahaha. bento buatan tangan. :p

 Alhamdulillah. 4 ketul begedil anak dara ni makan tengahari. Nasi? Hihi. Terabur je lebih. LOL!

saya freeze untuk goreng petang pulak

dan anak dara ni tetap nak jadi chef leader kat dapur. @_@
satunotahati: seronok sangat dapat masak untuk Arissa dan encik suami di hujung minggu.
Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Friday, March 8, 2013

Tak Sesuai Anmum?

Assalammualaikum. Hai.

Dah lebih sebulan berlalu. Tempoh hari, bermula 25 Jan (birth date anakanda) Arisa dah mula tak sihat. Began with batuk dan kemudian demam. Agak extreme bila Arissa batuk kemudian muntah. Dah banyak kali Arissa muntah kat tempat public. Kadang-kadang, tak batuk pun Arissa termuntah. Tak ke risau? Huhu.

Bila dah drag sampai dua minggu tak sihat-sihat, mak Arisa nih lagi la risau. Tambahan pula bila anak kawan masuk wad lebih dari tiga hari sebab ada infection pada paru-paru. Tak mak Arissa nih cuak? Huhu. Macam-macam dalam kepala otak bila dia dah sihat tapi ada juga muntah cuma tak kerap.

So, kami decided ke Klinik Pakar Kanak-Kanak di Tambun. Ramai yang suggest doc apa entah kat Wangsa Maju nun ha. Kami kat Ipoh. Jauh bebeno. Huhu. Oh. Masa tanya pendapat mommies, ada yang cadang untuk buat nebulizer & tukar susu - Sustagen / Enfalac. Time nih tak tahu lagi punca anak muntah. Agak-agak je sebab anak ada kahak (neb) dan muntah (susu x sesuai).

Dah tanya doc berkenaan dengan anak muntah berkemungkinan sebab susu yang tak sesuai. Doc kata tak sebab Arissa baru je lepas tak sihat. Still ada kahak. Setiap anak nih berbeza. Doc kata Arissa pandai sebab buang kahak melalui muntah. Baguslah Arissa muntah. Kahak terbuang. Asalkan anak tak lembik.

Tanya juga bila masa nya anak-anak akan buat nebulizer. Doc cakap nebulizer hanya akan dibuat sekiranya anak macam bernafas tak lepas yang membawa maksud - ada kahak menyekat saluran pernafasan. Boleh agak tak macam mana? Bunyi macam ala-ala semput tuh ha...

Saya tanya juga tentang pemberian susu formula. (ye, susu ibu terbaik.) Then doc senyum sambil cakap, zaman saya dulu minum Lactogen je semua sihat walafiat. Hehe. Katanya, susu yang mahal disebabkan oleh kajian yang mendalam untuk imitate susu ibu which is mean almost likely susu ibu. Tak akan ada yang exactly sama. 

Harga susu yang mahal dianggap lebih agak menyerupai susu ibu. Dan pemilihan susu untuk anak adalah terpulang pada kemampuan/keselesaan sendiri. Senang cerita, ukur baju badan sendiri. Ha gittew. So, kami pun still continue dengan Anmum Langkah 3 - selagi masih ada rezeki Arissa. Ehehe.

Ahad lepas try juga survey Anmum vs Enfalac vs Sustagen vs S-26. Compare kandungan/komposisi nutrisi yang ada kat kotak / tin tuh. Tengok secara rawak je. Hehe. Saya rasa Anmum melebihi yang lain. So masa tu rasa macam 'ok saya yakin nak teruskan Arissa minum Anmum.' Hahahaha.

satunotahati: selagi mampu selagi Arissa tak bermasalah.
selagi itu mak ayah teruskan dengan susu itu.
tak apa budget lebih ke situ.
demi mu wahai anak ku.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Thursday, March 7, 2013

Twitter vs Facebook vs Instagram

Assalammualaikum. Hai.


Lately which is actually began last Friday, Mak Arissa decided to fully utilize her Twitter account. Frankly, tujuannya tempoh hari adalah nak tengok update from Ministers regarding Lahad Datu issue since they ols khabarnya memang update through Twitter banyak benda.


Lepas tazkirah juga saya macam realized something so saya decided to share all good things in Facebook sebab kat situ half of thousands friends I had are my real friends. Real but not true. Ha gitteww. Hihi. Twitter pulak basically memang tempat saya merapu-rapu gitu since anak suami tak ada kat tepi boleh la nak bebel sikit luah perasaan. Kata tweet. Kan... Haha.


Insta? Will over loaded bila hujung minggu. Insta Mak Arissa akan jadi busy yang amat. Well, dah nama pun dengan anak kan. Haha. Nak upload gambar sendiri? Huhu. Saya dah gemuk. Saya tak nak tunjuk pipi yang tembam. KuiKuiKui. Diet please!!! :P


Hidup perlukan perubahan. Berubah kepada yang lebih baik. Jangan jadi lebih teruk pulak. Hidup jangan penuh pura-pura aka hipokrit. Hidup pura-pura tak akan bahagia. Adakalanya orang bercerita tentang kebahagiaan mereka yang direka-reka. Dan kemudian akhirnya kecewa kerana realitinya tidak sama seperti yang diceritakan. Berpijak di bumi yang nyata ok.


satunotahati: Allah berikan rezeki lagi.

sabtu ni  suami dapat job lagi.

terima kasih pada Illahi.


XOXO,

Mak Arissa.


Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more>>>

Wednesday, March 6, 2013

Hidup: Alhamdulillah.

Assalammualaikum. Hai.


Alhamdulillah. Tak banyak tapi Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi pada kami. Save the date tu jadual encik suami jadi co-photographer. Alhamdulillah. Walaupun tak semua bulan tapi sehingga Ogos, date dah kena block. DSLR itu sememang membawa rezeki buat kami selain dari ambil gambar anakanda sepuas-puasnya. But, Galaxy Camera for mom please!! Haha. *tamak*


Itu lah side income suami sejak kami kahwin. Boleh cover sedikit duit gaji yang dah potong untuk rumah. Orang kata, susu Arissa boleh lepas lah. Hehe. Tapi saya kata, belanja saya dan Arissa makan besar pun ok. HewHewHew. Minggu lepas konon nak belanja diorang makan tapi at last Encik Suami yang bayar. Wehuu. Lucky mak Arissa pilih Black Canyon. Gittewww!


Allah bagi rezeki pada kita dengan pelbagai cara. Terpulang juga pada kita bagaimana nak mendapatkannya. Usaha itu sudah tentu. Jujur. Ikhlas. Amanah. Tak banyak tak apa. Asalkan sumbernya betul dan halal. InsyaAllah kita akan rasa berlebih.


satunotahati: tremendously grateful with everything.

alhamdulillah.


XOXO,

Mak Arissa.


Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more>>>

Wordless Wednesday : Purple Walk

Assalammualaikum. Hai.


Alhamdulillah. Minggu ini boleh balik Ipoh. Yeay! Rasa nak melompat walaupun sekadar ditunda. Huhu.


Purple Walk ni akan ditunda kepada 17 Mac 2013. Semalam tengah aa briefing tiba-tiba datang seorang hamba Allah bagi kad dan pengumuman Purple Walk ditunda buat semua orang gembira. Lalala.


satunotahati: dah mula fikir2 nak masak apa weekend nih untuk suami & anak tercinta. :)


Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more>>>

Spontaneous : Tudung

Assalammualaikum. Hai.

Tatkala sepasang suami isteri makan tengahari,

Encik Suami : Awak bila nak pakai tudung labuh?
Cik Isteri : (telan air liur nasib baik tak tersedak).
Encik Suami : (tengok muka cik isteri).
Cik Isteri : Awak belanja saya beli tudung baru.
Encik Suami : Eh kenapa pulak?
Cik Isteri : Sebab tudung bidang besar lagi mahal.
Encik Suami : Yeke?
Cik Isteri : Aah.

Suami isteri diam. Menikmati juadah tengahari.

Alhamdulillah.
Terima Kasih Ya Allah.
Alhamdulillah.
Terima Kasih Encik Suami.
InsyaAllah.
Masa Itu Pasti Akan Tiba.


(^_______^)

satunotahati: setiap seorang hamba Allah semestinya mahu menjadi lebih baik.
tetapi, perkara yang baik syaitan sudah tentu membenci.
banyak dugaan yang perlu ditempuhi.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Tuesday, March 5, 2013

Postpaid Celcom

Assalammualaikum. Hai.

Finally. Saya pengguna Celcom Postpaid. Actually, ini first time saya guna postpaid bersamaan dengan bil. Sebelum ini kami tak pernah merancang nak guna bil. Takut over pakai lepas tu tak berapa mampu bayar lepas tu kena block tak boleh buat call mahupun sms. Hihi. 

Dan hari ini bermulalah perjalanan kehidupan saya dengan Celcom Postpaid setelah banyak kali timbang tara. Huahuahua. Saya ambil Pelan RM68 sebulan dengan kapasiti 3GB, kelajuan 7.2Mbps dan dapat percuma 60 minit panggilan percuma (Celcom) dan 60 sms percuma (semua network). 


Kenapa saya pilih Celcom? Ok. Walaupun banyak jugak kelemahan Celcom tapi Celcom satu-satu nya network yang memang reliable pergi ceruk mana pun ada. Worldwide kata nya. Hihi. Since hari ini hari pertama, so saya tak boleh nak review. Tunggu dapat bil yang pertama nanti ye. Jimat atau tak. Hehe. Korang guna plan apa sekarang? Share lah. :)

satunotahati: dalam rasa happy takut juga terlebih.
hahaha.

XOXO, 
Mak Arissa.
Read more>>>

Hidup : Kasut vs Bag

Assalammualaikum. Hai.


Taip entri macam ikut office days sebab weekend tak sempat nak taip apa-apa. Sibuk dengan anakanda serta suami sambil berinstagram. Hihi. Siibuukkk saaangggaatt konon nya. :P


Kasut dan beg. Which one do you ptefer the most? Tak boleh 2. Pilih satu je. Hehehe. Bagi saya, saya pilih kasut. Tak kisah lah kasut or sandal whatsoever we call it. Asalkan tak berkaki ayam. Hehe.


Kenapa saya pilih kasut? Sebab.. Kasut itu yang akan saya gunakan untuk melangkah dengan selesa. Dan kononnya kasut itu lah nanti akan membawa saya ke destinasi cinta saya - Paris. Huahuahua. Tak salah mencipta angan-angan kan?


Last time saya memang suka beli kasut. Ada macam2 color & pesen kata orang Sarawak. But itu kira nya years ago kot. Then bila dah jumpa encik kawan aka encik suami. Saya stick to one shoe at one time. Sampai lusuh tak boleh pakai.


Dulu saya rasa macam tak berbaloi beli kasut yang cost nya hundreds. Boleh beli 3 4 pasang kasut. Tapi, at last saya realize kasut yang satu itu much more comfortable & jangkahayat juga lebih lama. Bayangkan, satu kasut saya boleh pakai 3 years. Tak peduli orang nak kata apa asyik kasut yang sama.


Oh. Beg? Ye. Beg juga boleh bawa ke Paris. Tapi kan. Handbag nak bawa pergi Paris? Tak puas ok. Nak g Paris kena bawa bagpack. Kah3. Sebut 40 kali nak g Paris kompom dapat pergi tapi tak tahu entah tahun bila. Lalalala.


Sebelum ini saya memang pakai handbag juga. Tapi bila saya dah kerja KL semula saya rasa penggunaan handbag yang comel lote molek lawa tak sesuai. Kalau pakai handbag tesco korang rasa peragut berkenan tak nak ragut? Huhu. Masa di KLMU saya bawa.over 3k dalam woven bag sahaja nak g beli tiket. Zue mesti ingat kan?


So saya ni kesimpulannya banyak jauh berbeza dari normal nya seorang wanita. Saya tak tahu kenapa entah. Ada something wrong inside kot. Hahaaha. But deep inside Alhamdulillah. Saya masih wanita tulen. Ops! Haha.


XOXO,

Mak Arissa.


Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more>>>

Friday, March 1, 2013

Hidup : Mak Mak Sangat~

Assalammualaikum. Hai.

Hehe. Ate...dah nama pun mak. Haha. Haruslah beperwatakan mak gittew! Kui. Kui. Kui. Tadi, balik kerja singgah AEON Maluri. Staffs saya dah kecoh konon nya esok ada JCard Day kat situ. Saya kan suka window shopping dan membanding harga sebelum & selepas. Haha. Harus lah saya berlagak seperti floor manager meninjau keadaan. Kah. Kah. Kah.

Hall dekat bawah memang ada ala-ala baby fair jugak. So, babies apparels, accessories, toiletries dan etc. semuanya ada di bawah. Saya pusing 2 3 kali juga tapi tak ada yang berkenan. Sambung perjalanan nak tengok handbag kata nya. Eh! Fyi, saya guna beg kain harga RM19.90 beli dekat Tesco je tau. Tahan uols. Iols kan lasak. Dan iols ni bukan lah jenis yang girlish sangat. Hahaha. 

Tengok handbag. Tengok kasut. Semua tak berkenan. Bila tak berduit semua tak berkenan, yer dak? Haha. But seriously, tak jumpa lagi beg yang saya boleh rasa saya sesuai 'belasah' beg tu dengan secukupnya. Hoho. So, saya terus melangkah bawa kaki - tempat baby lagi. Haha. Tak ada juga yang berkenan. Tetapi, bila saya lalu dekat satu tempat area dan akhirnya....











miki in the house
4 price tag. 2 pasang baju + seluar. Huhu. Ikut kan hati nak je ambik semua design. Lupa dah pasal konon nya duit tak berapa nak ramai kalau beli handbag / kasut. Kah. Kah. Kah. Lepas tu diri sendiri pelik dengan kejadian sedemikian rupa. Musykil dengan diri sendiri. Haha. Terus SMS mak.

Saya : Mak, memang begini eh bila kita ada anak. Mulanya orang nak beli barang untuk orang sendiri. Orang rasa macam mahal sangat. Tapi bila tengok baju Arissa, orang tak fikir dua tiga empat kali orang bayar je seolah-olah awal tadi tak ada fikir pasal barang mahal. Nilai sama pulak tu.
Mak : Ye lah. Memang lah macam tu. Mak pun macam tu jugak. Dengan anak sanggup berhabis.
Saya : Tu la..

Alhamdulillah. Saya diberi peluang untuk jadi seorang mak dan melalui setiap detik sama seperti mak.  Saya bersyukur sangat-sangat. Semua ini menambah-nambah kan lagi kasih sayang kepada mak dan bapak. Sekarang dah betul-betul faham akan pepatah, "bagai menatang minyak yang penuh". Tapi, bukan lah bermakna awak nak beli jugak walaupun duit tak berapa nak cukup tunggu hujung bulan. Contoh nya. 


untuk mu anak
Februari. Inilah dia. Hihi. Mak punya? Non hado. Ayah punya? Juga non hado. Well, mak mak kan. Hujung minggu ni kalau pegi shopping, tak boleh pergi area budak. DANGER. Hehe. Bulan depan pulak. Haha.

Ok lah. Ini betul-betul merapu. Beli baju 2 3 helai pun nak cerita kan? Haha. Bukan nak cerita pasal baju. Nak kongsi pasal mak mak ni. Korang sama tak dengan mak Arissa ni? Hehe.

satunotahati: kat AEON Maluri tak ada JCard pun. 
hari ni di AEON Wangsa Maju.
boleh lah korang pergi.
^_____^
Read more>>>
"Ya Allah, peliharalah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina, dan sihatkanlah mereka. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, jadikankah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Amin.

Iklaneka

Popular Posts

Copyright © Kalam D'Yatie Designed by azhafizah.com