Thursday, February 28, 2013

Hidup : Staffs Celcom Yang....

MALAS
(mungkin)

Assalammualaikum. Hai.

Sambung cerita kecewa semalam. Balik dari Sogo, terus direct ke KLCC. Punca? Tanya Celcom kat sana nak upgrade data plan beserta call, katanya tak boleh. Sebab? Diorang branch. Kena ke Celcom Centre / Dealer. Ringankan mulut bertanya, dapat info kat KLCC ada. So, semangat mak jemah nak ke KLCC kan? Hihi. Perjalanan tak bermotif. =P

Sampai-sampai dah jumpa Celcom. Masuk lah. Hati dah bunga-bunga nih konon nya sekejap lagi settle lah urusan kan. Huhu. Tanya lah kat staff dia tentang plan tu. Saya pilih plan data RM68 sebulan dengan kapasiti 3GB yang memberikan 1000 minit free call & 1000 free SMS tak memilih network. Saya pun tanya macam mana. Staff tu macam tak berapa reti jawab. Baru kot. Then saya tanya, "I nak guna plan ni untuk existing number. how?"

Staff tu tanya staff lagi sorang. Cong ceng cong ceng bahasa diorang. Tahu tak apa jawapan staff ti dekat saya? "kami tak ada sistem untuk existing number. kena number baru." Kalau ikut kan hati nak je cakap 'NENEK LU!'. Reason tu menipu kot. Saya pun cakap la, "kenapa kawan saya boleh. dia guna existing number. ok je." Tau dak apa dia jawab? "dia buat dekat branch kot."

Serius rasa macam nak sekeh. Saya lawan balik lah. Branch sah sah memang tak buat. Saya dah tanya dua tempat - branch. Dah pernah call Celcom Service tanya. Nak masuk kan plan internet kat existing number memang kena pergi Centre sahaja. Boleh pulak dia jawab macam tu, kan? So, saya pun cakap lah kawan saya buat kat Centre. Dia pun cakap, "eh ye ke. kami pun dealer. tapi tak ada sistem tu. dia buat dekat Pavillion kot."

One more reason yang memang unacceptable. Fuhh! Serius. Masa tu saya dah cakap agak kasar dan meninggikan suara jugak. "eh. kawan I tak ada nya buat kat Pavillion. dia buat dekat Sarawak. lagi la. Sarawak. macam mana dia boleh." Dengan muka kelat dia cakap, "Sarawak ah? tak tau oo. sini tak ada sistem tu". CIS!! Saya dah boleh agak saya akan dapat jawapan yang mengecewakan bila tengok muka staff yang dia tanya tadi jawab dengan dahi berkerut.

Saya faham. Nak masuk kan plan ke existing number might be agak rumit compare tu register kan nombor baru. Maksud nya ada lebih kerja sikit lah kan. Tetapi, kalau rasa PEMALAS sangat. Please jangan bagi alasan yang tak masuk akal. Please lah. Dan sememangnya saya kecewa. Saya dah lah pengguna setia Celcom. Setia ok! Balik rumah, roommate pun pelik bila saya cerita. Dan dia juga cakap, "diorang malas nak layan sebab nak tambah benda tu agak rumit sedikit". 

Serius. Frust weh. Haaaannggiiiin jugak lah. Erm... Siapa kerja Celcom nih? Tolong advice sikit? Hehe. Ok lah. Hari ini sambung kursus lagi. Ini pun satu hal jugak. Huhu. Macam mana kerja yang berlambak nak siap kalau asyik kursus lepas tu ada majlis yang wajib pergi lepas tu ada yang kena lawatan industri lepas tu.... Oh! Saya memang suka membebel. Till then. Bye! :D

satunotahati: instagram saya? drosmieyatie
saya dah mula bebel banyak d twitter jugak. DYatieLee

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Wednesday, February 27, 2013

Wordless Wednesday: InstaRepost


Assalammualaikum. Hai.

InstaRepost dari Ateh Arissa. Ayah Arissa entah bila nak insta sekurang2nya satu hari satu gambar anak. Nak kena maklum setiap hari. Nak kena push. Hahaha. Eh. Encik Suami baca kan? Tau dak awak, ambil gambar anak setiap hari boleh jadikan awak profesional tau. Hahaha. 

By the way, anakanda dah panjang akal. Ada aja benda baru yang dia buat. Dalam seminggu ada beberapa perkara baru yang dia dah buat. Tetiba tak sabar nak dengar dia bercerita tentang kisah 5 hari mak dia tak ada. Dibuatnya dia cerita kisah sedih. Menangis 2 beranak lah yer. Hahaha. 

 Wordless tak berapa nak wordless seperti biasa. Sekejap lagi nak masuk kursus Pengacara Majlis & Peningkatan Imej. Tau la next month I kena mengacara majlis. Dan tau la imej I ni dah mengalahkan makcik cleaner. Huhu. Tapi, I love to be myself. As long as saya berpakaian kemas & bersih. Ok lah kot. Hahaha. Muka pucat? Anggap lah saya memang tak sihat. Hahahaha. 

 satunotahati: masih ingat zue pernah cakap, saya memang betul2 berperwatakan kampung. 
alalala. saya bangga & saya tak malu. ;)

XOXO,
Mak Arissa.

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more>>>

Tuesday, February 26, 2013

Hidup : Sogo Baby Fair


Assalammualaikum. Hai.

Manusia suka terpengaruh kan? Haha. Bersemangat balik kerja 530 tepat nak pergi Sogo memborong kata nya. Tapi at last saya frustrated. Balik dengan 2 helai baju je. Baju Arissa, of course.

Kenapa saya frust? Ermm. Mungkin saya expecting more than what it should be. Last time I went for Sogo's Baby Fair, saya rambang mata. Tapi kali ini tak rambang. Boring. Nothing special. And as always, saya mesti terjumpa item yang tak ada beza dengan item sales. Well, saya manusia yang suka window shopping. Haha.

Anyway, Alhamdulillah. I spend less than 50. Pada mula nya nak beli bottle sip Avent but the price is expensive compare to the price we saw at Ipoh Parade. Oh! Avent yang ini tak ada sales. Hehe. But still, mahal. D Ipoh bukan harga sales juga.

Erm. Mungkin saya pergi dah lewat kot. Orang lain pergi awal saya baru pergi hari ini. So yang cantik lawa comel orang lain dah grab. Tak apa lah. Bulan depan kita shopping sakan ye Arissa. InsyaAllah. Hehe. Mak nak beli car seat pun nak bawa balik Ipoh camner. Haha.

Sekarang saya dalam LRT. Dah frust tadi pergi ke KLCC. Haha. Frust juga dengan Celcom. Hampeh okay! Huhu. Nanti cerita next time. Singgah Uniqlo konon nak belikan baju untuk encik suami. Encik suami tak bagi. Huhu. Jimat duit isteri. Kah. Kah. Kah. Ok lah. Nak sampai rumah dah. Nak beli nasi ayam penyet. Sambil makan sambil tengok Surat Dari Langit Biru sama dengan saya gemuk. Haha.

satunotahati: dari Masjid Jamek sampai ke Cempaka kepala tunduk taip entri ini. 
semangat! hahahaha.


XOXO,
Mak Arissa.



Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more>>>

Gadget : Kenapa Samsung?

Assalammualaikum. Hai.

Ecewah! Haha. Well. Benda masih baru. Kah. Kah. Kah. Poyo! Sebenarnya, dulu masa rancang nak tukar telefon saya sangat suka dengan Blackberry. Pilihan saya cuma Blackberry, Samsung dan Sony Ericsson. Nokia? Kesian Nokia kan. Kebelakangan ini, Nokia sering dipandang sepi. Walhal Nokia dah banyak berjasa dekat kita semua terutamanya Nokia Tiga Tiga Sekupang yang campak kat dinding, dinding pecah. Haha. Tapi, saya lebih kepada Blackberry. Sebabnya,

  • macam professional orang yang pakai, kah kah kah
  • tak nak touch screen, konon nya
  • nak qwert pad, senang kata nya
  • nak bbm, ramai dah b'bbm

But, bila dah survey sana survey sini. Banding sana banding sini. Buka kitab sana buka kitab sini. Tanya sana tanya sini. Ada yang suggest beli Iphone 4s. Kah. Kah. Kah. Lama-lama survey, tengok trend semasa, tengok orang dalam LRT - Blackberry reject. Kenapa reject? Tak perlu nak cerita kat sini kang pengguna Blackberry marah saya. Hihi. Cuma boleh cerita dekat staff seorang yang guna Blackberry, akur dah tu. Haha. Sat lagi tukar lah tu. Kui. Kui. Kui. Dan hasil survey, maka kami buat keputusan Samsung S Advance. Suami dah pakai sebulan lebih awal dari saya. Pada mulanya saya nak Samsung S3, konon tak nak sama dengan suami. Tak rare katanya. Tapi encik suami kata, biarlah sama. Warna pun nak sama. =_=' Akur. Syurga kat tapak kaki suami. Hihi. Kami pilih S Advance sekarang sebabnya,

  • nampal professional juga, kui kui kui
  • ada secondary camera, PJJ u nak b'video call kata nya
  • nak main game, leh gaduh manja ngan suami lawan siapa terror
  • skrin luas senang nak online, saya kan suka surfing hehe
  • body shape cantik, elok masuk poket
  • boleh tengok movie, berpuluh kali tengok musical horee horee je haha
  • boleh berinstagram, weeehhuuu! aktif b'insta sekarang

Nampak tak point Samsung lagi banyak dari Blackberry. So, haruslah Samsung. Hahaha. Alhamdulillah. Walaupun tak secanggih Note 2 / S3 / Iphone tetapi saya puas hati dengan harga nya, kualiti nya dan fungsi nya. Complete! Won't asking for more. InsyaAllah. Hehe. Sekarang boleh tambah lagi romantika de amor dengan suami b'video call. Tapi, malu. Boleh? Anak? Isk. Isk. Isk. B'video call dengan dia seolah-olah macam nampak ada pergaduhan dekat sana. Haha. Cuma, stage seterusnya saya nak ambil pakej Celcom Data pulak. Broadband akan di hantar ke Sarawak untuk family kat sana. Malam tadi dah berusaha nak cari macam mana nak link kan handphone dengan laptop. Hihi.

satunotahati: sasaran nak dapatkan Samsung Note 10.1.
nak gantikan laptop yang diusung ke sana ke mari.
tapi, entah bila. oh duit! meh sini.
hihihihihihihihi.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Anak : 1 tahun 1 bulan

Assalammualaikum. Hai. 

Dah sebulan dah berlalu rupa nya. Rasa nak ulang balik saat-saat bercuti tempoh hari. Cerita tentang itu pun tak habis lagi sebenarnya. Ada lagi dua part mungkin. Haha. Nanti-nanti saya 'tepek' kan gambar ok. Eh. Anak pun dah banyak benda yang dia tahu. Mak yang lambat loading dekat blog. Sedih. Konon je kata nak update sentiasa tak kira di mana saja. Konon! Huhu.

By the way, since 25 Jan 2013 sampai lah dalam lebih kurang 8 / 9 Feb hari itu Arissa tak sihat. Batuk. Kahak. Muntah. Sampaikan nak tukar susu. Takut susu tak sesuai. Rupanya tidak. Nanti nak cerita masa bawa Arissa pergi jumpa pakar kanak-kanak ye. Basi memang basi tapi nak kongsi jugak. Hihi. Macam lah ada orang kisah, yer dak. Huhu.

Sepanjang dah jadi little toddler nih, Arissa memang semakin ligat. Itu yang dapat lebam sebiji kat tepi mata tu ha. Haha. Arissa memang tak reti nak duduk diam. Berjalan. Berlari. Selagi tak over exhausted, selagi itu dia akan berjalan, berlari, membebel, bekerja, dan berpeluh. Kui. Kui. Kui. Susah dah nak bagi tidur siang. So saya memang biarkan dia sepuas-puasnya bermain sebab at last dia akan mengalah, pergi baring dekat sebelah, golek-golek korek biji mata mak, korek hidung ayah dan kemudian. BismikaAllahhumaahyawaamut. Hehehe. Sama juga dengan malam.

Still tak berapa pandai bertutur. Jerit panggil ayah. Mendayu-dayu sebut ibu ibu bila kena paksa makan ubat. Dan jarang sekali sebut mak. Isk. Isk. Isk. Tak apa lah anak oi. Asalkan masih kenal mak ni ha setiap kali malam Jumaat kamu terbangun dari tidur. Hihi. Tak boleh tengok orang bersiap-siap, ke hulu ke hilir dia ikut orang tu. Sambil-sambil sentuh kaki konon nak bagitau nak ikut lah tuh. Hihi. Kalau tak di bawa, memang menangis lah dia. Dah biasa petang-petang tak ayah yang bawa jalan, atok & mak tok yang bawa pergi jalan. Mahu tak nya anakanda tu terbiasa. Huhu.

Bila ditanya mana Ateh, Arissa akan terus pergi ke pintu bilik Ateh nya - ketuk sambil membebel. Kalau saya ada, baik Mak Tok, Tok, Ateh, Acu, Pokde, Maklong - semua tak layan. Hihi. Kecuali mereka pakat pakai lawa-lawa atau bertudung. Terus lupa mak. Haha. Kalau dia nak sesuatu contoh nya nak air masak. Arissa tak reti lagi buka cover straw. So, dia akan datang pada kita, ambil tangan kita dan letak botol air masak dalam tapak tangan kita. Bila kita tak layan, dia akan jerit-jerit menangis. Hihi.

Dah terror sangat turun katil. Mula macam unbelieveable sebab tilam 11 inci, divan dalam lebih kurang 8 inci kot. Elok dia terjun dengan cara kaki menjulur terlebih dahulu. Tergantung-gantung sekejap adjust bontot adjust perut, terus sampai bawah sambil gelak-gelak. Nak panjat tak boleh lagi. Tilam paras hidung. Kah. Kah. Kah. Oh! Diapers sekarang tak boleh lambat sikit tukar sebab dia akan rasa tak selesa sangat sampai nangis-nangis. Kecik-kecik dah pandai tahan kencing sebab sebaik sahaja buka diaper tak sampai satu minit, dia akan terkencing. Banyak. Haha. 

Makan? Pantang tunjuk yang kita makan. Semua dia nak join. Semua dia nak ngendeng. Orang makan pedas, dia pun makan. Walaupun dah nangis sebab pedas, tapi tetap nak lagi. Huhu. Kalau tak bagi? Hehehe. Menangis lah jawab nya. Tak nak dah makan bubur. Nak makan nasi butir-butir. Nak makan sendiri. Tapi mak saya tak percaya lagi. Dah cuba tapi tak banyak masuk dalam mulut. Banyak jatuh atas lantai. Camner nak bagi makan sendiri? Huhu. Kalau roti ke, biskut ke. Memang makan sendiri. Itu pun saya masih juga takut-takut.

Oh..sekarang dah boleh minta tolong ambil barang. Contoh nya barang dia bersepah. Suruh ambil bagi dekat ayah. Tapi, bila di suruh buang sampah. Haha. "arissa tolong buang dalam tong sampah ye. kat dapur." Dia jalan pergi, kemudian buat u-turn sambil gelak-gelak. Haha. Entah. Sampai sekarang saya tak tahu kenapa. Kalau buat sekali tak pe. Dua tiga kali. Kui. Kui. Kui. Kalau kita bagi kunci rumah dekat dia, dia akan pergi dekat grill depan act like nak buka pintu pagar tuh. Haha. Pada mula nya saya tak perasan, intai dari dapur tengok dia tengah khusyuk dengan kunci serta pagar. =P

Dan Arissa dah pandai geleng kepala bila dia tak nak. Contohnya time makan, "arissa nak lagi tak?" Sepantas kilat dia geleng kepala sambil menyengih. Actually mak nya dah tahu dia tak nak lagi. Sebab dah main-main dengan nasi. Saja suka nak tengok dia geleng kepala. Muahaha. Then bila mak & ayah nya pura-pura gaduh tepuk tampar, siapa yang jerit minta tolong dekat dia akan dapat habuan kena tamparan tak kira kat mana dia dapat sampai. Kebiasaannya dekat pipi. Haha. Apa pun tak boleh anakanda seorang tuh. Mangsa yang jadi sasaran. Pemangsa dia dok sayang. Haih. Kui. Kui. Kui.

Sekarang kalau nak mandi, cakap je jom mandi. Dia akan bangun join ke bilik kami. Then masa nak buka baju pun dah faham arahan angkat tangan, angkat kaki. Dan kalau dia nampak seluar, dia akan cuba nak pakai seluar walaupun tak pernah berjaya. Lebih extreme bila dia suka sarung seluar kecik atas kepala. Haha. Nanti mak sarungkan syria kat anakanda ye. Jangan over tau nak ye. Hihihi. Eh, cerita tentang anak memang tak akan habis. Haha.

selalu tengok saya comel comel kan. tengok la bila saya main. hahaha.

jangan kata tak kenal saya pulak. hahahahaha.
apa pun saya mesti maintain comey. ahahahahaha.
satunotahati: Alhamdulillah. Allah kurniakan rezeki untuk kami sekeluarga.

tahun ini mulai bulan ini encik suami akan sibuk di hujung minggu.
orang lain co pilot, encik suami co photographer.
ada siapa-siapa nak quotatation.
boleh email saya.

XOXO,
Mak Arissa.

p/s : jemput juga jenguk Arissa's Gallery
Read more>>>

Sunday, February 24, 2013

Anak : Notty Notty Baby


Assalammualaikum. Hai.

Baby lagi? Hehe. Of course lah kan. Sampai bila-bila akan jadi baby mak ayah. Kan Arissa kan? Hew. Hew. Hew. Dalam baby-baby mak ayah, still terlepas pandang dan akhirnya dapat lebam tu ha. Huhu. Nasib baik tak kena mata. =_=`

Al kisah nya semalam lepas tok nya balik, saya & encik suami duduk depan pintu. Arissa dok jalan-jalan la kat ruang depan. Entah macam mana dia tolak penyidai baju. Penyidai terbalik dengan dia sekali terbalik. Adesss!

Terkejut juga mak ayah ni ha. Sekelip mata. Menjerit lah anakansa seorang kan. Haha. Tak boleh sentuh langsung. Sapu gamat. Nangis. Sensitif tak boleh silap sikit. Dia sentuh nak gosok mata pun nangis. Last. Tidur awal. Haha. Pukul 7 dah tidur. Mak nya ralat sebab biasa tidur bila dengan mak paling awal pukul 9 ). Hihi.

Well, memang tak suka bila anak tercedera. Tapi saya tak begitu biarkan rasa itu menguasai. Maksud nya bila anak berjalan atas jalan tar dia jatuh, luka kat lutut. Kesian.tengok lutut Arissa tapi itu one of learning process. Macam kita, nak berjaya kita dah banyak kali jatuh. Kan?

Part Arissa jatuh tolak penyidai. Indirectly, dia tak lagi nak tolak penyidai sebab dia jadi takut nak tolak penyidai. Haha. Tapi sekejap je. Minggu depan kompom tolak lagi. Haha. Actually selalu bila dia tolak saya ada tahan penyidai sebab dia biasa akan tolak penyidai bila temankan saya sidai baju je. Huhu.

Eh? Melalut. Ok lah. Nak tidur. Esok balik KL lagi. Argh! Malas. Huhu.
satunotahati: sedih sampai kan air mata bergenang tengok muka anak. mesti mak saya.dulu macam itu jugak.

XOXO,
Mak Arissa.

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more>>>

Wednesday, February 20, 2013

Spontan : Syukur

Assalammualaikum. Hai.

Puan : Best kan macam mereka yang kat luar tuh.
Encik : Ye ke Dayang. Banyak masa ye.
Puan : Tau tak pe. Nak duduk di tempat diorang je.
Encik : Diorang pulak nak duduk di tempat puan Dayang.
Puan : Errr. *terkedu*


Terkedu sebab seolah-olah saya macam tak bersyukur dengan nikmat kurnia yang Allah beri. Kita seringkali disuruh untuk melihat mereka yang berada di bawah kita supaya kita terus bersyukur dengan nikmat Allah. Tapi kali ini tiba-tiba saya nak berada di tempat mereka. Mungkin inilah yang pernah suami sebut, "kita seringkali terliur melihat kepunyaan orang lain. dan kita terlupa bahawa orang lain sangat menginginkan apa yang telah kita miliki."

Semuanya sebab.... Ketika saya begitu sibuk dengan coding, mapping, forecasting, under-declaring, exports, imports, transshipment, reports & etc., mereka sempat buat kuih pelita untuk juadah satu office makan waktu petang. Haha. Sedih ok. Sedih bukan sebab tak dapat makan tapi sedih tengok semua muka ceria kat luar. Well, bilik saya depan cermin belakang pun cermin. So, saya boleh nampak dengan jelas apa sahaja yang staffs saya buat dan mereka juga boleh tengok apa saya buat. Haha. 

Since dah terlepas cakap hari tu so saya tak ulas panjang-panjang. Cuma tambah bebel kat Encik tersebut. Haha. Seriously, lately saya jadi makcik yang kuat membebel. Dan saya memang kena control temper. Kalau tak control, saya mungkin dah boleh marah orang sesuka hati. Tapi hari tu dah tinggikan suara juga. Huhu. Bila dah puas membebel, saya keluar dari bilik Encik cakap minta maaf. Hahahaha. Takut okey! Kot-kot nanti tak sempat masuk bilik sendiri dah meninggal. Ha...

Ermm. Jom kita sama-sama muhasabah diri. Dan ingat janganlah selalu sangat nak tengok mereka yang berada diatas kita. Takut nanti akan timbul iri, sakit hati dan banyak lah benda negatif. Bersyukur dengan apa yang kita miliki. Pasti kita bahagia. InsyaAllah.

satunotahati : seakan tidak sabar menanti Mac. eh?

XOXO,
Mak Arissa.

Read more>>>

Anak : Instinct

Assalammualaikum. Hai.

Pejam celik, dah tujuh bulan saya jadi weekend wife / mother. Kadang-kadang, rasa tak percaya saya boleh bertahan sehingga hari ini. Tipu kalau saya tak pernah down. Selalu. Terutamanya bila saya stress di tempat kerja dan balik rumah cuma berdepan dengan housemate. Obviously, ini perasaan seorang wanita yang dah kahwin dan beranak. Tak lengkap sehari tak berjumpa dengan cinta hati. Tapi, apakan daya. Ini yang telah tertulis dalam perjalan kehidupan kami sehingga ke hari ini.

Nur Arissa Batriesya. Arissa bukan lagi bayi yang kulit nya masih kemerah-merahan. Kulit Arissa akan jadi kemerahan bila berpanas. Haha. Arissa juga bukan lagi anak yang tidak bergerak kemana-mana bila berada atas tilam. Arissa sudah begitu bijak turun dari katil yang kira-kira 15 inci tinggi nya. Dia juga bukan lagi anak yang tak peduli akan sesiapa pun mahu menuju ke pintu pagar. Dia kini begitu pantas mengejar dengan kedua-dua belah kaki sambil mulut bising membebel nyaring.

Setiap pagi Isnin, bila saya tinggalkan Arissa. Arissa masih tidur. Saya akan bergerak dari rumah lebih kurang pukul 4.30 pagi. Arissa tidur nyenyak sekali. Cium pipi kiri kanan dahi hidung mulut. Arissa tak terusik. Mimpi indah barangkali. Berat rasa hati. Air mata mungkin dah kering untuk mengalir setiap hari Isnin. Sebelum ini, ada sekali Arissa bangun seawal empat pagi dengan tiba-tiba sewaktu saya tengah bersiap. Dia bangun terus menghadiahkan senyuman.

Dan Isnin lepas, Arissa bangun sebelum empat pagi. Tiba-tiba. Arissa baring elok di tepi saya dan peluk saya. Seakan-akan dia tahu sekejap lagi mak nak pergi. Saya pergi mandi, Arissa menangis nak ikut. Encik suami pujuk. Sepanjang saya bersiap, Arissa nak dekat dengan saya. Apatah lagi bila lihat saya pasang tudung. Mak Tok Arissa ambil Arissa sebelum kami bergerak. Bawa Arissa masuk bilik. Sedih. Serius sangat sedih. Lebih sedih dari tinggalkan dia ketika dia tidur.

kami pagi itu
Saya tahu. Bila Arissa bangun tidur setiap pagi Isnin, dia akan rasa kehilangan saya. Dia tidak akan bertanya sekarang, tapi saya tahu dalam hati dia tertanya-tanya, "kenapa mak tak ada lagi?" Hari ini dia tidak boleh bertanya, tapi sebaik sahaja Allah pinjamkan nikmat bercakap - saya pasti dia akan bertanya, "kenapa mak nak pergi?" atau "boleh tak mak tak payah pergi?" atau "mak, ica nak ikut." Saya sangat pasti akan itu. Instinct. Mak yang mengandung, melahirkan dan menyusukan. 

Ok. Pagi nanti bengkak mata masuk pejabat. Hoh! Mommies, Relatives and Friends : Mohon doakan yang terbaik untuk kami. Semoga Allah mengembalikan saya kepada suami dan anak saya. InsyaAllah. Aamiin Ya Rabb.

satunotahati : dalam usaha mencapai WISH yang terbesar tahun ini.
Read more>>>

Tuesday, February 19, 2013

Gadget : App LINE

Assalammualaikum. Hai.

Ouch. Orang baru dapat handphone yang tak berapa canggih kan. Haruslah rajin explore walaupun orang lain dah sepuluh tahun pakai tak kecoh macam mak Arissa kan? Haha. Atas sebab mak Arissa is sangat pandai meramal cuaca, turun dari bangunan 21 tingkat tak hujan maka dia tak bawa payung balik rumah. Dan sekarang, ketika entri ini ditaip mak Arissa terkandas di LRT. Huhu.

Ok, comel tak emoticons tu semua. Comel kan? Saya suka benda yang comel-comel macam tu. Kadang-kadang kita speechless, kita boleh hantar emoticons yang bersesuaian. Nak pujuk suami or isteri yang tengah angin tak baik ke. Nak tambah lagi romantik dan kemanisan rumahtangga ke. Nak bersengalan suami isteri macam suami isteri yang kat atas itu ke. Haha. It depends.

Application ini cari contacts dari phonebook kita & facebook juga. Saya noticed yang tak ramai pakai LINE. Well, macam saya juga sebelum ini tahu Whatsapp je. Actually sama fungsi dengan Whatsapp cuma LINE sangat comel. Ngee. Dan. Boleh free call juga tau. Bukan Skype je. Nak video call kena guna Skype ye tuan puan. Muahahaha.

Nak download kat mana? Frankly saya cuma tahu yang android. Pergi ke Playstore search LINE dan wallla! Keluar lah LINE yang berwarna hijau. Hahaha. Ok lah. Jom sama-sama pakai LINE. Kot nak buat group momies kat LINE pulak ke? Haha. By the way, saya sedih sebab tak boleh komen any post dalam group itu dengan handphone. Kenapa eh?

satunotahati: hujan masih tidak berhenti.

XOXO,

Mak Arissa.

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more>>>

Monday, February 18, 2013

Anak : Kampung Style

Assalammualaikum. Hai.

Heh! Apa ingat Gangnam Style je ada? Haha. Ok. Ini kisah cuti CNY 4 hari. Balik Ipoh Jumaat, encik suami terus cakap "siap lah awak, arissa demam". Terkejut. Sebab tiba-tiba petang badan agak panas = dedar (kata orang perak kot). Bila anak tak sihat of course semua benda cancel. Plan nak bawa Arissa jalan-jalan Zoo Taiping pun dibatalkan. Jemputan ibu Amsyar juga tak dapat dipenuhi. Anak tak sihat tak selesa bawa pergi majlis. Kan? 

Anakanda memang susah sangat nak makan ubat. Tengok syringe Arissa dah menjerit beria menangis. Wow! Tapi, sebagai seorang mak yang garang - "peduli hapa dengan dia terjerit menjerit. bukan nak bagi sakit. nak bagi baik." Kan? Encik suami kata, "kejam". Haha. Dah tu? Nak follow je dia tak nak. Memang tak lah kan. Btw, demam Arissa macam on off. Kadang2 panas sikit pastu sekejap lagi dah elok. Oh. Dah bawa Arissa jumpa pakar kanak-kanak hari tu. Next time cerita eh.

Lepas bagi ubat. Lepas puas menangis. Mak ayah mesti bagi upah. Haha. Upah jalan-jalan di luar rumah je. Hehe. Since kawasan kami baru so tak ada nak risau sangat kenderaan bersimpang siur kan. Hihi. Depan rumah pun orang tak duduk lagi. Huhu. So, mak Arissa tiba-tiba timbul rasa nak membuat tukun di kawasan rumah yang lebih kecik dari kangkang kera tu. Hihi. Alhamdulillah. Ada juga space yer dak? 

dak Ica demam (nak bertunang kononnya)

ini serius muka setelah kena paksa

mak suruh jalan depan rumah je tapi dia....

nampak tak sayup2 playground belakang. dia nampak. dia jalan straight. fuhh.

eh. ini rumah ica. nampak tak ayah ica tu. ehehe.
encik suami prepare buah2an unutuk kami minum petang. arissa nak jugak. :p

nampak tak dak kampung tu? hihi.

tak peduli siapa-siapa dah. dunia sendiri.

tak kisah mak ayah buat apa. dunia sendiri.

Frankly, mak Arissa memang happy bila boleh buat unggun api kat tepi rumah walaupun tak jadi. Haha. Walaupun kawasan rumah jecik tapi at least ada ruang. Boleh buat ala-ala kampung yang begitu nun jauh di sana. Ikutkan hati nak wat perasap satu taman tapi nanti tak pasal-pasal ada pulak MBI datang bagi surat cinta. Haha. So, bakar apa yang ada sambil sedut udara berasap. Kui. Kui. Kui.

Sebenarnya, sangat rindu suasana kampung yang aman damai. Sebab tu kalau berkesempatan nak ke Felda Residence Trolak. Ngeh. Ngeh. Ngeh. Nak duduk dalam suasana kampung katanya. Bila lah agak nya sempat tuh. Haha. Ok then. 

satunotahati: geram dengan manusia tak berakal.
main mercun dari pukul 10 tadisampai 12 malam ni.
tak fikir orang ada anak kecik / ada famili sakit.
GERAM!!
Read more>>>

Friday, February 15, 2013

Dunia : Kisah Cinta Shila Amzah

Assalammualaikum. Hai.


Saya tak berapa tahu kisah Shila Amzah dan Shanaz nih. Huhu. Tapi, pagi tadi dengar lagu nih dari blog Ayu - BEST! Love the lyrics & of course her voice as well. Erm. Syukur sebab saya bukan artis. Erkkk??! Hahahahaha.


Tah la eh. Tak paham kadang-kadang. Rasa nya ramai juga yang mengalami benda macam ni. Tapi itu lah. Yang ramai tu bukan artis. Hihi. Dah nama pun artis. Tak sah la tak glamor. Yer dak? Apatah lagi part macam ni. SENSASI UOLS.


Eh. Bukan nak gosip. Cuma nak kongsi lagu nih. Best! Sekarang kata orang boleh lah nak hapdet setiap masa di mana saja. Itu oun kalau rajin. Hihi. Kata pakai smartphone kan? Wah gitu berlagak bunyinya. Haha.


satunotahati: cuma saya tak reti nak blogwalking betul-betul dengan phone lah. ada siapa2 boleh ajar?


XOXO,

Mak Arissa.


Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more>>>

Anak : A Moments To Remember [4]

Assalammualaikum. Hai.

Hahaha. Meh sambung lagi sikit birthday celebration anakanda Nur Arissa Batriesya.
Terlebih dahulu, nak minta maaf sebab still lagi update benda dah basi.
Eh? Followers kita ada 122 orang dah. Oh terima kasih sebab sudi follow.
(^____________^)

Letih sebenarnya tapi nak kena bawa anakanda pergi makan. Tapi, anakanda buat tanda malam tu. Tanda kat dagu. Sekarang dah tak ada tanda tu. Well, kata budak nakal. Tak ada tanda tak rare lah kan? Haha.

setelah buat tanda. nangis beria. mahu tak. gusi berdarah antar gigi jarang dia tu.
T_T
haruslah mengadu kan tunjuk kat mana yang sakit. nak orang pujuk. haha.
tapi sekejap je pun. ni dah mula nak tunjuk belang.
ayah serik nak bagi dia main kat bawah lagi. so...
ayah letak atas tilam. haha. duduk lah anakanda dengan setia atas katil. kui3.
selagi tak dapat puting selagi itu merengek nak puting yang nampak depan mata.
dan she's ready to babam... hampir kitorang nak makan dalam bilik je. haha.
okay! ini anak yang poyo. ayah yang keriangan. hahaha.
kekasih-kekasih saya
Berjalan puas-puas siang dan malam
kat ipoh mana boleh macam ni kan. hehehehe.
kami kawan. kami kakak. eh? hihi. 
satu-satu nya gambar bertiga. sedih! please bawa tripod next time sayang. jgn malas hokey! =P
satunotahati: arissa sudah mula tak sihat masa ni. 
batuk tak sudah.
kesian.

Read more>>>

Thursday, February 14, 2013

Spontaneous : Mak Buyung?


Assalammualaikum. Hai.

Hahahaha. Ok. Tajuk nak sedapkan hati diri sendiri je. Tak sangka pulak dalam group fb mommies tadi keluar isu ini. Kebetulan malam tadi encik suami SMS isu ini. Haha. Nampaknya perut mak Arissa dah obvious sangat.

Tapi, memang pun. Baju peplum beli kat Piah dok sangkut dalam almari. Muat tu muat. Tapi bila pakai dah macam orang ngandung 5 6 bulan dulu. Masa pregnant dulu seronok perut tak berapa buncit. Sekarang bila dabuncit dah rupa masa pregnant. Isk. Isk. Isk.

Apa nak buat tah. Teringat masa pakai benkung hari tu. Boleh berangan macam body kerengga lah. Kah. Kah. Kah. PERASAN. Nak buat apa entah. Huhu. Badan memang terasa semakin berkembang dengan jayanya. Oh tidak! Huhuhu.


satunotahati: baru merpati dua sejoli kalau suami isteri besar.
yer dak? Haha.


Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more>>>

Friday, February 8, 2013

Anak : A Moment To Remember [3]

Assalammualaikum. Hai. 

Mak Arissa yang tak berapa nak ada idea. Percutian 2 hari 1 malam pun nak cerita berhari-hari. Hahaha. Hari ini tengok gambar ex lecturer bersama anak nya Aisya di Menara Taming Sari. Saya tegur juga (kaedah mengomen), Arissa pun ada pegi situ dulu. Katanya, teringin nak pergi sebab tengok gambar Arissa kat situ dulu. Hihihi. Lepas ni ke Colmar Tropicale pula la ye puan. Hehehe.

So, lepas membiarkan Arissa bergembira berjalan dengan sebebas-bebasnya; kami ke Japanese Village dan Botanical Garden. Semangat o-yeh o-yeh. Naik transport yang disediakan je. Hehe. Ok. Jom!

kereta boleh lalu sini. jalan keluar masuk lah kiranya.
at first, boboy approached ica but then dah jadi terbalik. hahaha.
see! tak nak langsung berjalan setempat. haha.
free transport to Japanese Village & Botanical Garden
kaki gunung or kaki bukit - unsure. :p
see. arissa looks very happy bila dilepaskan.
nak naik tangga sendiri.
muka gigih berusaha. hahahaha.
guys. lepas naik tangga kena naik bukit lak tau. semput mak. huhu.
anak ini memang sentiasa rasa dia boleh berjalan lurus. hahaha.
finally, sampai jua setelah mak berjuang mendaki. huhuhu.
mak...ica nak turun... :(
umah jepun comel.
punya lah happy. hahaha.
melintasi spa. paling murah RM400. RM40 gigih gak nak masuk. hahaha.
anakanda letih. entah2 saja gimik nak ajak masuk spa urut kaki. haha.
botanical garden sudah kami
tak besar. kecik je. hujan gerimis semula.
It was wonderful even though mak ayah semput nak naik ke atas tu ha. Mak kendong anak. Ayah kendong kamera dan 'kandungan', ops! Hihi. Gurau2 kasar je sayang. Hehe. 

satunotahati : Al Fatihah buat adik Adam Syukri.
Selamat berjumpa dengan Sang Pencipta.
Maha Berkuasa, Pengasih dan Penyayang.
Tahniah buat kedua ibu bapa yang  bersabar.

Read more>>>
"Ya Allah, peliharalah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina, dan sihatkanlah mereka. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, jadikankah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Amin.

Iklaneka

Popular Posts

Copyright © Kalam D'Yatie Designed by azhafizah.com