January 30, 2013

Worrdless Wednesday : A Year


setahun sudah usia mu wahai anak
ALHAMDULILLAH
semoga peribadi mu seindah nama mu
NUR ARISSA BATRIESYA
CAHAYA mata mak ayah yang penuh keAZAMAn serta BIJAK PANDAI
INSYAALLAH

maafkan mak dan ayah wahai anak
tiada parti untuk merai
tiada hadiah untuk diberi
tiada kek untuk dinikmati

hanya ini
percutian singkat pada hari lahir mu
untuk mengabadikan kenangan
setahun bersama kami
meniti hitam putih kehidupan
dengan penuh sabar

wahai anak
kami tidak mampu memewahkan mu
tapi kami sedaya upaya memberi yang terbaik buat mu

wahai anak
tiada apa yang dapat mak ayah katakan
selain dari doa tulus dari hati

semoga
Nur Arissa Batriesya
dikurniakan Allah kesihatan yang baik
panjang umur
bijak pandai berakal
solehah
ditetapkan ke dalam hati iman kepada Nya dan Rasul Nya

Aamiin Ya Rabbal A'lamin..

satunotahati : ayah janji nak bagi kek untuk Arissa. 
minggu ni mak tolong tuntut.
cepat sihat wahai anak.
esok mak balik.
InsyaAllah.

January 24, 2013

Spontan : Setia Hujung Nyawa


Assalammualaikum. Hai.

Satu petang, ketika si isteri sibuk di dapur.

Encik Suami : Awak tengok tak cerita Setia Hujung Nyawa?
Cik Isteri : (musykil. laki ni tengok ke? huhu.) Tengok. Hari-hari.
Encik Suami : Si polan ada tak macam bekas pakwe si Ersalina tu? 
Cik Isteri : Eh? Apsal lak?
Encik Suami : Kalau si polan tu macam bekas pakwe si Ersalina tu, dengan awak-awak sekali saya tumbuk.
Cik Isteri : Eh? Kalau iye pun apa kena-mengena dengan saya nak kena tumbuk pulak. Haha.
Encik Suami : Lantak la. Tapi pelakon lelaki si Zain tu tah apa-apa.
Cik Isteri : Aah. Macam tak kena.
Encik Suami : Tu la.
Cik Isteri : Tapi kadang-kadang comel jugak dia.
Encik Suami : Bongok. (terus bergerak ke ruang tamu.)
Cik Isteri : Hahahahahahha.

Dengan pelakon pun nak cemburu ke? Kui. Kui. Kui. 

satunotahati: encik suami minat Nealofa. cemburu ke? 
kalau kita rasa geram yang mild tu kira cemburu ke? hihihi.
btw, cemburu tandanya sayang. kan? 

XOXO,
Mak Arissa.

January 21, 2013

Milestone : 11 Months Nur Arissa Batriesya

Assalammualaikum. Hai. 

Entri yang diisi dengan gelagat Nur Arissa Batriesya ketika usianya 11 bulan. By the way, ada certain yang tak berjaya untuk dirakam seperti bila seseorang bagitau Arissa flying kiss, Arissa akan buat flying kiss sambil membunyikan bibir (tak reti nak explain. soon kalau ada video akan di upload juga). Hehe.

Dengan je seseorang sebut perkataan azan, Arissa akan buat angkat tangan letak di kedua-dua belah telinga. Macam bilal yang nak laungkan azan. Gitteww! Apatah lagi kalau dengan azan, Kelakarnya, hari tu kami berdua syok dengar Indahnya Iman di Oasis. Zikir Ya Allah. Tiba-tiba Arissa angkat tangan macam orang nak bang. Haha. Ayah Arissa cakap, "eh, awak tu perempuan". Haha.

She'll gave you her kiss when you asked her to do so. Tak payah nak hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Bagitau je sayang mak / sayang ayah / sayang bla bla bla - Arissa akan kejar pipi orang tu. Kalau susah sangat dia nak dapat, once dapat dia bagi terus gigitan maut. Hoho. Ayah Arissa selalu cakap, "orang selalu gigit Ica, Ica diam tak marah. tapi kalau ica gigit orang, orang mesti marah. sebab Ica gigit sekuat hati. orang gigit, gigit-gigit sayang". Hehe

Pandai mengajuk cousin nya menangis. Semalam, cousin nya tak sihat. So, mood tak berapa baik. Nangis aje. Nangis lebih kurang macam melalak jugak. Tiba-tiba, bila mak cousin nya angkat cousin nya ke bilik, Arissa yang tengah makan bersama saya turun dari sofa dan jalan kedek-kedek sambil jerit "uwa~~~". Semua terkejut dan gelak satu rumah. Bukan main lagi dia menyengih dan ajuk lagi. Hahaha. Apa lagi mak tok nya kena suh dia diam. Bahaya! =P

Ok, ini lah certain videos Nur Arissa Batriesya. 3 hari lagi dah nak setahun. 

video
goyang-goyang badan bila dengar musik
bagi dengar zikir terapi hamidun
elok berteleku tengok video
huhuhu

video
sesi bersalaman yang diakhiri dengan nak gigit
abaikan suara bonda yang kalah siti nurhaliza
hahahahahhaha

video
zaman awal-awal menapak
nampak ayah makan
terus jadi tak berdaya
huhuhuhu

video
sabtu, teman bonda buka gate untuk ayah
semangat sungguh berjalan
nampak kereta konon2 nak berlari
tapi tak berapa nak sedar diri
huhuhuhu

semalam, offer handphone ayah laju je
sampai kat mak terus buat u-turn
huhuhuhhu

satunotahati : selipar nyot nyot Arissa jenama Ben10! hahahaha. 
dah nama pun duduk dengan ayah, selipar pun tak bertali.
Arissa pun konon-konon dah begitu hebat berlari.
selipar tak tercabut dari kaki.
hhihihihihihi.

XOXO,
Mak Arissa. 

January 18, 2013

Hidup : A Big Wish

Assalammualaikum. Hai.

2013, saya rasa macam saya ada satu BIG wish yang saya seringkali harap dan doa semoga dipermudahkan Allah. Dalam rasa risau tak terjangkau, saya ada rasa teruja tak sabar. Boleh gitu? Kui. Kui. Kui. Sebenarnya, wish yang ini untuk mak dan bapak. So, tak sabar nak tengok they ols senyum lebar uols. Ehehehe.

InsyaAllah akan terlaksana tahun ini. Mungkin dalam bulan 3 atau 4 atau 5. Kalau boleh lagi cepat, mesti lagi best. Kan dah cakap, tak sabar nak tengok they ols senyum gembira bahagia. InsyaAllah. Tapi, segalanya memerlukan perancangan yang teliti. Tak boleh main redah je. Nanti tak pasal mak bapak juga yang susah sebab kita susah. Tak nak lah buat mak bapak susah. Huhu.

Well, bila dah kahwin ni kan. Semua benda nak kena permission suami walaupun guna duit sendiri. Saya kadang-kadang pernah jugak konon-konon cakap "lantak lah duit hasil titik peluh orang. sukatilah nak campak tang mana duit tuh." (berlagak kemain kau!) Tapi, at the end diri sendiri yang tak boleh buat macam tu sebab rasa bersalah yang amat. 

Itu duit sendiri. Jangan nak kata duit encik suami. Oh! Kadang-kadang, duit yang diberi oleh encik suami rasa macam sayang nak guna - berjimat. Kah. Kah. Kah. Tapi, tak sejimat duit diri sendiri. Kalau pay day, rasa macam tak nak usik langsung duit. Kui. Kui. Kui. Tapi, rasa je la. Mana boleh tak usik. Huhu. Bila nak dapat gaji 5 angka nih? =P

Eh, melalut. By the way, Alhamdulillah sebab encik suami menyokong penuh wish cik isteri. Malahan, encik suami yang lebih-lebih tak sabar. Thanks sayang. InsyaAllah akan berkongsi wish itu once kami dah berjaya merealisasikannya. Doakan kami, ye. Semoga Allah merahmati kita semua. Aamiin.

satunotahati: kurang 10 hari lagi, NAB akan menginjak usia 1 tahun. no more bulan-bulan dah.
hotel dah booking. Alhamdulillah.
semoga dipermudahkan. 
aamiin.

XOXO,
Mak Arissa.

Hidup : Master?

Assalammualaikum. Hai.

Frankly, jiwa nak belajar masih tinggi menggunung. Perasaan konon-konon nak ada title Dr. depan nama Dayang memang masih menebal. (kah kah kah). Alhamdulillah. Biarpun sekarang dah memegang status mak tapi semangat itu masih ada. Cuma....

8 jam yang diperuntukkan membuat kerja office seakan-akan tak mecukupi. Kadang-kadang, kena bawa kerja balik rumah walaupun sebenarnya lebih kerap bawa je kerja balik rumah then kerja itu duduk dalam beg tanpa diusik walau sedikit. Huhu. Buat penat bahu memikul papers je. =_='

Next Monday, saya ada exam. Well, dah nama pun orang gomen katanya. Nak kena duduk exam dan kursus untuk confirm. Tak lulus tak confirm. Probation aje lah kau sampai tiga tahun. Hoho. Tapi, baca baru beberapa slide. Itu pun slide tentang bahagian sendiri. Bahagian lain tak tengok lagi. Memang tak boleh blah. Apa tah nak jadi. Isk. Isk. Isk.

Papers ada 2. Satu tentang organisasi (objektif) dan satu lagi tentang undang-undang yang berkaitan (esei). Tang objektif tak tau boleh tembak nak A ke B ke C ke D ke. Tapi tang esei, undang-undang pulak tu ha. Nak tembak macam mana? Walau diberi M16, tidak mampu ku menembak. 

Sekarang pun sibuk dengan coding. Sejak November tahun lepas sibuk dengan kapal. Baru-baru ini balik pukul 1 pagi sebab nak prepare untuk pembentangan dengan KSU on the next day. Ouch! Masa tu memang saya ibaratkan diri seperti si tikus mondok sebab duduk di kalangan para pengarah dan timb. pengarah. Angguk angguk geleng geleng jer lah lebih. Huhu.

Weekend dah ulang alik ke Ipoh. Penat. Seriously. But, demi cinta dan kasih sayang seolah-olah lupa apa itu penat. So, macam mana nak sambung belajar balik? Aduiiiii. Salah satu kelemahan mungkin saya tak berapa boleh menguruskan masa dengan baik lagi. Lepas tu bila dah balik rumah macam nak free kan mind tak nak tengok papers yang bisa buat kepala berat. Boleh? Haha.

Seronok bila tengok members yang dah graduated semula dengan Master. Best! Tahniah korang. Then rasa macam best bila tengok members yang jadi lecturer. Haha. Padan muka kat diri sendiri dulu ada peluang jadi pendidik, kau lari tak sampai seminggu. Kah. Kah. Kah. Well, pendidik itu mulia kerjanya. Kalau setakat nak gaji besar, rasa-rasa mulia tak kita? Ikhlas tak kita? =P

Master oh Master. Bilakah ku bisa menggenggam Master. Haha. Btw, kalau saya nak sambung belajar for free (tanggung by organisasi) - of course saya perlu confirm dan berkhidmat selama lima tahun. Argh! Lima tahun tu lama. Lepas tu ada beberapa tahun lagi kot baru boleh ambil PHD. PHD berangan nak buat kat oversea. Boleh? Hahaha. (aircond 24dc pun menggigil, inikan pulak yang negatif dc - berangan lebih!) 

satunotahati : encik suami dah boleh sambung belajar. tapi seolah-olah macam ada kekangan juga sebab kalau sambung belajar, perlu korbankan weekend. dan kata encik suami, weekend sahaja lah quality time yang ada untuk bersama anak dan isteri. huhu. tapi, masih dalam pertimbangan agaknya. hehe. untuk masa depan bagi saya tak apa lah berkorban. kan?

XOXO,
Mak Arissa.

January 17, 2013

Spontan Real Stalker

Assalammualaikum. Hai.

Cik Isteri : Eh, sedap la lagu ni. Nak cari lah nanti. Lagu Najwa kan?
Encik Suami : Aah kot.
Cik Isteri : Nak download lah.
Encik Suami : Nak cari la tu. Pastu nanti letak kat blog. (nada perli).
Cik Isteri : (sentap). mana ada? nak letak dalam hp.
Encik Suami : Ca, kamu tau ca mak kamu letak lagu dalam blog tah apa-apa.
Cik Isteri : Eh. Ok lah tu. Sukati lah blog orang.
Encik Suami : (sengih macam kerang busuk).
Cik Isteri : (sentap sebab - suami ku baca blog aku dalam diam?)

satunotahati: suami kata, cinta itu tidak akan berubah sampai bila-bila. tapi, cari kita menzahirkan rasa cinta itu mungkin berbeza seiring dengan peredaran masa dan perubahan status - kekasih, ketunangan, kesuamiaan, kebapaan. ^_^. tak kisah suami kata lagu tah apa-apa sebab at least tau yang suami merupakan stalker terhebat blog sendiri. LOL! ok apa lagu tu. terapi hati. ada yang rasa terganggu ke? huhu.

XOXO,
Mak Arissa.

January 15, 2013

Kerja : Bengkel

Assalammualaikum. Hai.

Program : Bengkel Pemantapan Portal
Tempat : Thistle Resort, Port Dickson
Masa : 13 Jan - 15 Jan 2012

Nak masuk lima bulan bekerja, rasa-rasanya dah beberapa bengkel / kursus / seminar yang saya wajib attend. Semuanya related with kerja. Walaupun sebenarnya tak berapa nak hakiki. Nak pergi kursus kahwin semula, dah kahwin. Kui Kui Kui. So, Ahad lepas dengan tergopoh-gapah saya dari Ipoh ke KL, dari KL Sentral ke Pangsapuri Cahaya, dan dari Pangsapuri Cahaya ke Menara PGRM sebab nak bertolak ke PD jam 2 petang. Saya bertolak dari Ipoh jam 9 pagi.

Bengkel ni khusus untuk kami pentadbir portal nak bagi expert nak 'cantik'kan portal. Tapi bukanlah nak hias-hias bagai tuh. Kalau part design layout, memang blog ni semalam juga dah melletttoppp design. Haha. Tujuannya nak memantapkan lagi pengisian portal terutamanya dari segi kandungan dan pengemaskinian. Part saya sudah tentu ruangan statistik yang tak berapa nak kemas tuh. Kui Kui Kui. At least ada daripada tak ada. Haha. Nampak sangat macam melepaskan batuk di tangga. (=_=')

Eh. Entri ini bukan pasal report tau. Haha. Just nak share dengan korang Thistle Resort. Resort nih rasanya tak lah macam Avilion / Lexis yang saya teringin sangat nak pergi tuh. Tapi tak ada lah tak best. Best jugak. Cuma pantai je bagi saya tak best. Mungkin sebab saya asal dari tepi laut so demand / expectation part laut / pantai tu lebih. Huhu. Pantai dekat area resort ni agak pendek. Ada satu bar yang malam-malam ada live band, ada satu swimming pool yang hanya untuk orang dewasa dan beberapa bilik sauna. Lebih kurang 500m dari situ ada 2 buaian 'handmade'. Haha.

Bilik memang luas. Since kami package beramai-ramai so harga tak sama. Saya pun tak pergi tanya di kaunter sebab saya tak rasa nak ajak family datang sini. Kah Kah Kah. Kejam tak? =P Tapi puas hati lah kalau nak bawa anak sebab boleh la dia berlari-lari bebas dalam bilik. Bilik air pun luas ha. Hehe. Ada corridor. Kalau menghadap laut, extra RM80 kot. Bilik kami semua menghadap pada golf yang tak berapa nak besar. Aircond rasanya centralized sebab walaupun kami adjust ke 16 dc, aircond tetap ke 24 dc. Just nice. Tak sejuk. Tak panas. :)



Swimming pool sudah tentu ada untuk dewasa dan kanak-kanak. Area paling dalam untuk dewasa kalau tak silap 2.5m kot. Dan wajib guna proper attire - swimming suit la kan. So, dua hari kat situ saya cuma nampak foreigners je yang mandi. Kami kalau boleh terjun dengan pakaian biasa rasa-rasanya semua dah terjun masuk dalam pool sebaik saja habis kelas. Itu kalau. At last, kami buat kuak lentang kat atas katil dalam bilik je lah. Haha. Itupun letih oh. Rasa malas nak siap-siap masuk kelas balik bila dah malam. Perut pulak asyik je penuh. Mau tak rasa nak jadi ular sawa. Huhu.


Agak banyak juga kemudahan. First floor ada ruang anak-anak bermain. Ada juga permainan video yang  kena beli token. Kiranya kalau bawa Arissa pergi, cuaca tak berapa nak elok kat luar boleh lah buat indoor activities. Services? Alhamdulillah. Nice. Foods? Walaupun rasanya tak begitu banyak variety macam di Concorde Hotel tempoh hari (suka sangat nak compare. huhu.), but still tekak boleh terima. Sedap jugak. Dan overall? Boleh tak kalau saya bagi 3 Star? Hoho. Real Star saya tak pasti. Silalah tengok pada website ye. Hehe.

Btw, this resort is recommended buat those yang nak tenangkan fikiran sambil dengar bunyi air laut yang menenangkan, jauh dari hiruk pikuk kota. Bagi kami yang pergi untuk berbengkel, nak kata stress itu tak lah. Tapi kiranya walaupun atas urusan kerja tapi jiwa tenang. Faham tak maksud saya? Hehe.

satunotahati: kalau nak bercuti di pantai, better balik Sarawak. dok umah nek wan. lalala.

XOXO,
Mak Arissa.

January 14, 2013

Hidup : Simpanan

Assalammualaikum. Hai.

Awal tahun. Teruja bila tengok orang lain masing-masing semak jumlah dividen ASB. Seronok bila dengar masing-masing nak keluarkan duit dividen untuk bercuti, membeli-belah dan etc.. Minggu lepas, perbulanan bersama dengan seorang colleague;

Dia : Awak, ASB dah boleh ambil ke eh?
Saya : Tak pasti. Dengar orang sibuk check sekarang.
Dia : Tu la.
Saya : Tapi tak tau la pulak boleh ambil tak.
Dia : Awak dah check.
Saya : Err. Saya tak ada ASB.
Dia : Kenapa?
Saya : Errr. Kan ASB ini ada keraguan. 
Dia : Syubhah la ni.
Saya : Hehe. (senyum kambing sebab rasa serba salah)
Dia : First time dengar orang macam awak.
Saya : (senyum kambing lagi sebab rasa bersalah)
Dia : Tapi betul juga. Kalau syubhah better jangan.
Saya : Haah.
Dia : Tapi saya dah terlanjur tak leh nak wat apa. 
Saya : Haah la. (dia buat pinjaman ASB)
Dia : Husband dulu pun tak bagi. Tapi gatal buat juga.
Saya : 
Oh. Husband saya memang tak ada. Family dia pun tak ada. Parents saya pun tak. Kiranya saya tak ada genetik yang menyimpan ASB. Haha.

Setiap seorang berbeza pendapat. Jujur kadang-kadang bila dengar orang dapat dividen punya la tinggi, saya rasa macam nak buat juga. Haha. Tapi rasa yang tak kuat. Sebab itu saya cakap saya tak ada genetik menyimpan di ASB. Hehe. Tak dinafikan, rasa was-was itu yang buat saya takut. So bila dah was-was better don't. Tak apa tak dapat dividen tinggi-tinggi yang penting hati kita tenang. Tak was-was. Kan? So, kami menyimpan di Tabung Haji. Kumpul duit nak pergi Haji. Hehe.

Ulasan simple dari UAI.
Ustaz UAI kata lebih kurang begini,

Orang yang nak masuk, dia berpegang pada pendapat HALAL.
Orang yang tak nak masuk, dia berpegang pada pendapat HARAM. 

Kesimpulan, semuanya terpulang kepada diri kita sendiri. 
Wallahua'lam.

satunotahati : sedang dalam usaha mencari insurans terbaik untuk NAB.
weekend di PD membuatkan perjumpaan bersama Qyla terbatal.
next time InsyaAllah Qyla.

XOXO,
Mak Arissa.

January 7, 2013

Kerja : Bukan Rezeki

Assalammualaikum. Hai.

2013, day 7th. How's our life has been so far? :)

Alhamdulillah. Kita masih lagi diberi peluang untuk berada di atas muka bumi Allah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hambaNya. Alhamdulillah. Kita diberikan kesihatan yang baik untuk memudahkan kita menjalankan ibadah kepadaNya. Alhamdulillah. Kita masih diberi peluang untuk menikmati setiap apa yang dipinjamkan Allah kepada kita.

2012, dalam suka ada duka. Ecewah! Hehe. Semua orang ada kisah suka duka. Kan? Last time saya pernah cerita yang saya ada attend satu interview kat sini dan bertapa saya mengharapkannya disini. Selepas interview, saya sememangnya dah jangka saya tidak mungkin berjaya memandangkan soalan yang diberikan adalah berkisar dengan 'kenapa awak nak jawatan ini sedangkan awal sudah memegang jawatan 41'. Ya! Itu sahaja soalannya yang berpusing-pusing. Apatah lagi, penghujung temuduga saya dihadiahkan dengan jawapan yang membuatkan air mata mula bergenang. Ouch!

Sebenarnya, keputusan tersebut dah keluar lama. 22 November 2012. Even dengan kawan baik saya, Zulliana saya tak cerita. Sebab kononnya tak nak rasa sedih. Nak make it silence. Saya masih ingat hari itu. Kawan saya SMS - result dah boleh check katanya. Seluruh badan saya menggeletar seiring dengan degupan jantung yang begitu pantas. Teragak-agak nak semak. Tangan menggigil. Kaki seakan-akan tak berpijak pada bumi. Huhu. Buat pertama kali saya begitu resah gelisah kelam kelibut gundah gulana. Tapi, saya kuatkan hati juga sebab semak lambat atau cepat - result won't change.

Air mata saya terus jatuh bila tengok perkataan DUKACITA. Called Encik Suami dan menangis. Seriously I'm so frustrated and disappointed. Frust of course sebab dukacita. Disappointed atas sebab penemuduga itu betul-betul maksudkannya. Saya tahu rezeki itu datangnya dari Allah. Tapi saya masih ingat lagi bagaimana perjalanan temuduga saya yang totally and obviously different dengan orang lain. Orang lain soalan berkenaan dengan ekonomi, ETP, current issues dan berkenaan dengan organisasi tersebut. But, mine? Tapi Alhamdulillah. Walaupun kecewa tapi saya redha.

Bukan mudah untuk menanam sifat redha. Apatah lagi dalam masa beberapa minit. Tapi entah saya sendiri kurang pasti dari mana datangnya rasa itu. Saya pejam mata. Saya tarik nafas panjang. Dan saya terbayangkan segala nikmat kurnia yang Allah berikan buat saya. Maka inilah salah satu ujian buat saya pula. Sedikit ujian. Pasti akan ada manisnya selepas ini. Pasti akan ada nikmat yang lebih besar dari apa yang saya nikmati sekarang. Dan atas sebab bukan mudah itu lah, saya hanya berupaya untuk menulis tentang ini disini. Dan mungkin juga kerana hari ini lah hari yang sepatutnya, ketika entri ini dalam draft - petang tadi Zulliana call dan bertanya tentang ini. Hari ini.

Tak dinafikan. Setiap kali saya teringat akan hal ini hati saya bagi dicarik ditusuk. Sebab itu juga saya tak punya kekuatan untuk bercerita disini. Sebab saya suka baca semula apa yang saya tulis dan kemudian saya akan 'geram' sendiri. Masih menjadi tanda tanya dalam diri saya. Kenapa menjadikan jawatan yang saya ada sekarang sebagai kekangan. Kenapa tidak berlaku adil dengan saya kerana ini melibatkan kerjaya. Kenapa juga tidak mengukur kepada pendidikan dan pengetahuan saya. Walau sebanyak mana persoalan, saya juga tidak akan mendapat jawapannya. Pernah sekali terlintas dalam fikiran saya, seandainya pada hari itu saya tidak berterus-terang - adakah saya berjaya?

Jumaat lepas, seorang kawan Encik Suami kata 'tak payah la kerja KL' bila dia tengok saya baru sampai Ipoh dalam lebih kurang pukul 10. Jawapan saya ringkas sahaja kepada semua yang bertanya, 'rezeki saya di KL'. Ya. Itulah realiti yang kami perlu berdepan. Kalau ikut hati nak bersama suami dan anak saya sanggup letak jawatan. Tapi, I'm stick to this. Please do not being so selfish. Jika suami kita redha, then go for it. Remember what your parents did last time. Jadilah kebanggaan mereka dan balaslah pengorbanan mereka. Redha suami yang kita damba. Kegembiraan mak bapa juga yang kita minta.

Dalam rasa kecewa, saya pasti ada yang tersenyum gembira mendengar perkhabaran ini dari saya. Entah-entah ada yang berkata padan muka. Well, we couldn't expect everyone surrounding will love you. Kan? Tak ramai yang dengan ikhlas memahami. Saya pun sebenarnya serik. Serik dengan manusia yang macam very closed to you dan baik dengan you but actually dia lah manusia yang duri dalam daging, tikam dari belakang dan etc. Lebih kecewa bila manusia penuh dengan hasad dengki. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang penuh dengan hasad dengki.

Okay then. "hope hope so! publish!" hahahaha. Lisa Surihani katanya. Kui3.

notadyatie: Thanks Zue. Saya rindu kamu. Isk. Isk. Isk. Thanks for all prayer. May Allah granted our prayer this year. Arissa nak adik. :)

XOXO,
Mak Arissa.

January 3, 2013

Keluarga : Kekasih2 Hati

Assalammualaikum. Hai.

kekasih-kekasih hati yang kurang sihat

Hari-hari terakhir 2012, Encik Suami dan Arissa diuji dengan sakit - demam ada, batuk ada dan muntah pun ada. Encik Suami demam setelah Arissa. Jangkit katanya. Huhu. Agaknya letih sangat jaga Arissa yang tak sihat tiga hari kot plus otak dok berputar ligat fikir pasal anak. Kot la. =P

Cuti tahunan saya dah habis. Almaklum, cuti 10 hari sahaja tahun lepas sempena 4 hari bekerja. 7 hari dah pakai masa cuti raya. Petang Ahad, kedua-dua kekasih hati saya tidur. Sayu hati tengok kekasih-kekasih hati. Terfikir esoknya dah Isnin, kena balik KL. Isk. Isk. Isk. Ada yang cadangkan kepada saya ambil MC. Tapi, saya bukan jenis yang pandai tipu. Huhu. Sementara mereka tidur, saya pula ligat berfikir nak cuti ke tak. Nak ambil MC ke nak minta CR Lewat. 

Dalam pukul 5.30 petang, Encik Suami bangun tidur dan terus tanya, "nak balik ke tak? nak beli tiket." Saya pun menyuarakan isi hati. Encik Suami suruh fikir. Depan saya terbentang Staff Zone. Muahaha. Dah lama sangat Encik Suami cakap sambil gelak-gelak bila saya minta pendapat, "kalau awak balik esok, tak payah balik terus." Hamboih! Itu bukan pendapat, itu ugutan. Lama-lama tak dapat keputusan lagi, "awak balik lah esok. saya pergi beli tiket."

Sentap Mak Arissa tau. Terus diam. Merajuk. Ngeee. Dengan penuh kasar Encik Suami pujuk. Haha. Tak agak-agak nak gurau. Huhu. Saya tekad nak cuti. Apply CR Lewat. Biarlah gaji kena potong sehari. Asalkan tak menipu. Asalkan hati tenang. Asalkan jujur. Kan? Then, mesej TKP dan P. Alhamdulillah P kata 'K' dan TKP kata 'no prob dayang. take care.' Fuh!! Alhamdulillah. Memang hati bunga-bunga senyum memanjang. Encik Suami tanya, "kenapa senyum2 nih?" Ngeee.

Kami packed barang nak balik rumah sendiri. Haha. Encik Suami dah beransur sihat dan Arissa jugak. Mak Arissa memang semangat nak balik rumah sendiri lah. Seronok sebab boleh dengan bebasnya bermain tiga beranak. Seronok sebab boleh masak untuk Encik Suami dan Arissa ikut gerak hati sendiri. Tapi, Isnin kami tiga beranak makan di Ayam Penyet Mydin. Err. Kami suami isteri je. Arissa dah kenyang makan bubur nasi carrot ikan merah di rumah. Hehehe.

Seronok boleh masakkan sup ayam untuk suami ikut versi orang tak sihat letak halia banyak-banyak (okay fine! dah tulis nih baru perasan kenapa ada sesuatu yang kurang dalam sup. tak letak lada hitam. hahahaha.). Siang esoknya masak bubur nasi ayam tofu kentang. Hihihi. Itu versi campak-campak jer. Alhamdulillah. Kali ini Arissa boleh habiskan semua bubur (lebih kurang satu genggam beras). Seronok sangat tengok Arissa makan. A day before bagi dia makan rolled oat. Selera jugak. ^_^

Dalam rasa seronok sebenarnya sangat susah hati bila dua-dua tak sihat. Tak menang tangan. Encik Suami kata, barulah jadi seorang mak yang sibuk. Beberapa bulan kebelakangan ini kan selalu free je duduk rumah. Haha. Lama tak sibuk macam tuh. Ralat rasanya. Hihi. Part paling sukar bila kita serba salah tak tahu nak layan siapa dulu dan siapa lebih. Nak sama rata? Itu sukar. Sebelah anak. Sebelah suami. Mak duduk tengah terkebil-kebil tengok siling. Huhu.

Alhamdulillah on 1st Jan 2013,both sudah sihat. InsyaAllah. Encik Suami sedikit sebanyak dapat rasa macam mana seorang mak sakit-sakit boleh jaga anak, boleh layan suami. Dan Arissa jugak, tak apa sayang. Batuk itu sebenarnya nak bina antibodi penghalang batuk dalam badan kamu. InsyaAllah lepas ini kamu kuat. Thanks sebab sangat behave sepanjang kurang sihat. Ibu SMS mak, 'rindu Ica'. Dah seminggu tak jumpa. Huhu. Kalau Ibu pun rindu apatah lagi Mak kan?

satunotahati: inilah yang dinamakan setelah hujan Allah hadirkan pelangi yang indah.
boleh tak kaitkan ?
hehehe.

XOXO,
Mak Arissa.

Spontaneous Thursday : Baru

Assalammualaikum. Hai.

Satu petang di AEON Kinta City,

Encik Suami : Awak nak cari sandal, cari sekarang.
Cik Isteri : Ha? (blur. tujuan asal nak beli barang basah.)
Encik Suami : Ha la. (jalan menonong ke bahagian kasut.)
Cik Isteri : (blur lagi sambil dukung anak.)
Encik Suami : Ha. Yang mana? (belek-belek Hush.)
Cik Isteri : (tetap blur. dalam otak kata, nak yang tu baru tau. =P.)
Encik Suami : (belek-belek semua kasut.)
Cik Isteri : (pilih je la. apa lagi tunggu. hahahaha.)

Akhirnya.


Ttak dapat Hush yang 'itu'. Tapi, dapat yang ini pun dah Alhamdulillah. Ngeeee.
Sandal baru di tahun baru.
*poyos*

Semalam.

Cik Isteri : saya tak tau jakun ke apa. tapi hari ni saya banyak kali terpeleot pakai sandal ni.
Encik Suami : hati-hati. nanti terseliuh susah.
Cik Isteri : tu la. takut juga. tapi takut belum apa-apa sandal putus.

Hahaha.

Encik Suami risaukan Cik Isteri takut terseliuh. Cik Isteri risaukan sandal takut putus.
Terbaik boboboi! Hahaha.

satunotahati: thanks ayah Arissa. 

XOXO,
Mak Arissa.

January 2, 2013

Wordless Wednesday : NAB

Assalammualaikum. Hai.



satunotahati: senyuman mu, gelak tawa kami. 

XOXO, 
Mak Arissa.

January 1, 2013

01012013

Quick update from the bottom of my heart! 

Assalammualaikum. Selamat Malam.

01.01.2013. Sasaran sekurang-kurangnya satu entri untuk hari pertama. So, I've another 10 minutes! Peeps! Selamat Tahun Baru!! Ok fine! CLICHÉ! =P

By the way, rasanya tak ada nak cerita panjang tentang tahun baru sebab saya telah menyambut tahun baru pada 1 Muharram tempoh hari. Every wishes, hope and prayer semuanya dah tersemat tempoh hari walaupun ada yang telah ter'simpang'. Simple prayer which was consists of everything : 

LET'S TOGETHER WORK HARD(ER) AND BE BETTER!

Ok. Bye!

XOXO : Mak NAB

Blog design by Rainy Day