Pages

Dec 26, 2013

Strategi Menjemput Rezeki: Menjemput vs Mencari

Assalammualaikum. Hai.

Bismillahhirrahmanirrahim.

Mak Arissa nak berkongsi dengan semua tentang buku yang Alhamdulillah dah habis baca; Mudahnya Menjemput Rezeki dari Encik Fathuri Salehuddin. Ringkasnya saya ambil point utama serta contoh yang jelas. Semoga bermanfaat untuk kita semua. InsyaAllah. Tapi sebelum itu, mari kita sama-sama tengok Apa Itu Rezeki? 

"Rezeki adalah apa-apa yang kita rasakan manfaatnya, sama ada halal ataupun haram, sama ada baik ataupun buruk. Bererti apa sahaja yang kita rasakan manfaatnya bermakna ia adalah rezeki kita, dan segala sesuatu yang tidak dapat kita mengambil manfaat daripadanya, (walaupun milik kita) bukanlah rezeki kita, tetapi rezeki orang lain." (Tafsir al-Quran asy-Sya'rawy)

Rezeki. Kita tidak pernah tahu mana letaknya rezeki kita. Ibarat seperti kita mencari kunci yang hilang. Pening. Tak jumpa. Mungkin dalam rumah atau mungkin juga di luar rumah letaknya. Ada ketika kita berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan sesuatu tapi akhirnya semuanya tak berhasil. Sebaliknya, ada yang dianugerahkan rezeki yang berlipat ganda dengan usaha yang sedikit. Nah, begitulah hakikat rezeki. Kita tidak pernah tahu bila datangnya. Ia seperti panas dan hujan. Rezeki adalah hal ghaib. 



Nak tahu apa dia strategi mudah yang dicadangkan oleh Si Pemberi Rezeki?


Mudah kan? Menjemput rezeki memang lebih mudah berbanding mencari rezeki. Mencari bermakna kita tidak tahu tempatnya. Mengapa dikatakan menjemput itu lebih mudah? Sebab kita sudah tahu rezeki itu hanya daripada Allah. Satu-satunya Pemberi rezeki hanyalah Allah. So, jom kita sama-sama buat sahaja apa yang Allah suruh. Tak perlu pening-pening. Allah suruh kita jadi orang baik sahaja. Allah mahu hidup kita senang. :)


Yakin dengan jaminan Allah. Tidak ada satu pun makhluk bergerak (bernyawa) melainkan semuanya dijamin oleh Allah rezekinya. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya. Semua (tertulis) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz).


Ada banyak lagi strategi menjemput rezeki yang InsyaAllah saya akan terus akan kongsikan bersama dengan semua. Tapi, formulanya sama iaitu jadi orang baik, mengikut piawaian Allah, bukan selainNya. Korang boleh segera pergi beli buku Mudahnya Menjemput Rezeki ini jugak. Serius sangat bermanfaat dengan penulisan yang santai pasti buat kita ralit membacanya. ;)

Sekadar renungan buat kita semua, apabila sudah rezeki memang akan tiba juga. Tidak terkurang sedikit pun. Tidak terlewat atau lebih cepat walau sesaat. Jelasnya, tiada yang namanya kebetulan. Semuanya berlaku atas izin Allah. Walaupun begitu, bukan semua rezeki yang ditakdirkan untuk kita adalah rezeki halal. Disana ada rezeki yang baik dan sebaliknya. Di sinilah ujian untuk kita.


Sumber: Mudahnya Menjemput Rezeki, Fathuri Salehuddin

XOXO,
Mak Arissa.

6 comments

asyifa mustaffa said...

Perkongsian yg baik...sy mmg nak sngt beli buku ni...

Petak Bunga said...

terima kasih atas perkongsian.

jg solat.

:)

YanaHime said...

Memang best buku ni sebab sangat membuka mata ttg rezeki.

ily♥ said...

MasyaAllah tabarakallah...Thanks yatie for sharing this. Ade dapat buku ni versi mini mase seminar ibu bapa. Tapi tak terbaca lagi..huhu..

Umi Qi said...

Hebat!
Hebat!
HEbat entry ini....hasil kupasan sebuah tajuk dan buku yg amat memberangsangkan utk kita ketahui...rupanya rezeki itu senang diperolehi dari solat dan usaha....Allah...terima kasih mama arissa...Umi Qi suka kupasan mcm ini...at least kita tidak terleka :)

Razali said...

Sebelum membaca buku ini mungkin ramai yang tidak faham tentang rezeki, buku ini amat disarankan kepada para pembaca untuk memilikinya supaya kefahaman tentang rezeki lebih jelas, insyaAllah

Blog design by Rainy Day