Pages

Dec 12, 2013

Spontaneous Thursday: NAB Solat

Assalammualaikum. Hai.



Video Nur Arissa Batriesya solat ni sempat dicaptured oleh mak nya masa di Lahad Datu tempoh hari. Kebetulan mak nya tengah layan Instagram. Nampak Arissa buat aksi solat cepat-cepat rakam. Masa ni ayahnya tengah mandi dan saya tengah santai-santai. Saya pun tak pasti macam mana permulaan dia buat aksi solat nih dan kejadian lepas dia solat. Haha. Dah nama pun spontaneous. Yer dak?

Kalau sembahyang sorang-sorang, kami sediakan juga Arissa sejadah dekat sebelah. Tapi selalu juga dia sibuk nak duduk depan kita sekali. Terpaksa mak atau ayahnya bergerak ke tepi sedikit untuk mengelak dari sujud atas dia. Bahaha. Tapi, bila solat berjemaah pulak elok je dia solat atas sejadah dia sendiri. Tak sibuk nak pergi ke depan. Tak pun, dia layan tab dia. Ikutlah mana yang dia suka. Haha. Yang penting kena sediakan sejadah juga untuk dia.

Sepertimana ibu bapa lain, kami turut mendoakan semoga anak kami menjadi anak yang solehah dan menjadi seorang insan yang menyenangkan hati semua orang.

Ya Allah, jadikankah Nur Arissa Batriesya sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

satunotahati:
segala perancangan bulan dua belas ditangguh untuk fokus kepada misi 2014.
insyaAllah.

XOXO,
Mak Arissa.

5 comments

S.n.Fariza said...

Alhamdulillah :)
jadi anak yg solehah ye syg.
kisses...

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

aamiin..insyaAllah sis.ibu bapa sebagai role model. =)

Chekgu Azrine said...

Semoga mmbesar sbg ank yg solehah..

adyna said...

Alhamdulillah , adib n amni pun dah diajar awal2 ikt step2 dulu ;) lgpun diaorg akan lihat dari situ diaorg tiru dulu kan

Cik Puan Rara said...

alololo sejuk perut mak mengandung.

Blog design by Rainy Day