Pages

Dec 3, 2013

Sekalung Tahniah Buat Mak

Assalammualaikum. Hai.


2013. Tahun ni mak dianugerahkan APC. Alhamdulillah. Inilah penghargaan setelah 29 tahun berkhidmat dengan KEMAS. Bangga dengan mak sebab mak merupakan antara pekerja yang berstatus kontrak selama 29 tahun ini. Bayangkan, dalam tempoh hampir 30 tahun ini mak berusaha memperbaharui kontrak dengan ujian itu ini, tandatangan itu ini. Macam-macam. Dan tahun lepas, mak perlu ambil SPM ketika usianya 49 tahun. Phew!~ Tapi, hingga ke hari ini saya masih lagi tak dengar apa-apa perkembangan selepas mak ambil SPM. Harap tiada janji dicapati. Kesian orang-orang yang dah berumur terpaksa ambil SPM dan belajar bersungguh-sungguh untuk sekurang-kurangnya lulus. Huuuu.

Apa pun mak, tahniah! Kitorang happy dengan anugerah dekat mak nih. Tapi mak dah dapat scroll orang kan? Orang tau, scroll itu merupakan anugerah paling berharga buat mak kan? InsyaAllah, orang akan balas jasa baik mak bapak walaupun orang tahu tak terbalas sampai bila-bila. Orang akan bagi apa yang orang mampu, InsyaAllah. 

XOXO,
Mak Arissa.



4 comments

Pinkbubblegumprincess said...

wahhh tahniah2...hehehe APC ya.. hheeehe

Chekgu Azrine said...

wow..usaha gigih beliau telah dihargai..
tahniah to ur mom ye sis

Mimy Hamid said...

mak yatie cikgu tadika kemas ke...kagum dah 30 tahn keje

Umi Qi said...

Tahniah utk ibu yatie....sonok ye dpt anugerah apc....alhamdulilah....cantik mak u tau

Blog design by Rainy Day