Pages

Dec 30, 2013

Mudahnya Menjemput Rezeki: Solat Tahajud

Assalammualaikum. Hai.

Bismillahhirrahmanirrahim. Saya sambung lagi dengan strategi yang ketiga selepas Mencari vs Menjemput dan Mengutamakan Solat. Rezeki. Bukan setakat apa yang dapat dipandang, dipegang dan dimakan sahaja. Kesihatan juga rezeki. Kesihatan yang paling utama sebab kalau kita dah sakit kita tak boleh buat apa-apa. Segalanya terjejas dan terganggu. 

Penulis ceritakan tentang seorang kaya yang mempunyai berpuluh rumah tinggal di sebuah banglo besar menghadap padang yang berturap tar. Ahad, padang tersebut menjadi pasar malam dan penulis sering memerhatikan orang kaya tersebut. Beliau duduk di beranda banglo sambil memerhatikan kemeriahan pasar malam. Beliau menikmati keindahan tersebut dari kerusi roda. Bau makanan yang enak-enak dibawa oleh angin petang kepadanya tetapi beliau hanya sekadar mampu mencium sahaja. Bukan tak mampu membeli tetapi kerana penyakitnya menghalang dia dari membeli.

nah, sekarang saudara setuju bahawa kesihatan adalah rezeki yang besar?

Ok. Nak tahu kunci pembuka pintu rezeki? Penulis suka menamakannya MASTER KEY key rezeki. Dalam sahih Muslim, riwayat daripada Abu Hurairah r.a., bahwa Rasululullah SAW bersabda;


Kemudian, kita perhatikan pula jaminan Allah;


Jelas kan? Kita semua sama-sama maklum kunci rezeki adalah solat. Dan solat tahajud adalah the master key. 24434 adalah nombor khas menghubungi Allah. Manakala jika mahu nombor yang lebih khusus lagi boleh gunakan sambungan 83 (solat Tahajjud 8 rakaat dan solat Witir 3 rakaat). Apa sahaja hajat boleh diberitahu kepada Allah. Ya, segala hajat dan segala bentuk rezeki yang diinginkan. 

Sumber: Mudahnya Menjemput Rezeki, Fathuri Salehuddin.

So, jom korang kita sama-sama tanamkan azam dalam diri supaya menjadikannya 'wajib' untuk kita. Orang lain boleh, kenapa kita tidak? Jika kita terus menerus kata tak boleh makanya itu sekadar alasan buat kita. Jom sama-sama tanamkan azam baru. Semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua. InsyaAllah.

XOXO,
Mak Arissa.

1 comment

Cik Puan Rara said...

thanks for shraing yatie!

Blog design by Rainy Day