Pages

Dec 27, 2013

Mudahnya Menjemput Rezeki: Mengutamakan Solat

Assalammualaikum. Hai.

Strategi yang pertama ialah kita menjemput rezeki. Strategi yang kedua ialah dengan mengutamakan solat. Dalam strategi pertama kita disuruh untuk solat. Sekarang kita kena mengutamakan solat. Ha..Faham tak? Penulis ada berkongsi kehidupan masa lalu dia semasa bekerja di sebuah kilang membuat tilam dan bantal.

Apabila kiri dinding dan kanan pun dinding, seolah-olah semua jalan keluar tertutup, apakah pilihan lain kecuali mengadu dan terus mengadu kepada Allah? Memohon dengan bersungguh-sungguh agar roda kehidupan berputar kembali ke atas. Apa lagi jika bukan solat? 

Sejak itu saya bertekad untuk mengutamakan solat khususnya solat berjemaah di masjid. Begitulah yang saya lakukan setiap hari. Kawan-kawan serumah semuanya tidak solat. Ditambah pula dengan kegiatan yang bukan-bukan. Justeru, kebanyakan masa saya terpaksa habiskan di masjid. Saya tidak mahu terpengaruh.

Allah tidak akan memungkiri janji. Beberapa bulan kemudian penulis dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke hostel untuk pegawai. Tetapi ujian yang penulis terima ialah penulis perlu berjalan kaki hampir satu kilometer ke masjid. Penulis terus bersemangat untuk terus bersolat di masjid dan kurang dari setahun penulis dipindahkan ke sebuah hostel ala-ala hotel termasuk sebuah kereta serta petrolnya percuma.

Subhanallah, Allahhuakbar! Roda kehidupan sekali lagi bergerak ke atas.

Janji Allah itu pasti. Kan? Cuma kita sering terleka. Astaghfirullahhala'zim. :'(

Dalam masa yang sama saya juga kenal dengan seorang penjual madu. Dia juga tinggal berhampiran dengan hostel. Asalnya dia seorang pemandu. Kemudian dia berhenti kerja dan menjual madu. Bermula dengan menjual hanya di rumah, kemudian ke pasar malam.

Setelah beberapa bulan, dia sudah mempunyai van bergerak dan pembantu. Saya perhatikan bisnesnya sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Produk yang diniagakannya semakin banyak. Meja jualannya di pasar malam juga semakin panjang. Menariknya, saya perhatikan sejak mula lagi dia memang sering kelihatan di masjid.

Ha.. Penulis berdepan dengan pengalaman sebegini dan beliau yakin bahawa datangnya rezeki menjadi lebih mudah apabila mengutamakan solat. Sesetengah ulama berkata bahawa sesiapa yang menjaga solatnya maka Allah akan mengurniakan lima keistimewaan:

  • Akan diangkat kesempitan hidup di dunia daripadanya
  • Akan dihindarkan daripada azab kubur
  • Akan mendapat buku catatan amalnya melalui tangan kanan
  • Akan melintas Titiran Sirat sepantas kilat
  • Akan memasuki syurga tanpa hisab
Allah juga berjanji untuk memberi balasan yang baik kepada orang yang bersolat.



Penulis turut kongsikan dengan kita tulisan Peter Russell dalam buku The Brain Book, "Otak manusia beroperasi lebih pantas dan lebih tepat dalam keadaan kepala mereka di bawah (terbalik). Dikatakan otak manusia boleh beroperasi tujuh peratus lebih cepat dan 14 peratus lebih tepat!" Maka, soalan dari penulis untuk kita semua, "Apakah cara paling murah, mudah dan praktikal agar kita beroperasi dengan lebih cekap dan cepat?" Hehehe. Jawab. Jawab. ;)

Jom kita sama-sama bermuhasabah dan audit diri. Kita tunaikan perintah Allah dengan sebaiknya. Kita semak solat kita. Kita solat awal waktu atau akhir waktu? Waktu mengerjakan solat ini saya sendiri sering leka. Tak menentu. :'( Kesimpulannya; Pahala dapat. Rezeki dapat. Fikiran pun cerdas. InsyaAllah. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. InsyaAllah.

Sumber: Mudahnya Menjemput Rezeki, Fathuri Salehuddin

XOXO,
Mak Arissa.

1 comment

ily♥ said...

T___T
Muhasabah diri...sobs..
Utamakan solat...mendahului segala urusan duniawi yang lain..
Allahurabbi..

Blog design by Rainy Day