Pages

Dec 24, 2013

Misi 2014: Rumah Sewa

Assalammualaikum. Hai.

Ibu Amsyar orang yang paling excited nak tahu pasal ni. Haha. Ok. Kami dah survey rumah sejak lebih kurang dua bulan lepas. Pada mulanya kami buat bajet sewa rumah sekitar 800 - 900. Kemudian, fikir timbang tara balik maka kami buat keputusan cari rumah yang kos sewa paling rendah. Kos ekstra boleh simpan tabung untuk buat deposit rumah bila ada rezeki nak beli nanti-nanti. Jadi, 12hb lepas kami dah booked satu rumah. Rumah flat. Rumah 3 bilik. Satu bilik master, satu medium dan satu single. Gittew.

Awalnya booked rumah? Macam 100% yakin je? Hehe. Macam saya cakap Ayah Arissa 99% yakin. Saya pulak lepas pergi tengok rumah, sekitar pangsapuri tu sangat bagus. Maksudnya, semua ada. Paras bawah semua kedai. Kedai runcit, kedai makan dan juga dobi. Klinik pun ada. Bila Ayah Arissa tanya, "awak rasa?" Saya jawab, "kalau saya duduk berdua dengan Arissa pun saya confident". Ha gittew. So faham tak apa maksud yang tersirat? Hehe. Dan sebab itu juga saya dah belikan tiket untuk adik saya 18hb tempoh hari.

Rumah kami nanti tingkat 14. Bahaha. Ralat. Ya, kami ralat. Tak perlu perbandingan dengan rumah orang tapi cukup sekadar memikirkan rumah sendiri di Ipoh. Dan kami mengajar hati untuk terima dan redha. Apa yang penting kami dah boleh hidup bersama di bawah satu bumbung menjalani kehidupan rumah tangga, menjalankan tanggungjawab sebagai isteri suami mak dan ayah. Bina kebahagiaan keluarg itu yang paling penting. Kebahagiaan itu bukan diukur dengan besarnya rumah. Kan? Itulah namanya rumah ku syurga ku. 

Kami memulakan kehidupan baru semula di tempat baru. Ibarat macam seperti mula-mula kahwin dulu kami bermula dengan kosong. Bezanya kali ini kami dah beranak seorang. Dulu, tahun kedua perkahwinan kami beli rumah sendiri. InsyaAllah lepas ni tahun ketiga lepas kami memulakan hidup baru dekat sini kami boleh beli rumah sendiri. Ha gittew. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan. 

Lokasi dekat sangat dengan sekolah Ayah Arissa bakal meneruskan perkhidmatannya. Dekat sangat-sangat jimat duit minyak. Dia boleh jalan kaki je. Tak aci kan? Hehehe. Tapi takper. Apa yang penting saya juga boleh ke tempat kerja dengan LRT. LRT Salak Selatan. Den tak kuasa nak bawa kereta oi. Selagi ada kemudahan, selagi itu saya gunakan. Jalan kaki sikit lah. Tapi apa ada hal. Selagi ada kudrat, InsyaAllah boleh. Bukan nak redah 2 3 kilometer. Kan? 

satunotahati: semoga Allah permudahkan segala urusan kami.
Allahhummaamin. 

XOXO, 
Mak Arissa. 

16 comments

Edat_Uzair said...

hehehe...tersedak ibu amsyar...alhamdulillah..semua dh setel...boleh la klu g KL nanti singgah umah ica..tingkat 14 tu...hihi...well..hope dpt jumpa uols before uols pindah :-)

Chekgu Azrine said...

selagi boleh jimat kita jimat la kan??
macam akk dok kt KL..sewa umah 700 tu kira murahla sis..kawasaan akk ni dah 1k dah..tp dh dok 8 tahun dia tak naik2kan sewa pun dah kira alhamdulullah sangat

S.n.Fariza said...

:) nanti kita picnic tau.
nk jumpa comel arissa tu :)
esok bfdy mai jumpa

Ibu Dilah said...

xpela yatie, dpt rumah yg murah sikit byk la dapat berjimat.. yg penting selesa dan byk kemudahan kan.. lagipun nanti2 bila anak makin besar lg byk nak pakai duit..

DYatie said...

Haha. Alhamdulillah. Syukur Allah perkenankan perancangan dan permudahkan urusan. :)

InsyaAllah. Nanti boleh la jenguk kami atas angin. Bahaha.

Petak Bunga said...

duk bandar kena pandai berjimat cermat.

DYatie said...

Aah sis. Dah fikir balik kena jimat untuk masa depan. Perlahan-lahan kan kak. Kami dapat tak sampai 600. Alhamdulillah. :)

DYatie said...

Haa... InsyaAllah.
Ala.. esok tak dapat pergi. Huhu.

DYatie said...

Aah Ibu Dilah. Itulah. Yg penting dalam rumah. Luar rumah kita tak dapat nak control. Kan?

DYatie said...

Ye petak bunga. Kena kurangkan aktiviti kebiasaannya kami buat. Hoho. (Makan lettew!) =P

Nursaila Norman said...

alhamdulillah dyg,btl sgt dyg..yg penting kita bahagia,rmh besar ke kecik je yg penting rmh ku syurga ku :)) yg penting korang suami isteri duduk serumah :D psl naik public transport tu pun saila setuju..saila pun jenis suka naik train selagi boleh tak kuasa nak bwk keta..huhuhu

Ms Ayang Lia said...

tumpang gembira. :)

permatabiru said...

alamak mahalnya sewa...lepas nie sy pun nk kna cr umh sewa area ipoh..hope xsemahal di ibukota..

DYatie said...

Kan Saila kan. So sekarang jom kita sama-sama bina keluarga bahagia. InsyaAllah. ;)

DYatie said...

Terima kasih lia. :)

DYatie said...

Aah u. Huhu. Nak cari rumah kat Ipoh?

Blog design by Rainy Day