Pages

Dec 28, 2013

Misi 2014: Pindah

Assalammualaikum. Hai. 

Kami dah pindah. Penat. Sepanjang kahwin ini perpindahan kali ke 3. Hari ini, Sabtu. Ini je masa yang ada dengan tarikh ayah Arissa perlu lapor diri 2hb dan availability lori yang super murah hanya hari ni. Penat. Sebab masuk rumah tawakal je macam mana bekas penyewa tinggalkan rumah. Penyewa tu baru keluar dalam pukul 11 tadi. Kami sampai dalam pukul 1. Huuu. Haa.


Masa semua orang sibuk nak punggah barang-barang, mak kena layan anak tengok upin ipin dan makan Pepero. Huhu. Arissa takut bunyi vakum, so sekali dia dengar saya pasang maka telinga dia akan alert sangat. Nak bagi mak bergerak pun tak boleh. Aptb sangat. Sobs! Pasrah je la barang melonggok masuk dengan rumah bersepah. Huhu. 

Pong pang pong pang. Around pukul 4 petang rumah clear sikit. Fuhh lega. Then baru kami makan tengahari berkelah kat ruang tamu. Rumah takder lah horror sangat. Kira ok la bekas penyewa cuma tinggalkan kotak-kotak besar yang mungkin useful for us. Lantai agak-agak ar nak expect bersih kan. Cuumaaa. Sedikit keadaan buat kami tertanya-tanya, lebih setahun kot duduk sini tapi ko biar je benda ni? Ha. Apa dia toksah cerita lah. Huhu.

Kami pernah menyewa. Kami jaga rumah sewa mengalahkan rumah kami sendiri. Apa-apa rosak sepanjang kami duduk, kami baiki. Apa-apa yang rasa menyusahkan kami akan cari benda yang memudahkan. Konsep; apa yang kita buat hari ini pastikan tak menyusahkan orang lain akan datang serta hari ni kita mudahkan orang nanti orang mudahkan kita. Gitu. Memang rumah sewa. Tapi kita kot yang duduk dalam tu. Rumah sewa itu yang nak kena jaga betul-betul sebab rumah orang. (Ok. I'm going to be a very fussy landlord. Bahaha.)


Tadi, masa orang lori masuk je rumah kat sini terus cakap, 'jauh beza ha dengan rumah sana'. Huhu. Aah. Memang pun. Masa gerak tadi pun alahai sayu pulak tengok rumah sendiri yang dah hampir kosong. Pastu terus dalam hati tanam azam kononnya nanti pelan2 renovate rumah ni sampai bila dah pencen leh duduk dengan penuh selesa dan harmoni. Bahahha. 33 tahun lagi oi. Sempat ker idak merasa pencen. Wallahualam. Hehehhe. 


Dan. Malam ini malam pertama kami. Kami mulakan hari ini dengan kalimah Bismillahhirrahmanirrahim. Semoga Allah memberkati dan merahmati kehidupan kami. Dan syukur yang tidak terhingga Allah telah permudahkan, Allah telah memperkenankan dan Allah telah memakbulkan. Alhamdulillah. 

satunotahati: penat sampai tak boleh tidur. huhuhuhu.

XOXO,
Mak Arissa. 

1 comment

Edat_Uzair said...

alhamdulillah...

nanti update citer umah sewa tau...

Blog design by Rainy Day