Pages

Dec 23, 2013

Misi 2014: 20 Disember

Assalammualaikum. Hai.

20 Disember, keputusan permohonan pertukaran Ayah Arissa keluar. Ini permohonan kali pertama.


Alhamdulillah. Keputusannya memihak kepada kami. Ayah Arissa dan dua lagi kawannya memang yakin 99% mereka berjaya. Alhamdulillah. Berkat sabar. Semuanya dipermudahkan oleh Nya. Syukur sangat. 


1 tahun 4 bulan. Syukur ke hadrat Nya kerana Allah perkenankan segala perancangan kami dan Allah makbulkan doa kami. 

1 tahun kami bagi peluang untuk saya masih cuba mendapatkan kerja di sekitar Ipoh. Bila tempoh itu berakhir, giliran Ayah Arissa pula untuk bertindak. Dalam tempoh 4 bulan Dengan izin Allah, dia bertemu dengan dua orang FT yang nak bertukar ke Perak. Dan permohonan dibuka Oktober tempoh hari. KL - Tanjung Malim - Karai. Atas sebab itu mereka yakin 99%. Syukur Alhamdulillah. 

Kita merancang. Tetapi sebaik-baik perancang itu adalah Dia. Dia telah menetapkan semuanya untuk kita. Dan begitu juga dengan dimana letaknya rezeki kita. Jangan pernah berhenti berusaha, berdoa dan bertawakal. Walau susah, ajar hati untuk redha walaupun kadang-kadang saya akui saya pernah tersasar. Manusia.

satunotahati: 
semoga perpindahan kami turut membahagiakan semua orang.

XOXO,
Mak Arissa. 

16 comments

ily♥ said...

Alhamdulillah...Tahniah...Perancangan Allah adalah yg sebaik-baiknya kan :)

Edat_Uzair said...

ALHAMDULILLAH...

Setiap orang yang bersabar pasti akan berjaya..kan? hehehe....SMK Seri Tasik tu area mana? dah dpt umah ke? eh..banyak pulak tanya...mcm xleh hangout pulak..hahaha..

DYatie said...

Btl tu ily. Alhamdulillah. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. ;)

DYatie said...

Hahaha. Amboi! Takper. Satu persatu akan cerita kat misi 2014 nanti. Meh buat kerja dulu. Bahaha.

adyna said...

Tahniah Dapat ber kumpul sekeluarga kembali , Akak lak masih tak berjaya tukar , Dan Akan mohon lagi , percaturanNya lebih baik ;) jd org key l la pasni arissa ;)

~Lieza~ said...

Alhamdulillah. ..yeayy..pasnie arissa dh xyah jauh dr mak lg... bole la jmp sofiyya nnt.. =)

humble.yat said...

alhamdulilah..yati tumpang syukur sgt2 dengan berita ni..sebab pernah melalui stage mcm ni..rasanya kesyukuran yang tak terucap kan? huhu

Chekgu Azrine said...

Tahniah sis.
Semoga dipermudahkan urusan selanjutnya

DYatie said...

Alhamdulillah kak. Takper InsyaAllah nanti giliran akak tiba. Cuma mungkin lambat sikit. Maybe akak boleh cari guna tukar suka sama suka. :)

DYatie said...

Alhamdulillah Lieza.. Yeay! insyaAllah. Cuma xdapat nak pegi 25hb ni. huhuhu.

DYatie said...

Alhamdulillah.. Syukur sangat2.. Terima kasih Yat.. memang rasa syukur yang tak terungkap~ :))

DYatie said...

Thank you sis! Allahhummaaamiin. :)

erin said...

congratsss..rin pulak yg seronok, mesti rasa mcm pengantin baru balik..hehe, kocoh2 balik rumah masak utk suami, basuh baju byk2, kemas mainan bersepah..sure seronok :)

Ibu Dilah said...

Alhamdulillah.. tahniah yatie dah dpt berkumpul 1 family..

DYatie said...

Heheheh. Kan rin kan? Mmg start from 0 macam dulu2. Bezanya kali ni dah ada ank sorang. Hehe.

DYatie said...

Alhamdulillah. Terima kasih Dilah. =)

Blog design by Rainy Day