Pages

Dec 24, 2013

Hujung Minggu; Padang Polo.

Assalammualaikum. Hai.

Ahad. Kami balik awal ke rumah mentua. Bila mentua keluar bawak pokde Arissa beli barang, kami solat Asar dan keluar jugak. Lokasinya ke Padang Polo. Banyak kali hajat tertunda dek kerana cuaca. Arissa elok je nak belok simpang, tiba-tiba dia tersengguk. Apa lagi mak dia, "eh mana boleh tido! dah nak sampai dah. nak main tak?" HewHewHew. Segar bugar balik si anak. Haha. Nampak papan gelongsor terus cakap, "nak tu nak tu". Ewah~!




Mak kat atas, ayah kat bawah.







Arissa dan bubbles. Dah lama dah ayah janji nak belikan benda alah ni. Tapi Ahad lepas baru dapat. Bila dia pegang je ah sudah. Tak boleh ambil balik. Kerjanya nak menembak je. Dia dah tak hairan dengan si bubbles yang berterbangan. Last, rampas jugak. Then baru dia excited semula dengan bubbles. Itupun bila dia tengok budak-budak sibuk berlari-lari nak 'amik' bubbles. Hehe.


Arissa excited dengan layang-layang yang berterbangan. Kelakarnya dia siap tadah tangan beraksi macam dia nak tadah layang-layang tu. Bahaha. Beberapa kali juga dia kata 'nak tu nak tu' selain dari waaahhhh..waaahhh...wahhhh....huhu. Tapi, kalau beli pun dia buat koyak je. Tunggu awak dah besar sikit baru mak boleh beli ye sayang! InsyaAllah. Hehe.


Satu lagi yang jelas tentang Arissa, dia macam mak dia. Suka perhati orang sampai kerut-kerut dahi. Panggil pun tak dengar. Aptb! Then dia suka approach anak-anak lain. Cuma mak ayahnya takut. Takut kot kot tiba-tiba dia claimed mainan orang tu mainan dia. Udah ler ada seorang budak tu elok je kami lalu bertentangan, baik je dia kat tepi Arissa dia guna bola ketuk kepala Arissa. Errr. Ketuk ke? Tak tahu nak cakap. Memang mak nyer ni geram menyirap gak lah. Tapi nak kata apa. Budak. Nasib baik Arissa cuma cakap 'akit.. akit.. akit..' sambil gosok kepala. Huhu.

Tapi benda macam ni buat saya risau bila Arissa ada dengan anak-anak lain. Selain dari takut anak kena 'buat', saya takut dia pulak yang 'buat' orang. Arissa nih ikut orang jugak. Saya perhati kadang-kadang bila ada budak sampai tarik baju dia, pukul dia, cubit dia - Arissa kurang jugak melawan. Saya? Geram memang geram. Tapi dah kata. Budak. Cuma jadi geram bila parents buat diam tak tegur. Saya kalau tengok Arissa buat kat orang, saya terus jadi halilintar! Huhu. Masalahnya kadang-kadang saya rasa cam Arissa lembut tak bertempat. Boleh? Huhu.

satunotahati:
cerita pasal anak dulu sebelum sambung hal misi 2014 ye.

XOXO,
Mak Arissa.

7 comments

ZazaMyMoon said...

hehe tiyuttt nya arissa dengan bubble tu.. rasa nak gigit2 je :)

keciannya kena ketuk kepala.. tp kita as mom tak boleh buat apa kan yatie, nak marah karang budak2.. hurmm sabor je lah hehehe

Arissa jgn nak berlembut sangat yer sayang.. nanti org buli awak =)

adyna said...

Adib n amni pun ajak g tp baba dh Start meeting kt skol susah dah nak g padang polo, smlm depa kna mrh dgn opah sebab mandi air bubble tu , pjg akal la bila ibu n baba tak De

Cik Puan Rara said...

eh sejak bila polo ada jual layang2 ni yatie.eh eh knp xtau.hehehe

DYatie said...

Kan sis kan? Sabo je la. Kena istighfar banyak2 time berdepan dengan situasi gitu. Huhu.

DYatie said...

Hahaha. Anak2 kan kak. Ibu baba xder mula ar nak explore mcm2. Hehe.

DYatie said...

Eh ko ni ra. Hahaha. Ikut musim ra. Rasanya ko pergi bukan musim layang2. Hahaha.

Petak Bunga said...

seronoknya arissa main layang ek.

Blog design by Rainy Day