Pages

Dec 2, 2013

Hablu Minallah Hablu Minannas

Assalammualaikum. Hai. 

"Si anu yang baik itu pun orang tak suka, aatah lagi si polan yang biasa2 aje tu". Hidup. Kita tak boleh buat semua orang suka kita apatah lagi nak paksa suka. Kita tak boleh puaskan hati semua orang apatah lagi nak desak orang puas hati. Inilah yang ditafsirkan sebagai kesempurnaan hidup. Penuh dengan ujian, cubaan dan dugaan.

Hidup. Seringkali bantuan dari kudrat tulang empat kerat dipandang sepi. Teguran nasihat didengar sepintas lalu. Kerana apa? Kerana mata serta telinga lebih cenderung kepada material. Kononnya, seseorang yang membantu kita dengan memberikan duit atau bawa kita jalan-jalan atau belanja kita makan mewah itu sebenarnya sebaik-baik bantuan. Kononnya, tidak menegur perbuatan seseorang itu samada buruk atau baik merupakan seorang yang sangat 'sporting'.

Hablu Minallah Hablu Minannas.

Sukar untuk menjadi seorang yang positif dari setiap segi. Sukar untuk memperbaiki hati memperbaiki diri. Tapi, setiap apa pun dugaan atau ujian; kembali kepada Dia. Dia yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Perbaiki hubungan kita dengan Dia dan InsyaAllah seterusnya hubungan kita dengan manusia turut terjalin. InsyaAllah.

Kita punya pilihan; mulia di mata manusia atau pada pandangan Allah. Teruskan dengan niat baik kita. Jangan pernah berputus asa kerana janji Allah itu pasti; sedangkan niat baik sudah diberi ganjaran pahala apatah lagi berbuat baik. Kan? Jikalau kita dibenci sekalipun, jangan kita turut membenci. Bila terbit perasaan itu, kita cuba tepis jauh-jauh walaupun secara terang-terangan kita dibenci. Allah tahu. Allah tahu. Allah tahu. Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati kita. Walau sebesar zarah, kita tidak mampu menyembunyikan apa-apa dari Nya.

Marilah kita sama-sama pulihkan hati, perbaiki diri dan eratkan lagi hubungan kita dengan Allah. Dunia, jika terus menerus diratap untuk kesempurnaan; kita akan menjadikan masa yang berlalu sia-sia. Akhirat, teruskan perjuangan untuk menjadikan diri mulia pada pandangan Allah. InsyaAllah. Semoga Allah kuatkan hati kita, iman kita dan semangat kita.

Wallahualam. 

satunotahati: bebel pagi-pagi dalam ETS.
hapekah? hihihi.

XOXO,
Mak Arissa. 

2 comments

adyna said...

Selagi Nama manusia yatie , ;) , Akak pun ms g kubur Azim dah rasa tabah n kuat tapi menangis gak , sbb rasa bersalah lama dh tak dpt ziarah kubur .

Suami mtk tkr kl ke? Semoga Ada sinar utk kita Etbg Kali ni Amin

Fifi Nadhrah said...

sangat mendalam yatie.. fifi selalu terfikir.. kadangkadang kite buat sesuatu untuk ganjarankan.. maksud fifi.. ganjaran material.. kadang2 lupe ganjaran pahale lagi besar bile kite melepaskan ganjaran material tu..

Blog design by Rainy Day