Pages

Dec 13, 2013

Ber Seafood di Sandakan, Sabah

Assalammualaikum. Hai.

Kisah bulan lepas kami ke Sabah. Sandakan dan Lahad Datu. Hoho. Kami sampai Sandakan dalam pukul 1 kalau tak silap. Sakit montot! Arissa pun bosan dok dalam flight. Gila tak bosan? Bukan boleh buat apa pun. Huhu. Sampai-sampai je kami terus dibawa makan ke Sim Sim. Frust sebab tak ada gambar makan kat sini. Huhu. Dekat Sim Sim ni ada kedai ikan bakar. Kita sampai kita pilih nak ikan apa. Then terus duduk. Terkejut pergi duduk dekat meja dah sedia macam seperah. Nasi semangkuk, kerabu tauge, sayur masak lemak, sambal belacan dan cucur udang semua dah tersedia serta air masa satu jug. Tugas kita cuma pilih ikan apa je nanti diorang hantar. Dan... harganya cuma RM8 sahaja. Samada korang mampu tak habiskan nasi tu tak kisah. Senang cerita diorang kata, makan kat sini bayar harga ikan bakar je. Ha gittew. Syiokkk ooo. Ikan fresh banyak sedap! Kalau kata nak ke Sabah, nak ke Sandakan nih. Nak pergi makan kat sim sim je. Wakakaka.

Malam, kitorang makan seafood jugak. Agak sukar nak betul-betul cari restoran Melayu. Tak banyak pilihan kot. Tempat yang kitorang pergi tu pun saya tak tahu siapa yang suggest. Tapi overall makan tip top. Sedap! Eh. Kalau ikan fresh nih kan sebenarnya kalau bakar kosong gitu pun sedap. Manis. Almaklum, orang laut kekdahnya. Tahulah sikit-sikit. Kuikuikui. Takder nak cerita banyak. Just nak tepek gambar buat kenang-kenangan. Hehehe. Sebelum tengok gambar meh berkenalan dengan family husband. Hehe.

ayahanda

ibunda

kakanda ku. bahaha.

adik no 4 - mak teh

adik no 5 - pokde

adik bongsu - acu

cousins - along

cousin - mokde

cousin - acu
and here's the seafood

pilihan

nom nom nom
ate like there's no tomorrow
sobs!
ting ting ting
kaaching! 
kata si tuan kedai
hahahaha


cost us RM875.80 - satu kepala RM37
not bad but..
air sirap dan teh tarik dia gila mahal kot!
huhuhu

Last but not least, BFF.

love of my life
Overall, tempat ni recommended jugak. Makanan semua sedap. Memuaskan hati. Kalau korang nak pergi, sila cari Restoran Ocean Seafood Stemaboat Kak Jue. Makan sampai menjilat jari. Daku memang pencinta ikan. So, memang heaven la dapat makan gitu kan. Lagi-lagi yang fresh. Bukan senang mau dapat. Huuu.

satunotahati: mati kutu nak cerita pasal pergi Sabah hari tu.
gambar banyak tapi takder cerita.
boleh?
=P

XOXO,
Mak Arissa.

11 comments

Chekgu Azrine said...

Wahh..skli mkn 800 lbh..pitam..haha

Ms Ayang Lia said...

murah laaaaa, kalu kat ipoh nak makan seafood bedua jea pun kat 300. hhuuwaaaaaaaaaaaaa.. rindu nak ke Top Spot Kuching pun sgt murah!

ZazaMyMoon said...

Standard harga kannn yatie kat sana.. seafood diorang main ratus2 je sekilo.. mula2 haritu tanjat juga.. tp bila pkir2 balik ofcoz lah ratus2 coz fresh seafood :)

erin said...

mak oiii sedapnya!!

Umi Qi said...

Suka sgt2 Umi Qi tgk semua gambar keluarga ros tau...espeacially gambar ibunda ros...cantikkk!

adyna said...

Bila la ada peluang nak naik belon g Sabah ;)

adyna said...

Sedap tu ;)

mama ila said...

mak aihhh..800 lebih tu..huhuhu..sakan ber seafood yer... dap..dap.. =)

Fifi Nadhrah said...

banyaknye.. memang puas hati la makan banyak2.. ramai2.. takpe.. kalau mahal sedap ok.. kalau tak sedap. pasrah je la..

Kesuma Angsana said...

walla rega kalau berbaloi oklah !

Cik Puan Rara said...

makan sampai 800 lebihhh.whoaaaa~ xpe.mkn ramai ramai tu best!

Blog design by Rainy Day