Pages

Dec 31, 2013

31 Disember 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Esok dah masuk tahun baru kan? Sedar tak sedar, dah setahun berlalu. 2013 yang penuh warna warni dengan suka duka tangis tawa. 2013 yang memberikan banyak pengajaran dalam sebuah kehidupan. 2013 yang penuh nikmat dari Allah SWT. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Keluarga. Syukur Alhamdulillah, kami dah kembali duduk bersama sejak 28 Disember tempoh hari. Setelah hampir setahun empat bulan (kurang 4 hari) kami berjauhan, akhirnya Allah kembalikan kenikmatan ini. Makanya, secara automatik rutin kehidupan kembali berubah 360 darjah. Semalam merupakan hari pertama saya keluar bekerja dengan menatap wajah kedua-dua insan kesayangan ada disisi. Perasaan yang tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Ada suami yang hantarkan dekat LRT. Ye, dekat LRT je. Nak buat apa redah jem. Pfft! Ada anak untuk digomol sebelum keluar rumah. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.

Kerjaya. Ok. Tak ada lagi keluar dari pejabat jam 6 petang kecuali tiba-tiba ada mesyuarat atau kerja kecemasan. Tak ada lagi situasi 'eh sikit je lagi ni alang-alang la nak siap kan'. (errr. yeke? haha.) Dan sudah tentu semua orang nak membangunkan diri masing-masing maka saya tak terkecuali. Nak menjadi seorang pekerja yang terus produktif dan seorang ketua yang memahami. (ok. bab memahami ni cam ada errr sikit. abaikan.) Harapan juga semoga tak ada lagi status muka buka yang menunjukkan diri ini tengah geram. Bahahaha. Semoga semua orang disekeliling turut sama berusaha memajukan dan memperbaiki diri. Yeah! Berkhidmat untuk negara! Berkhidmat untuk rakyat! 

Hidup. Saya suka berfikir. Tentang manusia. Tentang kawan. Saya mudah tertekan kerana manusia hingga boleh buat saya menangis. Setelah berdepan dengan banyak perkara, saya cuba untuk menarik aura positif dalam diri. Ya, azam ini semakin kuat semenjak kebelakangan ini. Saya mudah kecewa dengan persahabatan. Rapuh kan hati ni? Tapi itulah saya. Makanya, saya cuba untuk meminimakan hati ini menjadi mudah rapuh dan goyah dek kerana manusia. Kita tak boleh nak paksa orang suka kita sayang kita. Kan? Jadi, baik kita bahagiakan diri kita dengan orang yang sayangkan kita. Manusia, rambut sama hitam hati lain-lain makanya perlu berhati-hati.

Selamat tahun baru korang~! Semoga tahun hadapan memberikan jutaan lagi kenikmatan dalam diri kita. Semoga semuanya baik-baik sahaja buat kita semua. Jumpa tahun hadapan!

Lots of Love,
Mak Arissa.

2 comments

Chekgu Azrine said...

InshaAllah..
Happy new year 2014

adyna said...

Alhamdulillah mmg rasa bahagia bila org tersyg di depan mata , doakan akak juga dpt bertukar thn ni ye ;)

Blog design by Rainy Day