Pages

Dec 10, 2013

2013 Bakal Berakhir

Assalammualaikum. Hai.

Hari ni dah 10/12/2013. Sekejap je lagi nak masuk bulan baru, tahun baru. Tiba-tiba rasa macam tak sabar nak tunggu 2 tahun lagi. Tiba-tiba rasa macam nak 33 tahun berlalu dengan cepat. Bahahaha. Baru setahun jagung, penatnya dah rasa macam berpuluh tahun. Dan inilah punca saya tabik hormat dekat mak dan bapak yang telah bekerja lebih 20 tahun demi anak-anak terutamanya. Phew! 
*kalau aku kaya*
*hari hari hari raya*
*lalalalala*

Bila hujung tahun, kesibukan kian nyata. Ha. Masa ni nak update SKT tahun lepas. Nak fikir pasal SKT tahun depan. Walaupun retreat dah berlalu, tapi final documentation sedang berlangsung. SKT hanya akan selesai menghantui diri bila retreat SKT management selesai. Itu belum lagi part nak bagi markah bagai. Okay! Part ini iols tak suka tak gemar tak reti. Haish. Macam susah je. Macam tak best je. Macam serba salah je. Huhuhu. Hapekah? =P

Tak sempat nak ber BBW. Selalu BBW dengan handphone je. Tapi kapisiti dah full. 3gb tak cukup sebulan kekdahnya. Selama ni semerdang je add volume 10gb tak peduli benda tu perlu ke tidak. Cukup atau berlebih. So bulan ni nak ukur penggunaan. Hihi. Tak ada kerja lain selain online katanyer. Itu yang asyik add on je sampai rasa macam kalau kapasiti ayah arissa leh transfer memang nak je transfer sebab dia selalu berlebih walaupun 3gb. Heh!

Ada banyak nak cerita. Ada banyak nak share. Tapi tunggulah nanti sampai seru kot saya nak tambah kapasiti. Kot dah meluat menyampah dengan keadaannya yang sangat slow itu. Nak buka untuk 1 post pun tak boleh. Nak post apa? Haha. Sebenarnya tengah agak sibuk, sebab itu tak kisah sangat dengan kapasiti. Bila sibuk dengan kerja dapatlah juga buat kepala hotak ni melupakan sedikit masalah manusia rambut sama hitam hati lain-lain. Wahaha. Letih kot! =_='

Nur Arissa sekarang kalau kita tanya, "boleh tak?"
Dia akan jawab sebijik macam MeiMei Upin Ipin, "tak buley~~~~!"
Bila tah nak update banyak-banyak tentang Arissa eh?
Muahahahaha.

XOXO,
Mak Arissa.

2 comments

adyna said...

Hujung tahun mmg lg bertmbh sibuk kan ;)

Chekgu Azrine said...

Biasa hujung tahun org keje opis mesti bz kan..

Blog design by Rainy Day