Pages

Nov 13, 2013

Wordless Wednesday: Mi Goreng Lee

Assalammualaikum. Hai. 


Mak Arissa masih berpuasa walaupun asyik terbayang-bayang makanan aje. HewHewHew. Tapi, nak jugak tengok gambar Mi Goreng nih. Kakaka. Mi Goreng Lee uollsss. Exclusive gittew. Haha.

Lee tu nama gelaran Ayah Arissa. Dia yang masak so kita letak nama dia. Tak rujuk resepi main campak-campak aje kekdahnya. Inilah breakfast kami Ahad lepas. Lepas solat Subuh, saya pergi dapur tengok-tengok Ayah Arissa dah prepare semua bahan dan get ready untuk menggoreng. Oh melting!~~ Haha.

Kali pertama Ayah Arissa masak Mi Goreng nih. Dan hasilnya, SEDAP! Bukan sebab dia suami ku bukan suami mu tapi memang sedap. Arissa pun kemain makan tau. Cuma pedas sikit untuk Arissa. Tapi, nampak ok je tengok dia makan hari tu. Tak ada rupa pedas pun. HewHewHew. Ada ekstra kami bawa pergi rumah mentua. 

Mak, Ayah dan Adik Ipar suka. Sedap katanya. Haruslah Ayah Arissa happy. Kan? Malam tu masa Ayah Arissa masakkan sup sayur mak mentua cakap, "aish, masak mi goreng boleh menjadi je takkan sup sayur tak boleh." Hihi. Dan even just masak sup sayur, malam tu ayah yang kata dah kenyang pun makan pulak. Haha. Arissa jangan cakap lah. Memang seronok suapkan dia makan nasi lauk sup sayur n telur dadar. Hehe.

Ayah Arissa jarang masak. Tapi minggu sudah memang semua yang Mak Arissa request, Ayah Arissa nak masak.

(ini untuk laki ku, mu xnak baca takper. haha.)
Encik Suami, terima kasih tau. Terima kasih sangat-sangat. Air tangan awak semua sedap. Saya suka. Lain kali masak lagi ye. Saya dan Arissa sayang awak semaksimanya. Heee.

XOXO,
Mak Arissa. 

6 comments

Edat_Uzair said...

waweee....arini entri mak arissa semua bab makanan ja...hehehehe...ayah arissa leh jd masterchef la...

Cik Puan Rara said...

alahai rajinnya ayah~ bertuah maknya~ hehehe

CikNaa said...

ciknaa suka mi goreng kering ada telur camni tau..kasi resepi lah! tak reti nk buat jadi camni..

Mimy Hamid said...

yer la sama lagi entry kita makanan jugak hahaha

Chekgu Azrine said...

wah..hari ni entry masak2 je ye sis..
sedap semua akk tengok..hahaha

MimahAjil said...

tengok pun tau sedap......

Blog design by Rainy Day