Pages

Nov 4, 2013

Sunat Muakkad

Assalammualaikum. Hai.

Sabtu, kenduri kahwin kakak ipar aka mak long Arissa. Kami pun tumpang majlis dengan buat aqiqah Arissa - buat tambah lauk jugak kata orang. Alhamdulillah. Terlaksana sudah ibadah sunat muakkad buat Arissa dari kami. Sebelum ni berniat nak buat sendiri di rumah sendiri tapi rezeki Allah bagi kerja tempat lain. Rumah sendiri tak ada upgrade apa. Homestay kami kata Ayah Arissa. Then berniat nak buat aqiqah melalui ustaz yang selalu datang office tuh untuk ke Kemboja. Tapi, rezeki Mak Long Arissa juga sebenarnya.

Gambar kambing tak ada. Gambar kurma kambing pun takder. Haha. Gambar kami dengan pengantin pun takder. Tak menyempat. Gambar Arissa dengan Amsyar pun sebab gigih masuk rumah nak ambil talipon. HewHewHew. Tak kisah dengan gambar. Apa yang penting kak ipar dah selamat diijabkabul dan selesai juga ibadah sunat muakkad kami. Semoga majlis mendapat rahmat dan berkat Allah SWT.


HIKMAH ‘AQIQAH
  1. ‘Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
  2. Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
  3. Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
  4. Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan. 
  5. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
  6. Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.
 Perbezaan antara ‘aqiqah dan qurban.
Terdapat beberapa perbezaan antara ‘aqiqah dengan qurban: 
  1. ‘Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya ‘Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah.
  2. Daging ‘aqiqah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging qurban hanya boleh diberi kepada fakir miskin. 
  3. ‘Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Isma‘il.
  4. Daging qurban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging ‘aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak.

Dah dalam pukul 4.30 dak musyuk masyam nih baru dapat tidur. Masa ni dia dah tak boleh tahan. Mata memang dah sedia ada kuyu dari tengahari. Time ni dia dah mula meragam serba serbi tak kena. Masuk bilik, tepuk-tepuk montot; dia tidur dengan lenanya. Masa nih sedih tengok muka anak sendiri. Anak kecil yang tak masih tidak mengerti apa-apa, hatinya masih putih suci bersih; mak ayah berperanan untuk mencorakkan dan mewarnakannya dengan warna-warna indah. (sebak!)

satunotahati: Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

XOXO,
Mak Arissa. 

2 comments

Mama Damia said...

sama..akk dl pn buat aqiqah fiyya time adik kawin..kira buat tmbh lauk..

Kesuma Angsana said...

alhamdulillah dh selamat semuanyer yer!

Blog design by Rainy Day