Pages

Nov 12, 2013

Stress; Bunuh Diri.

Assalammualaikum. Hai.

Semalam, saya baca tentang Pelajar Perubatan Ditemui Mati.

“Kami menentang sekeras-kerasnya permohonan Aivern untuk menukar jurusan itu tetapi beberapa hari lalu kami mengalah dan bersetuju mengikut kehendaknya. Mungkin dirinya tertekan sehingga bertindak di luar batasan."

Bagi saya, perkara macam ni kita kena amik iktibar dari dua sudut. 
Pertama; sebagai mak bapak. Kedua; sebagai anak.

Mak Bapak

Tolonglah jangan paksa anak kalau anak memang dah tak berminat langsung dalam bidang yang kita suka. Jangan paksa jugak walaupun anak sendiri dah cakap yang dia tak mampu. Jangan nak ikut kepala kita semata-mata kononnya kita berkuasa untuk menentukan masa depan anak. Ye, semua mak bapak nak yang terbaik untuk anak-anak tapi biarlah berpada-pada. Benda nih melibatkan diri dia. Perlu ada perbincangan dan persepakatan. Jangan terlalu bersikap diktator.

Anak

Janganlah berfikiran singkat sehingga kita membuat keputusan membunuh diri. Kita tahu tahap kemampuan kita maka kita buat setakat yang termampu jika mak ayah mahu jugak kita ambil bidang yang mereka mahu. Buat sehabis baik dan yakinlah akan diri sendiri serta kepercayaan mak bapak kita. Mak bapak sebenarnya tahu anak dia mampu maka dengan sebab itu dia yakin kita boleh teruskan dengan bidang tersebut. Sebagai seorang anak, selain dari memikirkan masa depan kita juga perlu fikirkan harapan keluarga. Selebihnya kita serahkan pada Tuhan yang Maha Berkuasa.

Saya

Saya anak yang belajar dalam bidang yang dipilih oleh bapak. Sejak Tingkatan 4, saya terpaksa belajar Sains Tulen sebab harapan bapak nak anak jadi doktor/nurse. Saya teruskan dengan perjanjian jika keputusan saya tidak memuaskan saya boleh masuk kelas Perakaunan seperti yang saya inginkan. Seringkali bapak mak dan mak bapak saudara menasihati dan memberikan kata-kata semangat bahawasanya saya mampu dan mereka yakin. Keputusan sepanjang peperiksaan tidak membolehkan saya untuk masuk kelas Perakaunan. Maksudnya, saya boleh bawa sains tulen.

Tingkatan 6, saya tak pernah jangka saya terpilih dimasukkan ke kelas sains tulen juga. Keputusan SPM sekadar melepas batuk di tangga. Saya memohon untuk ikhtisas tapi tak berjaya. Saya meneruskan kelas Biologi walaupun saya lebih berminat ke arah Fizik. Bapak cakap, Biologi boleh jadi doktor/nurse. Saya ikut. Saya jarang membantah berbanding dengan adik-adik saya. Saya pupuk minat walaupun ada masa saya kecewa setelah berhempas pulas tapi keputusan sangat teruk. Hinggalah tiba satu masa saya dianugerahkan sebagai pelajar terbaik Tingkatan 6 dan dapat mengalahkan kawan-kawan lain yang SPM mereka 5A ke atas. Sejak itu, saya cakap pada diri saya yang saya boleh dan biarpun saya tak minat tapi minat itu boleh dipupuk. Ingat Allah. Ingat mak bapak.

By the time mohon IPTA, saya tak dapat kesemua lapan pilihan saya. Lapan pilihan tersebut semuanya bahagian perubatan termasuk veterinar dan forensik. Tapi, nama saya terpilih untuk bidang Statistik Industri. Hebatnya perancangan Allah. Allah bagi saya peluang untuk belajar ilmu biologi dan ilmu kimia, akhirnya saya dapat sambung belajar dalam bidang yang bermain dengan nombor. Mak dan bapak terutamnya akur dengan keputusan yang saya peroleh. Sebaik-baik perancang adalah Dia. Jika kita ingat Allah, ingat mak bapak, positif, ikhlas, dan pupuk minat; insyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja. Dan akhirnya, saya disini - PP di Unit Statistik. Syukur.

Nanti

Ini pengajaran dan iktibar buat kita nanti. Saya selalu ingatkan pada diri saya; 'kalau aku boleh membaca masa umur 3 tahun, tak semestinya anak aku boleh jugak. dia anak aku tapi Allah bagi nikmat ke atas seseorang itu berbeza-beza. tak sama.' Maka insyaAllah bila sampai giliran kita untuk berdepan dengan situasi begini, jadilah penyokong kuat baginya. Jangan paksa. Musyawarah. Sama-sama tengok buruk baik betul salah dari semua aspek dan sudut. Sebab kedua-duanya samada anak atau mak bapak, masing-masing mahukan yang terbaik untuk masa depan.


satunotahati:
kalau anak-anak saya nak jadi artis ke model ke, saya akan menentang kuat-kuat.
sila ambil maklum wahai anak-anak mak.
(^____^)

XOXO, 
Mak Arissa.

4 comments

Mimy Hamid said...

pikir la dalam iman..In Sha Allah...sy tak dipaksa...sy diberi pilihan untuk apa saja oleh family

DYatie said...

Saya boleh untuk berkata tidak tapi seringkali juga saya berkata ya. Mungkin fitrah diri yang menerima.

Edat_Uzair said...

terbaik la...i like...setuju 100% dengan apa yg kamu ckp.. :-)

DYatie said...

Hehehe. Terima kasih sebab like!

Blog design by Rainy Day