Pages

Nov 12, 2013

Spiral Macarony Alfredo Mushroom

Assalammualaikum. Hai. 


Sabtu; saya share dinner yang Ayah Arissa sediakan untuk kami dekat Instagram. Macam ada je kawan-kawan yang berkenan bila tengok gambar nih. Nak minta share resepi lagi. Hehehe. Hai Zue! Hai Mimy! Taip entri ini untuk untuk korang walaupun sebenarnya dah bagitahu bahan asas nya. Hahaha.

Bahan paling utama ialah Sos Prego. (Psst! Mak Arissa memang tak pernah berjaya masak sos macam Ayah Arissa walaupun pakai Sos Prego tuh. Kampung uols. Huhu.) Ok2. Actually yang korang nampak banyak accessories itu sebenarnya hasil dari campak-campak dalam sos aje. 

Caranya, korang tumis bawang merah dan bawang putih. Kentang potong dadu dan goreng siap-siap. Sama juga dengan daging; daging cincang atau bebola daging. Bebola daging kami suka Marina. Seedaaapp. Tapi kali ni husband guna daging burger, juga goreng siap-siap. 

Dah tumis bawang sampai layu, masukkan daging, lobak merah, brokoli, cendawan butang dan kentang sekali gus sampai agak layu. Then, masukkan sos pulak. Adjust kepekatan dengan tambah air, then tambah garam serta perasa. Biar sekejap, then angkat! Siap! Simple je uols. Sos Prego masak gitu aje macam dalam iklan tuh bukannya sedap pun. Sobs!

Haa. Senang je. Guna apa yang ada kemudian modified. Tapi Mak Arissa tak pernah jugak berjaya. KuiKuiKui. Kalau saya rasa nak makan spaghetti atau macarony, saya memang akan request dekat Ayah Arissa. Alhamdulillah,  terima kasih wahai Encik Suami sebab layan kehendak isteri mu ini. Arissa pun layan. Tapi yang mushroom nih dia kurang sikit. Kalau buat Carbonara, dia tak menolak. HewHewHew. Encik Suami pernah masak Carbonara dekat rumah mentua (request wife dia jugak). Masa tu campur dengan sosej. Mak Mentua sampai tak perasan ada sosej (mak tak makan) dek kerana asyik makan dari air tangan anak lelaki nya. Haha. Matik la puji masakan laki. Hahaha. Tapi memang itu statement serumah masa tuh. Ngeee.

satunotahati:
Syukur Alhamdulillah. 

XOXO,
Mak Arissa. 

6 comments

Edat_Uzair said...

wow...tgk nama pun dah terliur...nama cam menu kat restoran uolsss....heehehe....pastu tgk gambar yang zoom tu lagi terliur..kecoq ayaq lioq orang utara kata...

Mimy Hamid said...

tq yatie...so ni tak payah pakai daging cincang la eh...menarik..sy nk resepi sos spagheti pure...tanya asben eh....husben ku tak pandai western food...so fayel n mama je balun hehehe tapi lauk kg laki ku pakar hebatttttttt

DYatie said...

Nama ikut dekat sos prego. Sebab tu kemain hebat namanya. Haha.

DYatie said...

Mi, xpayah. Sjk husb jumpa meatball marina dia mmg tak guna daging cincang dh utk sos ni. Resepi sos pure tu yg mcm mana? Yg tomato tu ke? Klo yg itu pun rasanya sama jugak tapi guna sos prego ori. Menjawab ke idak nih? Haha.

Chekgu Azrine said...

wajib cuba nih..hehehe

MimahAjil said...

wah...sangat tempting la.pandai ayah Arissa masak..

Blog design by Rainy Day